Sunday, 13 September 2026

SANAH HELWAH SIFU TABIR ALAM

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM HUJUNG MINGGU SEMPENA HARI LAHIR SIFU TA 12 SEPT PI CORETKAN PUISI NAZAM MERAIKANNYA DAN PROF SUDI BUATKAN VIDEO JUGA TURUT BERKARYA PANTUN TERIMA KASIH PROF SALMAH AMIR.


https://www.youtube.com/watch?v=0u8RByjsxVU


SANAH HELWAH SIFU TABIR ALAM

.

 

Ilahi Rabbi Azzawajalla Maha Esa,

mohon ampunilah akan segalanya dosa.

.

Di hari lahirnya Sifu Tabir Alam,

Nazamku coretkan menjelangnya. malam.

.

Dua belas September tertentu saat,

Namanya tersurat membawa manfaat.

.

Istiqamah semangatnya amat cekal,

Tarbiah muridnya jiwanya tawakal.

.

Tanpa berkira rela berkongsi ilmu,

dalam talian maya tiada jemu.

.

Ikhlas berbudi luhur menabur bakti,

demi mekar puspa sastera sejati.

.

Bimbing pemula awal mencipta karya,

bertatih lahan meraih jaya.

.

Sempena raikan hari bertuah indah,

doa tiasa kirim tiada sudah.

.

Sihat walafiat dimurahkan rezekinya,

puisi nazamku, di sini akhirnya.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist