Friday, 3 July 2026

TETAMU

 ASSALAMUALIKUM



TETAMU

 

Kusambut  hadirmu

sebagai tamu

kerana kau

tetamu

.

Hulur  salam mesra

hidang penganan

amat lazat

sekali

.

Kuperhati  wajahmu

nampak selesa

bersamaku

di sini

.

Pesan  dalam diam

pandailah jaga

adab adat

bertamu

.

 


INTAI BAHAGIA

.

Kau  merantau jauh

rentas lautan

bawa lara

merata

Singgah sudut sunyi

perhati ruang

bahagia

rasai

.

Jumlah tambah ramai

gangguan tindak

warga nusa

gelisah

.

Undang-undang longgar

kawal pendatang

ketegasan

menipis

 


2 comments:

  1. Waalaikumussalam.
    Risau dengan tetamu yang semakin membiak.

    ReplyDelete
  2. Dah semakin berat isu ni.. mcm xda penyelesaian.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist