ASSALAMUALAIKUM
.
Ilustrasi memaparkan sekumpulan orang sedang bekerja membina
sebuah bahtera besar. Di dalam al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh a.s
diperintahkan Allah SWT mempersiapkan bahtera untuk menyelamatkan diri dan
kaumnya daripada banjir besar.
Nabi Nuh a.s diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya yang menyembah
berhala. Baginda berdakwah selama kira-kira 950 tahun sebagaimana dinyatakan
dalam surah al-'Ankabut ayat 14. Namun segelintir sahaja beriman.
Setelah sekian lama berdakwah, Allah SWT mewahyukan kepada
Nabi Nuh a.s. bahawa tiada lagi daripada kaumnya akan beriman. Lalu Allah
memerintahkan baginda membina sebuah bahtera sebagai persediaan menghadapi
banjir besar.
Bahtera itu dibina di bawah pengawasan dan petunjuk Allah
SWT. Firman-Nya dalam surah Hud ayat 37,
"Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan serta wahyu
Kami, dan janganlah engkau merayu kepada-Ku tentang orang-orang yang zalim itu.
Sesungguhnya mereka pasti akan ditenggelamkan."
Kaumnya mentertawakan
baginda. Mereka berkata, "Dahulu engkau mengaku nabi, sekarang menjadi
tukang kayu pula." Nabi Nuh a.s. menjawab bahawa suatu hari nanti
merekalah yang akan mengetahui siapa sebenarnya yang akan ditimpa azab yang
menghinakan.
Apabila bahtera siap dibina, Allah memerintahkan Nabi Nuh
a.s. membawa kaumnya yang beriman, bekalan makanan, keperluan untuk menghadapi
banjir serta sepasang daripada setiap
jenis haiwan ke dalam bahtera.
Allah menurunkan hujan sangat lebat sehingga menenggelamkan
seluruh kawasan. Baginda meminta anaknya
supaya menaiki bahtera.
Namun anaknya menjawab bahawa akan berlindung di atas
gunung. Nabi Nuh a.s. mengingatkannya bahawa tiada tempat selamat daripada banjir ini. Anak dan isteri
Nabi Nuh a.s akhirnya tenggelam bersama kaumnya yang kufur.
Setelah beberapa lama, Allah memerintahkan hujan berhenti.
Air pun surut dan bahtera berlabuh di Gunung Judi, sebagaimana disebut dalam surah
Hud ayat 44.
Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 49,
"Itulah antara berita-berita ghaib yang Kami wahyukan
kepadamu. Sebelum ini engkau tidak mengetahuinya, dan kaummu juga tidak
mengetahuinya. Maka bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertakwa."

www.qijiege.com
ReplyDelete