Sunday, 5 July 2026

SITI MARYAM

ASSALAMUALAIKUM


Imej ini berdasarkan kisah Mariam atau Saidatina Siti Maryam bonda kepada Nabi Isa a.s.. merupakan antara wanita paling mulia. Namanya  disebut secara khusus dalam al-Quran, dan sebuah surah sempena namanya, iaitu surah Maryam. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 96,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Yang Maha Pengasih akan menanamkan dalam hati manusia perasaan kasih sayang terhadap mereka.

Ayahnya bernama Imran, manakala ibunya dikenali sebagai Hannah. Sebelum Maryam dilahirkan, ibunya bernazar,

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada-Mu anak yang dalam kandunganku menjadi orang yang berkhidmat (di Baitulmaqdis), maka terimalah nazarku."

Apabila lahir seorang anak perempuan, Allah tetap menerima nazar tersebut.

 

Selepas ayahnya meninggal dunia, Nabi Zakaria a.s. menjadi penjaganya. Baginda menyediakan sebuah mihrab untuk Maryam beribadah.

Setiap kali Nabi Zakaria memasuki mihrab, baginda mendapati terdapat makanan di sisinya.

Baginda bertanya,

"Wahai Maryam, dari manakah engkau memperoleh makanan ini?"

Maryam menjawab,

"Ia daripada Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab."

Peristiwa ini disebut dalam Surah Ali 'Imran ayat 37.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali 'Imran ayat 42,

"Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, menyucikanmu dan melebihkanmu atas segala wanita di seluruh alam."

Allah mengutus Malaikat Jibrail menyampaikan berita gembira bahawa Maryam akan dikurniakan seorang anak yang suci, walaupun tidak pernah disentuh oleh lelaki. Maryam kehairanan bertanya bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Lalu Allah menjelaskan bahawa apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berfirman, "Kun fayakun" (Jadilah!), maka jadilah ia.

Maryam bersendirian di bawah  pohon kurma ketika mengalami kesakitan melahirkan bayi.

Allah mengalirkan air di bawahnya, memerintahkannya menggoncangkan batang pokok kurma itu. Gugurlah  buah-buah kurma  masak sebagai rezeki untuknya. Peristiwa ini dirakamkan dalam surah Maryam ayat 22–26.

Apabila Maryam pulang membawa bayinya, kaumnya menuduhnya melakukan perbuatan keji. Allah mempertahankan kehormatan Maryam dengan mukjizat, bayi  berada dalam buaian berkata,

"Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia telah memberikan kepadaku Kitab dan menjadikan aku seorang nabi."

Rasulullah SAW bersabda bahawa antara wanita terbaik ialah Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiyah binti Muzahid

Kisah Maryam mengajar bahawa, keimanan teguh akan sentiasa mendapat pertolongan Allah. Kesucian diri dan maruah harta  sangat bernilai.

 Allah Maha Berkuasa mencipta apa sahaja menurut kehendak-Nya, termasuk kelahiran Nabi Isa tanpa bapa.

Kisah Saidatina Siti Maryam  menjadi inspirasi agar memperbanyakkan ibadah, memelihara akhlak, dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah SWT ketika menghadapi ujian hidup.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist