ASSALAMUALAIKUM
SITI HAJAR
Imej ini berdasarkan kisah Siti Hajar berada
di lembah gersang Mekah, apabila Nabi Ibrahim a.s diperintahkan Allah SWT
meninggalkan isterinya, bersama bayi mereka, Nabi Ismail a.s.
Surah Ibrahim, ayat 37: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku
telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah yang
tidak ada tanaman di sisi Rumah-Mu yang suci."
Hajar mengejar Nabi Ibrahim lalu
bertanya,
"Adakah Allah yang
memerintahkan engkau berbuat demikian?"
Nabi Ibrahim menganggukkan kepala.
Hajar berkata,
"Kalau begitu, Allah tidak akan
mensia-siakan kami."
Hajar yakin beriman kepada Allah
SWT.
Beberapa hari kemudian, bekalan air
habis. Hajar sangat cemas melihat keadaan anaknya menangis kehausan.
Beliau berlari-lari anak antara dua
buah bukit, iaitu Safa dan Marwah berulang kali mencari air.
Allah SWT mengutus malaikat Jibrail
a.s. Menurut riwayat, Jibrail menghentakkan sayapnya ke bumi berhampiran tempat
Nabi Ismail berada.
Peristiwa inilah menjadi asal-usul
ibadah sa'i dilakukan oleh setiap
jemaah haji dan umrah.
Siti
Hajar menahan air tersebut dengan pasir dan batu sambil berkata “Zunmi! Zunmi!”
(berkumpul-kumpul) menjadi asal usul nama zamzam.
Firman
Allah SWT:
"Sesungguhnya
bersama kesulitan itu ada kemudahan."
Surah al-Insyirah, ayat
6.
Kabilah Jurhum melalui kawasan
tersebut menyedari adanya sumber air lalu meminta izin daripada Hajar untuk
menetap berhampiran telaga itu.
Sejak itulah Mekah menjadi
penempatan dan pusat ibadah umat Islam. Zaman berlalu, telaga zamzam tertimbus
dan kedudukannya hilang. Menjelang kelahiran Nabi Muhammad SAW, datuk baginda,
Abdul Muttalib, mendapat petunjuk melalui mimpi supaya menggali semula telaga
tersebut.
Telaga zamzam ditemui. Dan menjadi
sumber air utama bagi penduduk dan
jemaah yang datang ke Mekah.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya ia adalah air
yang diberkati, ia merupakan makanan yang mengenyangkan." Riwayat Sahih
Muslim.
Ulama menganjurkan membaca basmalah,
minum air zamzam dengan penuh adab, menghadap kiblat dan berdoa memohon
kebaikan dunia serta akhirat.
Kisah penemuan air zamzam, ibrah
bahawa setiap kesulitan dihadapi dengan sabar dan tawakal mengharap pertolongan
daripada Allah SWT.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”