Tuesday, 14 July 2026

LEMBU BETINA

 ASSALAMUALAIKUM





LEMBU BETINA

.

Imej paparan seperti lembu betina berwarna kuning keemasan.  

Surah al-Baqarah, bermaksud lembu betina merupakan surah kedua dalam al-Quran dan surah paling panjang, mengandungi 286 ayat. 

Nama surah ini diambil daripada peristiwa menyembelih lembu betina diperintahkan  Allah SWT kepada kaum Nabi Musa a.s bermula dari ayat 67 hingga 73  bagi menyelesaikan misteri pembunuhan.

Bani Israel meminta Nabi Musa a.s. memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk mengetahui pembunuhnya.

Allah memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina.

Nabi Musa a.s. menyampaikan perintah tersebut, namun mereka tidak terus melaksanakannya. Sebaliknya mereka banyak bertanya tentang lembu itu, Firman Allah memberikan syarat  lebih khusus. Akhirnya  mereka menemui seekor lembu tersebut lalu menyembelihnya.

Kemudian Allah memerintahkan agar sebahagian daripada anggota lembu itu dipukulkan kepada mayat mangsa pembunuhan. Dengan izin Allah, mayat itu hidup semula seketika dan memberitahu siapakah pembunuhnya.

Ibrah daripada kisah ini mengajar manusia mematuhi perintah Allah tanpa mempersoalkannya.

Allah Maha Berkuasa menghidupkan yang mati.Peristiwa mayat  hidup semula menunjukkan kekuasaan Allah dan menjadi bukti tentang kebangkitan manusia pada hari akhirat.

 .

Kisah lembu betina merupakan peringatan supaya manusia sentiasa taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, tidak mempersulitkan urusan agama dengan pertanyaan serta yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 67,

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina.”.

 

 

Bani Israel, kaum Nabi Musa a.s juga memuja lembu. Allah SWT memerintahkan mereka untuk sembelih lembu sebagai tanda menolak kepercayaan mereka yang sesat itu.

Firman Allah,

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.

 

Ayat ini menceritakan perintah Allah ‎ kepada mereka untuk sembelih seekor lembu betina supaya mereka tidak lagi memuja lembu.  


1 comment:

  1. cara penceritaan yg ringkas tp sarat dgn makna dan pengajaran...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist