ASSALAMUALAIKUM
SEMALAM BESDAY PI....ALHAMDULILLAH SYUKUR MASIH BERNAFAS MENITI USIA MENIKMATI RAHMAT ANUGERAH-NYA...TIASA DILINDUNGI ALLAH DARIPADA MASLAHAH YANG TIDAK MAMPU UPAYA DIRI MENGHADAPINYA....TERIMA KASIH BANYAK SIFU TA, PROF SAL, MIM, SYIDAH IDA n SEMUA SAHABAT GRAHA MAYA SUDI HADIAHKAN DOA PUISI INDAH...SEMOGA DOANYA BERPULANG PADA PEMBERINYA JUA AAMIIN
SAHABAT PENULIS PARIDAH ISHAK
Dengan bismillah aku bertemu,
senyumnya tidak pernah kujemu,
manis sambutku sebagai tamu,
tak lupa juga turut menjamu.
Asalnya dari Felda di Jengka,
jauhnya tidak boleh dijangka,
penulis genit yang penuh peka,
ehwal semasa tak pernah leka.
Guna Bahasa penuh berkhemah,
orang membaca mudah terjemah,
segala duka Paridah mamah,
tak pandai untuk membuat tomah.
Paridah rakan paling kusuka,
penasihatku semasa duka,
membalut hati aku yang luka,
di kala aku sedang berduka.
Hari ni hari lahir Paridah,
dari desa Murni di Serendah,
aku berdoa tangan kutadah,
berkati hidup semoga mudah.
Ingatlah wahai rakan kusayang,
dunia ini ibarat wayang,
Pengarah hebat sukar dibayang,
Dia Pemurah lagi Penyayang.
Semoga dinda hidup gembira,
umur meningkat tak perlu kira,
tenang di hati asal tak lara,
asalkan iman terpelihara.
Syair kutulis khas untukmu,
selama lima tahun bertemu,
kusimpan kenangan bersamamu,
Selamat Hari Lahir padamu.
Salmah Amir
25 Mei 2026
Kulai, Johor
PARIDAH ISHAK
P-eribadinya sungguh tinggi
A-khlak mulia lagi terpuji
R-ajin berkarya tiasa berseni
I-nsan istimewa sahabat sayangi
D-i hari lahir ucapan kuberi
A-gar hidupmu dalam lindungan Ilahi
H-ari-hari mendatang terus diberkati
I-stilah kecewa jauh sekali
S-emangat juang cekal di hati
H-asil di Grup Graha Karya penuh variasi
A-ntara tradisional dan moden saling melengkapi
K-aryamu juga menghiasi akhbar dan ke udara di radio pilihan hati
(SANAH HELWAH, SAHABATKU)
24.5.2026
Kluang
PARIDAH ISHAK
Paridah Ishak sahabat maya
penulis prolifik idolaku
lembut menawan tingkah dan laku
senyumnya manis nan bercahaya
Mahir menulis pelbagai karya
ramai peminat di muka buku
Paridah Ishak sahabat maya
penulis prolifik idolaku
Tibalah kini ulang tahunnya
kukirim doa di angin lalu
semoga kanda sihat selalu
sentiasa dalam lindungan-Nya
Paridah Ishak sahabat maya
penulis prolifik idolaku
SYIDAH IDA
Pelabuhan Klang, Selangor
24,5,2026

Sanah helwah PI
ReplyDeleteSemoga terus kreatif menghasil karya.
tksh wp insyaAllah
DeleteSelamat hari lahir kepada penulis hebat ini Kak PI
ReplyDeletetksh cikgu heh heh penulis picisan ja
DeleteSelamat Hari Lahir... Semoga diberi kesihatan yg baik dalam terus berkarya ...
ReplyDeletetksh cikgu aamiin moga doa berpulang pada cikgu juga
DeleteSAnah helwah kak PI, moga diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan moga terus berkarya
ReplyDeletetksh Dana doa kak utk Dana juga aamiin
DeleteSelamat ulang tahun kak PI 🎉🎉🎉🎉. Saya ikut doakan semoga kakak sehat, tetap produktif dalam membuat karya, dan dicukupkan rezekinya 🤗🤗
ReplyDeleteaamiin tksh fannya doa kak utk fanny juga
DeleteSelamat hari lahir ya Kak Piii :D
ReplyDeleteSemoga senantiasa sehat selalu, dimudahkan setiap langkahnya dan diperpanjang umurnya :D
aamiin tksh fajarwalker doa kak utkmu juga
Delete