Sunday, 3 May 2026

KASIH II

 ASSALAMUALAIKUM



KASIH II
Genre: Puisi
Jumlah penulis: 48 orang
Penerbit: KEMBARA SASTERA
ISBN: 978-967-2859-83-3
Bilangan muka surat: 150
Harga: RM25.00
Tahun terbitan: 2026
.
Antologi KASIH II terbitan KEMBARA SASTERA ini merupakan himpunan sajak karya 48 penulis tanah air. Antologi ini diselenggarakan oleh Mukhtar Mustafa, manakala kata pengantar ditulis secara naratif oleh Rosli K. Matari, Sasterawan Negeri Kelantan merangkap penerima Hadiah SEA Write Award 2021.
Naskhah ini amat istimewa kerana mengangkat tema “kasih” yang merangkumi pelbagai dimensi perasaan. Pengolahan emosi dan imaginasi kreatif para penulis memperlihatkan manifestasi kasih terhadap Allah, ibu bapa, keluarga, pasangan, sahabat serta pemimpin negara. Justeru, makna kasih yang diketengahkan bersifat holistik dan menyeluruh.
Setiap pemuisi menyumbangkan tiga buah sajak yang puitis dan sarat makna berdasarkan tajuk pilihan masing-masing. Antara penulis yang terlibat termasuklah Rosli K. Matari, Oui Bin Sal, Nazim Mohd Subari, Noorlaila Ghafar, Fauziah Yusuf dan Azmi Ismail.
Para pemuisi diberi kebebasan dalam berkarya tanpa terikat pada bentuk sajak tertentu. Walau bagaimanapun, keindahan tetap terserlah melalui penggunaan diksi yang bermetafora, sama ada secara tersirat mahupun tersurat. Kebanyakan sajak digarap dalam bentuk berangkap, menjadikan penyampaiannya lebih teratur dan berkesan.
Sebagai contoh, berikut merupakan petikan daripada sajak karya Noorlaila Ghafar yang menggambarkan cinta kepada Allah:
TANDA CINTA PADA ALLAH
IKUTILAH SUNNAH RASULULLAH
.
Firman Allah, Surah Ali ‘Imran ayat 31:
“Katakanlah (wahai Muhammad),
jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku.
Cinta kepada Allah
bukan sekadar getar zikir di bibir,
tetapi dibuktikan melalui sujud yang jujur,
sabar tanpa syarat,
serta mengikuti sunnah Rasulullah
tanpa memilih jalan mudah.

1 comment:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist