ASSALAMUALAIKUM
ABANG DIN TOPI BIRU
Genre : Novel
Penulis : Nurimas Sn
Penerbit : SNE
Nombor ISBN : 978-629-96009-7-8 (Sastera Kanak-kanak)
Bilangan muka surat : 112
Harga : RM20
Tahun terbitan : 2026
.
Novel kanak-kanak berjudul Abang Din Topi Biru hasil tulisan novelis Nurimas Sn mengetengahkan tema kearifan tempatan. Karya ini menampilkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia melalui garapan yang jelas dalam sepuluh bab kandungannya. Bab permulaan disusun dengan baik sebagai pengenalan, diikuti perkembangan cerita yang bergerak secara kronologi dengan sisipan imbas kembali.
Secara ringkasnya, novel ini mengisahkan watak Aladin yang meminati permainan tradisional layang-layang dengan imejnya sentiasa bertopi biru. Minat tersebut membawanya meraih beberapa kejayaan, meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Kesungguhan dan daya kreativitinya akhirnya menjadikan beliau seorang usahawan muda yang berjaya mereka cipta layang-layang sebagai sumber ekonomi.
Antara tajuk bab yang diketengahkan oleh penulis ialah:
Bab 1: Bengkel Layang-layang
Bab 2: Rakan Layang-layang
Bab 3: Angkara Culin
Bab 4: Festival Layang-layang
Bab 5: Inspirasi Bapak Adi Chandra
Bab 6: Kemenangan Pertama
Bab 7: Rahsia Terbongkar
Bab 8: Lembaran Baharu
Bab 9: Produk Tular
Bab 10: Kawan Lama dan ADTB
Penulis berjaya menarik minat pembaca, khususnya golongan kanak-kanak, melalui tema permainan tradisional seperti wau dan layang-layang yang dekat dengan budaya tempatan. Setiap bab mengangkat isu yang berbeza, namun disampaikan secara mudah difahami melalui naratif yang tidak terlalu kompleks. Penggunaan bahasa yang sederhana menjadikan karya ini sesuai untuk pembaca kanak-kanak dan umum. Turut disertakan glosari diksi yang agak sukar difahami maknanya.
Dari sudut kesusasteraan, nilai estetika karya ini terserlah melalui pemilihan diksi dan susunan frasa yang teliti. Teknik penceritaan yang digunakan juga selari dengan latar dan suasana setiap bab. Selain itu, naskhah ini diterbitkan dengan kemas, lengkap dengan reka bentuk kulit yang menarik serta ilustrasi berwarna pada setiap bab yang membantu menghidupkan jalan cerita.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”