Monday, 25 May 2026

PUISI HADIAH HARI LAHIR

 ASSALAMUALAIKUM


SEMALAM BESDAY PI....ALHAMDULILLAH SYUKUR MASIH BERNAFAS MENITI USIA MENIKMATI RAHMAT ANUGERAH-NYA...TIASA DILINDUNGI ALLAH DARIPADA MASLAHAH YANG TIDAK MAMPU UPAYA DIRI MENGHADAPINYA....TERIMA KASIH BANYAK SIFU TA, PROF SAL, MIM, SYIDAH IDA n SEMUA SAHABAT GRAHA MAYA SUDI HADIAHKAN DOA PUISI INDAH...SEMOGA DOANYA BERPULANG PADA PEMBERINYA JUA AAMIIN


SAHABAT PENULIS PARIDAH ISHAK Dengan bismillah aku bertemu, senyumnya tidak pernah kujemu, manis  sambutku sebagai  tamu, tak lupa  juga   turut menjamu. Asalnya dari Felda di Jengka, jauhnya tidak boleh dijangka, penulis genit yang penuh peka, ehwal semasa tak pernah leka. Guna Bahasa penuh berkhemah, orang membaca mudah terjemah, segala duka Paridah mamah, tak pandai  untuk membuat tomah. Paridah  rakan  paling kusuka, penasihatku semasa duka, membalut hati aku yang luka, di kala aku sedang berduka. Hari ni hari lahir Paridah, dari desa Murni di Serendah, aku berdoa tangan kutadah, berkati hidup  semoga mudah. Ingatlah wahai rakan kusayang, dunia ini ibarat wayang, Pengarah hebat sukar dibayang, Dia Pemurah lagi Penyayang. Semoga dinda hidup gembira, umur meningkat tak perlu kira, tenang di hati asal tak lara, asalkan iman terpelihara. Syair kutulis khas untukmu, selama lima tahun bertemu, kusimpan kenangan bersamamu, Selamat Hari Lahir padamu. Salmah Amir 25 Mei 2026 Kulai, Johor


PARIDAH ISHAK
P-eribadinya sungguh tinggi
A-khlak mulia lagi terpuji
R-ajin berkarya tiasa berseni
I-nsan istimewa sahabat sayangi
D-i hari lahir ucapan kuberi
A-gar hidupmu dalam lindungan Ilahi
H-ari-hari mendatang terus diberkati
I-stilah kecewa jauh sekali
S-emangat juang cekal di hati
H-asil di Grup Graha Karya penuh variasi
A-ntara tradisional dan moden saling melengkapi
K-aryamu juga menghiasi akhbar dan ke udara di radio pilihan hati
(SANAH HELWAH, SAHABATKU)
24.5.2026
Kluang



PARIDAH ISHAK
Paridah Ishak sahabat maya
penulis prolifik idolaku
lembut menawan tingkah dan laku
senyumnya manis nan bercahaya
Mahir menulis pelbagai karya
ramai peminat di muka buku
Paridah Ishak sahabat maya
penulis prolifik idolaku
Tibalah kini ulang tahunnya
kukirim doa di angin lalu
semoga kanda sihat selalu
sentiasa dalam lindungan-Nya
Paridah Ishak sahabat maya
penulis prolifik idolaku
SYIDAH IDA
Pelabuhan Klang, Selangor
24,5,2026

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist