ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Nasser Mohamed
Kehilangannya amat dirasai turut berdukacita, Langkahnya telah mendahului...moga famili tabah bersabar. Almarhum tiasa beri kak peluang berkarya dalam buku terbitan NUHA BOOKS, kak amat menghargai n terhutang budi didoakan semoga Allah merahmatinya dan baik budinya pada semua dilimpahkan ganjaran nikmat-Nya tidak terhingga. kehilangan sebutir permata sastera tak ternilai harganya.
MOHAMED NASSER MOHAMED
.
M-eminati sastera penulisan menulis karya
O-rganisasi perniagaan berkenaan dimiliki
H-arapannya memajukan bidang kesusasteraan
A-ktivitinya pelbagai merangkum cita
M-embugar semarak gubahan naratif
E-ksploitasi diksi melakar maksud
D-unia iktiraf kegigihan usaha dilakar
N-amanya tersohor dikenali khalayak
A-nak kelahiran negeri Selangor
S-eorang penerbit buku pelbagai tema
S-angat komited selenggara tugasan
E-ditor bersekutu juga penulis bebas
R-eformis Masyarakat Madani
M-ulia baik budi pekertinya
O-bor menyuluh menerangi ruang kehidupan
H-adirnya semata ketentuan suratan
A-llah Maha Mengetahui segalanya
M-oga langkahnya mendahului menghadap Ilahi
E-sak sendu kehilangannya tiba-tiba
D-oa tulus rohnya dicucuri rahmat-Nya

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”