Wednesday, 29 April 2026

PENGORBANAN

 ASSALAMUALAIKUM


PIC kosmo (c)


PENGORBANAN
.
Aku membaca hantaran Puan Sri Diah Shaharudin di Facebook berkenaan budi baik almarhum Shukri Bazli yang menderma organ dalaman penting demi menyelamatkan nyawa para penerimanya. Seorang doktor di Hospital HOSnZA yang turut terlibat dalam usaha pemindahan organ daripada jasad almarhum berkongsi pengalamannya membeli ketulan ais dalam jumlah yang banyak sebagai persediaan menyimpan organ bagi mengekalkan suhunya. Segala proses dilakukan dengan cekap oleh tim doktor terlibat, kemudian segera dihantar ke destinasi penerima dengan pantas menggunakan helikopter.
Satu buah pinggang ke Hospital Selayang, satu buah pinggang ke Hospital Universiti Malaya, dan hati ke Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur. Aku berasa sebak dan terharu membaca perkongsian kisah itu. Betapa budi dan tanggungjawab berpadu demi menyelamatkan nyawa, memberi ruang kepada kehidupan baharu. Almarhum Shukri Bazli terus berbudi walau telah kembali ke rahmatullah. Tulus didoakan semoga almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan solehin di sisi-Nya. Aamin YRBA.
.
penderma organ -
ranggi kemboja putih
haruman doa

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist