ASSALAMUALAIKUM
PANTUN JENAKA
Seruntun sanya jika terluka,
penggunaannya jua dianggar;
berpantun hanya bersuka-suka,
peraturannya semua langgar.
.
Rata lelayang silih arahnya,
legar ruangnya gerak menyisi;
kata pembayang pilih rimanya,
agar maksudnya nampak serasi.
.
Sandar berjeda merawak nangka,
nasi dibuang tentu setengah;
sekadar canda lawak jenaka,
mengisi ruang waktu menjengah.
.
Timun digesa jimat jualan,
masak kelisa petani santun;
namun merasa amat terkilan,
rosak bahasa seni berpantun.
BERBUKA
Alan ditindan malim menggesa,
menjangka baka sudah biasa;
bulan Ramadan Muslim puasa,
tika berbuka juadah rasa.
Terhenyak padah datuk terleka,
galau semasa merapi nangka;
banyak juadah untuk berbuka,
walau puasa tetapi suka.
Menantu reka gebar di panti,
sesudah anak rangka teliti
waktu berbuka sabar menanti,
juadah enak leka perhati.
.
.
Terluka
tangan memulas pakma,
bertemu dara berlama-lama;
berbuka dengan seulas kurma,
jamu selera bersama-sama.
.
mendalamnya maksud di sebalik pantun2 ini.
ReplyDeletetksh cikgu pantun jenaka la ni main bantai ja
DeleteJaman kecik2 dulu wak paling suka baca pantun jenaka ni
ReplyDeletetksh wp pantun jenaka hibur duka
DeleteIndah sungguh bahasa akak guna.
ReplyDeleteSeronok pandai berpantun dgn penuh gaya
alhamdulillah tksh Cuya sokongannya insyaAllah
DeleteWalau dibuat jenaka, tapi isi pantunnya masih tetap berima 😍😍👍. Tak sulit untuk paham maksudnya
ReplyDeleteBait bahasa yang diatur ..naluri kena memahaminya ..
ReplyDelete