Friday, 10 April 2026

PANTUN JENAKA

 ASSALAMUALAIKUM

PANTUN JENAKA
Seruntun sanya jika terluka,
penggunaannya jua dianggar;
berpantun hanya bersuka-suka,
peraturannya semua langgar.
.
Rata lelayang silih arahnya,
legar ruangnya gerak menyisi;
kata pembayang pilih rimanya,
agar maksudnya nampak serasi.
.
Sandar berjeda merawak nangka,
nasi dibuang tentu setengah;
sekadar canda lawak jenaka,
mengisi ruang waktu menjengah.
.
Timun digesa jimat jualan,
masak kelisa petani santun;
namun merasa amat terkilan,
rosak bahasa seni berpantun.

BERBUKA

Alan ditindan malim menggesa,

menjangka baka sudah biasa; 

bulan Ramadan Muslim puasa,

tika berbuka juadah rasa.

Terhenyak padah datuk terleka,

galau semasa merapi nangka;

banyak juadah untuk berbuka,

walau puasa tetapi suka.

Menantu reka gebar di panti,

sesudah anak rangka teliti

waktu berbuka sabar menanti,

juadah enak leka perhati.

.

.

 Terluka tangan memulas pakma,

bertemu dara berlama-lama;

berbuka dengan seulas kurma,

jamu selera bersama-sama.

.

8 comments:

  1. mendalamnya maksud di sebalik pantun2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu pantun jenaka la ni main bantai ja

      Delete
  2. Jaman kecik2 dulu wak paling suka baca pantun jenaka ni

    ReplyDelete
  3. Indah sungguh bahasa akak guna.
    Seronok pandai berpantun dgn penuh gaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tksh Cuya sokongannya insyaAllah

      Delete
  4. Walau dibuat jenaka, tapi isi pantunnya masih tetap berima 😍😍👍. Tak sulit untuk paham maksudnya

    ReplyDelete
  5. Bait bahasa yang diatur ..naluri kena memahaminya ..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist