Monday, 21 October 2024

NORAZIMAH ABU BAKAR

 ASSALAMUALAIKUM

NORAZIMAH ABU BAKAR



Aku mengenali Puan Norazimah Abu Bakar awalnya di alam maya ketika aku teruja hendak menerbitkan karyaku dalam antologi di mana beliau sebagai penyelenggara. Setelah itu berpeluang bertemu dengan sasterawan kelahiran Perak ini beberapa kali dalam beberapa majlis sastera. Beliau sangat peramah berbudi bahasa dan prihatin.

Walaupun beliau salah seorang peneraju GAPENA sebagai Setiausaha Kerja sebuah badan penulisan merangkum semua persatuan penulis negara namun beliau sangat sederhana. Aku pernah menyertai antologi selenggaraan Katrina Tati Sitaim, penulis terkenal Sabah dan antologi itu telah terbit. Kebetulan Puan Norazimah ke sana untuk menghadiri beberapa acara sastera, beliau sanggup bersusah-payah membawa buku-buku bahagianku dalam bagasinya untuk diberi padaku.

Aku terharu sungguh kesudiannya. Dalam perjalanan dari Sabah kemudian ke Sarawak beliau turut membawa beban itu bersamanya. Baik budinya tidak ternilai. Aku bukanlah sesiapa pun. Tapi beliau turut menyenaraikan namaku sebagai penerima zakat asnaf penulis pada Ramadan 2018, 2019 oleh sasterawan Tan Sri Dr Hamad Kama Piah juga seorang usahawan.

Beliau sebagai penyelenggara buku terbitan GAPENA turut memilih sajak karyaku antaranya. Antologi BUNGA-BUNGA PULAU JAUH dalam dwi bahasa iaitu Rusia dan Malaysia beliau mengundangku turut serta. Masya-Allah terharu amat pelawaannya.

Tiba-tiba aku terkedu terima khabar, deklamator negara dan penyair Puan Norazimah Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah. Air mataku bergenang menitis perlahan. Langkahnya telah mendahuluiku ke sana. Suatu waktu kita pasti bersua jua, bersama kembali.

 

Karya puisinya tersiar di media arus perdana sejak 1990-an serta pelbagai antologi puisi bersama. Allahyarhamah menghasilkan dua kumpulan puisi, Melarik Malam (ITBM, 2014) dan Langit, Bumi dan Lautan (ITBM, 2016). Pernah mewakili negara untuk deklamasi sajak di China, Thailand, Vietnam, Kemboja, dan Indonesia. Beliau turut pernah menyelenggara dan menjadi editor buat beberapa buku antologi. Norazimah merupakan penerima Anugerah Penyair Berpotensi 2016 Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Anugerah Tokoh Dunia NUMERA 2017 sebagai Srikandi NUMERA.

 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredai. Amin amin amin ya Rabbil Alamin.(cnp Raja Yusof Raja Ariffin) (c)

Amiin… semoga kebaikannya beramal soleh memayunginya di mana saja dia berada berbahagia abadi di sisi-Nya… innalillahiwainnailaihirojiun alfatihah takziah pada keluarga.


7 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist