Monday, 30 July 2018

CERPEN PUSAKA MOYANG...

ASSALAMUALAIKUM...

UNTUK MENUNAIKAN HASRAT CIKGU ETUZA BLOGGER http://madey09.blogspot.com/2018/07/tiap-saat-doa-untuk-anak-dekat.html PI PUBLISH CERPEN PI YANG DISIAR UTUSAN MALAYSIA SABTU LALU.
MOGA CIKGU ETUZA DI KENINGAU SABAH BERPUAS HATI.

SELAMAT MEMBACA JUGA SEMUA SAHABAT BLOGGERS DAN VIEWERS KARYAKU.

TERIMA KASIH KESUDIANNYA.


PIC TUNZA(C)
Cerpen:

Karya:

Paridah Ishak.

                                                     PUSAKA MOYANG

MOYANGKU  itu dalam salasilah keluargaku adalah ayah kepada nenekku dan nenekku pula adalah ayah kepada atokku. Atok adalah ayah kepada ayahku. Begitulah susur-galur jurai keturunanku yang kalau dikira sekali denganku dan anak-anakku sudah enam generasi.
Jarak masa moyangku  kini di keberadaanku jauh juga.
Menurut ayahku, moyangku adalah orang terkaya di kampungku. Tanahnya berelong-relong keluasannya. Rumahnya tersergam indah dan pengurusan harta hasil kerja kerasnya  membawa nikmat kepada warga kampungnya yang turut menumpang mencari rezeki dengan kerja-kerja tani di tanahnya.
Ada yang menyingsing lengan menoreh getah di kebun-kebun getah moyangku. Juga sanggup dibasahi  keringat bermain lumpur  menanam padi daripada permulaan kerja penyemaian benihnya hingga penuaian hasilnya di  bendang moyangku.
            Setiapkali selesai musim menuai padi moyangku akan mengagihkan zakat tanamannya kepada asnaf yang ditentukan. Begitu juga zakat pendapatannya daripada lain-lain punca. Zakatnya  diberikan kepada masyarakat kampungnya yang  dikenali siapa dan kesusahannya pada tahap mana. 
Melimpah-ruah harta moyangku  kerana sikapnya  tidak lokek  berzakat itu   menyuburkan hartanya lagi. Firman Allah, “Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat,” menunjukan betapa pentingnya ibadah itu dilakukan umat Islam.
            Demi hari berlalu moyangku semakin uzur kerana  usianya lanjut. Tanda-tanda baginya ke alam baqa sudah dirasakannya. Mulalah moyangku berkira-kira  mencari pengganti  pengurusan baru kepada timbunan hartanya itu.
Pilihannya  lebih menjurus kepada anak sulungnya kerana daripada pemerhatian anaknya ini  wara’ dan taat agama dan rukunnya. Isteri kepada anak pertamanya ini juga alim dan sopan santun orangnya.
Wajahnya  manis dan mahkotanya  sentiasa dilindungi kerudung labuh  Kelebihan kewibawaan anak sulung dan pasangannya tidak pula menyebabkan moyangku tidak menilai calon-calon pengganti daripada kalangan anak-anaknya yang lain.
Kesemuannya disenarai, termasuk anak-anak perempuannya. Pada hemat moyangku anak perempuan keduanya walau sederhana keterampilannya namun seorang  penyabar menangani situasi dan  bijak mengurusi kewangan milik keluarga dengan  jujur.
            Bendahari kewangan keluarga  itu tidak  diremehkan moyangku walau ianya seorang perempuan,  kejadian-Nya bersifat lemah dan berasal dari rusuk kiri nabi Adam alaihissalam. Bagi moyangku wanita memang jelas keupayaan mentadbir urusan penting seumpama Ratu Balqish yang memakmurkan Saba’ yang dicitrakan burung hud hud kepada baginda nabi Sulaiman alaihissalam.
            Moyangku   masih menghalusi keputusannya dengan lebih teliti. Kehendak Allah mendahului perancanganya. Moyangku dipanggil mengadap Ilahi
 Pengurusan harta kekayaan moyangku segera diambil alih anak sulungnya demi melancarkan pengurusan organisasi keluarga dengan janji meneruskan setiap usaha yang telah dirangka moyangku. .
Pewarisan hartanya diagihkan kepada yang berhak. Moyangku mewakafkan beberapa keping tanahnya kepada badan-badan kebajikan. Pemilikan haknya kepada moyangku tidak berubah.
            Moyangku mengambil sedikit daripada  hartanya  itu untuk dikekalkan kegunaannya abadi di akhirat sana secara mewakafkannya. Itulah hartanya sebenar yang dibawa mengadap-Nya. Moyangku  beringat orangnya.
Barangkali setelah meninggalkan fana, waris-warisnya perlahan-lahan melupakannya tanpa iringan doa dan amal soleh yang dikirim kepadanya. Dan tiadalah lagi pahala tersalur kepadanya untuk membantunya di alam kubur.
Menurut ayahku lagi, berubah drastik gaya hidup anak sulung moyangku setelah berada di atas timbunan harta peninggalan moyangku. Berbelanja sesuka hatinya.
Rugi kufur nikmat dengan hanya mengabaikan harta yang banyak it u. Mungkin itu yang bermain di fikirannya. Wajib dibelanjakan  rezeki yang dilimpahi Allah itu.
Kalau dulu moyangku  ke luar negara untuk mengerjakan wajib haji dan umrah hanya beberapa kali sepanjang hidupnya kini amalan begitu bukan pilihannya. Seluruh Asia tenggara dari Indonesia, India, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam telah dilawatinya.
            Berliburan sambil berhiburan bersama kawan-kawan dan kaum kerabatnya yang sefikiran dengannya menyeronokannya.
Isterinya juga semakin rajin ke Paris,  memilih fabrik berkualitii untuk dijadikan busana yang dipasangkan dengan tudung yang dibeli di Dubai.
Sebab anak sulung moyangku bijak mengambil hati adik-adik beradiknya yang lain dengan turut menghamburkan sedikit harta amanah pusaka moyangku itu kepada mereka juga., tidaklah ada yang membantah tindakanya.
Kecuali seorang saja anak moyangku yang gelisah kerana wang amanah moyangku yang diwasiatkan untuk kegunaan semua waris-warisnya  demi kebajikan kampungnya yang kecil itu semakin menyusut kira-kiranya. Wang keluarnya besar sekali jumlahnya mengatasi jumlah wang masuk.
Jikalau terlalu kurang wang di dalam akaun amanah kewangan keluarga bagaimana mahu membantu anak-anak waris yang ingin menyambung pelajaran, membantu waris-waris yang miskin dan menunaikan hajat waris-waris yang ingin beribadat haji seperti yang sering dilakukan moyangku.
Kalut sekali bendahari harta amanah keluarga itu memikirkannya.
Bendahari amanah harta warisan moyangku walau berbuih mulutnya menyatakan saranan kepada abang sulungnya agar tidak berbelanja terlalu berlebihan tidak dipedulikan dan diambil hirau.
Gaya hidup pemegang amanah harta warisan moyangku, bermewah-mewah dalam berbelanja masih berterusan. Persediaan menghadapi muramnya suasana kehidupan lantaran tiba-tiba jatuh miskin langsung tidak ada. Seperti yang dilakukan nabi Yusuf alaihissalam dalam menjaga perbendaharaan negara Mesir sewaktu baginda sebagai bendaharinya. Setiap tujuh tahun akan berlaku kemuraman ekonomi setelah tujuh tahun berada dalam suasana mewah.
Jadi sebelum terperangkap dalam kemelesetan kewangan yang amat menyulitkan itu haruslah membuat perancangan persediaannya..
Pendapat yang disuarakan bendahari harta warisan amanah moyangku yang tidak dipedulikan itu kini telah menunjukkan kesannya pabila tanah-tanah tani yang subur dan menyumbang kepada penghasilan harta tidak seperti dulu lagi.  Sawah padi tinggalan moyangku tidak boleh lagi dituai hasilnya kerana serangan penyakit bena perang.
            Penghasilan daripada kebun getah  tidak boleh diandalkan juga kerana harganya amat rendah. Harga komiditi dunia yang tertakluk kepada harga pasaran semasa  sentiasa menurun hari demi hari.
            Akhirnya apa yang dibimbangi anak kedua moyangku ternyata. Satu persatu tanah  warisan moyangku bertukar tangan kepada pembelinya demi melunaskan hutang sedia ada dan hutang tertunggak yang dibuat anak sulung moyangku walau ditegahi adiknya iaitu anak kedua moyangku.
            Tiadalah lagi harta amanah pusaka moyangku yang boleh diuruskan kira-kiranya oleh bendaharinya. Dengan sedihnya menutup buku-buku kira-kira yang selama ini tersusun kemas dalam ofis kerjanya.
            Namun harta moyangku yang diwakafkan masih kekal sebagai tanda kepada waris-warisnya bahawa moyang mereka seorang yang kaya-raya. Kaya harta dan kaya hati nurani yang murni juga.  Walau harta-harta wakaf itu telah cuba untuk diambil kembali anak moyangku yang sulung itu tapi tidak berjaya kerana moyangku telah mengemaskinikan dengan surat guaman.
            “Masjid ini di atas tanah moyangmu!” Ayahku menunjukkan kepadaku sewaktu kami berdua mengelitari kampungku.
            “Sekolah tahfiz ini juga atas tanah moyangmu!” kelihatan kepadaku sebuah sekolah tahfiz,  ramai sekali pelajarnya  mundar- mandir dalam perkarangannya dengan tujuan tersendiri.  Pastinya mereka menimba  ilmu akhirat bersekali ilmu  dunia. Dan aku tidak pernah kupa kata-kata seorang ustaz yang memberi kuliah dalam sesi kelas agama dalam syarikatku bahawa seorang yang mengkilik akhirat, dunia akan bersujud di kakinya. Subhanallah!
            “Hospital yang di kelilingi  bendang ini juga atas tanah moyangmu! Memberi khidmat perubatan kepada kepada penduduk kampung dan yang berdekatan daerah sini. Ada masanya kita sihat walafiat dan ada ketikanya kita perlukan ubat untuk menawar bisa sakit kita. Hidup kita ini memang tidak  lepas dengan ujian-Nya. Kesabaran menghadapinya amat penting.”
Tambah ayahku lagi,
            “Setiap harta yang kita ada berupa tanah wajar kita kekalkan keberadaannya demi anak cucu kita kemudian hari kelak. Kalau sudah kehilangannya untuk mendapatkannya balik memang tiada harapan lagi. Jangan sesekali kamu berniat menjual tanah pusaka walau apa saja masalahnya. Ini kamu ada masalah bisnis sedikit sudah nak minta ayah jualkan tanah pusaka untuk  menyelesaikan masalah kamu.”
 Tapi kalau ayahku yang merupakan ciut kepada bendahari harta amanah warisan keluarga moyangku itu siapalah lagi yang dapat membantuku yang diambang kemuflisan kerana kegawatan ekonomi kini? Hanya kepada ayahku boleh kugantungkan harapan kerana beliau mempunyai beberapa keping tanah warisan nenekku yang boleh kusandarkan di bank untuk permohonan pinjaman.
            “Agaknya kamu pun mewarisi sikap anak sulung moyangmu yang berbelanja tak ingat dunia bila sudah berharta dan kaya-raya kot. Sudahnya dibelit hutang pula. Kesilapan orang dulu-dulu jangan diulangi. Jadikan sempadan. Kamu kan generasi terkini yang bijak.” Ayahku berbahasa sinis.

Tamat.


Saturday, 28 July 2018

PUSAKA MOYANG...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...TENTU SIBUK MELAKUKAN PELBAGAI AKTIVITI DI RUMAH SETELAH LIMA HARI DI OFIS/TEMPAT KERJA...KEADAAN RUMAH PUN PERLU DIPERHATIKAN JUGA AGAR SENTIASA SELESA DIHUNI.

SAMBIL-SAMBIL TU SELAK AKHBAR UTUSAN MALAYSIA RUANG SASTERA SABTU DAN BACA CERPEN PI PUSAKA MOYANG

TERIMA KASIH EDITOR UTUSAN MALAYSIA SABTU ATAS KESUDIAN MENERBITKAN CERPEN PI YANG TIDAK SEBERAPA NILAINYA ITU


SEKALI PANDANG ILUSTRASI TU SEAKAN PIC PI PULAK YE HEH..HEH..KEBETULAN

Thursday, 26 July 2018

TANAH INI...

ASSALAMUALAIKUM

SADUKA TANAH INI


TANAH  INI

Milik kita
tanda cinta
waris moyang
harta eyang

Bela jaga
tinggi harga
usah gadai
ranah landai

Lubuk  hati
kasih pasti
warga nusa
bilang bangsa

PARIDAH ISHAK
Desa Melor, Serendah
SELANGOR DE
30 Jun 2018

Tuesday, 24 July 2018

MENU DARI DAPUR PENULIS

ASSALAMUALAIKUM

SIFU TABIR ALAM LARI PULA DARIPADA MENERBITKAN ANTOLOGI PUISI DAN POLIGENRE KEPADA BUKU RESEPI PULA....SEBENARNYA BELIAU JUGA SEORANG YANG ARIF DALAM BIDANG MASAKAN DAN SERING MENYERTAI PERTANDINGAN MASAKAN BERGANDING DENGAN ISTERI BELIAU HINGGA PERINGKAT KEBANGSAAN.

DI DALAM BUKU INI TERDAPAT 117 RESEPI MASAKAN YANG PELBAGAI OLEH PENULIS-PENULIS SPTA SERAMAI  39 ORANG...PENULIS FEMES TU..KECUALI PI SORANG PICISAN HEH..HEH..

KESEMUA RESEPI AGAK BARU PADA PENGETAHUAN PI DAN AMAT MENARIK UNTUK DICUBA BAGI YANG SUKA MASAK DAN MAKAN....HIDUP MESTILAH MAKAN SAMAADA SUKA ATAU TIDAK....PI MAKAN SAJA YANG SUKA....BAB MASAKMEMASAK DAH LAMA PENCEN.

JIKALAU ADA YANG BERMINAT HENDAK DAPATKAN BUKU MENU RESEPI DARI DAPUR PENULIS INI BOLEHLAH HUBUNGI FB SIFU TABIR ALAM....LANGSUNGTIDAK RUGI MEMILIKINYA KERANA KANDUNGANNYA LEBIH BERNILAI DARIPADA HARGANYA

Monday, 23 July 2018

BUKU BARU AKHIR JULAI...

ASSALAMUALAIKUM...



SEMPENA KONPEN..KOVENSYEN PENYAIR DUNIA YANG BERLANGSUNG DI BACHOK KELANTAN PADA 21-22 JULY 018 TELAH  DILANCARKAN ANTOLOGI WANGIAN KEMBANG DAN DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA...

PI JUGA TURUT MENYERTAKAN DUA BUAH SAJAK DALAM ANTOLOGI WANGIAN KEMBANG...JUGA TURUT MELAMPIRKAN BIODATA DALAM BUKU DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA...WALAUPUN PI BUKAN SESIAPA DALAM ARENA INI PI DIBERI JUGA PELUANG....APALAGI TERUS JE SAMBAR..SEBENARNYA SUKA2 SAJA.

TAPI SEKURANG-KURANGNYA TERCATAT JUGA DALAM SEJARAH MALAYSIA BAHWA PI ADALAH ANTARA 100 PENYAIR MALAYSIA DI KALANGAN RIBUAN HEH..HEH..
PERASAN LEBIH PULAK


Sunday, 22 July 2018

PENAWAR SAKIT DI DAPUR...

ASSALAMUALAIKUM...




https://rencahrasa.my/sel-kanser-takut-dengan-3-sayur-ini-pastikan-selalu-ada-di-dalam-masakanmu/

Tiga jenis sayur ini sangat mudah ditemukan. Sayuran ini dapat digunakan untuk mencegah kanser  yang kaya akan nutrisi dan juga dapat melawan sel kanser.
1.Kucai
Kucai adalah salah satu jenis sayuran yang sangat kaya akan nutrisi, selain memiliki protein dan lemak, yang paling penting adalah kucai sangat kaya akan kandungan vitamin dan mineral. Setiap 100 gram kucai mengandung 235 mikrogram vitamin A, 1410 milligram karotin, dan 247 milligram kalium.
Apa fungsi dari vitamin dan karotin? Vitamin dan karotin sangat berguna untuk meningkatkan penglihatan, meredakan mata yang lelah, serta sangat sesuai untuk sentiasa berada di depan komputer. Kandungan karotin yang tinggi dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mencegah tumor, mencegah oksidasi, mencegah penuaan dan masih banyak manfaat lainnya. Makanan yang mengandung kalium tinggi juga sangat cocok untuk dikonsumsi oleh penderita darah tinggi.

Nampak Macam Telur Katak Tapi Sebenarnya Penawar Untuk Gastrik

Penawar gout
COMMENTencegah oksidasi, mencegah penuaan dan masih banyak manfaat lainnya. Makanan yang mengandung kalium tinggi juga sangat cocok untuk dikonsumsi oleh penderita darah tinggi.

Saturday, 21 July 2018

JOM PI PERLIS BELI ORKID...

ASSALAMUALAIKUM...

KANGAR - Pelbagai spesies orkid dan tanaman hutan mencuri tumpuan pengunjung di Pesta Orkid dan Flora UTC Perlis yang membuka tirainya, semalam.
Pengarah Urusan BMC Venture, Sayed Mohd Asri Sayed Mothar berkata, pesta ini akan berlangsung selama 10 hari sehingga 29 Julai depan.
Katanya, terdapat 50 gerai termasuk gerai pakaian, minuman dan makanan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 malam sepanjang pesta berlangsung.
“Alhamdulillah, ini julung kalinya kita bekerjasama dengan UTC Perlis dengan penyediaan tempat selesa,” katanya.
Menurutnya, pengunjung juga berpeluang membawa pulang sebuah kereta, loket emas dan lain-lain barangan istimewa melalui acara cabutan bertuah.
“Setiap kupon cabutan bertuah boleh didapati daripada penjual untuk setiap pembelian yang mereka lakukan,” katanya.
Sayed Mohd Asri berkata, pesta ini mengumpulkan usahawan orkid dan anak pokok buah buahan dari seluruh Malaysia.
“Yang pastinya orkid hutan dan orkid hybrid pasti menjadi tumpuan penggemar orkid apatah lagi kita turut menawarkannya pada harga borong,” katanya.
Tambahnya, mereka turut menyediakan khidmat penasihat pertanian yang sedia memberi tunjuk ajar.
“Kepada orang utara, khususnya di Perlis jangan lupa berkunjung ke pesta orkid ini dan berhibur bersama artis jemputan seperti Shaa Pertama Kali yang akan membuat persembahan malam ini (Sabtu) diikuti Is Projector Band keesokannya dan ramai lagi,” katanya.

SINAR HARIAN


Friday, 20 July 2018

KE CARDIFF LONDON...

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA...

BERJALAN SAMBIL MENIKMATI DAN MENGAGUMI KEINDAHAN ALAM KEMENJADIAN-NYA DI MANA SAHAJA ADALAH PERBUATAN SUNAT YANG BERPAHALA...LAKUKANLAH SEANDAI BERKEMAMPUAN ...

JANGAN SANGKA PI PULA YANG KE SANA HEH..HEH.. BARU-BARU INI ADIK-ADIK PI, FAZILAH DAN FATIMAH SAADIAH SENYAP-SENYAP TERBANG KE CARDIFF LONDON UNTUK MENGHADIRI MAJLIS KONVO NURHASNI SAIDATUL HASANI ANAK BONGSU ADIK PI FATIMAH SAADIAH YANG TELAH TAMAT PENGANJIANNYA DALAM IJAZAH ACCOUNTANCY..DI UNIVERCITY CARDIFF.....ALHAMDULILLAH
DI KALANGAN KELUARGA ANAK SAUDARA PI INI  MANJA DENGAN PANGGILAN BABY

PI CUMA 4 BERADIK SAJA..TIGA PEREMPUAN YANG BONGSU LELAKI...FAZILAH ADIK PI YANG KETIGA MEEMANKAN KAKAKNYA KE LONDON...TINGGALAH ADIK BONGSU PI PALI/PAZELI  MENEMANKAN EMAK PI DI RUMAH

KAMI 4 BERADIK MARHAEN YANG SEDERHANA SAJA TETAPI TETAP BERUSAHA MEMBERI DIDIKAN TERBAIK KEPADA ANAK-ANAK SEDAYA MAMPU










Thursday, 19 July 2018

KENALI PUISI HAIKU...

ASSALAMUALAIKUM...
                                                         PIC TABIR ALAM(C)

DULU DULU PI MINAT JUGA DENGAN PUISI HAIKU JEPUN NI...NAMPAK MACAM MUDAH SAJA...BAIT CUMA TIGA BARIS...NAMUN SETELAH DIBAWA SAHABAT PI PENULIS NILAMSURI MENYERTAI GRUP HAIKU@FACEBOOK ADMIN SIFU TABIR ALAM BARULAH TAU CARA SEBENAR MENULIS HAIKU PUISI TRADISI JEPUN INI....TIDAKLAH SEMUDAH YANG DIDUGA..SETAKAT MENEPATI FORMATNYA  BAIT 575 SUKUKATA DAN ADA CITRA KIGO YOIN MASIH TIDAK MEMADAI....MESTI MENEPATI MAKSUDNYA SELAIN PUISINYA INDAH.

SEBUAH HAIKU KADANG AMBIL MASA BERBULAN JUGA NAK DISIAPKAN SELAGI SIFU TABIR ALAM YANG KOMITED MEMBIMBING HAIJINNYA BERPUAS HATI.
ALANG-ALANG SABAR MEMANG PI BUKA LANGKAH SERIBU...
BIASALAH MENGADAP SIFU MENADAH ILMU MESTI TEGAR HATI MENERIMA APA SAJA KOMENNYA WALAU ADAKALA MENJERUK RASA....

JUSTERU SETIAP BUKU HAIKU YANG DITERBITKAN SPTA BERKUALITI TINGGI DAN BERJAYA DITEMPATKAN DI PERPUSTAKAN HAIKU DI JEPUN DAN UK
ANTOLOGI HAIKU BERGAMBAR/HAIGA TERBITAN SPTA TERBARU

adisi haiku yang diperkenalkan dan dimasyhurkan oleh guru haiku yang terkenal dalam sejarah Basho, kata musim ialah satu syarat yang perlu untuk dijadikan haiku.  Kata musim ini diambil dari segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup mengikut peredaran musim.

Contoh kata musim yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut:.

Musim bunga -
sakura, cecair salji, katak, kupu-kupu, burung layang-layang, bajak, semai dan segala tumbuh-tumbuhan yang menghijau di musim bunga..

Musim Panas -
hujan panas, pelangi, guruh, petir, kemarau, reriang, kunang-kunang, semut, lalat dan segala jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di musim panas..

Musim Gugur -
kambang Oktober, kabus, epal, anggur, kentang, buah berangan, padi, lalang, pepatung dan belalang serta beberapa serangga lain..

Musim Sejuk -
tahun baru, bayu utara, salji, arang, air beku, sungai beku, hujan salji dan segala fenomena alam yang terdapat di musim sejuk.

Walaupun negara-negara tropika seperti Malaysia tidak mengalami pengedaran musim, ini tidak bermakna haiku dari kawasan begini terhad dari segi pemilihan kata musim.  .Pokok getah dalah antara satu contoh kata musim yang boleh digunakan dalam cuaca tropika di Malaysia.

Selain tumbuh-tumbuhan, beberapa jenis serangga dan burung juga diiktiraf sebagai kata musim di negeri tropika.Contohnya Hari Raya Aidilfihri, Hari Raya Aidil Adha, Hari Krismas, Hari Deepavali, hari raya Cina, Hari Kebangsaan, Hari Ibu, Hari Kanak-Kanak, Hari Easter, Hari Valentine dan lain-lain hari yang dirasmikan sebagai satu perayaan pada sesuatu kaum.
SIFU TABIR ALAM

Wednesday, 18 July 2018

TEPUK...TULAR PULAK

ASSALAMUALAIKUM..

HAA TEPUK..

QUOTE PENDEK YANG DICATATKAN DALAM KOMEN ADMIN KELAB CHEDET TENTANG ISU POLITIK SEMASA SEMAKIN MENARIK PERHATIAN NETIZEN DAN TULAR PENGGUNAANNYA...NAK TAHU KISAHNYA KENALAH SELONGKAR FB KCD...HEH..HEH..

👏
pic emojie fb (c)

Monday, 16 July 2018

MUSIM BUAH...

ASSALAMUALAIKUM...






MUSIM BUAH

Sudah tiba
bawa laba
anak kampung
lenguh cempung

Buah lebat
usah lambat
nanti ranum
masam umum

Hujung julai
ranting kulai
rambai manggis
gera hunggis

Buah dusun
lapis susun
tidak bejat
daya hajat

syukur amat
akan nikmat
Allah beri
kanan kiri

Iman takwa
kilik bawa
sujud tulus
atma telus





Nukilan;
PARIDAH ISHAK
Desa Melor, Serendah
SELANGOR DE
16 Jul 2018

Saturday, 14 July 2018

ANUGERAH TERINDAH...

ASSALAMUALAIKUM

Image may contain: 2 people, including Zamri Mohamad, people smiling, eyeglasses and indoor

TAHNIAH KEPADA PENULIS SDRA ZAMRI DAN ISTERINYA YANG DIANUGERAHI ALLAH HADIAH TERINDAH DALAM KEHIDUPAN PASANGAN ITU DENGAN KELAHIRAN BAYI COMEL YANG KEDUA...PI  TERSENTUH MEMBACA PENGALAMAN YANG DILEWATI MEREKA...AMAT MENUNTUT KETABAHAN DAN KESABARAN YANG TIDAK SEDIKIT.
TERKENANGKAN PENGALAMAN PERIH PI MELAHIRKAN ANAK YANG PERTAMA HINGGA KETIGA

MELAHIRKAN ANAK PERJUANGAN GETIR SEORANG IBU BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK..SILAP SEDIKIT SAJA PECAH HANCUR,

BERGANTUNG KUAT DENGAN TALI ALLAH SEMATA... DISAMPING BANTUAN DOKTOR DAN NURSE YANG SANGAT PRIHATIN..JUSTERU MEREKA JUGA SEDANG MENGENDALIKAN KEMASHLAHTAN NYAWA IBU DAN ANAK.

MUNGKIN RAMAI YANG MENYEDARI ARTIKEL SDR ZAMRI BERKENAAN KURSUS PENULISAN ANJURAN BELIAU DI BLOG KARYAKU...KINI PI KONGSIKAN PENGALAMAN TRAGIS BELIAU SEBAGAI SEORANG BAPA YANG RESAH GALAU BERHADAPAN DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN YANG TIDAK DIKETAHUI RUPANYA.

Share fb Zamri Mohamad....
Mak mentua berdoa, "Lahir hari Jumaat hendaknya."
Pada jam 5.00 petang, para kakitangan hospital mula bertukar syif.
Beberapa orang jururawat dan pegawai perubatan yang menguruskan isteri saya sebelum masuk ke bilik pembedahan sudah keluar dari pintu utama.
Masing-masing sudah bebas tanpa uniform.
Jururawat senior memerhatikan saya yang duduk menunggu di luar.
Dia berkata. "Isteri kamu tadi tidak jadi dibedah. Dia sudah bersalin," terus dia berjalan masuk ke dalam.
Saya antara percaya tak percaya sahaja.
Selagi tidak lihat di depan mata, itu separuh kebenaran sahaja.
Apa yang saya percaya, semua borang izin pembedahan ditandatangani oleh isteri.
Lima belas minit kemudian, dia keluar semula dan berkata, "Isteri saudara yang menunggu anak kedua ya? Betul, dia sudah selamat bersalin. Tak jadi dibedah."
Masih lagi antara percaya tak percaya.
Dua jam kemudian, dua orang jururawat keluar. Bayi dan ibu dibawa berasingan.
Isteri melambai-lambai dari jauh.
Saya masih keliru apa yang berlaku.
Selepas masuk ke bilik, isteri mula bercerita, "Anakanda ini bulat hati sungguh. Dia mahu keluar sendiri tanpa dipaksa-paksa."
Dia melalui pengalaman yang meresahkan sementara menunggu dibedah. Macam-macam perkara berlaku.
"Saya pun tak tahu bilik apakah itu. Sama ada laluan atau bilik persediaan sebelum ke bilik bedah. Perut sudah berombak-ombak. Datang pakar bius bertanya beberapa soalan. Minta diisi borang itu dan ini lagi," jelas isteri.
Terus mendengar sambungan cerita, "Saya ditinggalkan di situ. Masih dalam keadaan terbaring. Mereka pula berada di sudut berbincang sesuatu, bersedia untuk perkara seterusnya."
Dia mula stress dan takut kerana seorang diri.
"Kemudian salah seorang datang membawa borang baharu. Mereka tersalah isi borang. Bertambah masa menunggu dan perut semakin berombak. Saya sudah tidak tahan lagi," dia menggambarkan melalui kerutan pada wajah.
Kemudian isteri dibawa masuk ke bilik bedah, diletakkan di atas katil pembedahan. Dia sudah menjerit meminta tolong berkali-kali.
Mereka melihat seolah-olah dia mahu meneran.
"Puan, jangan teran puan, puan sudah berada dalam bilik pembedahan. Bukaan pun tak besar." kata mereka.
Perut yang berombak, budak kecil di dalam yang mahu menolak diri keluar.
Doktor, pasukan bedah yang sudah berada di stesyen masing-masing hairan.
"Puan, jangan teran puan."
Doktor berhenti dan membuat keputusan menyeluk tangan untuk mengukur bukaan servik. Vaginal examination dilakukan bagi menentukan sama ada bukaan itu cukup untuk lahir secara normal.
"Fully dilate!" jerit doktor.
Semua jenis prosedur dihentikan.
Isteri berada di atas katil yang biasanya berakhir dengan pembedahan cesar kini melalui proses bersalin normal.
Tidak ada satu pisau di atas meja disentuh, pakar bius tegun di tempatnya. Hanya suara mereka yang kuat terus mendorong isteri.
"Puan, teran puan!"berkali-kali disuruh begitu.
Doktor menyuruh isteri memaut kedua belah kaki dan terus meneran.
Seorang budak yang berdegil memilih perjalanan hidupnya berjaya memisahkan diri daripada belahan pisau menjadi perjalanan normal.
Anakanda Ammar Rayhan, adik kepada Amir Rayyan selamat dilahirkan.
Berapa berat badanya?
Angka berbeza daripada laporan doktor pakar terdahulu yang mencatat 3.4 kilogram.
Dia lahir kurang 200 gram daripada nombor di atas kertas.
Dengan izin Allah, berkat doa tuan dan puan, dari cesar ke vaginal birth after cesaren.
Keadaan dipanggil spontaneous vaginal delivery (SVD) merupakan proses kelahiran tanpa sebarang ubat-ubatan dan doktor tidak perlu menarik bayi keluar.
Bayi keluar secara sendiri.
"Tak tahu nak gambarkan, jika gambaran bunyi, blup!" isteri cuba menjelaskan.
Proses ini mengambil masa antara 12 sehingga 24 jam sebelum masanya.
Amerika Syarikat mencatatkan empat juta wanita yang melalui bersalin dalam keadaan ini.
Pada hujung situasi, Allah memberikan keputusan mutlak. Selepas manusia menunjukkan sisi tidak putus asa sehinggalah ada keputusan yang sudah meliputi logik akal.
Saya bertanya kepada isteri, "Situasi degupan jantung bayi dan ibu laju tadi apa ceritanya?"
"Apabila kurang air dalam badan, ibu stress dan bayi pun begitu. Selepas masukkan air, degupan jantung kembali normal," jelas isteri.
Cuma pada waktu itu, mereka sudah pun bersedia membawa masuk isteri ke bilik bedah.
Situasi ini mendorong saya melihat satu perkara.
Orang awam juga mesti diberikan pengetahuan mengenai bagaimana clinical judgement ditentukan oleh seorang doktor, bagaimana perbezaan boleh berlaku, apa pro dan kontra dan bagaimana kita dapat membuat keputusan lebih baik.
Forum, diskusi mesti berlaku antara pengamal perubatan dan orang awam dari masa ke semasa.
Dua orang doktor melakukan rutin ke atas ibu dan anak.
Salah seorang berkata, "Selepas banyak halangan, keajaiban berlaku ya. Tak pernah dalam situasi kami berlaku kelahiran dalam bilik pembedahan. Setakat ini apabila sudah berada di 'operation theater' sudah jelas akan di-operate."
Cerita penuh #svdipoh

Friday, 13 July 2018

LAMBAIAN SYAWAL...

ASSALAMUALAIKUM...


SALAM JUMAAT MULIA..

DI PENGHUJUNG SYAWAL

Ampuni hamba-Mu ya Rabbi
 juga muslimin muslimat saudaraku di bening Syawal Aidilfitri.
Seluruh ketelanjuran kepada semua kalian mohon maafkan. 
Agar tiada persoalan di hari pengadilan. 
Tidak muflis busana pahala menghias diri seindahnya. 
Wajah berseri. 
Hukum neraca-Mu terentang di layar. 
Meski se halus zarah dosa terhadap dia adalah hutang. 
Hutang-piutang harus jelas. 
Sebelum berangkat ke sini menemui-Mu
jemariku menyusun frasa murni
segala khilaf hamba-Mu ini ampunilah ya Allah. 

Thursday, 12 July 2018

TUNAI HAJI...

ASSALAMUALAIKUM...



TUNAI HAJI

Amal rukun
giat tekun
sampai seru
deras luru

Tanah haram
saing mahram
suci hati
niat pasti

Atur langkah
harap berkah
umat Islam
hulur salam

Rahmat Allah
jelas serlah
sayang kasih
murni bersih



Nukilan;
PARIDAH ISHAK
Desa Melor, Serendah
SELANGOR DE
12 Jul 2018

MyBloglist