REZEKI ANAK


Semalam, aku telah mendengarkan satu persembahan kajian
oleh seorang pelajarku secara maya.
Perkongsianku kali ini
hanya ingin menekan tentang sikap yang aku sangat menitik beratkan dikalangan pelajar muda yang bakal menjadi generasiku seorang jururawat.
Sebagai seorang jururawat, bukan sahaja pengetahuan ilmu dan kemahiran psaikomotor sahaja yang penting. Bahasa badan dan wajah, kemahiran berkomunikasi dan yang aku sangat tekankan dari awal menjadi pelajarku, ialah sikap nilai nilai murni.
Kali pertama, janjinya persembahan kajian projek pada hari Jumaat jam 2.30 petang.
Tepat jam 2.30 petang aku sudah di hadapan komputer riba siap dengan berpakaian rapi seolah aku ke pejabat walaupun
aku bekerja dari rumah ( BDR).
Aku tetap mengamalkan etika berpakaian walaupun pertemuan di maya.
Sebelum itu, persembahan kajian projeknya sepatutnya jam 10.30 pagi. Tapi ia telah membuat permohonan dengan alasan munasabah diterima akal aku menimbangkan permintaannya untuk menukar waktu persembahan pada hari lain.
Pada tepat jam 2.30 petang aku telah menantikannya dengan penuh teruja. Sebagai pendidik, sifatku memang teruja berjumpa pelajarku. Merekalah pelanggan ku. Lagi lagi di musim Pelan Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), jarang sangat aku berpeluang bertemu pelajar melainkan di maya.
Di hadapan komputer ribaku lengkap dengan alat pembesaran suara dan alat pendengaran maka aku duduklan menanti.
Rupanyanya, penantian satu penyiksaan dapat aku rasakan. Sehingga jam hampir 4.00 petang barulah pelajar yang aku nantikan beri mesej bahawa dia kena bertugas dua syif hari itu.
Bengang aku dibuatnya. Pelajar memohon maaf dan ingin mempersembkan pada hari Isnin berikutnya
pada waktu yang sama.
Tetapi aku telah mendiamkan diri untuk menjawab permohonannya.
Persembahan projek kajian termasuk markah peperiksaan tahun akhir semester Sarjana Muda Kejururawatan dengan kepujian. Pelajar ini sudah di tahun keempat.
Aku terlalu marah dan kesal dengan sikapnya.
Aku sangat ingatkan baginda Rasulullah s.a.w yang lebih mengutamakan serta menekankan sikap akhlak mulia dikalangan sahabat dan semua umatnya lebih dari pengetahuan dan kebolehan yang ada. Sikap perlu dibina jitu dengan amalan akhlak mulia yang boleh dihormati. Mempunyai sikap yang terpuji lagi tinggi nilai dan mulia bagi diri individu. Itulah harga diri.
Jika mengikut sikap, pelajar ini sudah tentu aku tidak layak berikan peluang untuk luluskannya kerana telah memungkir janji dengan helah yang lemah.
Tetapi dua hari aku berfikir dengan terliti. Jika dia itu anak aku dan pendidiknya bertindak seperti aku, apakah ajan aku rasa? Mestilah keciwa hampa. Setelah empat tahun berhempas pulas, lulus dengan jayanya.
Kedua, aku berfikir bahawa ia seorang pelajar dewasa bekerja, bekeluarga sambil belajar. Lemah lagi api kemarahanku.
Ketiga yang paling penting, aku teringat pesan mentorku Professor Zahrah bahawa jika kita mempunyai kuasa untuk membantu seseorang, bantulah dengan hati yang rela. Berilah bantuan kerana Allah sedang menjawab doa seseorang melalui kedudukkan yang kita ada dan mampu.
Aku pun terus hantar email bersetuju untuk memberi peluang kedua mendengar persembahan kajian projeknya.
Semalam tepat jam 2.30 petang aku hampir lupa. Tetiba jam 2.25 petang, aku telah terdengar bunyi mesej masuk ke teleponku. Ku lihat sambungan untuk "google meet" daripada pelajarku itu. Ketika itu aku sedang santai berborak dengan suami dan adikku berpakaian di rumah.
Cepatlah aku bersiap dan duduk di hadapan komputer riba.
Kini, kelihatan pelajar sedang gerun dengan tindakanku.
Dapat aku lihat di wajahnya. Hatiku timbul simpati sepertiku lihat wajah anak anak muda yang sedang berhempas pulas menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja mencari nafkah serentak menjadi isteri dan ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil.
Pelajarku mengigil semasa memberi salam kepada ku.
Aku dengan air muka bersahaja telah menyambut salamnya dengan tenang, tegas sambil aku hadiahkan lemparan senyuman dengan pertanyaan pengkhabaran dirinya. Maka barulah terlihat perubahan wajah tegangnya menjadi ceria sambil nenjawab semua soalanku.
Aku mendengarkan persembahan projek kajiannya dengan tenang walaupun ada sedikit bahang kemarahan perbuatannya dua hari lepas.
Di pertengahan persembahan, aku telah terdengar suara beberapa orang anak kecil sedang menangis. Aku berhentikan persembahannya untuk pelajarku melihat apa yang sedang berlaku di luar biliknya. Pelajarku memberitahuku
bahawa suaminya sedang berada bersama tiga
orang anak anak kecilnya.
Mula hatiku tersentuh sambil berfikir limitasi dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dewasa jarak jauh sambil bekerja. Empatiku mula timbul terhadapnya. Tidak mudah berkorban sebagai seorang isteri yang bekerja sambil inginkan memajukan diri. Keadaannya serba mencabar. Hatiku tersentuh dan teruskan mendengar persembahan kajianya projeknya dengan lebih ikhlas tanpa menyemat bahang kemarahan lagi.
Setelah selesai, aku telah memberi ulasan. Persembahan secara am tidak memuaskan kerana banyak yang aku perlu buat teguran dan minta ia buat perubahan sebelum menghantar skrip projek.
Tetapi di hatiku ikhlas ingin membantunya. Maka dengan tegas aku telah meminta pelajar itu berjanji
bahawa dia perlu berubah mulai dari saat semalam kepada sikap yang positif, ikhlas dengan penuh kejujuran.
Tiga kali aku minta dia berjanji pada Allah yang maha suci agar berubah kearah kebaikkan yang lebih dinamik.
Tangisan ketiga orang anak anak kecilnya telah mengetuk pintu hatiku memberi ia peluang.
Aku tidak mudah untuk menyatakan lulus untuk sebuah persembahan projek kajian yang aku nilai. Terutama apabila fakta kajian tidak selari dengan apa yang di persembahkan. Tetapi pelajar ini telah diselamatkan oleh tangisan keriga anaknya.
Allah s.w.t. turunkan rezeki bersama setiap anak yang dilahirkan.
Penekananku di sini ialah anak itu anugerah terbesar dari Allah s.w.t. Maka janganlah dipersiakan anak.
Akhlak mulia itu lebih bernilai jika dapat diterjemahkan
kepada orang sekeliling
daripada memegang kertas ijazah. Itulah pendirianku dalam memberi ilmu. Aku lebih mementingkan akhlak dan budi individu dari pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan sijil.
Haraslegend
7hb September 2021.