Thursday, 22 June 2017

SALAM AIDILFITRI...

ASSALAMUALAIKUM....











SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BLOGGERS VIEWERS MUSLIMIN MUSLIMIN MUSLIMAT...BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN SEHINGGA SAMPAI KE DESTINASI KAMPUNG HALAMAN YANG DITUJUI DENGAN SELAMAT...DI HATI BERTASBIH ZIKIR BERDOA SENTIASA AGAR TIADA ARAL YANG MELINTANG...


SONETA LEBARAN INDAH

Ramadan kareem mengansur diri
menggamit Syawal sinar menyerlah
moga hadirnya bertemu lagi
sedihnya hati hendak berpisah

Berzakat fitrah usah dilupa
sebelum menjelang Aidilfitri
bersama kita kongsi bahagia
rahmat  Ramadan membawa seri

Berbalas kunjung menjalin ukhwah
busana indah menyalut diri
senyum berkuntum menyeri wajah
ceria gembira meniti hari

Senyum berkuntum bersalam mesra
mohon diampun salah dan silap
Syawal dirai hikmah bererti

Mengerat ukhwah penuh bahagia
temu Ramadan masih berharap
euphoria di Aidilfitri

Paridah Ishak
Selayang Utama





Wednesday, 21 June 2017

SAMBAL KENTANG IKAN BILIS...

ASSALAMUALAIKUM...

MESTI DAH MULA MASUK KE DAPUR UNTUK HIDANGAN BERBUKA TAK LAMA LAGI HARI NI SUDAH RAMADAN KE 26....TERLALU PANTAS MASABERLALU...SEHARI DUA LAGI MUSLIMIN MUSLIMAT AKAN  SAMBUT IDILFITRI DENGAN GEMBIRA MERAIKAN KEJAYAAN SEBULAN BERPUASA BERIBADAH PENUH SABAR DAN REDA....TAPI PETANG AK BERBUKA APA YA...AH BELI SAJALAH KAT PASAR RAMADAN TAK PAYAHSUSAH PAYAH NAK MEMASAKNYA PUN...........

 TAPI UNTUK TAMBAH SEJENIS LAUK MUDAH BOLEH SAJA MASAKNYA SEKEJAP...

Image may contain: food
SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

Bahan-bahan:

Ikan bilis - dibasuh bersih dan di goreng garing
1 biji bawang besar - potong bulat
Cili merah atau cili hidup - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Kentang - dipotong dan di goreng

Cara:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul rata.
3. Masukkan bahan yang dah di goreng tadi, ikan bilis dan kentang serta bawang, gaul rata siap.

Monday, 19 June 2017

CERINGKAS...

ASSALAMUALAIKUM...

CERINGKAS ADALAH CATATAN KENANGAN RINGKAS YANG DIUSAHAKAN PENYELENGGARA ANTOLOGI SIFU TABIR ALAM....PELBAGAI KENANGAN PAHIT MANIS DICORETKAN RAMAI PENUKILNYA  YANG KEBANYAKANNYA ADALAH PENULIS SPTA-SIRI PENERBITAN TABIR ALAM...TULISAN LEBIH BERSIFAT PERIBADI DAN AMAT MENARIK DIBACA

KINI SUDAH DITERBITKAN DENGAN JAYANYA ALHAMDULILLAH...


Senarai penulis untuk antologi "Catatan Kenangan" bagi Projek Ceringkas (Cerita Ringkas).
PENULIS TERPILIH:
(01) 💟 Zuraida Dewi ~
 (02) 💟 Saudah Mat Lazim -
 (03) 💟 Mas Onn -
(04) 💟 Seti Zaleha -
 (05) 💟 Paridah Ishak ~
(06) 💟 Kamarsinah Sarkam -
 (07) 💟 Siti Fatimah Zainol
(08) 💟 Yahti Hayati ~
(09) 💟 Nor Aziah Aziz Fadzilah ~
(10) 💟 Nor Azizah Idris -
 (11) Meor Azman
(12) Nor Azah Bahrim
(13) Mak Russ
(14) 💟 Saniah Masri ~
 (15) 💟 Jalimah Jaudin ~
(16) Pak Engku
(17)  Sri Mawar
 (18) 💟 TabirAlam ~ Selesai
(19) Faridah Shamsudin
(20) 💟 Sazalee Sulaiman ~
 (21) 💟 Masriyah Misni -
 (22) 💟 Pauzi Mohd Isa
 (23) 💟 CT Nurza -
(24) Hamimah Othman
 (25) 💟 Amir Hamzah Mohd Wazir
 (26) Sabariah Nor Salleh
(27) Qurniaan Pencinta JiWa
 (28) Bayu Pagi
 .
--------------------------------------------------------------------
(26) 💟 Della Sharif
(27) 💟 Mahani Binti Mustafa -
.

Sunday, 18 June 2017

MENDAKAP RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM...

23 RAMADAN MEMBAWA KHABAR GEMBIRA DI HARI MINGGU... TIDAK TERKATA...SYUKUR ALHAMDULILLAH...SAJAK PI JUGA SAHABAT PENULIS SANIAH MASRI DLL  DISIAR AKHBAR NST SABAH.

MELINNTASI LAUTAN PULA KARYA PI TERBANG YA..HEH..HEH..BIARKANLAH..MEMBAWA SEMANGAT TUANNYA YANG LEMAH




MENDAKAP RAMADAN

Hadirmu bertamu kusambut santun.
Senyum terbuka menguntum harum
Erat didakap mengalung untaian hormat
menggantung harap berkah-Nya.
Purnama yang dirindu
sendu syahdu terkedu
meresapi jantung kolbu.
Beriring denganmu setiap detik
meninggalkanmu tidak terdetik.
Hadirmu ke ruangan ini
siang malam cahaya melimbang
menyepuh cahaya indah aura
mutiara amal yang bertaburan merata
Ingin dikutip bahagianya semahu-mahu
bekalku ke sana.
Hadirmu sekadar bertamu
membawa restu janji pasti
Pencipta alam rahmah berbilang
enggan dilepaskan pulang.
Namun takdir meleraikan dakapan
perpisahan mengundang duka hiba
tidak terlarut.

Paridah Ishak
Selayang Utama

2/06/017

Saturday, 17 June 2017

BUNGA KERTAS MENYERI LAMAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Ramadan semakin berhujung. Sambil masih mejalani ibadah puasa persiapan hendak menyambut lebaran pun giat juga dilakukan. Kuih muih kering dan cookies sudah pernuh berbalang-balang
.
Paling utama tentulah pakaian baru yang cantik untuk digayakan anak-anak pada pagi satu Syawal nanti mesti terlebih awal disiapkan. Kegembiraan anak-anak dan keceriaan mereka membahagiakan kita. Lebih-lebih lagi tika menyambut hari raya.


Persiapan dan perhiasan dalam rumah sudah tip top. Hati merasa puas sangat. Jadi luaskan pandang ke luar rumah pula. Lamannya perlu dirapikan dengan kemas. Pokok bunganya biar elok tersusun. Kalau pokok bunganya sedang galak berbunga tambah berserilah suasana di hari raya




Friday, 16 June 2017

TADDABUR ALQURANSURAH AL QADR

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

CORETAN PAK ENGKU

JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)
Surah Al-Qdr ayat 1 hingga 5 - QS 97: 1 - 5

Surah Al-Qadr - سورة القدر (Kemuliaan)

Dalam ayat pertama surah ini Allah telah berfirman yang maksudnya berbunyi:-
(Innaa anzalnaa hufii lailatil qadr)
1. [Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan,]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa terdapat satu malam terutama di bulan Ramadan yang mana Allah akan menurunkan ketentuan dan sukatan-Nya pada diri setiap manusia. Ketentuan yang diturunkan itu adalah berdasarkan apa yang dipohonkan atau dipinta, Jelasnya di sini bahawa ketentuan dan sukatan Allah itu adalah berdasarkan apa yang kita minta atau pohon tetapi mestilah pada kadar mengikut keperluan kita.
Dalam ayat kedua dan ketiga Allah menyambung lagi firman-Nya yang bermaksud:-
(Wamaa adraa kamaa lailatul qadr)
2. [Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?]
(Lailatul qadri khairummin 'alfisyahri}
3. [Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.]
Dalam ayat 2 dan 3 ini Allah bertanya kepada kita, “Apakah malam ketentuan itu?” Allah seterusnya memperjelaskan kepada kita bahawa malam ketentuan itu adalah malam di mana Allah memberikan jaminan-Nya tentang peruntukan yang akan diberikannya kepada kita dalam hidup ini. Apa sahaja keperluan dalam kehidupan seharian kita, sama ada di dunia mahu pun untuk akhirat, Allah telah peruntukkan kepada kita untuk digunakan hingga 1000 bulan. Malah peruntukan dari segi kebaikan akan Allah tambah dan tidak mungkin mendapat kurang dari itu. Oleh itu bagi orang yang beriman dan Esa dalam Allah, janganlah lepaskan peluang ini untuk memohon peruntukkan ini. Apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W telah mewar-warkan bahawa peluang untuk memohonnya adalah pada malam ganjil 10 terkhir Ramadan. Allah juga menyatakan bahawa Dia pasti akan menurunkan ketentuan kebaikan pada malam tersebut. Sewajarnya apa sahaja barang yang jatuh turun hendaklah ditadah atau disangga.. Jika tidak ditadah atau disangga maka barang itu akan jatuh terhempas. Diibaratkan kaca pastilah ianya akan hancur berderai. Maksud ditadah atauu disangga ini ialah kita berdoa dengan menadah tangan. Mahfum Hadis “Barang siapa yang istiqomah dalam amal 1/3 malam mereka, maka pasti Allah kurniakan padanya malam Lailatu Qadar”. Maksud istiqomah di sini, amalan 1/3 malam mereka bukan hanya dilakukan pada malam 10 terakhir Ramadan tetapi di sepanjang masa.
Dalam ayat yang ke empat Allah berfirman lagi yang maksudnya berbunyi:-
{Tanazzalulmala ikatuarruu fiihaa biiznirabbihim minkulamri)
4. Pada Malam itu, turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa malam tersebut adalah malam yang penuh dengan kemuliaan dan keistimewaannya. Pada malam itu Allah hendak menurunkan bajet atau pun peruntukkan selama 1000 bulan kepada setiap hamba-Nya yang menadah tangan berdoa dan beramal. Dan pada malam itu juga Allah memerintahkan seluruh malaikat dengan diketuai oleh Jibrail supaya memerhati, menyaksi dan mengaminkan hamba-hamba-Nya yang sedang berdoa dan beramal pada malam tersebut. Kehadiran seluruh malaikat itu adalah bertujuan supaya mudah bagi Allah untuk memperagihkan bajet atau peruntukan 1000 bulan tersebut kepada sekalian hamba-Nya yang layak.
Dalam ayat yang ke lima Allah berfirman yang maksudnya berbunyi:-
(Salaamun hiyahattaa mutlail fajr)
5. [ Malam itu {penuh} kesejahteraan sampai terbit fajar!]
Ayat ini menerangkan kepada kita akan tempoh masa untuk kita membuat permohonan atau berdoa serta melakukan amalan-amalan lain pada malam yang penuh keberkatan itu. Tempoh masa permohonan tersebut akan tamat apabila tibanya waktu fajar. Selepas dari waktu tersebut maka segala permohonan kita itu tidak akan diterima oleh Allah lagi. Walaupun permohonan atau doa kita ditolak namun amalan kita akan tetap Allah terima.

Wednesday, 14 June 2017

BERTEMU SEBENTAR KENANGAN ABADI...

ASSALAMUALAIKUM...

BERTEMU SEBENTAR KENANGAN ABADI

UMMU ATTIFFI ILHAMI

Mazlinda namamu semanis raut wajah berseri
Senyuman membasahi bibir terlorek ayu
Menghulur salam pada sebuah pertemuan tanpa duga
Hadir dengan kemesraan tulus dan ramah bicara mulus
Terngiang-ngiang suara lunak bicara
Walau sebentar cuma bersua.
Khabar maya melakar ceritera keuzuranmu
Hatiku sebu terharu
Gugur air mata menderu
Melihatmu terbujur lesu
Kuiring doa dinimalam sunyi
munajat mohon belas kasih-Nya
Agar kemashylahatanmu kembali sediakala
Namun berat hatimu
Melangkah pergi mendahului menemui Kekasih abadi
Berbahagialah Ummu Atiffi Ilhami di sisi-Nya
Inalillah ilaihirojiun
Kepada-Nya kita kembali
Pasti.
Alam baqa selamanya

Paridah Ishak
Selayang Utama
14/06/017








11 Nov2016

Catatan kenangan abadi Puan Ummu Atiffi Ilhami di wall fb beliau mengenai PI pada 11 November 2016 rentetan pertemuan yang berlaku antara PI  dirinya dan suaminya ustaz Ilhami Hisham penerbit BeTA. Kunjungan beliau dan suaminya ke rumah anak PI kerana menghantar antologi puisi HIJRAH MERDEKA dan antologi C2N RAJAQNA yang telah diterbitkan pihak BeTA
.
Mesra sekali bicara yang ditutur editor Pendidikan KARANGKRAFmembalas jawab pertanyaan anak perempuan PI yang kebetulan ada bersama PI.  Rasa kagum amat semangat dirinya yang kuat berupaya menjalani hidup dan urusannya walau baru saja usai menjalani pembedahan kanser payudara. Sentiasa bersikap positif menempuh hari yang dilaluinya penuh dugaan.

29 tahun lalu, kemalangan jalan raya telah mengakibatkan dia lumpuh hingga sekarang.
Namun wanita ini memiliki jiwa kental.
Walau mulut tidak lagi dapat bertutur, kaki tidak mampu menapak, dengan sebelah tangan jejarinya menari laju di papan kekunci komputer.
Dengan pergerakan lima jemari itulah terhasil beratus puisi dan cerpen karyanya. Ada yang sudah terbit dan ada yang menunggu giliran.
Melihat kegigihannya saya jadi malu pada diri sendiri...
Petang tadi selesai menjalani RT, saya sempat menziarah wanita ini, bonda Paridah Ishak!
Kegigihan dan semangatnya benar-benar memancung keadaan.

Catatan ustaz Ilhami Hisham dalam wall fb beliau yang ditag kepada PI…terharu sungguh hati PI menerima penghargaan daripada sepasang suami isteri penulis ternama ini.

Beliau insan hebat. Anugerah-Nya.
Itu tiga kalimat yang kusangkutkan di siling hatiku sendiri. Banyak ilmu, maklumat dan pengalaman dapat kukutip ketika menziarahinya tadi petang. Kami temui di kediaman beliau di Selayang Utama.
Kak 
Paridah Ishak menerima kedatangan kami yang tidak disangka-sangka itu dengan kuntuman senyum yang manis. Kemesraannya jelas ketika beramah-mesra. Meskipun tidak banyak perkataan yang mampu diungkapkan, namun kami amat memahami isi hatinya.
Menurut anak perempuannya, seorang guru Sains, kemalangan melibatkan semua anggota keluarga mereka itu berlaku pada 1985.
"Ketika itu, saya berusia tujuh tahun," tukasnya.
Dalam hati, aku membayangkan bagaimana Kak Paridah membesarkan anak-anaknya dalam keadaan begitu. 
Kini, beliau terus-menerus menulis. Meskipun dengan sebelah tangan cuma. Namun karyanya amat hebat dan bernilai. Boleh dikatakan karyanya terdapat di dalam semua lapan buku projek BeTA sehingga ini.
Tidak banyak kesilapan ejaan, tanda baca dan ketata-bahasaan dalam nukilan beliau. Membuktikan beliau berkarya dengan penuh ketelitian.
Hasilnya, sajak beliau telah mendapat salah satu daripada tempat utama dalam Sayembara Menulis Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA pada bulan Ogos lalu.


SALAM TAKZIAH KEPADA USTAZ ILHAMI YANG KEHILANGAN ZAUJATI TERCINTA JUGA ANAK-ANAK DITINGGAL UMMI KESAYANGAN MENURUTI TAKDIR-NYA YANG TERSURAT...MOGA ROH ALLAHYARHARMAH MAZLINDA DICUCURI RAHMAT-NYA DAN BERADA DI KALANGAN PARA SOLEHIN DI SISI KEKASIH ABADI SEJATI


WORDLESS WEDNESDAY...PAHALA MUDAH

ASSALAMUALAIKUM...


Monday, 12 June 2017

DURIAN SEBUTIR REZEKI RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Lama juga PI tidak dapat update blog ya…sebenarnya PI balik kampong di UJ baru ni…menyelesaikan beberapa urusan sebab kebetulan anak menantu PI bercuti jadi dapatlah mereka membantu PI melunaskan cukai tanah yang sudah terlewat sebulan dari tarikh penetapan. Walau lewat sedikit  dan hanya beberapa hari saja denda tetap dikenakan
.
Biasanya cukai tanah yang dibayar setiap tahun ialah RM196 campur denda 18RM lebihlah sedikit. Sudah ditetapkan begitu ikut sajalah. Walau hasil tanahya tidak seberapa tapi cukai tanahnya jangan dibiarkan tertunggak. Memeningkan saja memikirkan angka yang bernilai hutang.

Sambil anak menantu membersih dan mengemas rumah yang dilanda banjir kilat baru ni tentulah meninjau juga ke persekitaran rumah. Bahagian belakang rumah sudah dijadikan kebun pisang dengan menebang habis pokok rambutan merah dan kuning. Yang tinggal cuma sepohon durian. Durian tu dah puluhan tahun PI tanam tapi masih tak berbuah.

Setelah tanah di situ ditambak lagi nampaknya memberi kesuburan kepada pohon durian tu. Tahun lepas dah mula berbunga dan berputik tapi tak lekat. Tanpa disedari tahun ni rupanya ada dua biji durian yang tergantung di pohon. Besar juga buahnya.

 Kebetulan gugur tika anak menantu sedang sibuk memasak hidangan berbuka puasa. Syukur Alhamdulillah rezeki Ramadan kareem.
Dapatlah merasa durian sulung dengan rasanya tidak terlalu manis. Elok masaknya dan semua pangsa berisi.

Sebenarnya PI jeles juga dengan blogger WP yang selalu mengupdate entry dengan kisah durian di kebunnya. Nampak sedap sangat…kalau dekat tentu PI dah pergi borong semuanya.

Tapi durian di kebun PI 




cuma sebutir saja heh..heh..dapatlah merasa melepaskan kempunan.

Thursday, 8 June 2017

KUMBANG TANDUK KELAPA SAWIT...

ASSALAMUALAIKUM...


Pic google

KUMBANG TANDUK KELAPA SAWIT

Entah di mana silapnya
Kumbang tanduk di pucuk kelapa gading
Di pinggiran desa
Bertukar arah angin
Setelah menggerogot tuntas pucuk muda
Hingga habis punah ranah
Sisanya bersepah rempah.
Jelingan mata sekawan kumbang bertanduk hitam
Meleret pandang
Sawit rendah berbuah lebat di kebun pusaka
Akan dimangsa seterusnya
Pasti tumbang dan rebah
Sedih mengocak rasa lemah daya
Tidak tahu bagaimana
Menghambat  sekawan kumbang bertanduk hitam
Daripada memusnahkan segala yang tumbuh
Berkat peluh yang luruh.

Paridah Ishak
Selayang Utama

8/06/017

Wednesday, 7 June 2017

JUAL SAHAM ASN ASB SISTEM BARU

ASSALAMUALAIKUM....



HARI NI SUDAH RAMADAN KE 12...KEBETULAN ANAK PI YANG KERJA CIKGU TU CUTI SEKOLAH JADI DAPATLAH PI MENYUSAHKANYA MENYELESAIKAN URUSAN BERKAITAN BANKING NAK UPDATE ITU INI...SEKARANG NI URUSAN PERBANKAN LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN ONLINE...ITUPUN JIKA KITA FASIH DAN ARIF MENGENAINYA...

TAPI BAGI PI GEN OLD SKUL TETAP JUGA SELESA DENGAN SISTEM BANK KONVESIONAL...MENGGUNAKAN BUKU UNTUK PENGELUARAN BUKAN KAD...DAN KALAU MELIBATKAN SAHAM AMANAH ATAU TABUNG HAJI SETIAP HUJUNG TAHUN MESTI NAK KEMASKINI UNTUK KIRA DIVIDENNYA.

MENURUT PEGAWAI MAYBANK YANG PI TEMUI DI CAWANGAN SELAYANG MULAI 28 MEI NANTI URUSAN JUAL SAHAM ASN ATAU ASB TIDAK PERLU LAGI SIBUK SIBUK NAK KELUARKAN BUKU PELABURAN TAPI HANYA GUNAKAN IC SAHAJA..

LEBIH MUDAHKAN...IC PENGENALAN DIRI YANG PENTING.

SISTEM PERBANKAN YANG SENTIASA DI UPGRADE DEMI KEMUDAHAN PELANGGANNYA.

TAPI KALAU SISTEM BARU YANG DIPERKENALKAN BOLEH DITERIMA DAN DIGUNAPAKAI SETERUSNYA

MULA MULLAMEMANG AGAKSUKAR MEMAHAMINYA...TAPI BILA SUDAH TERBIASA TENTU TIADA SEBARANG MASALAH DIRASAKAN LAGI.

Tuesday, 6 June 2017

LABUN TOK BATIN ROYAL BELUM...

ASSALAMUALAIKUM....

LABUN TOK BATIN

TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
19.5.2017

Siapa-siapa datang ke mari
untuk suruh kami undi
kami tidak mahu mengundi
mana-mana parti datang
kami tidak lagi mahu beri undi
nasib kami
kami orang asli
kami orang asal
Islam lagi
kami terpinggir dipinggir
tidak siapa peduli.
Nun!
kampung sana
rumah batu lagi
mubaligh kristian bantu
kerajaan tolong.
Kami Islam
masuk Islam tahun 1994
...aku sok-sek dengan kawanku
pastinya...
orang suratkhabar datang
pihak tv datang
kami masuk Islam
muka kami masuk tv
......gempak begitu
kebiasaannya begitu
berita di sana-sini
sensasi...satu kampung
orang asli masuk Islam
nama kami ditukar
nama Islam
kami dikhatan
tapi selepas masuk Islam
kami langsung tidak dipeduli
kalau diambil pedulipun
hangat-hangat tahi ayam
satu apapun kami tidak mengerti.
Bila ada yang mati
cari ustaz di pekan sana
ustaz ini cuti
ustaz itu ..."outstation "lagi
ustaz ini tidak dijumpai.
Lalu kami tanam
nun di sana
macam nenekmoyang kami.
Abid Addin@bib
LM-Kuala Kangsar.Perak.
6.6.2017
(Hakcipta©2017®AbidAddin@bib)






 SHARE SAJAK N  PIC ABID ABDIN

Sunday, 4 June 2017

MAGIS CERI KAMPUNG....

ASSALAMUALAIKUM...

ANUGERAH ALAM YANG SANGAT ISTIMEWA BERADA DI SEKITAR KITA SAJA UNTUK KITA MANFAATKANNYA SEBAIK MUGKIN DEMI MEMPERBAIKI KESIHATAN KITA YANG TERJEJAS KERANA GANGGUAN PENYAKIT YANG KITA TAK INGINI...
TIDAK SALAH MENCUBA DEDAUN HERBA INI...TAK BERACUN




MyBloglist