Wednesday, 31 January 2018

SELAYANG PANDANG.

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERCUTI RABU..LETIH ISNIN SELASA DI TEMPAT KERJA BOLEHLAH LEGAKAN URAT-URAT SEKETIKA...NAK PANJAT BATU CAVES TAK TERLARAT...DAN YANG TAK ADA KENA MENGENA DENGA THAIPUSAM TAK PAYAHLAH DBUAT...BIAR YANG BEBAS BERHAK SAJA....SELAMAT THAIPUSAM KEPADA YANG MERAIKANNYA




Thursday, 25 January 2018

AL-MUDDATHIR

ASSALAMUALAIKUM...


CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)
Kupasan Surah Al-Muddaththir (Orang Yang Berkemul atau Berselibung). Ayat 1 hingga 10 (QS 74 : 1 - 10)
Surah Al-Muddaththir - سورة المدثر
(Orang yang berkemul {berselibung})
{Bisillah hirrahman nirrahim}
[Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.]
Ayat pertama ini Allah berfirman:
1. {Yaa ‘aiyuhal muddasy syir}
Yang bermaksud:
[Wahai orang yang berselibung!]
Ayat ini menerangkan kepada kita tentang kenapa hati kita selama ini diselubungi oleh sesuatu dari mengingati Allah. Sehinggakan hati kita tidak dapat dibangunkan atau dihidupkan. Ini adalah disebabkan, yang pertama, Adam (diri kita) tidak mempunyai kemahuan yang kuat. Yang kedua adalah disebabkan selama kini kita hanya bersandar pada yang wajib sahaja. Yang sunat kita abaikan. Ketiga adalah kerana diri kita diselubungi oleh nafsu, akal dan syaitan, Yang keempat ianya disebabkan diri kita telah terhijab oleh dosa-dosa yang lampau. Yang kelima kita terlalu mencintai dunia. Dan yang akhir adalah kerana kita jahil..
Dalam ayat kedua Allah menyambung firmannya:
2. {Qum fa’anzir}
Yang bemaksud:
[Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah memerintahkan kita supaya bangun mendirikan amal-amal sunat. Terutamanya solat sunat pada waktu satu pertiga malam. Tujuannya ialah agar hati kita dapat dibangunkan dan hidup dan sentiasa mengingati Allah.
Dalam ayat ketiga sambung frman Allah lagi:
3. {Warab bakafakabbir}
Yang bermaksud:
[Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!]
Ayat ini menerangkan kepada kita tetang tujuan kita bangun malam itu. Tujuannya adalah untuk membangunkan atau menghidupkan hati kita dari lupa kepada ingat. Tujuan utamanya pula adalah untuk membesarkan Rab Tuhan dalam setiap detik kehidupan kita. Jelaslah di sini bahawa kita tidak mempunyai apa-apa. Malah Allah jualah yang memiliki segala-galanya. Maka yang demikian itu di hati kita ini nanti akan hanya nampak Allah sahaja. Kita tidak akan nampak makhluk lagi. Kesemuanya Allah belaka.
Dalam ayat keempat Allah berfirman:
4. {Wasyiyaa bakafathoh hir}
Maksudnya:
[Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa pakaian yang hendak dibersihkan itu bukanlah pakaian jasman tetapi pakaian rohani. Apabila pakaian rohani kita bersih sudah pasti kita tidak akan lagi melakukan perbuatan syirik. Kita tidak akan mahu melakukan dosa dan berbuat perkara lara atau yang sia-sia. Sampai pada ayat ini juga Allah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan Solat Sunat Tasbih untuk mensucikan-Nya. Maka lakukanlah ianya.mengikut kemampuan diri kita. Kalau masa dahulu kita bersolat Tasbih setahun sekali cubalah buat sebulan sekali.Andainya dahulu sebulan sekali cubalah lakukan seminggu sekali. Jika dahulu seminggu cubalah buat semuga dua tiga kali. Begitulah seterusnya.
Ayat kelima pula Allah berfirman:
5. {Warruj zafah jur}
Yang membawa maksud:
[Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.]
Ayat ini menerangkan kepada kita akan cara yang terperinci apa yang hendak dibersihkan itu. Kita hendaklah membersihkan diri kita dari melakukan dosa yang zahir dan juga batin. Dosa yang zahir adalah dosa yang kta lakukan dengan jasad kita. Kita dapat melihatnya dengan mata kasar. Dosa batin adalah dosa yang dilakukan berpunca dari hati kita yang bersih. Dosa batin ini bila dilakukan hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu.
Dalam ayat keenam firman Allah:
6. {Walaa tamnun tas taksyir}
Membawa maksud:
[Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa setiap apa yang kita berikan kepada manusia lain serta amalan yang kita persembahkan kepada Allah, janganlah dituntut akan balasan atau ganjaran. Kalau beramal janganlah berkehendakkan pahala mahu pun syurga. Beramallah untuk Allah dan kerana Allah semata-mata. Andainya kita memberi kepada manusia lain janganlah sekali-kali mengharapkan balasan. Inilah dalil ayat yang membuktikan bahawa apabila kita beramal bukanlah tujuannya untuk mendapatkan atau menuntut dari Allah agar diberikan pahala dan syurga. Kita hanya boleh menadah tangan memohon. Terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjarannya.
Seterusnya dalam ayat ketujuh Allah menyambung firmannya:
7. {Walirab bika fash bir}
Membawa maksud:
[Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam perjalanan hidup kita ini yang membawa Ilmu Ketuhanan untuk menuju Allah sudah pasti kita akan menghadapi berbagai ujian. Antara ujianya ialah fitnah, kata cela dan caci maki manusia. Walau apa pun ujian yang datang, ketepikan dan pedulikan semua itu. Janganlah kita suka mendengar cakap-cakap atau kata-kata orang. Tekadkan di hati bahawa yang kita cari hanya redha Allah. Marilah kita ambil iktibar dari kisah Lokman dan anaknya bersama seekor kaldainya. Inilah caranya Lokman mengajar hikmah kepada anaknya.
Dalam ayat kelapan Allah berfirman:
8. {Faa ’izaa nuqirafin naaqur}
Bermaksud:
[Kerana apabila telah ditiup sangkakala,]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam menjalani kehidupan di dunia ini untuk menuju Allah berdasarkan Tauhid dan Hikmah hendaklah kita sentiasa bersabar. Bersabar di atas segala ujian dan gangguan. Sampai bilakah kita hendak atau harus bersabar? Jawabnya adalah “Hingga ke akhir hayat kita”.
Dalam ayat kesembilan Alah berfirman:
9. {Fazaa likayau ma’izi yaumum ’asir}
Yang bermaksud:
[Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa jalan menuju Allah itu adalah jalan kesabaran. Sesungguhnya sabar itu adalah suatu sifat yang teramat sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan kita ini.
Dalam ayat kesepuluh firman Allah:
10. {‘Alal kaafiri naghairuyasir}
Yang bermaksud:
[Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).]
Dalam ayat ini Allah memperjelaskan kepada kita bahawa jika pada diri setiap mukmin pun amat sukar untuk membawa sifat sabar, apatah lagi pada orang yang kafir di sisi Allah. Mereka ini langsungah tidak ada sifat sabar. Orang mukmin jikalau hilang sabar pun atau cepat marah hanya apabila Allah itu sendiri orang persendakan. Pasti diri mereka akan tercabar dan melenting marah dan hilang sabar untuk berhujah. Inilah yang dinamakan ZUK.
(Bersambung ke ayat 11 hingga 20

Tuesday, 23 January 2018

DARMAWISATA...

ASSALAMUALAIKUM...

SESEKALI BACA CERPEN PI PULAK YA...

Cerpen
Oleh
Paridah Ishak.

                                                        DARMAWISATA


BAGAIMANA hendakku mula perjalananku berwisata ke benua Eropah yang  sudah kurancang sebaiknya untuk menghabiskan percutianku di musim bunga di sana? Apa pula masalah yang mendepaniku sehingga aku merasa kesulitannya memberatiku? Bukan tidak pernah pun ke sana. Tapi memang aku minat mengulanginya terutama pada musim bunga-bunga mengorak kelopak dan menebarkan keharumannya di setiap ruang. Sangat indah dan mendamaikan suasana alamnya  kurasakan.
            Asyik sekali melewati jalan beraspal di desa-desa tradisi Inggeris yang indah damai dengan hati digayuti kekaguman melihat epal merah, hijau, peach yang hijau, kuning, anggur yang merah, ungu, hijau juga serbaneka buah-buahan yang tidak kukenali namanya. Dan ingin kunikmati saat itu lagi setelah merasainya sekian tahun sehingga tamat pengajianku di universiti Manchester.
            Pulang ke tanah air dengan ijazah pengurusan perniagaan tentulah aku akan berkerja dalam bidang yang kupelajari dengan sangat gigih itu. Tidak susahpun aku hendak menjawat jawatan yang penting bersangkutan bidang tersebut kerana jawatan GM/general manager memang telah tersedia untukku.
            Buat sementara waktu sepanjang aku meneruskan pengajianku di Manchester,  mamaku memangku jawatan Allahyarham papaku itu. Dan  telah diwasiatkannya kepadaku mewarisiya. Perlulah aku mengisi ilmu di dadaku dengan perkara yang menyangkut bisnis dalam segenap aspek sebelum aku digalaskan dengan tanggung jawab menguruskan syarikat dedi yang agak terkenal di antara syarikat-syarikat terkenal di Malaysia dalam bidang alatan perubatan.
            Mama yang menggalakan papa untuk menceburi bidang ini setelah perniagaannya dalam bisnis impot-ekspot kenderaan pelbagai jenis mengalami kerugian kerana persaingan sengit pemain-pemainnya yang aktif dalam bidang ini. Prospek perbekalan alatan perubatan kepada pihak hospital dan lain-lain pihak yang memerlukannya amat baik menurut mama kerana tidak ramai anak bangsa yang menceburinya.
            Mamaku memang tahu soal itu kerana mamaku bergelut dalam bidangnya sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan. Keperluan perbekalan pada alatan perubatan memang kritikal dan hanya bergantung kepada syarikat-syarikat dari luar negara semata. Apa salahnya sekiranya anak bangsa turut menyumbang sedikit kepada keperluan semasa dengan turut bergiat sama.
            Perniagaan papa berjalan lancar dan kukuh stabil sehingga papa meninggal dunia dalam kemalangan udara tika menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang sahabat perniagaannya. Pesawat Cessna yang dinaiki papa bersama mamaku terhempas di dalam belantara Bentong.
            Mamaku masih panjang umurnya dan ditemui selamat dalam usaha pencarian yang dilancarkan anggota keselamatan negara justeru tercampak keluar daripada Cessna sebelum Cessna itu meletup dan mengorbankan mamaku dan juruterbangnya. Tragedi sadis yang menimpa papa membuatku meratap kesedihan. Apalagi mamaku.
Bertahun-tahun juga mamaku mengalami tekanan jiwa, kemurungan lantaran kehilangan suami kecintaanya.
            Mamaku seorang pakar psychiatris tapi jiwanya  lemah ekoran insiden yang merentap jantungnya itu membuatnya jatuh terjelepuk. Semakin dia memahami kondisi mereka yang mengalami masalah tekanan jiwa yang mampu dikawalnya hanya dengan bantuan ubat-ubatan. Ubat yang mampu melemahkan emosi umpama harimau yang disuntik pelali.
            Seorang pesakit mamaku juga hilang kewarasannya kerana tertekan dengan tragedi kehilangan suaminya dalam insiden yang seakan sama dialami mamaku. Dan mamaku prihatin sekali dengannya lantaran diabaikan keluarganya kerana sikapnya yang suka mengamuk dan memberontak tiba-tiba meledak bagai bom jangka itu.
            Setelah diberi rawatan, emosinya kembali normal dan dihentikan rawatannya dengan dibekali pil aneka jenis yang perlu diambil. Tapi wanita sebaya mama, pesakit jiwa mamaku itu dikembalikan semula ke hospital oleh keluarganya setelah beberapa hari saja berada di rumahnya. Begitulah perulangan kisah itu berlaku sehingga mamaku jatuh kasihan dan simpati amat terhadap pesakitnya itu.
            Mamaku mengambil keputusan untuk membawa pulang aunti Syarmila ke rumah kami dengan niatnya tentulah hendak memberi rawatan terbaik yang mampu diberikan seorang doktor kepada pesakitnya. Menurut pemahamanku begitulah.
            Aunti Syarmila boleh dipulihkan kemurungan jiwa yang dialaminya dengan ubatan dan perhatian mereka yang prihatin kepada dirinya kata mamaku kepadaku. Janganlah biarkan dirinya  dengan gangguan emosi yang bercelaru dalam delusi sentiasa di dunia fatamorgana yang luas tiada penghujungnya.  
            Walau hatinya sedih dan menangis tapi sentiasa berketawa tidak tentu masa. Berhalusinasi sambil berdialog sendirian seolah berteman dan alogia adalah petanda psikosis skizofrenia.
            Skizofrenia yang dinadapi auntie Syarmila boleh diubati dengan sentiasa mengambil pil Ahalorbedol dan Akhlorbernazzin di samping cara pemakanannya yang nutrisinya adalah omega 3 dan omega 6.
            Mamaku merasa dialah yang selayaknya memberi pertolongan kepada pesakit jiwa itu lantaran dia sangat memahami kondisi pesakitnya. Aku ikut saja apa keputusan mamaku kerana mamaku berhak membuat keputusan apapun yang terbaik difikirkannya.
            Dan aku yakin aunti Syarmila tidak akan menimbul masalah kepadaku kerana di rumah kami ada ramai pembantu.  Di dapur ada dua pembantu yang kerjanya cuma memasak dan menguruskan tentang dapur saja iaitu Mak cik Inah dan kak Sari. Pengemas rumah pula kedua-duanya orang Filipina. Kerja mereka tentulah mengemas sahaja di segenap ceruk. Elli dan Eva arif tentangnya.
            Pengurus ruang halaman rumah mamaku hanya Pak Leman saja. Seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Hanya leka melakukan pembersihan laman rumah dan menjaga pohon-pohon dan bunga-bunga yang kesemuanya adalah tanamannya.
Pemandu pula hanya seorang saja.
            Tugas abang Kadir hanya menghantar mamaku ke hospital dan ke mana sahaja mamaku hendak berpergian. Sedang aku memandu sendiri sahaja  ke pejabat walau mama menyarankan kepadaku untuk menggunakan khidmat pemandu berbayar bagi memudahkan semua urusanku. Tidaklah aku perlu terkocoh-kocoh setiap pagi mempersiap diri dan bergegas menghidupkan enjin kereta sebelum bertolak ke pejabat.
            Lebih mudah kalau ada pemandu sendiri dan aku cuma perlu menghenyak ponggong di sit belakang,  menyelak lembaran akhbar The Edge atau Financial Times. Kejora mata menyorot berita urus niaga ekonomi sedunia dengan amat selesa tanpa perlu kuperhatikan jem di jalan raya yang amat sibuk setiap pagi.

            Sebelum memulakan  perjalanan mamaku mengajarku doa-doa perjalanan agar perjalananku dilindungi Allah sehingga selamat sampai ke destinasi ditujui. Dan perjalananku jauh ke benua Eropah akan kuatur tidak lama lagi. Tapi!Ada rasa termengkelan dan kemusykilan yang menyesak dada rentetan frasa pendek itu. Auntie Syarmila menimbulkan gara-gara pula. Aku pula menjadi  tidak keruan dibuatnya.
            Sedang mamaku yang sepatutnya berada di sisiku untuk membantu menyeselesaikan permasalahan auntie Syarmila tidak ada kerana sedang mengikuti kursus kerjayanya di sebuah pusat perubatan yang terkenal  di India.
Auntie Syarmila sering mengganggu kerja-kerja kak Suri dan mak cik Inah di dapur secara dengan pantas mengambil pisau yang digunakannya untuk meracik apa saja.
            Jikalau dilarang sikapnya bertukar agresif dan menakutkan sekali, adu mereka kepadaku.  Membuatkan kedua-dua tukang masak itu tidak berani berada di dapur kerana risaukan keselamatan diri sekiranya aunti Syarmila tiba-tiba mengamuk menggunakan peralatan dapur yang kebanyakannya tajam dan perlu dikendali sebaiknya.
           
            Kala malam pula auntie Syarmila kelihatan susah hendak lelapkan mata dan menghala langkahnya ke segenap ruang.  Membongkar apa saja dan menyepahkannya merata di lantai. Habis berserak buku-buku di librari mama dan Allahyarham dediku dilambakkannya.
            Merungut pula Eva dan Elly kepadaku kerana aunti Syarmila menyebabkan kerja-kerja yang mereka perlu buat bertambah banyak. Aku ligat memikirkan solusi kepada permasalahan  aunti Syarmila ini.
            Sepanjang ada mamaku tidak pula sikapnya menyusahkan sesiapa. Nampaknya tenang dan normal saja. Mungkin auntie Syarmila tidak mengambil ubat-ubat sebetulnya mengikut jadual. Jikalau ada mamaku pasti mamaku akan sentiasa mengingatkannya. Keperluan kepada ubat yang mengawal kecelaruan emosi pesakit mamaku itu ternyata begitu penting.
 Tiada mamaku tiada sesiapa yang memerhatikan keadaan auntie Syarmila. Hendak diharapkan aku sukar juga. Masa sentiasa mencemburui dan aku terpaksa berkejar dengan masa lantaran kesibukan mengendalikan syarikat peninggalan papaku.
Seawal 7.00 pagi sudah ke pejabat dan pulang keletihan kadangkala lewat malam. Masaku untuk memberi  sedikit perhatian kepada autie Syarmila kurasa tidak ada. Aku cuma mengharapkan pembantu-pembantuku di rumah sepanjang ketiadaanku dan mamaku menguruskan apa saja masalah aunti Syarmila. Tapi sebaliknya pula jadinya.

            Terpaksalah aku menyerah kalah kerana aku tidak mampu menjadi sebaik mamaku dalam mengurusi seorang skizofrenia. Keputusan yang kuambil untuk kemasylahatan auntie Syarmila dan semua yang berada di bawah tanggung-jawabku tentu mamaku akan mempersoalkannya. Aku tawakal saja.
            “Kenapa kembalikan aunti Syarmila kepada keluarganya? “
            “Kan mereka itu keluarganya terdekat. Kenapa mama dan kita pula  perlu menjaga aunti Syarmila. Sedang mereka  lepas tangan. Tugas mama tu mama perlu selesaikan di hospital saja, kenapa perlu mama bawa pulang ke rumah pula?”
            “Sebenarnya kau langsung tak faham apa yang mama sedang lakukan sebagai tanggung-jawab mama sesama manusia dan amal kebajikan mama demi Allah, Suria.”
            Aku membisu.
            “Sayang mama nak tahu ya? Biar mama jelaskan.”
Penjelasan mama kunantikan dengan sabar.
            “Auntie Syarmila seorang yang baik. Sebenarnya dia kawan mama juga. Dia tidak minta ditakdirkan begitu namun ketentuan Allah tidak mampu untuk kita duga bagaimana bentuknya yang terjatuh di lorong hidup kita hari ini atau keesokannya. Mama ingin membantu auntie Syarmila kembali kepada kehidupannya sediakala dengan bantuan ubatan yang ditentukan dan perhatian.
            Keadaan dirinya yang alami serangan sakit saraf mental tidak boleh dibiarkan. Ramai pesakit skizofrenia yang telah pulih dan kembali normal menjalani kehidupan seperti ramai yang lain. Sakit mental pun seperti sakit-sakit yang lain juga yang perlu diubati untuk kesembuhannya Sayang!
            Cepat atau lambat pemulihannya tergantung kepada kita yang berusaha dengan izin Allah jua. Setiap kita yang berusaha pasti ada kejayaannya.
Mama dulupun berusaha keras untuk hidup di tengah belantara seorang diri kala eksiden Cessna berlaku dengan tidak putus-putus berdoa kepada-Nya agar mama dapat kembali menemui Suria dan semua yang mama sayang.”
            Mama terkedu. Sebak di dadanya yang beriak di wajahnya yang pilu sayu membuatku drastik memeluknya. Mama pasti teramat sedih mengenangkan pengalaman menyebabkannya trauma yang masih berbekas di hatinya. Apalagi insiden penuh tragik itu mengorbankan papaku, kecintaannya. Air mata kelihatan bergenang bening di kelopak matanya. Menyesal pula aku bertindak bodoh tanpa pengetahuan mamaku terlebih dahulu terhadap aunti Syarmila.
            “Su minta maaf banyak-banyak ya mama. Kalau mama masih mahu merawat aunti Syarmila di rumah kita, Su boleh minta abang Kadir mengambil aunti dari rumah keluarganya.”
            “Tak mengapalah sayang. Mungkin aunti Syarmila juga rindu untuk kembali ke rumahnya dan bersama keluarganya. Kita tenguklah dulu bagaimana perkembangan hidupnya selanjutnya sementara ini.”
Mama menggenggam tanganku erat dan kejora matanya menikam wajahku.
            “Mama rasa hendak berehat pula sebelum hujung tahun ini dan berhajat mengerjakan umrah di tanah suci.”
            “Elok juga mama bercuti sambil merehatkan diri. Selama ini mama asyik berkerja saja.”
            “Sayang mahukah temankan mama.?”
            “Su bercadang hendak ke Manchester sambil keliling Eropah hujung Disember ini.”
            “Kan sudah selalu Sayang keliling Eropah semasa menuntut di sana dulu? Mama rasa, Sayang tidak pernah lagi ke tanah suci Mekah.  Mama dan dedi selalu juga ke sana tika Sayang sedang belajar di Manchester dan merasa terkilan tidak dapat membawa Sayang bersama.”
            Aku merasa amat berat hati hendak menolak permintaan mamaku ini walau aku rasa mamaku amat mengerti jika alasan yang kureka boleh diterimanya. Dan tidak memaksaku mengikutinya.
            “Kita ke sana bertamu ke rumah Pencipta kita. Di sana kita terlalu dekat dengan Dia walau dimana saja kita dekat dengan-Nya tapi di tanah suci yang kita jejak kaki lebih istimewa lagi.
           
            “Jom temankan mama ya. Sekali Sayang sudah ke sana Sayang pasti akan sentiasa hendak mengulanginya berkali-kali. Dan mungkin terlupa hendak ke Eropah, Amerika, Jepun, China dan serata tempat indah di dunia yang telah Sayang kunjungi selama  ini.”
            Teruja mendengar kata-kata lunak syahdu mamaku membuatku membatal hasratku berwisata ke Eropah seperti rencanaku pada mulanya. Rupanya bukan aku seorang yang mama ajak menemani perjalanannya ke tanah suci Mekah.
            Seisi rumah kami termasuk kak Suri, mak cik Inah, abang Kadir, Pak Leman pun ikut sekali. Elli dan Eva tidak ikut kerana mereka pulang bercuti ke Zamboanga Filipina.
           
            Dan baruku tahu pula bahawa kak Suri, mak cik Inah, abang Kadir dan pak Leman adalah bekas pesakit skizofrenia yang pulih dirawati mama dengan izin-Nya jua. Subhanallah! Maha suci Allah.

TAMAT.
 



Monday, 22 January 2018

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies..

ASSALAMUALAIKUM..


 SYARATNYA:

1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah, anies akan follow back.

2) BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: "Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.

3) KEMUDIAN, TULIS SEBUAH CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN 'LIMITED EDITION' ATAU 'SPECIAL EDITION' ATAU 'EDISI TERHAD' ATAU 'EDISI ISTIMEWA

4) PANJANG KARYA TIDAK TERHAD TETAPI KARYA MESTILAH ASLI. JIKA DIDAPATI MENCIPLAK / MENIRU KARYA / IDEA INDIVIDU LAIN, ANIES TIDAK SAMA SEKALI AKAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PENYERTAAN ANDA AKAN DIBATALKAN SERTA MERTA.

5) JIKA ADA GAMBAR BERKITAN DENGAN CERITA, IA AMATLAH DIALU-ALUKAN DAN MUNGKIN MENJADIKREDIT UNTUK ANDA LAYAK DIANGKAT SEBAGAI SALAH SEORANG PEMENANG. KALAU TIADA, TIDAK MENGAPA.

6) JANGAN LUPA. LETAKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA DAN BACK LINK KE BLOG INI.

7) SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.

8) GA INI BERLANGSUNG DARI 29 DISEMBER 2017HINGGA 31 JANUARI 2018.


SENARAI HADIAH:
3 helai Tudung Aidijuma #GoldLabel x 3 pemenang
1 set travel kit x 1 pemenang
1 set poskad Lemon Sky x 1 pemenang
10 souvenirs (dari pelbagai negara) x 10 pemenang

AIDIJUMA LIMITED EDITION

Tudung AIDIJUMA memang sangat cantik.  Sesuai digayakan wanita kemana saja untuk mengikuti apa-apa acara. Merasa selesa dan ayu memperaganya tanpa rasa serbasalah kerana material yang digunakan sangat berkualiti. Corak tudungnya banyak pilihan. Reka bentuk tudung AIDIJUMA sereleven situasi semasa. Dan tentu disukai penggemarnya. Tidak mengira peringkat usia. Yang dah berusia macam PI juga  mengenakan tudung  AIDIJUMA.. tapi kalau berpeluang mendapat hadiah tudung AIDIJUMA LIMITED EDITION Alhamdulillah.  Tambah menyerlah PI berbusana di hari raya. Sakan meriahnya dirasa tentunya..  

pic google (c) 

Sunday, 21 January 2018

SETIA SEPAKAT....

ASSALAMUALAIKUM..






SETIA 

Halia kelat selada reja,
tanjung  di kali dipinta dewi;
setia rakyat kepada raja.
menjunjung duli cinta pertiwi.

Saat panitia pinda cara,
hujjah di ruang  rusuh membentang;
taat setia pada negara,
gagah berjuang musuh ditentang .

Rengguh gergaji randu petia,
rata perhati dahan keranji;
berteguh janji padu setia,
cinta sejati tahan diuji.


RINDU 

Ikan pelata lewa berudu,
cemperai adu di dalam kopi;
lelapkan mata bawa beradu,
melerai rindu di alam mimpi.



Rangin dedalu mengkudu karim,
raga di para tempat bertamu;
di angin lalu rindu dikirim,
moga segera dapat bertemu.



BELI 

Lali menjamah lugai melayah,
cenderawasih reda melayang;
beli rumah sebagai hadiah,
tanda kasih pada yang tersayang.


Barli diremas bentuk saduran,
buang  di depan kian menyusut;
beli emas untuk pelaburan,
wang disimpan nilaian merosot.



Belinja rakan sorong ke kali,
terkuit kaki gagal menampang;
belanja sakan memborong beli,
duit berbaki tinggal sekupang.

SEPAKAT 

Ikat senjata ladang  dituju,
ganti sepatu meredah pula;
sepakat kata sidang setuju,
hati bersatu mudah 

Cenderai sisih selak cempedak,
dekat jeriji hanya cendana;
bercerai kasih bertalak tidak,
sepakat   janji ertinya sirna.


 Sawi berkudup ringan disukat,
di taman mini khemah terjaga;
lalui hidup dengan sepakat,

aman harmoni berumah tangga.

Thursday, 18 January 2018

HAJAT IBU MENULIS BUKU....

ASSALAMUALAIKUM....
TAK SAMPAI SETAHUN HAJAT IBU MENULIS BUKU TERCAPAI.....

Saya menulis cerita ini pada awal pagi.
Malam semalam kami meraikan kejayaan seorang ibu yang pertama kali menulis buku dalam hidupnya.
Hajat dia membantu ibu lain yang mengalami dilema dalam menyediakan pendidikan agama kepada anak, iaitu persediaan menjadi hafiz.
Penulis ini berkata banyak perkara bermain dalam fikiran seorang ibu, misalnya apakah yang meragukan dalam mendorong anak menjadi hafiz?

Benarkah bukan semua tahfiz tak sesuai kepada anak kita? Bagaimana mahu memilih?

Akhirnya dia memilih menulis buku, Anakku Bakal Hafiz

Buku ini membantu ibu-ibu yang masih mencari rentak dan membuat keputusan yang wajar.

Hajat ibu ini menulis pengalaman dan pengetahuan dalam bentuk how-to dan cerita akhirnya tercapai. Buku pertama dalam tangan pada tahun baharu, bulan baharu.
Kita mempunyai empat jenis aset dalam diri yang dapat dijadikan bahan menulis.
  • Pengetahuan datang daripada pembacaan dan pendidikan.
  • Pengalaman kehidupan sebagai keluarga, jiran dan manusia.
  • Pengalaman kerja yang melibatkan proses, manual dan tabiat orang.
  • Hobi melibatkan perkara kita suka lakukan.
Apa yang mesti dikuasai adalah bagaimana menyusun maklumat agar dilihat relevan pada mata pembaca dan dibaca?
Mahukah saudara belajar menguasai cara memenuhi impian sendiri menulis buku pertama?

Kita bertemu pada hari Sabtu, 27 Januari 2018 bagi menjadikan sebelas bulan di depan sebagai peluang menjadikan buku pertama muncul sekali dalam seumur hidup.

Mendaftar di sini sebelum 20 Januari 2018, klik subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku

EMEL ZAMRI MOHAMAD

Wednesday, 17 January 2018

MAMAN EMPUN..

ASSALAMUALAIKUM,,,,

Maman Empun

TERIMA KASIH MAMAN EMPUN SUDI MENJADI  FOLLOWER BARU BLOG KARYAKU YANG SEADANYA SAJA INI.
INFO MENGENAINYA TIDAK DAPAT DIKOREK HEH..HEH..
MOGA CERIA MENGIKUTI BLOG PI SAMBIL MENELUSURI BLOG2 YANG  BERKENAN.

Tuesday, 16 January 2018

Monday, 15 January 2018

MENUNGGANG HASRAT...

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH JANUARI 018 SABTU SEMALAM SINAR HARIAN MEMBUKA RUANG PUISINYA DENGAN MENYELITKAN SAJAK PI ANTARA SAJAK YANG DISIARKAN...
TERIMA KASIH EDITOR SINAR HARIAN YANG SUDI MENYIARKAN KARYA KECIL PI.

INILAH KARYA PERTAMA PI DISIAR MEDIA BERCETAK PADA TAHUN INI
MEMANGKIN SEMANGAT PI LEBIH BERKOBAR-KOBAR UNTUK BERKARYA HEH...HEH..
ISYAA-ALLAH.

HEBAHAN KARYA TERSIAR DALAM AKHBAR HARI AHAD, SABTU DAN JUMAAT
AHAD - 14 JANUARI 2018
》 BERITA HARIAN
CERPEN
1] Menangis di Bulan Januari - Syuhada Salleh
PUISI
1] Lelaki dari Banggul Derdap - Zain Idris At Tobiari @Zainol Idris
2] Rumah Diri di Tahun Baru - Nazri Hussein
3] 1 Januari 2010 - Rosli K Matari
》 MINGGUAN MALAYSIA
RENCANA
1] Bukan Mudah Jadi Pengkritik - Md Ishak A Rahman
2] Pendidikan Seni Satukan Bangsa - Dr. Mohd. Rizon Juhari
3] Bahasa {enanda Identiti Bangsa - DrRaja Rajeswari Seetha Raman
4] Integrasi Nasional dari Kaca Mata Mahasiswa - Tangaprabu Murthy
CERPEN
1] Platonik pun Runtuh di Musim Gugur - Tiras Raduan
PUISI
1] Aku Memilih Ladang Bahasa - SMahadzir Syed Ibrahim
2] Di Halaman Muhasabah - Efandi Yusop
3] Puing - Muhamad Abdullah
4] Selamat Tahun Baharu 'Pedra Branca' - Mamu MK Hasny
5] Jauh dari Keselesaan - Aladin Mohamad
ULASAN BUKU
1] Unsur Keterkejutan, Kepelikan dan Antiplot Boleh Menyebabkan Pembaca 'Mati Mengejut' - Akademik Sanggar Nurimas
SABTU - 13 JANUARI 2018
》 SINAR HARIAN
IKON SENI & BUDAYA
1] Ismail Hashim Jatuh Cinta Bidang Kesusasteraan
CERPEN
1] Tiada Ruangan Cerpen.
PUISI
1] Hunimodun - Marnie Daurin
2] Diari Perjalanan - Sudin Sulaiman
3] Limitasi Sebuah Perjuangan - Ilham Nazmi
4] Pada Rindu Ada Benci - Karisma Rindu
5] Tahun Baru - Sujata Wee
6] Menunggang Hasrat - Paridah Ishak
7] Rayuan Sesuatu - Oui Bin Sal
8] Puteri Gunung Tinggi - Ain Afiqah
》 UTUSAN MALAYSIA
CERPEN
1] Kijang Berbulu Emas - Ismail Hashim
2] Cinta Bukan Sahaya - Zulaikha Adam
PUISI
1] Niat - Saiful Shapiai
2] Lukisan Sejarah Kita - Suzana Jumadil
3] Cerita di Warung Parit Pulai - Raja Abdul Rahman Raja Basok
4] Untukmu Nenek - Iskandar Zulfaqar
PEMENANG BULAN DISEMBER
CERPEN
Menjerat Ayam di Hutan, Dapatnya di Kampung - Nasir Ali
PUISI
Pondok Usang di Tengah Sawah - Namaz ZH
JUMAAT - 12 JANUARI 2018
》 SELANGORKINI
ESEI
1] Profesor: Syarahan di Atas Katil - Ahmad Muziru Idham
CERPEN
1] Jerusalem Menangis - Lokman Hakim
PUISI
1] Lukisan - Abdullah Hussaini
Syabas dan tahniah kepada semua penulis. Teruskan berkarya demi memartabatkan bahasa dan sastera negara.
Mohd Helmi Ahamad
#HEBAHANKARYAMHA
#JANUARI2018

share pos fb cikgu Helmi Ahamad

MyBloglist