ASSALAMUALAIKUM...
Cerpen
Oleh
Paridah Ishak
UKHWAH KASIH
Rindu sugguh aku. Setiap
kali berada di situ rinduku menggebu. Amat menyiksaku.melihat kasih mesra yang terpamer menimbulkan iri yang tidak kuingiini. Terasa ingin menjauh pula.agar apa
yang kurasa tidak menjerutku sehinga sukarku bernafas. Kegembiraan mereka
umpama jarum peniti halus yang menikam jantungku. Sakit amat. Tapi itulah hakikat walau kucuba
tidak pedulikannya.
Kebahagiaan yang tidak berpeluang kurasakan kini. Ianya
berakhir setelah usiaku remaja.. Sekelumit rasa bahagia milikku sebentar cuma.
Tidak mengapalah. Sudah sedemikin takdir-Nya menjengah lorong hidupku. Reda
saja. Semakin mangli. Tiada rasa keluh kesah lagi.
“Mama dan ayah nak balik kampung lagi, adik.”
“Kampung mana? Kampung mama atau kampung ayah? Kalau
kampung ayah seronok juga. Dapatlah kita berlari-lari di tepian pantai.”
“Balik kampung mama pun seronok juga. Boleh kita berjumpa
dengan tok Sidah dan tokwan Man. Entahkan abang Amir pun balik bercuti juga.
Dapatlah bermain dengannya. Abang Amir suka mancing. Tentu dia ajak kita mancing
kat sungai belakang rumah tok Man. Lepas mancing dapat ikan, tok Sidah masak
dan bagi kita makan macam selalu. ”
“Kenapa abang tak suka balik kampung ayah?” suaraku
mencelah tanya.
“Tapi adik suka.”
“Abang bukan tak suka balik kampung ayah. Tapi sejak atok
dan nenek tak ada, rumah tu sunyi je. Tak ada sapa lagi nak teman adik dan
abang ke pantai main-main kutip kulit siput.”
“Apa
pulak sunyi. Kalau kita balik ramai je sepupu-sepupu kita datang bermain dengan
kita.” Sanggah adik.
“Tapi abang tetap rasa tak seronok sebab atok dan nenek
tak ada.”
“Nak
buat macam mana abang. Sudah sampai masanya atok dan nenek kembali ke sana.”
Suamiku mengusap-ngusap ubun-ubun abang, anak sulungnya. Pasti suamiku turut mengongsi kesedihan anakya
kerana kehilangan atok dan neneknya beberapa
bulan lalu. Mulanya ayah mertuaku menghembus nafas terakhirya tika sedang sujud
terakhir solat isyaknya.
Belum
lupus kesedihan meratapi kehilangan bapa mertuaku, bersambung pula menangisi pemergian
emak mertuaku yang mengikut langkah Allahyarham suamiya di dalam tidurnya
sebulan kemudian.
Emak
dan bapa suamiku tempat aku bermanja. Mengongsi kasih sayang tulus kedua-duanya, mengisi kelompongan ruang hatiku
dengan rasa bahagia. Telah berlalu dari sisiku menantuya. Juga anak cucu kesayangan
mereka. Namun kenangan baik budi
kedua-dua insan tercinta bersemadi abadi. Tidak luput di hatiku. Emak dan bapa
suamiku adalah emak bapaku jua. Tiada beza. Walau sedikit.
“Kali
ni kita balik kampung mama. Rumah mama di kampung tu kita kena jenguk juga..Ayah
dan mama nak cuci rumah dan membersihkan kawasannya. Tambah masa ni selalu hujan,
mudah saja rumput-rumpai meninggi, menyemak kawasan rumah. Penatlah ayah nak
memesinnya.”
“Kata
Amir yang fon saya baru ni tok Man pun
tak berapa sihat.” Tukasku.
“Iakah?
Eluk sangatlah kalau kita dapat balik. Boleh menziarah tok Man dan tokwan Sidah
juga.”
Abang
dan adik terdiam tidak terkata. Mugkin di hati kedua beradik itu merasa terharu
dengan khabar yang kusampaikan kepada mereka. Maklum tok Man dan tokwan Sidah
sangat baik melayani mereka. Walau sepasang suami isteri itu hanya jiranku. Bukan
ada sebarang hubungan darah dengaku. Kecuali ukhwah jiran tetangga yang erat.
“Naiklah
Maira, Azmi. Eh! Cucu tokwan berdua yang comel ni pun ada.” Abang dan adik
tersengih saja kala tokwan Sidah memeluk mereka rapat dan menciumi dahi kedua
beradik itu berulangkali. Anak-anakku
menyalaminya dan memaut pinggangnya. Hatiku diserbu haru menyaksi isiden
itu. Nilai hati budi tertinggi bersemi kasih sayang dimiliki wanita baya Allahyarham mamaku.
“Kata
Amir, cik Man sakit, sudah ke hospital?” suamiku menghampiri Pak Cik Man yang
sedang berbaring di sofa. Dan cuba bangun membetulkan duduknya
“Dah
Maira. Doktor periksa, beri ubat dan balik. Doktor nasihatkan masuk wad. Tapi
cik Man kau tak nak.”
“Malaslah
nak duduk wad. Bukan ada apa yang boleh dibuat. Asyik baring tidur saja. Kalau
duk rumah boleh juga buat kerja apa-apa. Kalau terasa lemah, badan
sakit,berehatlah sekejap. Dah lega sikit, sambung semula kerja.” Tukas Pak Cik
Man. Ceria lagaknya. Namun wajahya di mataku pucat lesi.
“Cik
Man kau gitulah Maira, Azmi. Semangat je kuat. Setiap hari nak ke kebun
sawitnya. Bukan dekat. Nun jauh di bukit sana.terpaksalah cik Sidah temankannya. Bimbang kalau terjadi
apa-apa.”
“Habis
kalau aku tak kerjakan, siapa yang nak buat. Amir kan kerjanya kat sekolah.
Lagipun itulah punca rezeki kita. Tak boleh nak dibuat mudah..”
Mak
Cik Sidah menceber bibirnya. Aku tahu ada sesuatu yang terkilan di hatinya. Pernah
Mak cik Sidah memberi tahuku bahwa Amir mengupah pekerja menguruskan kebun sawit ayahnya.
Tapi Pak cik Man tetap juga akan ke kebun sawit untuk memantau pekerjaan
pekerja-pekerja kebunnya sambil dia juga
turut bekerja.
“Meh
ikut wan ke dapur abang, adik. Abang adik nak minum apa? Beritahu wan. Pagi
tadi wan buat cekodok pisang dan ada kek buah abang Amir beli. Bolehlah kita
makan sama.”
“Eh!
Susahkan cik Sidah saja. Kami dah minum di rumah sebelum ke sini tadi.”
Mak
Cik Sidah tidak mempedulikan kata-kataku. Abang dan adik diheret mengikutinya.
Aku juga mengekorinya.
Sambil
tangannya ligat menyediakan hidangan untuk kami, mulutnya riuh bertanya itu ini
kepada anak-anakku. Jawapan yang diberi abang dan adik kadang lucu juga.
Tercetuslah hilai tawa yang gemuruh.
“Kau
tak pergi melawat papa kau Maira?”
Kenapa
pulak nak kena melawat papa. Cik Sidah kan tahu papa dan mama bencikan saya.
Entah apa salahnya saya pun tak tahu.”
“Khabarnya
papa kau sakit.”
“Yakah?
Apa nak heran kalau papa sakit,mama boleh cari doktor terbaik untuk merawat
papa. Papakan banyak duit.berjuta-juta.”
“Tapi
sebagai anak tak patut kau tak pedulikan papakau Maira”
“Bagaimana
saya nak pedulikan papa kalau papa tak pedulikan saya? Sejak umi saya meninggal
dan papa kahwin lagi, saya hidup sendiri Cik Sidah. Mujur tika tu saya dah di
universiti. Fikiran pun dah matang dapatlah saya berdikari. Itupun dengan
bantuan cik Sidah, cik Man, Amir dan Azmi. Kalau ikutkan hati sedih, entah
kemana hanyutnya saya. Pelajaran di U pun kandas. Sebab kosnya tak mampu nak
bayar. Papa ingat pusaka yang umi tinggalkan untuk saya banyak sangat. Sehingga
dia tak perlu bantu nafkah kehidupan saya walau sesen pun. Terkilan sungguh saya
sikap papa.”
“Apa
pun dia tetap papa kau. Maafkanlah salah silapnya. Dulu-dulu masa kau bersama
umi dan papa kau, cik Sidah tenguk kehidupan kamu sekeluarga sangat bahagia.
Saling sayang menyayang. Papa kau pun selalu tolong cik kalau cik susah..”
“Itu
kisah dulu cik Sidah. Bila papa dapat mama baru semuanya berubah.”
“Lupakanlah
tu Maira. Sebagai anak mengalah saja.”
“Cik
Sidah tahu saya memang dah lama lupakan salah silap papa. Beberapa kali saya
dan Azmi bawa anak-anak untuk menemui papa di rumahnya. Tapi tak pernah jumpa.
Rumah bertutup sentiasa walau pada hari raya. Diberi salam tiada yang sambut.
Nak dikata tak ada orang di rumah, Nampak ada kereta motor mewahnya di tempat parker.
Apa makna semua tu cik Sidah?” Mak Cik
Sidah menentang mataku tajam.
“Saya
rasalah, papa memang tak mahu berjumpa saya. Mungkin mama tak izinkan papa
berjumpa saya.”
“Kenapa
pula tuduh begitu. Tak baik Maira. Memutuskan silaturahim, dicela Allah. Walau
dia Cuma mama tiri kau tapi haknya sama seperti mama kau Maira.”
“Itu
saya tahulah cik Sidah. Tapi saya rasa mama tak anggap saya anaknya.”
“Hati
orang mana kita dapat baca kan Maira”
“Haa!
Itulah soalnya. Papa tu kan kaya. Duitnya juta-juta. Saya pulak miskin. Kalau
papa rapat dengan saya nanti jatuh miskin pula papa sebab menghamburkan duitnya
pada saya. Tambah la ni papa sedang sakit, tentu mama tu sedang fikirkan
apa-apa kemungkinannya.”
“Sampai
begitu sekali kau fikirkan Maira?”
“Demi
duit berjuta-juta orang sanggup buat apa saja cik Sidah.”
TAMAT