ASSALAMUALAIKUM...
KEJUTAN SINAR HARIAN AHAD 8 0KT 2017
Sebuah penghargaan bersekali pengiktirafan kepada keterlibatan
kak pidah dalam gelanggang penulisan karya kreatif. Mekar bangga dan sebak hati
sehingga titis air mata basahi pipi. Terima kasih Puan Nurhidayu SINAR HARIAN
atas kesudian menjadikan kak pidah sebagai salah seorang IKON SENI DAN BUDAYA
akhbar SINAR HARIAN AHAD walau kak pidah bukan sesiapapun.
Menjawab semua soalan yang dikemukakan Puan Nurhidayu bukanlah
mudah. Ambil masa tiga hari juga baru selesai. Heh…heh…lama tu. Itupun mujur
dibantu sahabat penulis cikgu Pauzi yang menyumbang ide bernas. Terima kasih
banyak cikgu Pauzi. Sepanjang mengenali cikgu di alam maya fb sudah seringkali
cikgu membantu kak pidah. Baik budi yang dikenang abadi.
Terima kasih anak-anak kak pidah yang sentiasa berusaha memahami
minat ibu mereka dan memenuhi keperluannya. Memang sukar sangat bagi anak-anak
untuk melayani dan menguruskan ibu mereka yang kurang berdaya ini.
Terima kasih sahabat penulis Noorlaila Ghafar yang menggalakan
sahabatnya ini untuk rajin menghasilkan karya dan memperbetulkan kesilapannya.
Terima kasih Saniah Masri/Ilham suri dan sahabat-sahabat GBT
Yahti Hayati, Nor Azizah Idris, Ct Nurza, Sri Mawar, Russ Asan, Zuraida Dewi,
Khaziah Yem dll yang turut berperanan memupuk minat berkarya.
Terima kasih sifu Tabir Alam yang tidak jemu membimbing dan
menurunkan ilmu untuk berkarya dengan betul pelbagai genre puisi dll sehingga
berjaya menghasilkan susunan antologi pelbagai judul bersama SPTA.
Terima kasih ustaz Ilhami Hisyam memberi peluang kepada kak
pidah menerbitkan beberapa antologi bersama BeTA yang menjadi pembuka langkah
permulaan untuk giat berkarya.
Terima kasih Dr. Zabidin sudi menerbitkan 10 buah antologi karya
sajak bersama KARYAWAN Pk BANDAR BANDAR DI PERAK yang jadi pemangkin semangat
berkarya..
Terima kasih along akademi Sanggar Nurimas,Ilham Pujangga,
Zaleena Ena, Sabariah Nur Salleh, Tunku Zarita, Fyda, Fadyanur, Nurul Syahida
grup Tribunal Cinta PENA PADU AC Jafrie yang sentiasa berkongsi ilmu dan memberi
peluang kak pidah menerbitkan beberapa tambahan karya.
Anlian adalah penyebab keberadaan kak pidah di sini walau hanya
sebagai penulis marhaen OKU sementara nadi masih berdenyut sebelum keuzuran
membawa renta.
SOALAN-SOALAN PUAN AYU EDITOR SINAR HARIAN...
Salam sejahtera,
Saya Ayu dari Sinar Harian.
Tujuan ruangan IKON SENI & BUDAYA ini adalah untuk memberi
peluang kepada tokoh-tokoh seni dan kebudayaan berkongsi perihal peribadi diri
kepada umum selain bercerita mengenai perkembangan terbaru.
Berikut saya lampirkan soalan yang berkaitan.
Di sini, saya nyatakan soalan-soalannya. Harap dapat perhatian
daripada pihak Tuan/Puan.
SOALAN:
1) Ceritakan mengenai diri
anda?
Jawapan: Saya dilahirkan
di kg Dulang Kechil, Yen Kedah. Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan
Dulang Kechil Kedah dan Ulu Jempol Pahang. Peringkat menengah pula di Sekolah Menengah
Yan, Sekolah Menengah Keb Maran dan Sekolah Menengah Abd.RahmanTalib Kuantan.
Mula giat menulis sejak
1976 dalam pelbagai genre. Karya eceran disiar UTUSAN MALAYSIA, PENEROKA, DEWAN
SASTERA.
Setelah berkahwin
meninggalkan dunia penulisan justeru kesibukan menguruskan anak-anak dan rutin
sebagai generasi kedua FELDA Ulu Jempol, Pahang.
1987 terlibat dalam
kemalangan jalan raya di lebuh raya Karak bersama suami dan empat orang anak
yang masih kecil. Tika itu anak bongsu baru berusia 50 hari. Menyebabkan koma
hampir sebulan, kelumpuhan separa dan hilang suara. Selama tiga tahun terlantar
lumpuh dan upaya hidup dibantu suami, emak, ayah, adik-adik, keluarga terdekat,
jiran-jiran dan kawan-kawan. Bantuan keprihatinan
amat dihargai, disanjung tinggi dan dikenang selamanya.
Kini setelah diberi
Allah sedikit kekuatan mulai menulis kembali. Menaip karya di pc menggunakan
tangan kanan yang berfungsi membantu semua keperluan diri seadanya. DIsamping
menguruskan anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah hingga kesemuanya
tamat pengajian.
Alhamdulillah sepanjang
2016-2017 telah berjaya menghasilkan beberapa antologi cerpen bersama penulis
tanah air dengan beberapa penerbitan
2) Bagaimana boleh terbabit
dengan dunia seni & budaya? Bagaimana ia bermula? Sebab apa? Ceritakan dari
awal mengenai pembabitan anda dalam bidang ini.
Jawapan:
Sejak zaman persekolahan memang berminat dalam sastera dan mengikuti aliran
sastera justeru tertarik dengan unsur-unsur keindahan bahasa yang terkandung
dalam pelajaran sastera yang dipelajari. Selepas itu sering pula ikuti kursus
penulisan anjuran DewanPersuratan Melayu Pahang dan pernah juga ikuti kursus penulisan
cerpen anjuran DBP dibawah bimbingan sifu penulisan Dr Zaharah Nawawi. Rangsangan
dan dorongan kerana sering menggauli aktivitis seni sastera menebalkan minat
dan tekad menceburi bidang ini. Dan sejak itu saya cuba untuk berdiri sebagai
penulis walau tidak dikenali sesiapa. Soal dikenali atau tidak bukan masalah
besar bagi saya. Yang penting berkarya dengan minat dan kesungguhan.
3) Apakah pembaharuan/
kelainan yang dibawa dalam bidang yang diceburi?
Jawapan: Berhubung
dengan gaya penulisan tiada kelainan yang cuba ditampilkan. Setiap penulis mempunyai
gaya penulisan yang tersendiri. Pada saya mesej yang hendak disampaikan lebih
utama. Menggunakan susunan bahasa yang mudah difahami amat perlu. Cuma sebagai
penulis era akhir 70-an, saya masih juga meneruskan cara penulisan gaya penulis lama. Lebih berterus
terang tapi agak lunak. Disamping mengekalkan diksi-diksi yang puitis
mengesankan kepada pembaca. Gaya penulisan yang selesa pada saya dan mudah
dicerna.
4) Siapa idola anda?
Jawapan: SN USMAN AWANG.
5) Sebagai seorang penggiat
seni & budaya, bagaimana anda melihat perkembangan industri seni & pada
masa ini?
Jawapan: saya
melihat industri seni sedang berkembang seiring dengan perkembangan semasa dan keperluannya. Namun pendedahan
kepada masyarakat khalayak, saya berpendapat perlu diperkemas lagi. Pelbagai
program melalui pelbagai agensi, pertubuhan, badan berkanun, NGO dan sebagainya
harus dirangka dengan lebih proaktif supaya perkembangan dunia seni terutama
sastera akan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama di
kawasan kampung-kampung dan taman-taman perumahan.
6)
Bagaimana pula mahu
memupuk orang ramai agar meminati bidang ini
Jawapan: Kalau ganjarannya agak lumayan jika
menghasilkan karya dalam bidang ini tentu tidak susah memupuk minat generasi
untuk turut sama melibatkan diri. Mungkin ramai yang berminat untuk turut
berkarya dalam bidang seni sastera tapi menjadi tidak tertarik kerana imbuhan
pada setiap karya agak kecil berbanding masa yang diperlukan agak lama untuk
menghasilkan sesebuah karya kreatif bermutu.
7) Pada pendapat anda, bagaimanakah industri seni & budaya
mampu membentuk negara membangun dan maju?
Jawapan: Seni
itu indah dan halus. Budaya adalah sosio kehidupan. Budaya kita sejak tradisi
berseni dan perlu menjati diri setiap warganya. Wajar industri seni dan budaya dipelihara sebaiknya.
Sudah tentu ianya akan mensejahterakan kehidupan kita. Kehidupan harmoni
memangkin kemajuan negara.
8) Bagaimana pula industri ini dalam usaha membentuk sikap
manusia?
Jawapan: industri
yang terbentuk ikhlas dengan niat sedikit sebanyak peranannya mampu memberi
bekas kepada sikap positif tentulah dengan karya-karya bermutu dipaparkan
sampai kepada khalayak dan mudah difahami.
9) Pengalaman menarik yang diperoleh?
Jawapan: Sentiasa
dapat berkongsi ilmu tentang penulisan dll hasil garapan ilham penulis-penulis
mapan prolifik atau baru.
10) Pencapaian terbesar/ hasil karya anda?Senaraikan hasil karya
terutama yang mendapat respon paling tinggi.
Jawapan:
1. Memenangi tempat kedua cerpen e-sastera ASEAN dengan judul WARISAN MOYANGKU.
Penyampaian hadiahnya di adakan di Cilegon Indonesia.
2. tempat ketiga sajak berjudul BAHTERA MERDEKA
DAN JALUR GEMILANG anjuran penerbitan BeTA.
11) Apakah erti persaingan bagi anda? Bagaimana anda
melihatnya?
Jawapan:
Persaingan memang wujud dan menyebabkan mudah berputus asa meneruskan minat
dalam penulisan. Namun jika menanggapinya positif, kejayaan pasti menyusul
juga. Isyaa-Allah. Tanpa usaha dan
kesungguhan agak susah mencapai jaya. Saya menganggap persaingan merupakan satu
perkara yang sihat kea rah perkembangan sastera dan susastera di Negara ini.
Kita harus melihat dari sudut positif. Paling penting kita mahu memasyakatkan
sastera supaya bidang ini terus hidup yang sekali gus berkembang pesat dalam
arus kemodenan sekarang.
12) Apakah yang anda masih belum puas dalam industri ini?
Jawapan:
Industri ini tentu tidak dapat memuaskan hati setiap penggiatnya. Usaha masing-masing saja tanpa
jemu akan memberikan hasil yang diharapkan.
13) Harapan anda?
Jawapan: Tidaklah
menggantung harapan setinggi gunung. Cuma mengharapkan bidang penulisan ini
ramai yang berminat ceburinya kerana tarikan dapat menjana pendapatan
sampingan. Dan memeriahkan lagi arena kesusasteraan negara.
14) Sebagai seorang insan istimewa, bagaimana anda
mengaplikasikan dalam bidang yang anda ceburi.
Jawapan:
Bergantung kapada-Nya saja apapun. Sekadar membaca dan menulis
karya
walau setiap hari apalah sangat. Saya seorang OKU bukan kelainanan upaya tapi sangat kurang
berupaya. Namun meneruskan hidup seadanya sambil mencoret suara.
p/s: Mungkin boleh senaraikan biodata diri beserta hasil karya
dan emelkan sekali dengan gambar-gambar yang berkaitan. Sekian Terima Kasih.
Antara hasil karya yang
telah diterbitkan.
1.
10 ANTOLOGI BERSAMA KARYAWAN Pk BANDAR BANDAR DI
PERAK; GERIK, BAGAN DATOH, SELAMA, PARIT BUNTAR, IPOH, TANJUNG MALIM, BATU
GAJAH, SUNGAI SIPUT, PARIT.
2.
ANTOLOGI BERSAMA SPTA (SIRI PENERBITAN TABIR ALAM):
SAJAK AIDILFITRI, HAIKU PELANGI, HAIKU SAYEMBARA, SONETA ALLEGORI, HAIBUN REGIS,
BERBALAS PANTUN, SERIBU SONIAN, SELOKA, CERINGKAS, MEMORI AIDILFITRI, ADIKARYA,
AGRARIA.
3.
ANTOLOGI BERSAMA PENA PADU: GURU SUMBER ILHAM,
TRIBUNAL CINTA, BUNGA BANGSA, PERTIWI KERSANI, HUJAN, SUARA KEKASIH, SUARA
KEKASIH RINDU
4.
ANTOLOGI SAJAK BERSAMA E-SASTERA: SEKOIA
5.
ANTOLOGI SAJAK BERSAMA KATIL 21; JOM SASTERA
6.
KARYA-KARYA ECERAN:
CERPEN GANDARUSA, SAJAK EMBUN DI HUJUNG DAUN,
KUMBANG BERTANDUK HITAM; UTUSAN MALAYSIA.
6.1
SAJAK MENDAKAP RAMADAN; NEW SABAH TIMES.
6.2
SAJAK MENGURAI KEBENARAN, MELAYU MERDEKA BARU ;
SINAR HARIAN.
6.3
PANTUN PERBIDALAN; DEWAN BUDAYA DBP
6.4
PANTUN PERIBAHASA; PELITA BAHASA DBP
6.5.
SAJAK AURUM SINAR MENTARI; DEWAN MASYARAKAT DBP
6.6
HAIBUN JIRAN; GEMA KARYAWAN Pk.
6.7
2 SLOT ADILA; RTM/KLASIK FM
6.8
CERPAN ANGGERIK MENANGIS; PTS
6.9
CERPAN PULANG; FUFU TERBIT.
-END-