ASSALAMUALAIKUM
Sunday, 25 October 2026
ULASAN BUKU PUISI DAN PEMUISI EDISI 2
Friday, 23 October 2026
REKAYASA MENULIS CERPEN
ASSALAMUALAIKUM
REKAYASA MENULIS CERPEN
Genre: Sastera Rujukan
Penulis: Nurimas SN
Penerbit: SNE
Nombor ISBN: 978-429-96009-3-0 (Sastera Rujukan)
Bilangan halaman: 167
Harga: RM35.00
Pengulas: Paridah Ishak
Pengenalan
Naskhah Rekayasa Menulis Cerpen merupakan hasil karya penulis mapan, Nurimas SN, nama pena Samiron Rahmat, yang berasal dari Pontian, Johor. Selain menggunakan nama pena Nurimas SN, beliau turut berkarya dengan nama samaran Lara Pesona dan S Amir On.
Penglibatan beliau dalam dunia penulisan meliputi pelbagai genre, antaranya novel, cerpen, artikel, skrip drama, rencana dan puisi. Sepanjang penglibatannya dalam bidang kesusasteraan, beliau telah menghasilkan lima buah novel, sembilan buah kumpulan cerpen, tiga buah kumpulan puisi serta karya drama radio.
Keupayaan dan ketekunan beliau dalam berkarya turut mendapat pengiktirafan melalui pelbagai anugerah sastera. Antaranya termasuklah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun 2015 dan 2016, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) bagi tahun 2017 dan 2018, Hadiah Sastera Darul Iman bagi sesi 2015/2016, 2017/2018, 2019/2020 dan 2021/2022, serta Anugerah Sastera Johor bagi sesi 2021/2022. Beliau juga merupakan penerima Hadiah Sastera Islami anjuran GAPENA dan memenangi Hadiah Utama Sastera Selangor bagi genre cerpen pada tahun 2023.
Pengalaman yang luas dan penglibatan berterusan dalam arena kesusasteraan tanah air selama lebih 25 tahun menjadi antara kekuatan Nurimas SN dalam menghasilkan karya rujukan ini.
Rekayasa dalam Penulisan Cerpen
Melalui naskhah Rekayasa Menulis Cerpen, Nurimas SN berkongsi pengalaman, pendekatan dan kaedah penulisan cerpen yang dapat dimanfaatkan oleh penulis, khususnya mereka yang ingin mendalami proses penghasilan karya kreatif. Rekayasa dalam konteks penulisan merujuk kepada usaha merancang, membina dan menyusun elemen cerita secara teratur agar sesebuah cerpen menjadi lebih kemas, menarik dan mampu memikat pembaca untuk terus menelusuri jalan ceritanya hingga ke penghujung.
Penulis mengetengahkan beberapa elemen penting dalam proses merekayasa penulisan kreatif. Antaranya termasuklah perancangan plot yang fleksibel, pengolahan realiti dan budaya, pemilihan tema yang bersesuaian dengan sasaran pembaca serta pembinaan struktur naratif yang tersusun.
1. Perancangan Plot yang Fleksibel
Perancangan plot merupakan antara aspek penting dalam menghasilkan cerpen yang berkesan. Selepas memperoleh inspirasi atau idea, penulis perlu memikirkan cara terbaik untuk mengembangkan idea tersebut menjadi sebuah cerita yang mempunyai arah dan tujuan.
Perancangan tidak semestinya terikat pada sinopsis atau peta minda yang kaku. Sebaliknya, penulis boleh melakukan inovasi, menambah peristiwa atau mengubah suai perjalanan cerita berdasarkan perkembangan idea sepanjang proses penulisan. Fleksibiliti ini memberikan ruang kepada kreativiti untuk berkembang tanpa mengabaikan kesatuan dan kesinambungan plot.
2. Realiti, Budaya dan Estetika Bahasa
Rekayasa cerita turut melibatkan penelitian terhadap realiti kehidupan dan budaya masyarakat. Pengalaman sebenar, pemerhatian serta unsur budaya boleh dijadikan bahan untuk membina cerita yang dekat dengan kehidupan pembaca.
Namun demikian, fakta dan pengalaman sahaja tidak memadai jika tidak diolah dengan baik. Unsur realiti perlu dijalin bersama estetika bahasa, keindahan ungkapan dan penghayatan emosi. Sentuhan bahasa yang puitis, termasuk unsur melankolia apabila bersesuaian, dapat memperkukuh kesan cerita serta menjadikan cerpen lebih menarik dan selesa dibaca.
Gabungan antara realiti kehidupan dengan keindahan bahasa membolehkan sesebuah cerpen bukan sahaja menyampaikan cerita, malah meninggalkan kesan pemikiran dan perasaan kepada pembaca.
3. Klasifikasi Tema yang Terancang Mengikut Sasaran Pembaca
Pemilihan tema perlu mengambil kira kelompok pembaca yang disasarkan, sama ada kanak-kanak, remaja atau golongan dewasa. Setiap kelompok mempunyai tahap pemahaman, minat dan pengalaman yang berbeza.
Dalam konteks penulisan untuk kanak-kanak dan remaja, karya seperti kumpulan cerpen Tiga Sekawan dan Kalau Abah Dapat Gaji memperlihatkan kepentingan mengolah bahan cerita yang dekat dengan dunia pembaca muda.
Kandungan cerpen boleh dibangunkan melalui empat domain utama, iaitu:
Aktiviti dan sukan: Menampilkan kegiatan harian, persaingan, kerjasama serta interaksi sosial antara watak.
Pendidikan dan sahsiah: Menyampaikan nilai murni, disiplin, tanggungjawab dan pembentukan peribadi.
Dunia fantasi dan pengembaraan: Memberikan ruang kepada imaginasi, kreativiti serta penerokaan pengalaman baharu.
Dunia kehidupan dan sains: Menggabungkan fakta, pengetahuan dan peristiwa kehidupan seharian yang munasabah serta mudah difahami.
Pengelasan tema sedemikian dapat membantu penulis merancang kandungan cerita dengan lebih terarah, di samping memastikan bahan yang disampaikan sesuai dengan minat dan tahap pemikiran pembaca.
4. Struktur Naratif yang Kemas
Struktur naratif merupakan asas yang menentukan kelancaran sesebuah cerita. Dalam merekayasa plot, penulis perlu memastikan setiap bahagian cerita mempunyai hubungan yang jelas dan menyumbang kepada kesatuan kesan.
Secara umumnya, struktur cerpen merangkumi permulaan yang memperkenalkan watak dan latar, perkembangan cerita yang membina konflik, serta pengakhiran yang meleraikan konflik atau memberikan kesan tertentu kepada pembaca.
Teknik penceritaan juga boleh dipelbagaikan melalui penggunaan dialek, bahasa daerah dan ungkapan semasa, bergantung pada latar, watak serta kesesuaian cerita. Penggunaan unsur bahasa yang tepat dapat menghidupkan watak, menyerlahkan suasana dan memberikan keaslian kepada karya.
Walau bagaimanapun, setiap teknik perlu digunakan secara terkawal supaya tidak menjejaskan kelancaran pembacaan atau mengaburkan maksud yang hendak disampaikan.
Penutup
Secara keseluruhannya, Rekayasa Menulis Cerpen merupakan sebuah naskhah rujukan yang berpotensi membantu penulis memahami proses pembinaan cerpen secara lebih terancang dan sistematik. Perkongsian Nurimas SN tentang perancangan plot, pengolahan realiti dan budaya, pemilihan tema serta pembinaan struktur naratif memberikan panduan berguna kepada mereka yang ingin memperkukuh kemahiran menulis.
Buku ini juga mengingatkan kita bahawa penghasilan cerpen bukan sekadar bergantung pada ilham atau bakat semata-mata. Sebaliknya, penulisan yang berkesan menuntut penelitian, pengalaman, kreativiti dan kebijaksanaan mengolah bahasa.
Bagi penulis baharu, naskhah ini boleh dijadikan panduan awal untuk mengenali asas pembinaan cerita. Bagi penulis yang telah lama berkarya pula, perkongsian yang diketengahkan dapat menjadi bahan renungan dan penilaian semula terhadap pendekatan penulisan masing-masing.
Sesungguhnya, usaha merekayasa cerpen ialah proses menyatukan idea, pengalaman, imaginasi dan keindahan bahasa sehingga lahir sebuah karya yang bukan sahaja menarik untuk dibaca, malah berupaya meninggalkan kesan dalam jiwa pembaca.
PARIDAH ISHAK
Thursday, 22 October 2026
BOIKOT
ASSALAMUALAIKUM
BOIKOT
.
Tiga
tahun dahulu berlaku tragedi Oktober di Gaza terlalu sadis. Kezaliman leluasa
dilakukan pihak telah hilang manusiawinya sekian lama. Maka umat Islam serata
dunia yang prihatin pun bertindak boikot produk perdagangan negara terlibat
dengan kekejaman penghapusan warga asal Gaza dengan perlbagai cara. Tapi ramai
yang tidak prihatin pada mangsa dengan memberi pelbagai alasan.
Namun
kini pihak berwajib telah memberi arahan melarang penggunaan aplikasi petunjuk
jalan janaan bijaksana negara terbabit demi menjaga keselamatan untuk mengelak
arah pergerakan diketahui. Tapi adakah arahan itu akan dipatuhi setelah sekian
lama digunakan memudahkan perjalanan tanpa disedarkan implikasinya selama ini.
.
akhir
Oktober –
surat
arahan larang
selisih
faham
FAUZIAH SAMAD
.
Aku
mengenali Fauziah Samad secara dekat setelah beliau berkahwin dengan adikku,
Pazeli. Selama ini aku hanya melihat wajahnya di kaca TV saja. Beliau juga
seorang wartawan dan pernah menulis skrip filem dan turut juga berlakon. Sudah
jodoh adikku tersurat berkahwin dengannya. Tidak pernah langsung aku menduganya.
Beliau seorang yang amat baik dab prihatin. Kini beliau telah ke Rahmatullah
justeru mengalami komplikasi kesihatan pada tarikh yang sama dengan pemergiam
Tun Siti Hasmah menghadap Ilahi. Aku terkejut menerima kedua-dua khabar duka
itu. Air mata menitis deras.
mengenangkan kehilangan tanpa duga. Aku teringatkan kondisi adiiku
menghadapi situasi itu. Justeru kehilangan kecintaan setelah sekian lama bersama
amat perih dirasai. Kami adik beradik tidak mengganggunya. Semua berkaitan
pengurusan jenazah dilakukan adikku iaitu kakaknya dan anak-anak saudaranya.
Mujur kebetulan semua anak-anak saudaraku bekerja dan menetap di sini. Melihat
layaran maya tentang kesedihan Tun Mahathir meratapi kehilangan Tun Siti Hasmah
isteri tercinta amat menyayat hati. Begitu juga keadaannya adikku itu. Aku
doakan dia tabah jua reda suratan-Nya. Di samping tidak lupa mengirimkan ayat
suci mendoakan semoga kekhilapan diampuni dan rohnya dicucuri rahmat, berada di
kalangan solehin beriman sisi-Nya pada semua yang telah mendahului langkah
menemui-Nya. Aamiin YRBA
.
awan
kelabu –
artis
Fauziah Samad
nusa
abadi
Wednesday, 21 October 2026
NURIMAS SN
ASSALAMUALAIKUM
Nurimas SN ialah nama pena Samiron Rahmat anak kelahiran Pontian, Johor. Penulis mapan ini juga menggunakan nama samaran Lara Pesona, S Amie On. Pilihan genre penulisannya merangkumi novel, cerpen, artikel, skrip drama, rencana puisi. Sebanyak lima buah novel, sembilan buah kumpulan cerpen, tiga buah kumpulan puisi, dan kumpulan drama radio/ telah dihasilkan. Menerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, 2016, HSKU 2017, 2018, Hadiah Sastera Darul Iman 2015/2016, 2017/2018, 2019/2020, 2021/2022 juga Anugerah Sastera Johor 2021/2022. Penerima Hadiah Sastera Islami anjuran GAPENA. Turut memenangi Hadiah Utama Sastera Selangor genre cerpen 2023
Tuesday, 20 October 2026
MENULIS PUISI PALINDROM
ASSALAMUALAIKUM
Ibadah umrah di Baitullah menghadap Kaabah
nawaitu ikhlas
ibadah berserah jiwa raga
putih ihram persih seri ruangan
tawaf memohon doa tenang
dekat dengan kasih Ilahi
meraup limpah rahmat
umat Islam
dunia
.
Dunia
umat Islam
meraup limpah rahmat
dekat dengan kasih Ilahi
tawaf memohon doa tenang
putih ihram persih seri ruangan
nawaitu ikhlas ibadah berserah jiwa raga
ibadah umrah di Baitullah menghadap Kaabah
PUISI PALINDROM
stilah bahasa Melayu
mentakrifkan istilah sasar palindrom dari istilah sumber bahasa Inggeris palindromesebagai
perkataan, ayat atau baris puisi yang apabila dibaca dari kiri ke kanan atau
dari kanan ke kiri akan berbunyi sama. Sebuah polindrom juga boleh dibaca dari
atas ke bawah, dan dari bawah ke atas.
Puisi palindrom sesuai
untuk pemuisi yang minat menulis sajak-sajak pendek (sekitar lapan baris).
Palindrome adalah kata
pinjaman dari bahasa Yunani Palindromos yang bermaksud
pengulangan. Istilah tersebut gabungan dari kata palinbermaksud ulang/semula,
dan dromos bermaksud selari.
Antara beberapa jenis
palindrom seperti “palindrom kata” (word polindrome) – kayak,
“palindrom nombor” (numerical polindrome) – 02/02/2020,
"palindrom cermin" (mirror palindrome), “palindrom
terbalik” (reversed polindrome) – desserts / stressed,
dan “palindrom ayat” (sentence polindrome) – “Do geese
see God?”
1.
Pilih tajuk sesuai
karya boleh dibaca ulang-alik
2.
Sila hantar rangkap
asal sahaja (tanpa bayangan)
3.
Minima setiap rangkap
lapan (
4.
Maksima setiap rangkap
sepuluh (11) baris
5.
Seeloknya bentuk sajak
menirus ke atas atau ke bawah
6.
Isi sajak boleh dibaca
dari kiri ke kanan dan sebaliknya
7.
Atau isi sajak boleh
dibaca atas ke bawah dan sebaliknya
8.
Bentuk *cermin atau
*terbalik akan ditetapkan oleh admin
9.
Bentuk palindrom
tertakluk kepada isi kandungan sajak
-----
CONTOH
[01] Palindrom Huruf:
-----
Marah
sinis ada salam
tamat
Haram
malas ada sinis
tamat
[02] Palindrom
Terbalik
-----
Kunantikan sudah lama
kekasihku kini
tiba sudah
di ribaan
rindu
Rindu
di ribaan
sudah tiba
kini kekasihku
lama sudah kunantikan
[03] Palindrom Nombor
-----
0202
2020
.
Helang melayang-layang megah mengintai celahan gunung
cakar
Gaza zalim rakus baham mangsa ratah angkuh
sekutu
Zionis garang gasak gesa gera
yakin rangkul piala menang
lebah sengat bisa
terkapa perih
mohon jeda
.
Mohon jeda
terkapa perih
lebah sengat bisa
niat rangkul piala
menang
mantera seru berhala
sembah
sekutu Zionis garang
gasak gesa gera
cakar Gaza zalim baham
mangsa angkuh ratah
helang melayang-layang
megah mengintai celahan gunung
Monday, 19 October 2026
BUDI BICARA
ASSALAMUALAIKUM
BUDI BICARA
.
Budi bicara santun laksana,
serlah prihatin budaya cakna.
.
Budi bicara bertimbang rasa,
tanggungjawabnya dikenang jasa.
.
Budi bicara bijak bestari,
hasil petunjuk tarbiah diri.
.
Budi bicara manusiawi,
ganjar pahala amal ukhrawi.
.
Budi bicara bernilai tinggi,
terhindar sombong gaya meranggi.
.
Budi bicara tindakan wajar,
belas kasihan ritma sejajar.
.
Budi bicara berlandas adil,
sifat mulia ternyata fadil.
.
Budi bicara berhati-hati,
lancar urusan asbab teliti.
TERLEKA
.
Kalau terleka mencari ilmu,
lerai masalah sukar bertemu.
.
Andainya leka dengan hiburan,
lupa segala jiwa kasmaran.
.
Jika
terleka tersalah pilih,
sesal terasa datang bersilih.
.
Justeru leka bermain sukan,
hilang upaya derita sakan.
.
Terleka tidak berhati-hati,
nescaya langkah sukar meniti
.
Akibat leka mengejar maju,
tentu tersasar arah dituju.
.
Asbab terleka pegang kuasa,
kehilangannya perih terasa.
.
Terleka dengar puji-pujian,
sebalik nyata ngilu kejian.
Sunday, 18 October 2026
JEREBU HUJAN MALAM
ASSALAMUALAIKUM
JEREBU HUJAN MALAM
.
Hujan rintik-rintik mersik halus
basah tanah gersang gugur
rahmat
irama lagu sekata mulus
dingin sepi malam gelap
amat
.
Selimut membungkus dingin diri
tangis langit masih jatuh
rata
limpah keruh lupus lembah puri
bangkit langkah langgas
gerak serta
.
Angkut mencapai
semampu pantas
harung banjir kilat tiba
terjah
redah berani arusnya pintas
simpan ngeri bergalur di wajah
.
Berarak mega di langit mendung
sekian waktu jerebu landa
langkahan mara sukar merundung
spora debu masih jua ada
.
Gelap kelam cuaca
temaram
Isyarat alam
mencitra kisah
pandangan jauh
terhalang suram
mengalaminya gelut gelisah
BADAI LALU
.
Menabur
angin menuai badai
tanah
beradat dilanda debar
lerai
simpulan memandai-mandai
bicara
kalut fitnah disebar
.
Tiada
cakna kerumitannya
citra
sebenar bukan begitu
angkara
khilaf memahaminya
kemulut
kusut dibelit buntu
.
Aturan
asal cuba dibuang
tikai
segala telingkah terus
undang
luaknya bulat perjuang
tekad
berada di jalan lurus
.
Percikan api bahang membara
biar
menyala bakar emosi
rentunglah
hati jantung negara
mudarat
rata segenap sisi
.
Usaha
padam segala resah
cerana
aqil bijak bestari
siraman
embun dingin membasah
keruh
dibuang jernih berseri
Saturday, 17 October 2026
LANGIT HIDUP
ASSALAMUALAIKUM
LANGIT HIDUP
.
Saujana luasnya
ruang angkasa
memayungi
semesta
.
Langit tetap junjung
menjejak bumi
diri hidup
setia
.
Sombong yang meraja
rosak gambaran
wajah jernih
kelabu
.
Insaf wujud hamba
kasih Pencipta
kejadian
fahami
KARYAWAN SASTERA
.
Lautan sastera
penulis bilis
tetap cuba
berenang
.
Cuma pinggir pantai
bermain ombak
bayu ilham
menyapa
.
Renung fikir
tenang
maknanya arus
coret penuh
etika
.
Sabar saing
kuak
penulis jerung
mapan lagi
perkasa
*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/[
MyBloglist
-
Memahami & Menikmati Jenis Juadah Sarapan Pagi Di Relex Hotel, Marocco. - Berrtemu Tisu Relex Hotel Bertemu lagi, semoga semuannya sihat dan ceria. Kami di Portugal semua sihat atas kehendaknya.Alhamdulillah, syukur pada semua re...17 minutes ago
-
10 sebab untuk happy dalam hidup - Assalamualaikum Travel Perth tak habis lagi tapi nak kongsi 10 sebab untuk gembira dalam hidup ini. Kadang kita rasa orang lain lebih bahgia nampak se...1 hour ago
-
Hujan Pagi, Tenangnya Rasa! - Pagi ini, SR bangun ditemani bunyi hujan yang turun membasahi bumi. Sejuk, nyaman dan terasa malas pula hendak meninggalkan tempat tidur. Kalau ikutka...3 hours ago
-
Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah! - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger! Alhamdulillah, kali ini Abe Kie berpeluang menyertai *Segmen Pencarian Bloglist Aktif an...15 hours ago
-
RESEPI SUP AYAM ORANG PANTANG - Assalamualaikum semua, Pagi tadi terlupa betul nak masukkan cerita pasal resepi. Resepi sup ayam yang aku masakkan untuk maktek ni, maktek siap puji sed...1 day ago
-
Prishtinë, Kosovo: jalan-jalan malam - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari *SINI*. lepas beli souvenir, anies decide untuk jalan-jalan sekejap walaupun keadaan sekeliling macam 'i...1 day ago
-
Jangan Sampai Kita "Naik" dengan Menjatuhkan Orang Lain - Dalam kehidupan, khususnya di tempat kerja, kita akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang memilih untuk berjaya melalui usaha, ilmu dan ke...2 days ago
-
Bicara hati - Kadang-kadang, apa yang kita lakukan tidak semestinya terlihat di mata orang lain.Ada kerja yang kita selesaikan dalam diam, ada tanggungjawab yang kita p...2 days ago
-
Live Update : AI Real Estate Summit - Assalamualaikum & good morning..Seminar sehari di Hotel Armada, PJSemoga ada manfaat3 days ago
-
-
Minuman teh babaocha atau Eight Treasures Tea - Minggu lepas kak ana singgah lah selepas Isyak di Masjid Cahaya Iman, berdekatan kediaman kak ana. Waktu tu sedang di adakan Food Republik Chinesse Muslim ...3 days ago
-
Buat Jalan Kebun Sawit - Salam bertani Pokok kelapa sawit yang wak tanam beberapa tahun lepas sudah mula mengeluarkan hasil yang boleh dituai. Jadi wak kenalah buat jalan di keb...5 days ago
-
Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur Mengetengahkan Kesihatan Pra-Kehamilan dalam Forum ‘Before We Bloom’ - Parenthood Media dengan *kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) *baru-baru ini telah menganjurkan forum *What Women Want: Before We Bloom – A Couple’...5 days ago
-
Pabila Gegendang Telinga Anak Pecah - Ingat lagi malam tu, masa dah terbaring kat atas katil, disaat nak tidur tidurkan, aku terkejut bila ternampak ada cecair macam lendir meleleh keluar da...1 week ago
-
TUMPAHNYA AIR MATA - *TUMPAHNYA AIR MATA * Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Lagi dan lagi Murahnya air mata ini Tumpah lagi Luarnya...1 week ago
-
Pengembaraan Masa (Part 22): Di atas Mendam Berahi - *foto hiasan ~ sumber* Baca di sini* (Part 21) * Sudah empat hari kapal belayar meninggalkan Melaka. Sejauh mata memandang, hanya lautan terbentang luas...2 weeks ago
-
-
Resipi Masakan Telur Bistik Ikut Cara Cheq - Salam Oktober semua! 🙋🏻♀️✨ Masak telur bistik ikut cara cheq tu macam mana caranya? Lain sangat ka resipi ni dari yang lain? 👀💭 Jawapannya terleta...2 weeks ago
-
Tanggungjawab vs Pengorbanan - Entri kali ni berkisar video aku kat tiktok yang antara hangat sambutannya. Tentang sebuah quote yang aku simpulkan dari satu ceramah ustaz Samsul Debat,...3 weeks ago
-
Innalillahiwainailaihirajiun - اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَم...3 weeks ago
-
Akak Tak Takut Ke?.. - Gunung Marapi terletak di sempadan Kabupaten Agam dan Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Gunung Marapi dan Gunung Merapi adalah dua gunung yang berbez...5 weeks ago
-
Kitab Tamadun Melayu II - Kitab Tamadun Melayu II merupakan buku sejarah yang berat untuk dibaca tetapi menarik untuk dikaji dan diamati. Buku hasil tulisan Abdullah Sidek ini dit...1 month ago
-
Sejarah Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) Singapura - Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk mencoretkan satu lagi pengalaman iktikaf. Kali ini di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road, Singapura. Masji...2 months ago
-
Alhamdulillah! Blog Vitamin Wawa Kini Mencecah 4.1 Juta View 🎉 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. [image: View blog, www.vitaminwawa.com , vitaminwawa] Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang...3 months ago
-
Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU). *Kisah campak belakang pada 23 Ju...3 months ago
-
Writer's Cut Time - Seperti biasa permulaan bacaan akan tenang, atau mungkin pembaca lain akan merasa bosan. Tapi bagi SS, teruskan meneroka karya ini dengan berhati-hati. ...3 months ago
-
Kisah aku dan dia - Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dah lama meninggalkan dunia penulisan kat blog ni. Berhabuk dah. Sebelum hangpa ingat tuan punya blog dah arw...5 months ago
-
Big 5 - Assalamualaikum. Alhamdulillah, 24 April hadir lagi. Allah masih memberikan kesihatan untuk menyambut hari lahir yang ke ehem ehem...😆 Apa hobi ibu-ibu?...6 months ago
-
Salam Ramadhan - Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua... Masih Sempat Lagi Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan7 months ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...1 year ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...1 year ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...2 years ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...2 years ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 years ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...3 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...3 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...3 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...3 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...4 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...5 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...5 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...5 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...5 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...5 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...5 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...5 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...5 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...6 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...6 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...6 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...6 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...6 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...6 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...6 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...7 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...7 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...7 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...8 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...8 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...8 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...9 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...9 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...9 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...9 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...9 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...9 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...9 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA10 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...10 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...10 years ago



