ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah PI terima kiriman naskhah puisi gurindam; GURINDAM BUNGA BANGSA dan MUNAJAT SYAIR hadiah daripada penulis mapan
Nazim MS. Terima kasih banyak cikgu selalu hadiahkan PI buku terbaru.
Baik budi dan kesudiannya amat dihargai. Semoga CIKGU dalam lindungan Allah
bersama family tercinta, murah rezeki, dipermudahkan Allah semua urusan dunia
akhirat…amiin.
Tahniah cikgu Nazim MS
Didoakan terus sukses menghasilkan karya terbaik.
PI ulas sedikit berkenaan naskhah GURINDAM BUNGA BANGSA
ULASAN BUKU
GURINDAM BUNGA BANGSA
Genre : Puisi tradisi
Penulis :
Nazim Mohd Subari
Penerbit : DBP
Nombor ISBN : 978-983-49- 3232-9
( Sastera puisi)
Bilangan mukasurat : 109
Pengulas : Paridah Ishak
Naskhah GURINDAM BUNGA BANGSA hasil karya penulis mapan prolifik, Cikgu Nazim
Mohd Subari ini menghimpun 105 gurindam, puisi tradisi Melayu yang berasal dari
India dengan pelbagai tema bersesuaian. Tema pilihan penulis naskhah ini
seperti keagamaan, patriotism, pendidikan dan kasih sayang dinukilkan dengan
sempurna menurut kehendak disiplin puisi gurindam yang tidak mengikat jumlah
suku kata hanya sepuluh namun rima hujungnya sama.
Penulis mengolah diksi frasa aksara sangat berhati-hati pilihannya
agar hasilnya karya ternyata indah dibaca disamping menyerap pelbagai unsur positif
menyegarkan jiwa raga.
Sekadar sedikit petikan beberapa rangkap gurindam yang terdapat di
bahagian kulit luar naskhah ini;
Jika pengembara betul niatnya,
akan dipermudah jalan hidupnya.
.
Jika pengembara cukup bekalan,
tidaklah nanti digamit penyesalan.
.
Jika pengembara kaku di persimpangan,
bimbang kelak gelap pandangan.
.
Buku GURINDAM BUNGA BANGSA dengan gambar bunga kebangsaan iaitu bunga raya
merah pada kulit hadapan, menurut pendapat
editor penerbit DBP amat sesuai dijadikan bahan pengajaran sokongan dalam mata
pelajaran bahasa Melayu atau pendidikan moral di sekolah.
Tahniah cikgu Nazim Mohd Subari sentiasa aktif menerbitkan karya
penulisan terbaru dan memeriahkan arena sastera dengan sumbangan karya berharga
lagi memanfaatkan khalayak pembaca.
Sekiranya ingin menjadikan buku ini sebagai koleksi bacaan sekeluarga sila
hubungi penulisnya atau di mana-mana kedai DBP atau secara pesanan dalam
talian. Harganya cuma RM 13.50