ASSALAMUALAIKUM
NORAZIMAH ABU BAKAR
Aku mengenali Puan
Norazimah Abu Bakar awalnya di alam maya ketika aku teruja hendak menerbitkan
karyaku dalam antologi di mana beliau sebagai penyelenggara. Setelah itu
berpeluang bertemu dengan sasterawan kelahiran Perak ini beberapa kali dalam
beberapa majlis sastera. Beliau sangat peramah berbudi bahasa dan prihatin.
Walaupun beliau salah
seorang peneraju GAPENA sebagai Setiausaha Kerja sebuah badan penulisan merangkum
semua persatuan penulis negara namun beliau sangat sederhana. Aku pernah
menyertai antologi selenggaraan Katrina Tati Sitaim, penulis terkenal Sabah dan
antologi itu telah terbit. Kebetulan Puan Norazimah ke sana untuk menghadiri
beberapa acara sastera, beliau sanggup bersusah-payah membawa buku-buku
bahagianku dalam bagasinya untuk diberi padaku.
Aku terharu sungguh
kesudiannya. Dalam perjalanan dari Sabah kemudian ke Sarawak beliau turut
membawa beban itu bersamanya. Baik budinya tidak ternilai. Aku bukanlah sesiapa
pun. Tapi beliau turut menyenaraikan namaku sebagai penerima zakat asnaf
penulis pada Ramadan 2018, 2019 oleh sasterawan Tan Sri Dr Hamad Kama Piah juga
seorang usahawan.
Beliau sebagai
penyelenggara buku terbitan GAPENA turut memilih sajak karyaku antaranya. Antologi
BUNGA-BUNGA PULAU JAUH dalam dwi bahasa iaitu Rusia dan Malaysia beliau
mengundangku turut serta. Masya-Allah terharu amat pelawaannya.
Tiba-tiba aku terkedu terima khabar, deklamator negara dan penyair Puan Norazimah Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah. Air mataku bergenang menitis perlahan. Langkahnya telah mendahuluiku ke sana. Suatu waktu kita pasti bersua jua, bersama kembali.
Karya puisinya tersiar
di media arus perdana sejak 1990-an serta pelbagai antologi puisi bersama.
Allahyarhamah menghasilkan dua kumpulan puisi, Melarik Malam (ITBM, 2014) dan
Langit, Bumi dan Lautan (ITBM, 2016). Pernah mewakili negara untuk deklamasi
sajak di China, Thailand, Vietnam, Kemboja, dan Indonesia. Beliau turut pernah
menyelenggara dan menjadi editor buat beberapa buku antologi. Norazimah
merupakan penerima Anugerah Penyair Berpotensi 2016 Yayasan Pembangunan Buku
Negara dan Anugerah Tokoh Dunia NUMERA 2017 sebagai Srikandi NUMERA.
Semoga rohnya dicucuri
rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredai. Amin amin amin ya
Rabbil Alamin.(cnp Raja Yusof Raja Ariffin) (c)
Amiin… semoga
kebaikannya beramal soleh memayunginya di mana saja dia berada berbahagia abadi
di sisi-Nya… innalillahiwainnailaihirojiun alfatihah takziah pada keluarga.
salam takziah buat keluarga allahyarhamah
ReplyDeleteamiin tksh aba
DeleteInnalillahi wainna ilaihi rajiun.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada dan solehin..
ReplyDeleteaniin tksh dik doanya
DeleteSalam takziah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
amiin tksh wp
DeleteAl-Fatihah
ReplyDelete