Sunday, 30 November 2014

BIHUN GORENG SINGAPORE...

ASSALAMUALAIKUM....

SUDAH SARAPAN PAGI? BERSARAPAN PAGI DENGAN BIHUN GORENG SINGAPORE SEDAP JUGA. BIHUN KALAU DIGORENG ADA YANG WARNANYA MERAH, COKLAT, HITAM BERDASARKAN BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN. TAPI BIHUN GORENG SINGAPORE NI WARNANYA PUTIH DAN JERNIH SAJA.

RASANYA PASTI SEDAP...TAK PERCAYA CUBALAH....
Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan
setengah bungkus bihun (di rendam sampai lembut)
5 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
sedikit ayam dipotong kecik-kecik
3 sudu besar sos tiram
1/2 ketul kiub ayam maggi
sedikit garam
serbuk lada hitam (mesin or tumbuk)
cili padi (optional)
karot (dipotong halus-halus secara memanjang)
kubis @ ape-ape sayur (dipotong halus)

bahan bertanda * dimesin

Cara-cara
- masukkan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan mesin...
- bila dah naik bau masukkan ayam...biar sampai ayam masak
- masukkan sos tiram, kiub ayam, garam, serbuk lada hitam...kacau seketika
- masukkan segala sayur
- bila kuah dah nampak macam nak kering masukkan bihun...kacau sebati
- kalau nak boleh masukkan telur dadar yang di potong kecik-kecik...siap...
Photo: Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan
setengah bungkus bihun (di rendam sampai lembut)
5 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
sedikit ayam dipotong kecik-kecik
3 sudu besar sos tiram
1/2 ketul kiub ayam maggi
sedikit garam
serbuk lada hitam (mesin or tumbuk)
cili padi (optional)
karot (dipotong halus-halus secara memanjang)
kubis @ ape-ape sayur (dipotong halus)

bahan bertanda * dimesin

Cara-cara
- masukkan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan mesin...
- bila dah naik bau masukkan ayam...biar sampai ayam masak
- masukkan sos tiram, kiub ayam, garam, serbuk lada hitam...kacau seketika
- masukkan segala sayur
- bila kuah dah nampak macam nak kering masukkan bihun...kacau sebati
- kalau nak boleh masukkan telur dadar yang di potong kecik-kecik...siap...
LikeLike · PAGE

Saturday, 29 November 2014

SEGMEN PENCARIAN BLOGGERS N BLOGLIST IKON GRATIFYING...

ASSALAMUALAIKUM...

JOM RAMAI-RAMAI JOIN SEGMEN ANJURAN CIKGU ETUZA YANG UNIK INI...

INGIN TAHU SYARAT-SYARAT PENYERTAANNYA SINGGAHI BLOG INI...
http://madey09.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloggers-bloglist-ikon.html

BERLANGSUNG 29 NOVEMBER HINGGA 1 DISEMBER.

Friday, 28 November 2014

REZEKI SECUPAK TAK JADI SEGANTANG....

ASSALAMUALAIKUM...

PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.

PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.
RAMBUTAN KESIP DIMAKAN BONDA,
KULIT DICAMPAK KE RUMPUN SEPETANG,
BERSAMA SERAPAT TUMBUH MELATA;
KALAU DAH NASIB DI DIRI TIADA,
REZEKI SECUPAK TAK JADI SEGANTANG,
SEJENGKAL TAK DAPAT JADI SEHASTA.
Perbidalan: 1) Kalau secupak tidak boleh jadi segantang.
2) Yang sejengkal tiada dapat jadi sehasta.
Maksudnya: 1) Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
2) Kalau nasib sudah tidak baik betapa diusahakan tentu
tidak akan berjaya.
Erti perkataan: Kesip - tidak berbiji atau terlalukecil bijinya (bkn buah-buahan).
Sepetang - sejenis tumbuhan (pokok memanjat).
Serapat - sejenis tumbuhan (pokok renek).
SERBUK KUNYIT IAKAN DILUMUR,
DI MINYAK PANAS IKAN DIGORENG;
MESKI KE LANGIT AKAN MENJEMUR,
KOK HARI TAK PANAS TAK JUGA KERING.
Perbidalan: Meski ke langit akan menjemur, kalau hari tak panas
tak juga kering.
Maksudnya: Kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan
beruntung lagi.
EMAS SEBUNGKAL BELI DI KOTA,
MAHAL SEAKAN TAWAR TAK DAPAT;
CAKAP SEJENGKAL DIBAWA SEHASTA,
TIADA KEBAIKAN YANG AKAN DIDAPAT.
Perbidalan: Cakap sejengkal dibawa sehasta.
Maksudnya; Perkara yang kecil diperbesar-besarkan.
JAUH SANGAT JALAN KE MANA,
DARI SEGAMAT KE PEKAN LABIS;
BERINGAT-INGAT SEBELUM KENA,
BERJIMAT-JIMAT SEBELUM HABIS.
Perbidalan: Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Maksudnya: Harus beringat-ingat sebelum terlambat.
POKOK BERANGAN DI TEPI LERENG,
REBAH KE BARAT RIBUT MEMUKUL;
KALAU RINGAN SAMA DIJINJING,
JIKA BERAT SAMA DIPIKUL.
Perbidalan: Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Maksudnya: Tolong menolong antara satu sama lain (baik dalam
kesenangan mahupun dalam kesusahan).
BURUNG MERBAH DI POHON SENJUANG,
KE POKOK GETI TERBANG SINGGAH;
GAJAH SAMA GAJAH BILA BERJUANG,
PELANDUK YANG MATI DI TENGAH-TENGAH.
Perbidalan: Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Maksudnya: Kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga
yang mendapat susah.
PANTAI BERBENCAH MENCARI KEPAH,
TAMPAK BANGAU DI TEMPAT LECAH;
HATI GAJAH SAMA DILAPAH,
HATI TUNGAU SAMA DICICAH.
Perbidalan: Hati gajah sama dilapah, hati tungau (kuman) sama dicecah.
Maksudnya: Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung
sedikit sama-sama mendapat sedikit.
KERUNG-KERUNG SUDAH DIKUNYIT,
IKAN KIA-KIA DI ATAS JERANGAN;
MEMBADAI BURUNG ATAS LANGIT,
MERENDAH DIA DIHARAP JANGAN.
Perbidalan: Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan.
Maksudnya: Janganlah mengharap-harap benda yang susah didapati.
MANA MEMBADAI BURUNG PERLING,
HALUAN TERSASAR KE TANJUNG KELING;
HATI BAGAI BALING-BALING,
DUDUK BERKISAR TEGAK BERPALING.
Perbidalan: 1) Hati bagai baling-baling.
2) Duduk berkisar tegak berpaling.
Maksudnya: 1) Fikiran atau pendirian yang tidak tetap.
2) Mungkir janji atau tidak menepati cakap.
TANAH BERLOLOK TUMBUH NYATUH,
BERSELA-SELA POKOK BELUNTAS;
YANG DIJOLOK TIADA JATUH,
PENJOLOK PULA TINGGAL DI ATAS.
Perbidalan: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.
Maksudnya: Keuntungan yang diharap-harapkan tidak didapat, sedankan
modal atau alat untuk mendapatnya hilang juga.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

SELIRATAN CINTA ... bab 2 Novel adaptasi skrip drama TV dengan izin karya Fauziah Abd.Samad. Diedit oleh: Noorlaila Ghafar penulis novel HIJRAH HATI terbitan DBP

Dato Shaari sedang berada di pejabatnya. Seorang gadis setiausaha menemaninya berbual kata. Sesekali terdengar kikihan manja seakan tergeletek amat perasaan dicuit gurau senda antara kedua-duanya. Perbualan yang sangat mesra di antara bos dan sekretarinya tiada apa yang mengganggunya. Berlaku dalam suasana harmonis yang selesa.
Amin menerjah masuk ke bilik bosnya seperti kebiasaannya tanpa mengetuk pintunya terlebih dahulu. Gadis setiausaha bingkas dari duduknya dan segera meluru keluar sambil mengepit fail di tangan.. Amin yang terjengul tiba-tiba mengejutkannya. Berderau darahnya menyimbah ke muka. Jantungnya berdegup kencang kerana keterkejutan.
Bimbang pula tersebar gosip hubungan mesra antaranya dan bos dijaja kemana-mana. Tukang canangnya tentulah Amin yang gemar bermuka-muka itu. ‘Bukan boleh percaya sangat ‘mamat’ pengampu seorang ni,’ desis hatinya.
Jika kabar-angin yang bukan-bukan itu sampai ke pendengaran tunangnya tentu haru-biru jadinya. Gadis itu tidak mahu berita sensasi begitu mengeruhkan hubungannya dengan tunangnya. Sudah tidak beberapa bulan lagi akan ke jenjang pelamin pula. Banyak persiapan yang telah dibuat. Kalau tidak jadi gara-gara mulut Amin yang celupar itu, alangkah malunya.  
            “Kau ni kenapa haa. Ingat pejabat ni bapa kau punya ke. Main terjah ikut suka je,” sergahnya dengan renungan mata tajam bersinar. Amin terkedu dijerkah bosnya.
            “Maaf Datuk. Sebenarnya adahal penting sangat. Sebab tu saya nak cepat. Datuk tengok ni. Ada artis baru Datuk. Mesti Datuk berkenan punya.” Amin menyuakan sebuah majalah hiburan  keluaran terbaru pada Datuk Shaari yang terkepit kemas dalam genggamannya.
Dia berharap kepanasan hati bosnya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam.’ Tidak setara mana panasnya. Sekejap lagi sudah suam-suam kuku. Kembali normal sediakala.
Dato Shaari segera mencapainya. Kemarahannya kerana diganggu tadi ketika dia sedang berdua-duaan dengan setiausahanya cepat pula mereda. Amin lega melihat wajah Datuk Shaari tidak setegang tadi. Sudah setenang ayam tambatan dan tidak segarang harimau di kandang. Dia semakin berani menghambur bicara.
“Cantik Datuk. Bak bidadari.”
“Hah? Secantik Rozana ke?”
“Ini lagi hebat Datuk. Kecor air liur dibuatnya. Memang ngam dengan Datuk.” Amin ligat menggula-gula propa yang sangat diminati Datuk Shaari mutakhir ini. Dulu Datuk Shaari tidak begitu lakunya.
Dia hanya meniru contoh seorang rakannya seorang ahli perniagaan IT bertaraf dunia yang sering mengundang model-model jelita dan artis cantik untuk bersama pelanggan yang berurus-niaga dengannya. Katanya sebagai penyeri suasana dan melancarkan urusan bisnis yang hendak dijalankan. Supaya licin dan sempurna.
Dia cuba memperaktikan apa yang diamalkan kawannya itu sehingga dia pula yang terseret ke dalam kancah golongan manusia berparas cantik dengan kelebihan sebagai artis pelakon, artis penyanyi atau model  ini. Sehingga tidak dapat lari dunia yang sangat obses pada keindahan dan kecantikan itu. Dia sangat mengkaguminya.
Kini dia adalah peminat golongan itu dan sentiasa mendekati, mengikuti perkembangannya. Perantaranya adalah Amin kerana dia adalah seorang yang luas pergaulannya dalam ruang yang bersangkutan ini dan sentiasa berusaha hendak memenuhi hasrat tuannya. Tanpa sebarang olah dan bantah. Akur pada perintah.
“Ini boleh dapat ke Amin?” Amin terdongak mengadap Datuk Shaari.
“Eh datuk punya pasal, apapun saya boleh bagi. Kalau nak suruh saya uruskan untuk jadi yang nombor dua pun boleh.” Dia tersengih dengan yakin kerana terasa mampu melakukannya tanpa aral.
“Ish.. jaga sikit mulut tu. Untuk nombor dua, kau tak payah nak ajar aku. Aku ni dah berguni garam aku telan. Kalau aku nak pasang nombor dua dah lama aku buat. Aku yang akan pilih, bukan kau. Aku hanya akan pilih orang yang aku berkenan saja. Bukan sembarangan.” Matanya tidak lepas dari menatap majalah.
Hatinya amat kagum dengan wajah-wajah cantik penghias lembar majalah itu. Di selak lagi lembar seterusnya. Memang wajah-wajah perempuan dijadikanNya sangat cantik memikat. Sukar sesiapapun menafikannya. Bisik nuraninya.
Dibiarkan saja Datuk Shaari tekun melayani hobi terbarunya itu kerana dia juga yang mendapat pulangannya. Setiap artis atau model yang diperkenalkannya sekiranya menepati cita rasa Datuk Shaari untuk dijadikan teman sosial seketika dia akan diberi ganjaran yang tidak mengecewakannya. Rezeki Datuk yang mewah dan melimpah ruah itu mengalir juga sedikit ke poketnya.
Dia tahu juga tentang sepotong ayat al quran yang menyebut setiap rezeki yang diberikan itu ada hak orang lain bersamanya. Jadi tunaikanlah zakat. Dia berharap Datuk itu telah menunaikan zakatnya kerana dalam setiap laporan kewangan tahunan syarikat ada terpapar di akhbar di keluarkan sekian-sekian juta RM untuk zakat perniagaan.
Nampaknya Datuk itu tidak lokek berzakat kerana zakat akan menyuburkan rezekinya hingga melimpah-ruah dan mengalir ke poketnya menjadi haknya. Cuma caranya saja yang menyeleweng.
Dia tidak peduli apa maksud penyelewengan dari fahaman agama. Yang penting poketnya berisi. Dan dia boleh menjalani kehidupan yang senang kerana poket tidak kosong. Penuh berisi RM.  
“Agaknya yang ni boleh dapat tak?” Yang ditanya hanya menyeringai tanpa sebarang jawapan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatur jawapannya. Dia membalik-balik minda fikirnya yang kiri. Menurut pakar, otak sisi kiri metah kreatif.
“Itulah Datuk, dulu lagi saya dah cakap. Kalau Datuk berminat kenapa tidak berusaha mencuba. Citarasa artis ini nampaknya orang-orang yang berumur setara datuk. Tidak muda sangat tidak tua sangat. Sedang-sedang. Ini bila sudah terlepas pada yang lain barulah Datuk menyesal gigit jari.”
“Buat apalah mencuba kalau hasilnya memang sudah dijangka. Dia hanya memilih Datuk yang dicintainya. Bukan sembarangan orang. Kau mana tahu bagaimana perasaan orang yang jatuh cinta dan dilamun cinta. Sebab cara hidup kau ni mudah. Main sapu semua. Pendek kata ‘bujur lalu melintang patah.’”
“Habis buat apa nak tanya lagi. Redha je lah. Biarlah artis pujaan itu berada dalam dulang cintanya dengan berbahagia. Datuk tengok sajalah. Bukannya rugi apa-apa.”
“Pandai pula kau bercakap ya Amin,”gerutunya dengan geram.
 Wajah anggun wanita secantik Cinderella pada anggapannya itu di tatap dengan ralit sebelum menutup lembarnya. Dan mengkesampingkan majalah popular itu di sudut meja.
“Hai Sitti Nurhalliza, kenapalah kau tidak pilih aku. Aku pun Datuk juga. Banyak harta juga.” Keluhannya dilepaskan lemah dan perlahan. Amin tersengih di sisinya. ‘Hai ada hati juga datuk ni nak pikat Sitti Nurhalliza, tak tengok cermin kot, rupa pun retak seribu. Ada hati nak pikat artis paling top. Kalau aku tu lain la, tampan, bergaya, muda.’ Gumam kalbunya sinis.  

Thursday, 27 November 2014

MULTAQA SULTAN SHARAFUDDIN..

ASSALAMUALAIKUM....




[SAJAK] MULTAQA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH(Ilham yang dibawa dari Majlis Multaqa yang berlangsung pada hari Khamis, 13 Muharram 1436H bersamaan 6 November 2014M di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan dihasilkan di Beijing, China, 9 November, 2014)


Ini Multaqa (Pertemuan Keilmuan)
dinamakan ia dengan nama
“seorang sultan”,
pertemuan ini sangat bermakna
kerana ia diasaskan atas nama ugama.
Ya, apakah yang lebih agung
dari ugama?
Apakah yang lebih penting
dari ugama?
Apakah yang lebih suci
dari ugama?
Ugamalah kemuliaan
ugamalah kedaulatan,
ya, tiada lain
yang lebih menentukan
kecuali ugama.
Multaqa ini khusus
untuk mengenali undang-undang Allah,
– sambil juga –
dengan sendirinya akan menyingkap
siapa pendukungnya
siapa penentangnya
siapa yang tidak mantap pendirian
dari kalangan sesama kita.
Ya, memang macam-macam ada
ragam manusia,
bukan satu dua ragam,
tetapi pelbagai ragam,
demikianlah hukum alam.
Walaupun semua sudah tahu
jalan cuma satu sahaja
ke akhirat . . .
namun pentas tidak pernah sunyi
dari sandiwara demi sandiwara
dengan para pelakunya penggemar sensasi
terus beraksi
membakar semangat dan emosi
supaya para hamba ini
terus menerus berbeza,
ya, biar terus berbeza :
berbeza pendapat
berbeza pendirian,
lalu atas sikap inilah
hukum Tuhanpun diteorikan.
Ada yang berkata :
“kalau di negara sekian ...
undang-undang Allah itu tiadalah masalah
tetapi di Nusantara ada masalah itu
kerana Islam di dua tempat ini berbeza
sebab budaya berbeza.
Ini juga teori sangatlah naifnya
berdasarkan Islam tetap Islam
di manapun ia,
di Asiakah di Afrikakah di Eropahkah,
Islam adalah sama sekali tidak boleh
di Asiakan atau di Afrikakan atau
di Eropahkan,
tetapi ia tetap bulat satu-satunya
ugama seluruh alam.
Dan mengenai budaya pula,
bukan ugama yang tunduk kepada budaya
tetapi budayalah yang mesti tunduk kepada
ugama.
Kemudian menyusul lagi teori lain :
“tidak boleh tergesa-gesa atau terburu-buru
melaksanakan undang-undang ini.”
Ini juga pendapat yang aneh.
Sekarang, Brunei telahpun melaksanakannya,
apakah ini tergesa-gesa atau terburu-buru?
Mohon ingati hakikat ini :
sejak bilakah undang-undang itu dikanunkan?
Adakah baru setahun dua
atau seratus tahun?
Tidak! Tetapi Al-Qur’an dan Al-Hadits
telahpun mencanangnya semenjak
dari seribu tahun lebih lagi,
sementara Islam pula
sudahpun sampai di Nusantara
termasuk Brunei,
tidak kurang dari 600 tahun,
jadi di mana wajarnya
istilah “tergesa-gesa” atau “terburu-buru” itu?
Selepas itu,
ada lagi teori lebih celaru :
orang hanya mahu “feqih baru” saja
undang-undang jenayah syar’iah yang kita ada
adalah “feqih lama”,
penteori ini tidak mahu “feqih lama”
dia hanya mahu “feqih baru”
kerana “feqih lama” itu sudah lapok
berumur beratus-ratus tahun,
ia tidak layak
untuk dijadikan sandaran penggubalan
bagi undang-undang ini
dalam alaf baru.
Apa erti feqih?
Erti feqih ialah
ilmu berkaitan undang-undang Islam
yang disusun dikarang dan dirumus dengan
ijtihad
oleh para ulama muktabar
bersumberkan Al-Qur’an dan Al-Hadits.
Apa inikah yang mahu ditolak itu?
Dan kerana lamanya beratus-ratus tahun,
makanya ia perlu diganti dengan “feqih baru?”
Apakah ini juga bererti
teori itu sekaligus menolak
ulama muktabar dan kitab-kitab turats mereka:
Al-Imam Malik dan kitab-kitab Mazhabnya,
seperti :
Al-Muaththa’ dan Tanwirul Hawalik
Al-Imam Abu Hanifah dan kitab-kitab
Mazhabnya, seperti :
Al-Mabsuth dan Fathul Qadir
Al-Imam Syafe’i dan kitab-kitab Mazhabnya,
seperti :
Al-Um dan Ar-Risalah
Al-Imam Ahmad bin Hanbal dan kitab-kitab
Mazhabnya, seperti :
Kutub Al-Qadha’ Wal Ifta’ dan Al-Iqna’.
Wah, wah, hebatnya penteori ini
mahu mempertikai ulama muktabar,
ya, boleh saja jika mampu
tetapi kemampuan itu
bukan setakat pandai berteori saja
tetapi berteorilah sambil menghasilkan juga
karya-karya besar “feqih baru” itu,
ya berkaryalah seperti Al-Imam Malik
berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Abu Hanifah
berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Syafe’i berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Ahmad berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Ibnu Hajar
berkarya,
berkaryalah seperti Al-Ghazali berkarya
berkaryalah seperti An-Nawawi berkarya,
ya, berkarya, ayuh berkarya
dengan “karya-karya besar”
seperti Imam-Imam ini berkarya,
jangan kurang dari mereka,
jika kurang, sanya
teori “feqih baru” itu
akan hanya
jadi omongan saja.
Dipendekkan madah
tentang Multaqa ini,
ia adalah satu cetusan
dari minda hebat
oleh orang hebat
dan wawasan
oleh orang berwawasan,
kemudian lebih istimewa lagi
ia juga turut didepani
oleh seorang Raja
yang bistari.
Allah Maha Kaya
menentukan semua ini.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
sama-samalah kita
meraih berkah-Nya,
insya’ Allah.

ADI RUMI
China World Hotel,
Beijing, China,
9 November, 2014


Baca selanjutnya: http://www.penaminang.com/

Wednesday, 26 November 2014

SAYONARA BLOGGING...

ASSALAMUALAIKUM....
PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

ADAKAH YANG PERASAN  KEHILANGAN PI DARI ALAM MAYA SARI DUA INI? HEH...HEH...SIBUK PULA NAK BERTANYA YER...KEUJUDAN JISIM HALUS ENTAH DI SUDUT MANA BERADA PASTI TIADA SIAPA YANG PEDULI.

YANG AMAT-AMAT MERASA KESUNYIAN DAN KEHILANGAN TENTULAH YANG EMPUNYA DIRI KERANA TIDAK DAPAT BERTEMU KAWAN-KAWAN BAIK SAMBIL BW MENGUMPUL INFO BAK MUTIARA BERHARGA DARIPADA BLOG KAWAN-KAWAN YANG BERILMU  DAN SENTIASA PUNYAI IDE MENERBITKAN N3 YANG MENARIK LANTARAN LAPPY PI YANG BERMASALAH.

SUDAHLAH ADMINNYA TIDAK HABIS-HABIS DIRUNDUNG MASALAH KESIHATAN...LAPPYNYA JUGA TURUT MERAGAM. TIADA MASALAH APA SEBENARNYA CUMA LAPTOP PI TAK DAPAT DETECT INTERNET WALAUPUN ADA CONNECTION WIFI. ENTAH DIMANA SILAPNYA.

ANAK-ANAK YANG AGAK PANDAI DENGAN MASALAH COMPUTER CUBA BAIKINYA TAPI MASIH TAK BERJAYA. DAH NAK BUAT MACAM MANA LAGI KAN...REDHA SAJALAH. DAN SUDAH BERKIRA-KIRA HENDAK TUTUP BUKU BLOGGING. BLOGGING DENGAN GAJET-GAJET CANGGIH YANG KECIL NI TAK RETI, KALAU MAHU MEMANG BOLEH DIPELAJARI TAPI RASANYA DAH MALAS KOT.

RUPANYA NASIB BAIK MASIH MENYEBELAHI PI DAPAT LAGI MUNCULKAN DIRI DI SINI PABILA LAPTOP KEMBALI BERFUNGSI DETECT INTERNET SEPERTI SELALU KALA ANAK PI SUDAHPUN MEMBELI ALAT BARU UNTUK DSAMBUNGKAN. NAMPAKNYA ALAT YANG DIBELI TIDAK PERLU DIBUKA DARIPADA KOTAKNYA DAN DISIMPAN UNTUK KEGUNAAN TIKA TERDESAK NANTI.

LEGA RASA HATI PI SEBAB MASIH BERPELUANG MENGHBUR SUNYI MEMBACA CATATAN ILMU, CERITA-CERITA SOSIAL KEHIDUPAN, CELOTEH-CELOTEH LUCU YANG MENYELIT UNSUR-UNSUR PENDIDIKAN SAMBIL MEMPERERAT TAL[ SILATURAHIM ANTARA KAWAN-KAWAN BLOGGER, FOLLOWER, VIEWER WALAU DIMANA SAJA BERADA.

HEH...HEH...GELAK SIKIT MASIH DAPAT HAPPY BLOGGING...HMM KALAU TIDAK TENTU SAYONARA BLOGGING....

Monday, 24 November 2014

SELIRATAN CINTA BAB 1...Novel adaptasi skrip drama TV dengan izin karya Fauziah Abd.Samad Oleh Paridah Ishak.... Diedit oleh: Noorlaila Ghafar penulis novel HIJRAH HATI terbitan DBP


1.

HARI yang terang, tenang lagi aman. Sudahpun mengerjakan rutin seharian sesempurna yang mungkin. Sehari-hariannya sedemikian. Menenun rindu pada keselesaan, menganyam kecerian, menjalin kebahagian yang beringsut datang menempuh perjalanan yang panjang.

Dia menilik wajah di cermin. Ah…kusam tidak bermaya. Wajah yang polos tidak berseri perlu dilakukan sesuatu untuk menceriakannya seterang hari yang tenang. Apa agaknya yang perlu dibuat? Mindanya mencongak kira ketepatannya bersesuaian dengan keinginannya.
Hari ini tidak ada sebarang aktiviti yang tercatat di diari untuk di penuhinya. Waktu yang senggang dan lapang tanpa gangguan. Duduk-duduk bersendiri tanpa teman di sisi, amat terasa sunyinya. Bosannya terlalu.

‘Kenapalah tadi aku tidak ikut saja abang pergi ke opisnya? Tapi buat apa mengganggu dia di opis sedangkan aku langsung tidak ada sebarang jawatan di sana. Biarkanlah. Abang itu orang baik. Masakan sanggup dia hendak mencurangi aku.’ monolog hatinya berkata begitu dengan yakin.
Keyakinan yang kadangkala tidak dapat dipertahankannya. Apapun perasaannya dia berserah dan bertawakal saja kepadaNya. Memikirkannya dengan terlalu hanya menambahkan kerunsingan yang meningkatkan stres.

Dia tidak mahu menanggung akibat stress itu yang akan meningkatkan hipertensi tekanan darah tinggi. Amat digeruninya penyakit yang bersarang dalam senyap tetapi memberi akibat berat. Mohon dijauhkan Allah penyakit itu darinya. Doanya.
Jadi dia perlu mengambil sikap tidak terlalu menurut emosi dan kasih sayang yang keterlaluan terhadap suami sehingga menyusahkan dirinya sendiri. Padanya jika sesuatu itu ditakdirkan untuk menjadi hak mutlak kita, tidak akan ke mana perginya. Setinggi manapun ia terbang melangit, ia tetap kembali ke bumi, keribaan kita. Pegangan itu mendamaikan jiwanya.

Selepas kelahiran anak lelakinya yang sulung dan bongsu itu dia dengan rela hati meninggalkan jawatannya sebagai Pengurus Operasi Kanan syarikat miliknya dan suaminya itu. Demi mendidik seorang anak dengan sangat sempurna dia sanggup mengorbankan kerjaya yang sangat diminatinya itu. Kasih sayang terhadap anaknya mengatasi segala-galanya. Seperti dua rangkap pantun yang pernah ditulisnya;

Cenderawasih seri wajahnya
Laksana mutiara kaca permata
Bersatu kasih seluruhnya
Aduhai untuk cahaya mata.

Layang layang mengitari benua
Sehari suntuk menyisih onak
Kasih sayang nan seluruhnya
Hanya untuk mu anak.

Setelah menjadi seorang pekerja yang sangat didikasi dan memberi komitmen yang sesungguh hati terhadap tugasnya dia ingin pula mengabdi diri sebagai isteri solehah dan mithali juga ibu yang sejati sepenuh masa. Bukan separuh masa di pejabat dan sedikit masa yang tinggal untuk memperhatikan anak dan suami. Dia gembira dan bahagia melakukannya. Meskipun pandangan kebanyakan yang lain berbeda pula.

Setiap orang berhak menentukan sesuatu yang membahagiakanya, tidak tertakluk hanya dengan satu cara persis dilakukannya. Lakukanlah apapun mengikut kesesuaian dan keupayaan empunya diri.
Bukan mudah hendak menjadi isteri mithali seperti sabda Rasullullah kepada Saidina Umar AlKhatab dalam sebuah hadis;
1. Jika suami memandangnya gembira hatinya.
Jika suami menyuruhnya dia mematuhi.
2. jika suami meninggalkannya, dia akan menjaga hak-haknya.

Sedaya upaya dia akan cuba menerapkan nilai-nilai murni itu di dalam kehidupannya.
Meski tidak mengadaptasi keseluruhannya. Sebaiknya memang patut diambil nilai baik itu kesemuanya tetapi baginya dia hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan di mana-mana tanpa disedari.

Kini apabila anak sudah semakin dewasa terasa banyak pula ruang kosong tanpa tanggung-jawab yang usai dilaksana. Ruang yang lapang itu perlu diisi sebaiknya. Apakah acaranya yang sesuai untuk hari ini? Dia menimbang kira. Jari telunjuknya menuding kiri dan kanan.
Maksudnya hendak ke sana atau ke situ. Hendak buat ini atau buat itu. Dia bingkas bangun dari duduknya Keputusannya sudah diambil. Dia mengerling sekitarnya.

Tas tangan hadiah seorang anak yang menuntut di luar negara segera dicapai. Ada sesuatu yang menujah mindanya agar merealisasikan ide yang terencana secara tiba-tiba.
Kunci kereta Produa Kancil miliknya yang sentiasa menemaninya kemana saja ditinjau dimana diletakannya. Segugus kunci pelbagai guna segera tersorot anak mata, nun tersorok dicelah-celah berjenis-jenis alat solek yang diguna-pakai seharian.

Kancil comel berurna oren itu telah menyertai deretan kereta yang sedang menyesaki lebuhraya kotaraya. Seorang pemandu wanita sedang berada di belakang seterengnya. Memandu dengan cermat dan penuh ketenangan jiwa. Menuju destinasi pilihannya.

Kereta kecil itu memang fleksibel sebagai kegunaan seharian. Kemana saja akan membawa dirinya menurut kemahuannya. Lagipun sebagai anak yang lahir selepas negara merdeka dia perlu berbangga dengan prodaksi negaranya sendiri.
Siapa lagi yang hendak menggunakan ciptaan karyawan tempatan jika tidak anak jati pribuminya. Di lembah hatinya semangat patrioritik cintakan watan itu tumbuh berpucuk subur.

Lambat pula pergerakan tali arus kereta di hadapan. Barangkali ada sesuatu yang mengendalakan kelancarannya. Dia mengikut saja rentak itu dengan sabar supaya tidak menongkah arus.
Jikalau diikutkan kemahuannya yang sebenar tentu akan menjadi seperti pantunnya yang ini;

Inginku tebang pohon kedondong.
Anak rerama sedang merayap.
Inginku terbang seperti burung
Apakan daya tidak bersayap.

Ingin sekali cepat tiba ke destinasi pilihannya. Tetapi dia memandu dengan sangat berhemat. Tidak menekan pedal minyak sehingga keretanya deras bergerak seperti hendak terbang.


* * *

“Kau rasa betul ke ni. Baru berlakon dua tiga drama, Nurima sudah mengaku intim dengan seorang Datuk?” Tanya gadis yang berambut perang kontot kepada teman di sebelahnya. Kawannya itu mencebik bibirnya. Cebikan bibirnya yang menjuih ke bawah itu menghodohkan rupa cantiknya.

“Ala biasalah tu...kau bukan tidak tahu. Beberapa tahun dulu ada penyanyi membuat kenyataan di majalah dia jadi penyanyi sebab hendak kahwin dengan anak Raja..” balas gadis di sebelahnya bersungguh-sungguh menekan fakta yang diberinya. Sinis sekali bunyinya.

“Hah yang tu aku ingat lagi. Tapi lepas tu artis tu terus tenggelam.” Kedua-duanya serentak tertawa. Masing-masing memahami difinasi ‘tenggelam’ itu.
“Agaknya dah dapat apa yang dicarinya kot. Mana tahukan.” Tersenyum pula kedua-duanya dengan pandangan sinis.

Dia memandang Datin Maimon di sisinya. Pandangan mata bertautan. Ada resah yang membuak dan merusuh di kalbu. Datin Maimon mencebik bibirnya.
“Aku rasalah bila timbul cerita-cerita macam ni tentu panas bontot Mak Datin semua. Mana tahu terkena suami dia orang pulak.” Mengelekek ketawa kedua-dua gadis itu terburai.

Seolahnya masalah dan kesusahan orang lain menjadi bahan jenaka yang seronok ditertawakan. Barangkali terlupa dengan pepatah ‘bila daun di atas jatuh daun di bawah jangan ketawa.’
“Nampaknya Mak-Mak Datin tu kenalah lebih berhati-hati menjaga suami. Jangan anggap senang saja jaga laki. Kena kebas kan naya. Bukan senang hendak jaga suami yang kaya raya dan bergelar pula tu,” sela gadis yang berambut perang kontot itu.

Bertambah masam dan kelat wajahnya dan teman di sisinya mendengar bual bicara kedua-dua gadis yang selesa duduk bergoyang kaki di kerusi sambil tangan menyelak lembar majalah hiburan kegilaan kini sehelai demi sehelai.
Setelah dibaca siap diberi komen yang menyukakan hati sesedap rasa. Wajah Datin Majmin dan Datin Maimon ketara masam mencuka.

“Datin Majmin, jom kita ke sana bilas rambut. Datin Maimon belek-beleklah dulu majalah fesyen rambut tu sebelum pereka fesyen rambut menyelesaikan kerjanya pada pelanggan di sana.” Suara pembantu salon yang agak keras menyebabkan kedua-dua gadis yang seronok melayari halaman gossip di majalah Jelitawan Era tersentak.

Pandangan mata terangkat dari halaman majalah yang terbuka dan beralih memandang Ita. Ita tersenyum membalas pandangan kedua-duanya.
Baru disedari ada beberapa orang Datin di kalangan mereka. Hati merasa tidak enak dan serbasalah. Merasa pula telah melakukan kesilapan kerana menyinggung perasaan wanita lain secara tidak sengaja. Atau tersengaja. Malunya.

Tapi apa hendak dikata, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak madah bicara tanggunglah akibatnya.’ Maksud pepatah lama itu memang bertepatan sekali dalam kondisi begini.
Kedua-duanya saling berpandangan. “Jom belah” barangkali itu gerak mata menuturkan bahasanya. Hasrat hendak shampoo rambut dan menukar fesyen rambut trend terkini terbantut.

Kedua-duanya bergerak meninggalkan salon terkenal yang sering dikunjungi Datin-datin isteri korporat itu.
‘Begitulah cakap siang kenalah pandang-pandang. Cakap malam kenalah dengar-dengar,’ desis hati Majmin. Anak matanya mengiringi atur langkah kedua-dua gadis yang semakin hilang di sebalik pintu masuk salon.

BERSAMBUNG...

CENCARU SUMBAT DAN KERABU MANGGA...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH MERANCANG APA YANG NAK DIMASAK TENGAHARI NANTI? ANAK-ANAK RAMAI DI RUMAH KERANA CUTI PERSEKOLAHAN. BOLEHLAH MINTA TOLONG ANAK-ANAK DI DAPUR BERSAMA MEMASAK. DI SINI PI KONGSIKAN DUA RESEPI MUDAH DARIPADA LIKE PAGE RESEPI NASI DAN LAUK FB.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal 


Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.

Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.

Sedia dihidang. Selamat mencuba

KERABU MANGGA BERSAMA LIMAU BALI

Dapatkan pelbagai koleksi resepi kek dan kuih-muih disini !!!

KERABU MANGGA DAN LIMAU BALI...

Bahan-bahan:

2 bj - mangga muda (potong halus memanjang)
1/2 bj - limau bali(ambil isinya)
3 ulas - bawang putih
5 bj- cili padi
2 sb- udang kering
2 sb- gula siam (warna kuning)
1 bj- bawang besar sos nampla @ sos ikan
segengam kacang tanah yg telah di goreng ..(tumbuh kasar)
segengam ikan bilis ..goreng

Cara:

1. cili padi, udang kering, bwg putih ditumbuk kasar..
2. masukkan gula siam..tumbuk lagi.
3. kemudian masukkan sos nampla...gaulkan bahan tadi dgn mangga dan limau bali tadi..
4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng dan bawang besar sebagai pelengkap..selamat mencuba..

Photo: KERABU MANGGA BERSAMA LIMAU BALI

Dapatkan pelbagai koleksi resepi kek dan kuih-muih disini !!!
Jom LIKE page ni segera ➨ Koleksi Resepi Kek & Kuih-Muih

Bahan-bahan:

2 bj - mangga muda (potong halus memanjang)
1/2 bj - limau bali(ambil isinya)
3 ulas - bawang putih
5 bj- cili padi
2 sb- udang kering
2 sb- gula siam (warna kuning)
1 bj- bawang besar sos nampla @ sos ikan
segengam kacang tanah yg telah di goreng ..(tumbuh kasar)
segengam ikan bilis ..goreng

Cara:

1. cili padi, udang kering, bwg putih ditumbuk kasar..
2. masukkan gula siam..tumbuk lagi.
3. kemudian masukkan sos nampla...gaulkan bahan tadi dgn mangga dan limau bali tadi..
4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng dan bawang besar sebagai pelengkap..selamat mencuba..

Saturday, 22 November 2014

HUJUNG MINGGU BERULANG KE SG.KAJANG MENCARI IKAN..

ASSALAMUALAIKUM....

PI TERBACA ARTIKEL KAWAN BLOGGER PI MKL DALAM BLOGNYA SEPERTI DIBAWAH, TERUS TERUJA MAHU MENCARI TEMPATNYA UNTUK MEMBELI IKAN-IKAN SEGAR DAN LAIN-LAIN MAKANAN LAUT.

KERANA PI TIDAK BERAPA SIHAT HANYA ANAK-ANAK YANG KESANA DAN PI TIDAK DAPAT MENGIKUTNYA.

MEMANG SELALU PI DAN ANAK-ANAK MENGHALA KE KUALA SELANGOR DAN SINGGAH DI BAGAN-BAGAN NELAYAN DI SINI. TAPI TER NYATA HATI TIDAK PUAS KERANA PERSEKITARANNYA YANG TIDAK BERSIH DENGAN ANJING-ANJING BERKELIARAN DI PERTEMPATAN NELAYAN TERSEBUT.

BERBEZA DENGAN BAGAN NELAYAN SG.KAJANG BERDEKATAN DENGAN TANJUNG KARANG INI MENURUT ANAK-ANAK BERSIH SEKALI DAN MENJADI KUNJUNGAN MEREKA MENJAMU SELERA DENGAN SUMBER DARI LAUT YANG AKAN SEGERA DIMASAK MENURUT RESEPI PERMINTAAN PELANGGAN.

HARGA IKAN, UDANG, KETAM, SOTONG DI SINI TIDAKLAH TERLALU MAHAL BERBANDING NILAI KESEGARANNYA YANG MENYELERAKAN KITA MENIKMATI KESEDAPAN RASANYA...HMM MARVELOS..

SUDAH BEBERAPA KALI ANAK-ANAK KE SINI MENDAPATKAN SUMBER MAKANAN LAUT SEGAR...HARI INI MEMBAWA BOSS PEJABAT MEREKA PULA...ISSH KAN MAIN LAGI PRO ANAK-ANAK PI MAMPU MEMPENGARUHI MARKETING JUGA...TAPI BAGUS JUGA KITA MEMBANTU NELAYAN-NELAYAN KECIL MENJANA PENDAPATAN DENGAN SUMBANGAN BELIAN HASIL JUALAN IKAN-IKAN YANG DITANGKAP KEPADA KITA.

TERIMA KASIH MUHAMMAD KHAIRUDDIN LIM YANG MENGONSI INFO DI BLOGNYA JUGA SEMUA PIC MENARIK. JIKA INGIN TAHU LEBIH JELAS LAYARI BLOGNYA SEPERTI DI BAWAH INI.

http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2013/09/mencari-ikan-di-bagan-sungai-kajang-25.html


Ikan Gelama

Ikan Kerisik

Ikan Belanak

Ikan Pari

Ikan Tenggiri


Ikan Senangin

Udang Kelabu

Pandangan dekat udang kelabu

Ikan Cencaru (Harga 3 kilo x RM8 sekilo= RM24.00)


Sotong katak

Sedap Sotong katak

Udang Putih Sedang

Udang Putih Sedang

Udang Putih Besar

Udang Putih Besar

Friday, 21 November 2014

KARI KEPALA IKAN...

ASSALAMUALAIKUM....

KINI KUALA TERENGGANU SEDANG DILANDA BANJIR. FENOMENA ALAM MENANGIS YANG BERLAKU SETIAP UJUNG TAHUN DI PANTAI TIMUR. RAMAI YANG TERPAKSA MENGHADAPI MUSIBAHNYA TERMASUK SAUDARA-MARA PI YANG TINGGAL DI CHENDERING. KALA MUSIM BEGINI SUKAR NELAYAN HENDAK KE LAUT MENDAPATKAN BEKALAN IKAN SEGAR SEPERTI SELALU DARIPADA LAUT CHINA SELATAN.. 

PIC BERITA TERKINI BANJIR TERENGGANU

BARANGKALI KEPERLUAN IKAN TEMPATAN DIBAWA MASUK DARI LUAR; PANTAI BARAT. KITA DOAKAN SAUDARA-MARA KITA YANG MERASAI DUGAAN ALLAH BERSABAR DAN REDA DENGANYA. ESOK LUSA NESCAYA MENTARI BERSINAR JUGA INSYAALLAH...

BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA MENJAMU SELERA MAKAN TENGAHARI DENGAN KARI KEPALA IKAN SEDAP JUGA....ISH UJAN MASIH RENYAI DI LUAR TU...DINGINNYA....

KARI KEPALA IKAN
RESEPI LIKE PAGE MASAKAN KAMPUNG.

BAHAN2

Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul
santan kelapa sederhana pekat
asam jawa
serbuk rempah kari ikan istimewa
bawang putih dan merah tumbuk
bawang besar potong bulat2
daun kari
halba campur
biji sawi
serbuk cili istimewa
bendi
mangga muda
tomato buah potong dadu
garam secukup rasa

panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.

Photo: KARI KEPALA IKAN

BAHAN2

Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul
santan kelapa sederhana pekat
asam jawa
serbuk rempah kari ikan istimewa
bawang putih dan merah tumbuk
bawang besar potong bulat2
daun kari
halba campur
biji sawi
serbuk cili istimewa
bendi
mangga muda
tomato buah potong dadu
garam secukup rasa

panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.

MyBloglist