Saturday, 30 July 2022
SALAM MAAL HIJRAH
Wednesday, 27 July 2022
BALADA BUAT SN TONGKAT WARRANT
ASSALAMUALAIKUM
BALADA BUAT SN TONGKAT WARRANT
Adakah jika kukatakan
sahabatku figura ternama
lewat lembar warkah yang dikirim padaku kelmarin dulu
Kau ketawa tidak yakin konon ilusi
angan bermimpi siang hari tapi itu
adalah kebenaran usah menafikannya
bukan sekadar dakwa dakwi reka cipta
semata
Akhirnya kau terkesima
kala kulayangkan warkah istimewa itu ke mukamu
dan kita bersama menatapi wajah tampan sasterawan lunak perawakan
kembaran foto kiriman
sambil berusaha meraih markah tertinggi sastera tahap SPM kala yang lain sibuk menyurati artis femes
sedang aku tertunggu-tunggu kunjungan balasan warkahku kepada sasterawan yang dikirim berminggu lalu
Berkat dorongan sasterawan terbilang
melonjak genre karya dianugerah sekolah pencapaian terbaik sastera 75
TONGKAT WARRANT membimbingku menulis ulasan tentang antologi sajak DURI DAN API menelaah karya novelnya TULANG TULANG BERSERAKAN lewat surat serta buku rujukan karya sasterawan itu
Sayangnya kenanganku hanya milikku
akuanku diceberkan aku peduli apa
rakaman sekelumit nostalgia indah bersejarah seorang penggemar sastera bersama figura idolanya kala masih anak sekolah
Dengan izin Allah bertemu seketika bertukar senyum ramah dalam acara sastera tidak terduga
Usai persekolahan terputus hubungan dengan kawan kawan sealiran bertebaran membawa nasib diri
Puluhan tahun berpisah kau masih mengungkit warkah sahabat pena itu di sisi pertemuan semula sekolah kita
Terjeda malaikat lalu diiring doa dan lafaz suci al-Fatihah semoga dilimpahi karunia-Nya Sasterawan Negara Usman Awang yang berjasa menyantuni rumpun sastera berada di sisi-Nya di kalangan solehin yang dicintai-Nya berbahagia dilimpahi rahmat-Nya
Tika kehilangan Sasterawan Negara kenangan lalu terawang air mata pun bergenang
Saturday, 23 July 2022
MAT KILAU
ASSALAMUALAIKUM
SYAIR MAT KILAU
#1
Bermula syair kisah
pahlawan,
pejuang bangsa gagah melawan,
salah silahnya jalur bangsawan,
citra riwayat seorang ikhwan.
#2
Pada lapan belas enam lima,
di pulau Tawar tahun yang
lama,
lahirlah waris wira utama,
akan Mat Kilau diberi nama.
#3
Imam Rasu ataupun Tok Gajah,
nasab warisan berseri wajah,
akan ayahanda jauh jelajah,
bijak orangnya pintar
berhujah.
#4
Bondanya pula ialah Mahda,
Tok Kaut Burau namanya nenda,
di dalam kampung sama berada
hidup gembira bergurau senda.
#5
Telah dewasa anak remaja,
membantu ayah bonda bekerja,
seawal pagi sehingga senja,
cari rezeki buat belanja.
#6
Mahir sekali ilmu mengaji,
berdikir maulud suka berzanji,
merdu bersyair bakat teruji,
santun budaya sifat terpuji.
#7
Berminat juga bermain
gasing,
cekap melilit pangkah
berpusing,
bentuknya cantik terukir
asing,
tatkala menang senyum
kerising.
#8
Kekar sekali bangun tubuhnya,
ramai terpikat
ketampanannya,
telah bertemu pula jodohnya,
Yang Chik jadi suri hatinya.
#9
Hai Imam Daud guru agama,
di Pulau Tawar termahsyur
nama,
bapa mentua juga ulama,
ajar menantu mensuci atma.
#10
Allah kurnia cahaya mata,
penyeri hidup sinar permata,
mencerlang terang suluh
gelita,
mengerat kasih sisih derita.
#11
Saing sahabat menimba ilmu,
Pawang Nong, Teh Ibrahim
tiada jemu,
Mat Ali Awang turut bertamu,
Mat Kelubi juga Mat Tahir temu.
#12
Disamping itu belajar silat,
mengguna keris, parang berkilat,
ilmu batinnya sempurna solat,
langgas langkahnya sepantas kilat.
#13
Menuntut ilmu alim gurunya,
dengan Tok Gajah juga ayahnya,
Haji Uthman bin Senik di antaranya,
Mufti Pahang jawatan tadbirnya.
#14
Di dalam Gua Kota Gelanggi,
Mat Kilau cekal melangkah pergi,
diam bertapa malam ke pagi,
menyerap akil tahap yang tinggi.
#15
Gua Gelanggi di dalam hutan,
penghubung Pahang dengan Kelantan,
Terengganu sisi berdekatan,
menurut kisah ada kaitan.
#16
Tika Tok Gajah pergi ke
Pekan,
datang Hugh Clifford berhujah sakan.
petah Mat Kilau seolah rakan,
pendapat jitu telah khabarkan.
#17
Residen British dalam sejarah,
Pahang dikawal tiap daerah,
Mat Kilau rasa terlalu marah,
sanggup berjuang bertumpah darah.
#18
Negeri Pahang mula bergolak,
rakyat semua tak dapat elak,
tindakan British riuh tempelak,
mengutip cukai sungguhlah galak.
#19
Di kampung Budu British menyerang,
tabah Mat Kilau melawan garang,
rakan setia menangkis serang,
bersilang keris melibas parang.
#20
Beratus orang askar upahan,
hanya mengikut kata arahan,
pejuang Pahang hendak ditahan,
namun semua kekal bertahan.
#21
British semakin rasa terdesak,
merata sudut mereka asak,
lincah mat kilau tidak terpasak,
jerangkap samar tingkahnya lasak.
#22
Tok gajah, Dato Bahaman berpadu
British tewas di kampung Budu,
sifat durjana syaitan memandu,
berakhir dengan kisah yang sendu,
#23
Kampung nan indah menjadi mangsa,
dibakar marak tiada sisa,
terkorban insan tidak berdosa,
kejam penjajah rampas kuasa.
#24
Mat Kilau rasa amat berduka,
saudara-mara nahas celaka,
British isytihar si penderhaka,
sedih berundur ke Ulu Cheka.
#25
Berpindah-randah sembunyi geri,
di dalam hutan rentas negeri,
British memburu tercari-cari,
berbagai nama samaran diri.
#26
Akhbar The Free Press siar berita,
di Singapura menyusun kata,
Mat Kilau mati terbujur leta
kala di Siam tembus senjata.
#27
Tatkala muncul sekurun hilang,
kisah sebenar lantas diulang,
berjuang hingga berputih tulang,
di Pulau Tawar tempatnya pulang,
#28
Di dalam masjid hari Jumaat,
lidah berzikir setiap saat,
buka rahsia terlalu cermat,
jelas Mat Kilau sehingga tamat.
#29
Pesan Mat Kilau pahlawan bangsa,
cintakan nusa luar biasa,
dendangan syair teguhkan asa,
andai terjajah hancur binasa.
Friday, 22 July 2022
HIDAYAH
ASSALAMUALAIKUM
HIDAYAH
.
Taufik
pimpin
tunjuk
jalan
lurus cerah
tidak
sesat arah tuju
benar
.
Iman
dakap
erat
semai
tumbuh segar
dalam
tanah lembah kalbu
tauhid
.
Bolak
balek
rasa
merobah
akidah
fitnah
dunia semoga
tangkis
.
Kala
akhir
zaman
pesona
dugaan
selaru
amalan Islam
syumul
PARIDAH ISHAK
DMS
22/07/022
Tuesday, 19 July 2022
KOMENTAR SASTERAWAN TENTANG MURAI
ASSALAMUALAIKUM
MURAI
Sentuhan pagi murai terjaga
dingin sang bayu selimut diri
hening ruangan santunan raga
lena sehingga separuh hari
.
Sudahkah hilang kata bicara
usrah wacana gamat selalu
bagai tiada lagi suara
rindu berderu bersalut pilu
.
Mungkinkah murai terlalu penat
semakin malas mahu berkicau
gara durjana dengki kianat
saran nasihat meracau-racau
.
Biarkan hari berlalu pagi
terbanglah murai tinggal masalah
layangan jauh ranggi meninggi
pasrah adanya tiada salah
.
Daya upaya sekadar mampu
telah berbuih riuh omelan
jujur amanah isih menipu
pesanan murai lagu siulan
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
1307022
KOMENTAR SAJAK MURAI @grup wasap esastera
OLEH SASTERAWAN HAMIZON SHAH
[6:10 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Saya memilih sajak
MURAI apabila pertama kali membacanya, segera saya teringat sajak sajak Pak
Usman Awang.
[6:12 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Kak Paridah, dgn
melambangkan keresahan murai pada situasi semasa yang memang meresahkan dgn
penuh memujuk.
[6:13 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Kemudian
memperlihatkan sikap sesetengah kita yang sudah tidak mampu diubah cara kerja
dan fikir
[6:14 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Akhirnya ramai
yang terpaksa pasrah dgn situasi semasa yang langsung tidak menyenangkan
sesiapa.
[6:15 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Banyak pesanan
baik sekadar lagu murai bersiul. Tidak banyak perubahan yang lebih selesa dapat
diharapkan dari berbagai pihak
[6:16 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Murai pun
tinggalkan semua masalah tadi terbang tinggi dan pasrah seadanya
[6:16 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Siapa murai di
sini?
[6:17 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Pemimpin, penyair,
pejuang bangsa atau pejuang agama?
[6:19 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Tak peduli siapa
pun 'murai', mengapa murai itu kecewa?
[6:21 PM, 7/14/2022] +60 11-1070 6971: Jawab saya begini:
tak peduli siapa pun Murai itu, tetapi sajak ini memperlihatkan sikap sebenar
masyarakat yang sememangnya tidak mudah berubah mencapai sesuatu yang lebih
selesa, sesuai dgn ajaran agama; pasrah adanya!
Sunday, 17 July 2022
JUARA SYAIR FIGURA KLASIK DBP 022
ASSALAMUALAIKUM
TAHNIAH SIFU TABIR ALAM ADMIN AKADEMI SPTA DINOBATKAN SEBAGAI JUARA SYAIR FIGURA KLASIK DAN TEMPAT KEDUA DIMENANGI USTAZAH ANA JUGA PENULIS SPTA...ZALINA AMAT ROSMAN MEMENANGI HADIAH SAGUHATI...TAHNIAH SEMUA PEMENANG..PI CUBA JUGA SERTAI TAPI MENAIP MENGGUNAKAN HP MEMANG SUKAR NAK EDIT FILE WORDS...HEH HEH ALASAN SEBAB TAK MENANG!
Wednesday, 13 July 2022
LAGI LAUK LAGI NASI...
ASSALAMUALAIKUM
PERIBAHASA
Jintan seloyang lumat di rakit,
hilir ke hulu gerangan lohor;
pendapatan yang amat sedikit,
bak air lalu kubangan tohor.
.
Mengeruk nangka ramin sebelah,
melalap turi campurkan kerang;
bak buruk muka cermin dibelah,
silap sendiri salahkan orang.
.
Pandaklah sudah bangkut dilihat,
di situ kabus akan bertompok;
tidaklah mudah ikut nasihat.
batu direbus masakan empuk.
.
Menyinggai janggi sauk kebasi,
yakin sahaya minyak dibebat;
bagai lagi lauk lagi nasi,
semakin kaya banyak sahabat.
Monday, 11 July 2022
KAK CIK
ASSALAMUALAIKUM
KAK CIK
Kebetulan pulang
menghadiri kenduri kahwin sepupuku Syafikah anak makcikku di Dulang Kechil,
adik-adikku yang turut bersama mengajakku dan anak-cucu menziarahi sepupu yang
tinggal di perkampungan nelayan Sungai Udang. Bukan ke rumahnya tapi sekadar
singgah di gerainya di tepi jalan. Kak Cik berniaga cendol, nasi lemak dan
kuih-muih masakannya. Melihat kegigihan ibu tunggal dengan anak tunggal
berniaga mencari rezeki, gugur air mataku. Tambahan pula rindu bermukim lama
lantaran sekian tahun tidak bersua. Kak Cik bertongkat menghampiri aku di
kereta. Manis senyumannya menyapa aku bertanya khabar. Aku walaupun
kenyataannya bisu tapi sekali terantun suaraku menyebut “anak!” Kak Cik
menangis tersedu-sedu. Aku kehibaan. Turut menangis.
“Abang Long anak
Kak Cik dah meninggal adik Pidah. Eksiden jatuh motor.”Kak Cik bersuara sebak
bersambung tangisannya. Terharu sungguh aku. Menyesal pula aku cuba bercakap.
Sedangkan aku tahu juga bahawa Kak Cik telah kehilangan anak lelakinya dua
tahun lalu. Kak Cik dan dua lagi adiknya memanggilku adik Pidah walaupun aku
lebih berusia daripada mereka. Arwah mak ndak Yah, emak saudaraku mengajar
sepupu-sepupuku sebutan begitu untuk mengeratkan kemesraan ukhuwah yang sekian
lama terjalin.
Thursday, 7 July 2022
KEPALA AIR BALING
ASSALAMUALAIKUM
kepala air
deruan hujan lebat –
malapetaka
penternak ayam –
harga siling pasaran
bajet nilaian
Julai pertama –
lebuh raya utara
walimatul-urus
gerobok usang –
kelambu benang kapas
renda memori
krisis makanan -
tanaman ubi kayu
sambungan hayat
rimbunan nipah
tabung tadahan nira
rezeki pagi
awal Zulhijjah -
juadah gula apong
senyuman manis
Dewan Pelajar –
Lelabah Pinggang Ramping
penulis graha
dua puluh Jun –
layar filem Mat Kilau
pesona tonton
Tuesday, 5 July 2022
PUTERI GUNUNG LEDANG
ASSALAMUALAIKUM
PUTERI GUNUNG LEDANG
(Puisi talibun)
.
Merenung pandang kasturi layu,
dilumat serta ragi di cawan,
layur durinya sena di sana,
catan direka sintar di peran,
mengikat rendah sisa meranti;
di Gunung Ledang puteri ayu,
amat jelita lagi rupawan,
masyhur kisahnya di mana-mana
Sultan Melaka hantar lamaran
terpikat sudah rasa di hati.
.
Berbuah sawa sisinya rotan,
mandak sempaya laki tercenung,
segerah cermat lurus simpulan,
terkapa-kapa menyigai cempa,
peria miang menggalas antun;
Hang Tuah bawa hajatnya sultan,
tidak terdaya mendaki gunung,
arah Tun Mamat terus berjalan,
disapa puspa pelbagai rupa,
ceria riang berbalas pantun.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
0507022
Monday, 4 July 2022
WISATA SANTAI
ASSALAMUALAIKUM
JUMAAT LEPAS PI BALIK KAMPUNG KUALA DULANG KECHIL YAN KEDAH MEMENUHI UNDANGAN KENDURI KAHWIN SEPUPU ...SAMBIL TU ZIARAH SEDARA MARA MANA SEMPAT DI SAMPING TAK LUPA MENYAMPAIKAN HADIAH BUKU TERBITAN SPTA, ESASTERA, PENA PADU, PERPUSTAKAAN PAHANG DLL PENERBITAN KEPADA PUAN HAJJAH FARIDAH MUDIR SMA ALKHIRIAH HALIMIAH (PONDOK PAKYA) DI GUAR CHEMPEDAK...ALHAMDULILLAH PERJALANAN PERGI DAN PULANG SELAMAT ADANYA INSYA-ALLAH
MyBloglist
-
Gang Nasi Sejuk Sarapan Apa Minggu Ini? - Bismillahirrahmanirrahim. Gang Nasi Sejuk kadang-kadang tidak dapat makan serentak. Ada yang tiba-tiba ada tugas, dan ada yang dapat terus ke kantin. Ada ...4 hours ago
-
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi - Assalamualaikum wbt Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...13 hours ago
-
Osaka → Kansai Airport, Jepun: sayōnara Nihon! - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari *SINI*. akhirnya.... akhirnyaaaaa! tamatlah sudah cerita jalan-jalan ke Jepun😂 punyalah lamaaaa nak hab...15 hours ago
-
RESEPI KEK PISANG MUDAH - Assalamualaikum semua, Ini resepi pasti jadi, sukatan cawan untuk kek pisang. Aku suka kek pisang gini yang simple je.Dua hari berturut buat dan habis. ...17 hours ago
-
Tukar Cara Berdoa - INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, *The Power of Doa* ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah. [image: 🍀]FORMULA 1 ...19 hours ago
-
77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda - Lama sungguh saya tidak kemas kini blog ini meskipun aktiviti pembacaan buku saya belum lagi terhenti. Saya masih membaca buku tetapi dengan rentak yang ...1 day ago
-
Program PKNS Pilih Karnival Selangor Cyber Valley pada 23 Dan 24 November 2024 - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) m...1 day ago
-
Beli rumah lebih jimat dengan kempen Hartanah Bumiputera Matrix - Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix Concepts, ...1 day ago
-
Wordless Wednesday - Gojes - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Wordless Wednesday - Gojes.* Rasa macam dah lama tak buat post Wordless Wednesday....2 days ago
-
WW #40 : TH Hotel, Kelana Jaya - Kenangan lama...tempat pelepasan jemaah haji..dulu2.. perjumpaan wakil-wakil NGO2 days ago
-
JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA - * JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SENYAP. ENTAH PERGI KE MANA. Katanya nak c...4 days ago
-
Pekena Bihun Sup Daging pula dari Restoran Sri de Orkid, Perlis - Salam semua! 🙋🏻♀️✨ Sebelum ni, cheq dah pernah merasa *bihun sup ayam* dari restoran Sri de Orkid yang agak glamer kat Arau ni, kali ni cheq terpanggi...4 days ago
-
WWW - Kata sohor terkini - Assalamualaikum, Masa budget hari tu banyak bahasa dan ayat yang baru aku dengar tapi yang banyak ialah ketimbang. Asyik-asyik ketimbang apa le maknan...1 week ago
-
Buat Jalan Kebun - Salam bertani Masa musim panas baru-baru ni, wak ada upah orang buat jalan di dusun WP. Alhamdulillah dah siap jalan baharu tu. Mudahlah wak meronda dus...1 week ago
-
Pameran Seni Visual & Robotik Anjuran Panitia PSV Sesi 2024 - • *بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •* *Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.* Bertemu kembali diarena penulisan blog ini. Maaf ...2 weeks ago
-
PROJECT;EXIT [ Drama Review] - *PROJECT;EXIT* SENARAI PELAKON Shasha Abedul sebagai Jannah Mierul Aiman sebagai Hadi Naim Daniel sebagai Ucop Kimberly Chuah sebagai Amy Malia Baby seba...2 weeks ago
-
-
Antara Sifat 20 dan Tauhid 3 - Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024. Dan ora...3 weeks ago
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H. - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema* 'blackpink'. *Sebenarnya tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibu...5 weeks ago
-
Genereasi Z, Adakah Anak-anak Kita? Fahami Isunya! - بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمGenerasi Z, yang merujuk kepada individu yang dilahirkan antara pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an, kini menjad...5 weeks ago
-
PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN AL'ARD SEKALIGUS MEMBANTU PETANI PALESTIN - Hye korang. Assalamualaikum. Lama tak update, busy dengan urusan keluarga sementalah kami diuji dengan ujian yang sangat besar. Nanti-nantilah aku ceri...1 month ago
-
Selamat Bertunang... - Kerana lama sungguh tidak menulis dan mencatat dalam blog ini, rasanya agak payah untuk memulakannya kembali. Tapi kali ini mak gagahi juga untuk menulis...1 month ago
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...2 months ago
-
Alternatif Mendekatkan Jodoh , Semoga Allah permudahkan Jodohmu - ehsan google Assalamualaikum, Setiap orang pasti mempunyai cita-cita dan harapan untuk membina kehidupan yang bahagia terutama kepada mereka yang kian...3 months ago
-
Koleksi Testimoni ResV Shaklee - Assalamualaikum wbt, ResV adalah produk terunggul shaklee yang mengandungi ekstrak semulajadi dari anggur muscadine, knotweed Jepun, pati anggur, delima, c...4 months ago
-
Harap ada rezeki kali ni - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat peluang yang ke-...6 months ago
-
Google Adsense: Penambahan Hasil Dalam Kejatuhan Ringgit - Assalamualaikum. Google Adsense sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai salah satu platform menjana pendapatan bagi pemain dan penggiat digital. Platf...7 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...7 months ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...7 months ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......7 months ago
-
Ramadan ke 11 baru muncul entry ini - Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy...8 months ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...8 months ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*9 months ago
-
Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya - Adakah anda sedang mencari kedai komputer yang terbaik di Petaling Jaya? Sebaiknya anda mencari *kedai komputer* yang boleh dipercayai untuk *membaiki k...11 months ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...1 year ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...1 year ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...1 year ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...1 year ago
-
PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON - Assalamualaikum and Hi! Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis ten...1 year ago
-
Perubahan dunia blogging? - Salam. Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni; blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari lalu. ...1 year ago
-
Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak? - Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖 View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe Ya Allah!...1 year ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...3 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...3 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...3 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...3 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...3 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...3 years ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...3 years ago
-
JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...3 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...4 years ago
-
-
BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lep...4 years ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...4 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...4 years ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklum...5 years ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi ...5 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...6 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...6 years ago
-
mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...6 years ago
-
Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...6 years ago
-
Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memb...6 years ago
-
Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...6 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...6 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...7 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...7 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan y...7 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...7 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...8 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...8 years ago