PENGULAS BUKU
.
Ketika rajin mengulas buku
hilang segala rasa terbuku
ralit teliti
sehingga pasti
sukar fahami menung di bangku
.
Berjeda dulu fikir saksama
gelora debar melanda sukma
mula mengulas
meminggir culas
runsing mengganggu tiba menggema
.
Ulasan akhir siaplah sudah
berpuas hati susunan madah
segera hantar
walaupun gentar
editor tolak silu menggundah
.
Masihlah jua cekal semangat
pesanan Sifu mengimbau ingat
isi kandungan
jadi renungan
silap ditegur bisa tersengat
.
PENJERAT
UNGGAS
.
Di celah awan terbanglah unggas
melayang-layang
lagaknya langgas
penjerat
pandang
sedia
sundang
hendak
menjerat diserang agas
.
Masihlah cuba pelbagai cara
hadap
risiko tanpa mengira
asalkan
dapat
dipanah
tepat
menyisi
pula terkena kera
.
Terasa amat terlalu kesal
memasang
umpan pucuknya sisal
menanti-nanti
berhati-hati
ular
menyelit mencari fasal
.
Tegar usaha daya menjerat
walau
dibelit pantas dikerat
disengat
kala
bisa
menggila
mengerang
sakit dibingkas jerat