Wednesday, 30 August 2023

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JELANG HARI MERDEKA

SELAMAT ULANG TAHUN BLOGGER NOHAS N ABQORI MOGA TIASA SIHAT SEJAHTERA MURAH REZEKI DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT




Sunday, 27 August 2023

PENCURI KELDAI

 

 

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


PENCURI KELDAI

Dua orang pemuda berkerjasama mencuri keldai kepunyaan Abu Nawas. Seorang pemuda membawa keldai dan menyembunyikannya. Seorang pemuda lagi cuba mempermainkan Abu Nawas dengan kenyataannya yang mengelirukan. Dia  meletakkan tali pengikat leher keldai ke lehernya.

“Ke manalah perginya keldaiku ini?”

“Akulah keldai Tuan!”

“Mustahil keldaiku bertukar jadi manusia!”

“Sebab Tuan seorang yang baik, Allah menjelmakan aku sebagai manusia.” Abu Nawas termenung sejenak.

“Oh begitukah! Kalau kau keldaiku, aku akan menunggangmu. Bawa aku ke rumah hakim kerana aku ada urusan di sana.”

Pemuda itu terpaksa menjadi keldai dan membawa Abu Nawa yang berada di atas belakangnya. Orang yang berada sepanjang perjalanannya memandang kehairanan.

“Kenapa kau menunggang manusia hai Abu Nawas. Kau memang tidak berperi kemanusiaan. Kenapa kau tidak menunggang keldaimu seperti selalu?”

“Inilah sebenarnya keldaiku. Dia telah bertukar menjadi manusia.” Sahabatnya itu menggelengkan kepala kebingungan.

Akhirnya tiba perjalanan  mereka di rumah hakim. Abu Nawas mengikat tali keldainya di sebatang pokok berhampiran. Pemuda yang berpura-pura menjadi keldai mengalami kecederaan di tangan dan kakinya kesakitan. Dia tidak berdaya membuka ikatan yang menjerutnya. Kawan pemuda memperhatikan kejadian itu lalu turut mengiku Abu Nawas ke rumah hakim untuk menolong kawannya itu

“Kenapa kamu menunggang pemuda itu ke sini, Abu Nawas?”

“Pemuda itu telah mencuri keldaiku. Tapi mengaku dia keldaiku. Ayuh kita lihat apa yang terjadi pada pemuda itu.”

Hakim kini mengetahui apa yang sebenarnya terjadi setelah kedua-dua pemuda tersebut memohon kemaafan kerana kesalahan yang mereka lakukan pada Abu Nawas.

Friday, 25 August 2023

KEUMALAHAYATI

 ASSALAMUALAIKUM




PIC GOOGLE IMAGES (C)


KEUMALAHAYATI
.
Puteri ini jiwa kersani
kuat azamnya menentang lawan
apa rintangan tempuh berani
walaupun dia anak bangsawan
.
Belajar silat di dalam maahad
berguru dengan alim ulama
zahir dan batin tiada terhad
menjaga nusa hasrat utama
.
Bertemu jodoh putera tampan
Tengku Mahmudin dari Melabuh
perwira laut gagah bersopan
berjuang hingga terkulai tubuh
.
Keumalahayati amat sedih
hilang suami olah Feringgi
pilu hatinya terlalu pedih
atur rencana menyerang lagi
.
Hai Inong Bali nama tentera
laksamana Keumalahayati
gabung wanita dan anak dara
tumpaskan musuh bersilih ganti
All reactions

Thursday, 24 August 2023

ANUGERAH DUTADIGITAL UTILISATION & TECHNOLOGY AWARDS 2022


 ASSALAMULAIKUM

TAHNIAH TUAN ARIFF TUAN UZAINI DAN TIM STORY TELLING ANIMATION @SEKOLAH KEBANGSAAN INTAN BAIDURI.



WAH ADA SESI TEMURAMAH DENGAN WARTAWAN MEDIA SESEJA
TV PENDIDIKAN









https://www.youtube.com/watch?v=gDIaZMlMGlQ


Wednesday, 23 August 2023

KEJUTAN CINTA

 ASSALAMUALAIKUM



KEJUTAN CINTA
.
Aku mendapat kenalan baru. Dia dan keluarganya baru saja berpindah ke kampung tempat tinggalku. Orangnya kacak. Kulitnya putih kemerahan persis orang Inggeris. Warna rambutnya keperangan. Tapi keturunan Melayu. Terpesona juga memandang ketampanannya. Tapi tidaklah sampai terjatuh hati. Aku hanya tenggelam dalam fikiran memikirkan kenapa lelaki itu berperawakan begitu. Berbangsa Melayu tapi rupa Inggeris. Pelik. Kehendak Allah apalah yang pelik. Tiada satu pun yang mustahil bagi Dia.
Kebetulan kami rakan sekerja. Dia rajin juga menegurku. Dari desas-desus rakan sepejabat berbisik, lelaki ini baru saja berputus tuning. Apa sebabnya, tidak kuasa aku mengambil tahu. Soal orang kenapa pula aku perlu mengambil kisah. Biarkanlah. Tapi keadaan menjadi sebaliknya kala lelaki itu mula berkawan baik denganku. Berkawan saja. Bukan ada apa-apa hubungan lain pun. Aku cuba menasihatinya agar menyambung semula ikatan pertunangan yang putus. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Lelaki itu hanya mencebik.
Terkejut aku tatkala menerima surat daripada tunangannya meminta aku mengembalikan tunangnya padanya. Eh. Bila pula aku mengambilnya? Aku kebingungan. Tertanya-tanya bagaimana dia tahu alamat rumahku? Pening memikirkannya. Barulah kuketahui kala aku bertanya pada lelaki itu.
Katanya dia telah memberitahu bekas tunangnya bahawa dia telah memilih aku menggantikannya. Jika dia ingin pastikannya cubalah hubungi aku. Ah sudah! Aku pula terbawa dalam persengketaan mereka. Mustahil padaku baru berkenal dua bulan dia begitu cepat melupakan kisah lamanya dan beralih kasihnya padaku pula. Barangkali hanya drama rekayasanya.
Alhamdulillah aku mendapat tawaran bertukar ke pejabat cawangan di tempat baru. Aku tinggalkan pejabat lama dan kenangannya. Setelah sebulan bekerja di pejabat baru, aku pulang ke kampung untuk menghadiri perkahwinan sahabatku. Rakan sekerjaku di pejabat lama. Rupanya pasangannya ialah lelaki itu. Perpisahan walau sebentar telah melunturkan cintanya padaku. Mujur juga aku tidak mencintainya sedikit pun.

Tuesday, 22 August 2023

CIK SITI WAN KEMBANG

 ASSALAMUALAIKUM



CIK SITI WAN KEMBANG
.
Jintan diberi terleta sisa,
kawan bersembang dayu cerita,
anjak jelantah tubir selari,
pegang almari mengawal diri,
rana memerap berlama-lama,
ngilu berdiri jalan terhenti;
Sultan negeri hai Chintawangsa,
Cik Wan kembang nan ayu jelita,
bijak perintah tadbir negeri,
dagang santeri berjual-beli,
China dan Arab bersama-sama,
lalu diberi gelaran Siti.
.
Sida memanggang kenari cermat,
canda berdua bersama kerja,
terluka kala mata menyayung,
ranah menggundah menambun lenga,
sayat jariah mengukur kajang,
olah bersilih mumbang tercari;
tanda pedagang memberi hormat,
pada ketua umpama raja,
membuka pula kota Tegayong,
Tanah Serendah Sekebun Bunga,
rakyat hadiah seekor kijang,
telah dipilih lambang negeri.
.
Bulan mengambang lingkar searah,
sisih gemawan redup seberang,
gelak berdua rakan berjiran,
berulang geri merenung diam,
merawat sanya reda di dahi,
berjalan malam menghilir gesa;
Siti Wan Kembang lakar sejarah,
masih perawan hidup seorang,
tolak semua akan lamaran,
menghilang diri ke gunung Ayam,
berkhalwat hanya pada Ilahi,
ditelan alam bergulir masa.

Monday, 21 August 2023

SYH!

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


SYH!

 

Petang semakin berhujung. Aku dan Idah berada di beranda rumah. Idah jiranku, kalau tiada sebarang kegiatan yang hendak dilakukannya, dia akan menyeberang sempadan bertandang ke rumahku. Jarak antara rumahku dan rumah Idah sepelaung saja. Tidaklah  jauh.

Dia akan menemani kesendirianku dengan bercerita apa saja yang terlintas di mindanya. Aku lebih banyak mendengar daripada mencelahnya. Keseronokannya bercerita tidak perlu diganggu. Kubiarkan saja Idah bercerita sesuatu topik sehingga tamat.

            Seorang  jiran yang tinggal di sebelah kanan rumahku, berlenggang menghampiri aku dan Idah. Bertambah lagi seorang teman bersembang sebelum hari menjelang senja. Dan azan maghrib dikumandangkan. Kak Habsah melabuhkan ponggongnya sebelah Idah.

“Jemput minum Kak Sah!” aku menghulurkan cawan beralas piring yang berisi teh yang masih panas. Minuman itu telah agak lama kusediakan dalam teko untuk menjamu Idah. Nampaknya menjadi rezeki Kak Habsah juga.

“Minumlah Kak Sah! Biskut tawar pun ada ni! Petang-petang begini minum teh cicah biskut tawar sedap juga.” Tambah Idah. Kak Habsah tersenyum polos. Jiranku ini berasal dari Pulau Pinang. Kalau dia bercakap, loghat tanah kelahirannya lekat dengan dirinya walau telah lama bermastautin di negeri Darul Makmur ini.

"Aku nak cerita kat hampa ni...hampa jangan cerita kat orang lain pulak." Tiba-tiba Kak Habsah melantun suaranya,  Aku dan Idah saling berpandangan. Kami berdua  tersengih saja tanpa mengaku apa-apa. Mulai berteka-teki tentang apakah cerita rahsia yang hendak disampaikan Kak Habsah pada aku dan Idah. Kak Habsah memang dikenali di kalangan kami sebagai seorang informatif. Dia cepat mengetahui apa saja yang berlaku sekitar kejiranan kami. Dan segera pula disampaikan pada kami dengan yakin.

           Kegemarannya mengambil tahu sesuatu tanda keprihatinannya dari satu sisi memang ada baiknya. Hidup ini  berpancawarna  teradun dengan rasa masam, masin, pahit, manisnya. Husnudzon. Tapi tentu tidak ramai yang menyukai sikapnya suka menjaga tepi kain orang itu.
            "Cerita apa tu sampai kak Sah beria-ia berpesan gitu? " Idah menentang mata Kak Habsah, merejam pertanyaannya. Kak Habsah membetulkan duduknya seraya menarik nafas.
            "Hampa tau sebenarnya bakal menantu Ani tu bukannya peguam...takdak kerja apapun." Kak Habsah mula menyusun ceritanya.
            "Mana kak Sah tau...pandai-pandai jer bawa cerita." Soal Idah yang memang rapat dengan Ani ragu. Aku dan Idah berkawan dengan Ani sejak Ani dan keluarganya tinggal di kampung ini. Rumahnya bersebelahan dengan rumah Idah. Jadi hubungannya terjalin akrab.


           "Aku tahulah...anak saudara aku bukan ka berkawan dengan budak tu." Balas Kak Habsah yakin. Matanya memandang wajah Idah tepat. Aku dapat merasakan Idah tidak gemar mendengar kenyataan Kak Habsah itu
           "Hai nampak bergaya je dengan kereta besar takkan takde kerja." Kataku.membidas. Tentulah Ani telah membuat pilihan tepat dan tidak salah siapa yang bakal menjadi suami pada anak perempuannya itu.
           "Bergaya dengan kereta pinjam!" balas Kak Habsah sinis. Aku malas hendak bertanya lebih lanjut.
                 Pada suatu petang Idah ke rumahku.
           "Apa yang riuh-riuh kat rumah Kak Sah malam tadi?" .
           "Ani dan anak beranaknya bertengkar dengan Kak Sah, katanya Kak Sah cerita bukan-bukan tentang bakal menantunya."
           "Mesti sebab kau yang sampaikan pada Ani cerita Kak Sah hari tu kan?" aku inginkan kepastiannya. Idah tersengih saja.

Setelah perkahwinan terjadi antara anak Ani dan menantunya, terbongkar kebenaran cerita Kak Habsah. 

 

 


Sunday, 20 August 2023

JANTUNG HATI

 ASSALAMUALAIKUM



JANTUNG HATI

.

Denyut  fikir

rima zikir

gapai ilmu

tanpa jemu

.

Jelas  otak

tentu letak

hanya kalbu

sisih debu

.

Hadam  ilham

usir waham

susun ungkap

cara lengkap

.

fungsi jantung

bawa untung

kawal hayat

serba gayat

 

FITRAH DIRI

.

Asas jiwa

kekal takwa

lahir wujud

takwa sujud

.

Andai  salah

taubat lillah

moga noda

padam ada

.

Gelut  sesal

pandu misal

hirau khilaf

gulir alaf

.

Fitrah  diri

maksud peri

kala senja

hapus durja

.

FASA HIJRAH

.

Alam fana

penuh makna

juang hidup

nyaman redup

.

Rasa susah

gelut resah

dalam debar

masih sabar

.

Fasa hijrah

doa pasrah

langkah awal

tingkah kawal

.

Kadang jatuh

asa utuh

bangun lagi

diri tinggi


Saturday, 19 August 2023

GELOMBANG GAMA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM TAKZIAH PADA KELUARGA MANGSA PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA 18 OGOS LALU TURUT BERDUKACITA INNALILLAHIWAINNA ILAIHI ROJIUN...AL- FATIHAH SEMOGA DALAM CUCURAN RAHMAT ALLAH...DIAMPUNI DOSANYA DAN BERADA DI KALANGAN PARA SOLEHIN KEKASIH-NYA...AMIIN YRBA




GELOMBANG GAMA

.

 

isyarat perpisahan tiba

mata menyorot kejauhan sana

.

melayang rohani halus

wujud zahir nama terkenang

.

awangan petala langit

kehadiran kekasih-Nya hamba pilihan

.

tiada lagi bicara

jendela hiba terbuka luas

.

rintih sayu kehilangan

persona kecintaan insan berbilang

 

sebentar di sini tabur bakti

bekal bawa ke sana menemui-Nya

.

tinggalkan tugu tanda

tarikh tertera di pusara kasih

.

kemboja putih gugur

hamparan harum abadi damai

.


Thursday, 17 August 2023

HADIAH PUISI T. ALIS TAIB (2023)

 ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah PI terima sijil penyertaan sayembara menulis manuskrip puisi T Alias Taib daripada penganjurnya. Terima kasih banyak Tukang Puisi. Tak menang pun...menyertainya sekadar menggubah diksi puspa puisi.



Wednesday, 16 August 2023

JALUR GEMILANG

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

JALUR GEMILANG

.

Puncak

tiang tinggi

bendera berkibar

bermain angin berlenggang

lenggok

.

Urna

utamanya

merah putih selang

berselang bagai berjalur

lintang

.

Bulan

sabit serta

bintang kuning latar

biru tua lambang sirat

maksud

.

Syiar

Islam  naung

rakyat  bawah payung

raja berpelembagaan

teguh

.

Wajah

Malaysia

jati diri warga

adiwangsa bermaruah

aula

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

16/08/023


MyBloglist