ASSALAMUALAIKUM
ANEKDOT
PENUMPANG
Sakit sungguh terasa
seluruh tubuhku. Tiada daya hendak menggerakkannya. Apalagi dibawa berjalan
untuk mengurusi kehidupan selazimnya dilakukan. Segalanya menjadi terlalu
sukar.
Puas pula mereka yang
terdekat dan menyayangiku, mengusung ke hospital untuk mencari sebab musabab
sakit dengan berpandukan ilmu kepakaran doktor perubatan untuk mendapatkan
rawatan yang bersesuaian. Sekujur tubuh pun disorong ke dalam mesin scanner.
Mengimbas apa saja yang
menyebabkan tubuhku sakit tidak keruan. Sayang tidak ditemui apa puncanya. Struktur
tubuh tiada perubahannya. Ginjal elok berfungsi, jantung berdegup normal,
tekanan darah tidak tinggi tidak rendah. Pendekata tiada masalah kronik yang
tiba-tiba menyekat pergerakan tubuh dan menyakitkannya. Tapi kesakitan terasa
mengilukan.
Kalau tidak ada sakit yang
perlu disembuhkan maka tidak adalah ubat yang diberi oleh doktor melainkan pil pain killer-penahan sakit. Bukannya
menghilangkan rasa sakit.berekalan. Tapi sebentar saja rasa leganya. Kemudian
akan berulang kembali sakitnya.
Habis apakah pilihanku
untuk menyembuhkan sakit yang amat perih itu? Tentulah rawatan alternatif yang
berlandaskan kesyumulan Islam. Aku yang sakit serasa tidak sabar hendak pulih
seperti sediakala. Sudah berusaha berubat dengan perubatan canggih terkini baru
pula beralih kepada selainnya. Itupun setelah dicadangkan seorang
sahabatku yang prihatin melihat deritaku.
“Nampaknya aku tenguk
keadaan kau ni semakin teruk. Hendak berjalan pun semakin payah, sampai
terbongkok-bongkok. Kuliah pun dah lama kau tak masuk..”
“Kau setakat tenguk saja,
aku yang merasa ni punyalah siksa. Tak larat aku nak menanggungnya.” Mataku
mulai berkaca digenangi air jernih.
Segala masalah ini
mengganggu kehidupanku sebaik pulang dari perkhemahan bersama kawan-kawan sepengajian
UITM di kaki sebuah gunung.
“Sabarlah Ati. Aku pun
kesian sangat kat kau. Kalau boleh ingin sangat nak menolong.”
“Baiknya kau Ena.
Tolonglah aku Ena.”
Tetapi cara perubatan yang
menjadi pilihanku mestilah yang tidak
menyeleweng daripada akidah peganganku. Sekadar mencuba saja tidaklah menjadi
kesalahan.
.
“Sabarlah Ati. Aku pun
kesian sangat kat kau. Kalau boleh ingin sangat nak menolong.”
“Baiknya kau Ena.
Tolonglah aku Ena.”
“Jom kita pergi ke tempat ‘syifa’
di Gombak. Di situ ramai perawatnya dari kalangan ustaz-ustaz dan guru-guru
yang mulanya pernah alami sakit yang teruk pelbagai. Tapi setelah mereka pulih,
mereka pula menjadi perawat kepada pesakit-pesakit sebagai khidmat murni
mereka.”
“Jom kita ke sana! ”
Aku duduk bersebelahan
seorang wanita separuh baya sementara menunggu giliran bertemu perawat. Wanita itu
memandangku seakan objek yang pelik. Dia bangun meninggalkan aku yang
terkapa-kapa memikirkan persoalan yang menerpa fikiran tiba-tiba.
Dia kulihat menegur
sahabatku seraya menjelingku. Ena menghampiriku.
“Apa yang dikatakan puan
itu kepada kau?...hairan aku, dia tiba-tiba bangun sebaik aku duduk di
sebelahnya.”
“”Kau jangan terkejut
pulak kalau aku kata dia nampak makhluk besar sedang bertenggek di belakang
kau.”
“Hah!” aku terlopong. Terasa
bahuku amat sakit dan berat seakan menahan suatu beban besar.
“Entahlah. Aku tak Nampak pulak,”
balas Ena. .