SUDAH DIGARAMI, SI IKAN HARUAN,
IKAN PATUNG, DIGARAMI SEKALI,
DIMASAK GULAI, CILI API,
BERENCAH PERIA, YANG BARU DIRANGGIT,
DIMASAK IA, DI DALAM KUALI;
JANGAN ZALAMI, ISTERIMU TUAN,
DIBIAR TERGANTUNG, TANPA BERTALI,
DIBIAR BERSALAI, TANPA API,
DIAPIT DIA, TIDAK BERSANGGIT,
DITAMBAT DIA, TIDAK BERTALI!
Sahihlah dari pantun di atas, malam ni saya nak cerita tentang bab SUAMI.
Apa yg nak saya diceritkan mungkin ibarat 'Menepuk air di dulang terpercik muka sendiri'.Tak apa, biarlah terpercik ke muka sendiri, itu hakikat yg saya kena terima.Pada para suami yg sama2 terkena percikan ini nanti, janganlah melenting marahkan saya. Bukan tujuan saya untuk 'Membuka pekung di dada' atau hendak mengaibkan sesiapa!Kesedaran untuk membincangkan hal ini timbul dari kesedaran diri sendiri dan dari cerita sedih kengkawan yang bergelar isteri di laman FB ini!
Orang lelaki, macam saya juga, memang terkenal dgn sikap egosentrik! Ramai lelaki yg macam ni. Kalau dgn isteri langsung tak mahu mengalah! Sebab dia bergelar suami & penghulu di dlm rumah, isteri mesti sujud kat dia. Kalau dia buat kesalahan sebesar gunung sekalipun tak apa. Tetapi isteri jangan... Yang sekelumit pun akan jadi sebesar bukit!!
Ada suami amat garang dlm melayan isteri. Cakap tak pernah lembut & ada yg sampai naik naik tangan dan kaki kat tubuh badan isteri. Yang aneh tu, bila malam & di ranjang elok pulak peluk dan nak bermesra dgn isteri. Apalah punya suami yg perangai macam ini!! Ada suami yg tak kisah nak beli barang makan utk keluarga sendiri. Tapi bila balik ke rumah mesti semua di atas meja sudah tersaji. Kalau tak siapkan makanan, lencun si isteri dimarahi & terkadang di hamun maki! Suami yg macam ini dari hidup lebih baiklah mati!!
Ada suami, dah tua baru buat perangai yg tak terperi. Isteri yg dulu amat disayangi telah berubah kepada benci. Isteri yg dulu dia kata cantik berseri kini dah tak indah lagi. Memanglah, dah tua, mana nak cantik lagi. Mana nak bergetah lagi! Diri kita sendiri pun dah tak sehandsome & segagah dulu lagi. Jadi, apa nak dihairankan wajah & bentuk badan si isteri tak sehebat dulu lagi! Bukankah itu lumrah kehidupan di dunia yg fana ini!!
Dalam keadaan dimana hubungan suami isteri tidak dapat diperbaiki lagi, si suami kenalah lepaskan si isteri dgn lapang hati. Buat apa berdendam sampai ke mati. Di biarkan isteri tergantung tanpa bertali atau mcm maksud yg terkandung dlm pantun saya di atas tadi. Berilah dia peluang utk mencari kebahagiaannya sendiri. Akurlah dgn ketentuan Ilahi.
Saya dulu pun serupa. Sering diserba-salahkan isteri walaupun di tubuh isteri tak pernah naik tangan & kaki! Tetapi apabila musibah menimpa diri, perpisahan terjadi saya bawa muhasabah diri. Memang kita yg banyak buat salah itu & ini! Nak berubah kena bermula dari dlm diri kita sendiri. Orang lain suruh, orang laih nasihat mungkin payah nak diikuti & tak akan menjadi!
Rugikah suami, kalau dah tahu bersalah, minta maaf pada isteri. Janganlah disakitkan hati, perasaan & tubuh badan isteri. Kenanglah kembali saat indah dulu yg sama2 diharungi. Hargailah pegorbanan mereka selama ini. Kan dia ibu kepada zuriat kita.
Mengaku bersalah tidak membuatkan kita rugi.
Saya bukanlah nak 'Masuk bakul angkat sendiri'. Hanya sedikit berita utk kita kongsi.
Bekas isteri saya masih menerima RM200.00 hingga ke hari ini walapun dia bukan tanggungjawab saya lagi. Anak2 telah membesar & dia pula sudah bersuami lain sebagai pengganti. Pemberian itu, bagi saya, adalah sebagai tanda kasih sayang saya yg dulu, kekal & abadi! Saya kata pada bekas isteri saya, "Mama ambillah wang pencen saya ini sampai saya mati!
Isteri saya yg ada sekarang, ada juga kadang2 hatinya saya guris & sakiti! Tetapi bila di malam hari, melihatkan wajahnya di waktu tidur, timbul rasa belas kasihan padanya & keinsafan diri. Dia telah banyak berkorban pada diri ini. Apakah saya mahu terus-terusan, pengorbanannya tidak saya hargai? Kini, kalau saya rasa saya bersalah, saya akan hantar SMS atau telefon isteri saya dan kata, "Yang, maafkan abang ya kerana membuat hati Yang terluka hari ini."Rugikah kita berbuat begini demi untuk mencari keharmonian hubungan suami isteri. Mungkin orang akan kata ini hanya cerita rekaan saya sendiri. Cakap yg tak serupa bikin! Tak apalah kalau ada persepsi yg sebegini. Hakikatnya, Allah lah yg lebih mengerti!!
Sekian catatan sebuah perjalanan hidup yg dapat saya paparkan malam ini. Semuga ia dapat memberi manfaat kepada semua suami! Insyaallah.
Saturday, 29 June 2013
SENJA
Senja
petang yang indah ini
hatiku gundah...
senja memanggilku bersamanya lagi..
rutin ajali takdirku di senja ini...
ingin ku pergi darimu senja
tapi aku terikat dikaki langit.. menari akan tintanya hatiku yang lara
senja
tampaku tak akan indah tampa tarian pesona arora jinggaku
senjamu akan kelam
tampa legenda disini
aku terus menari dan menari hingga waktu menolakku ketepi..
disini aku menari tinta gurindam duka..
alunan irama serunai waruna untuk santapan mata jiwanya
aduhai jagad
tapi siapa yang mengerti akan hatiku
lembayung disini pujian hanya topeng semata-mata tarian tintaku membuat banyak hati yang iri
iri dihati bidadari-bidadarimu..
wahai senja...
apakah bisa kau kembalikan aku ke rimba belantara... biarkan aku disana...
di rimba hijau menikmati ketenangan jiwaku
biarkan aku di sana...
di rimba redup menari dengan hati yang tenang dan damai
biarkan aku di sana ...
di rimba yang riang menari dengan iringan alunan irama alam
biarkan aku disana..
di rimba yang damai
menari menebar sariku di dedauan pohon-pohon hinggap jentayu..
di sana hatiku damai tak akan terguris lagi
disana tiada bidadari yang iri padaku lagi
di sana aku bisa terus menari tampa tersakit
petang yang indah ini
hatiku gundah...
senja memanggilku bersamanya lagi..
rutin ajali takdirku di senja ini...
ingin ku pergi darimu senja
tapi aku terikat dikaki langit.. menari akan tintanya hatiku yang lara
senja
tampaku tak akan indah tampa tarian pesona arora jinggaku
senjamu akan kelam
tampa legenda disini
aku terus menari dan menari hingga waktu menolakku ketepi..
disini aku menari tinta gurindam duka..
alunan irama serunai waruna untuk santapan mata jiwanya
aduhai jagad
tapi siapa yang mengerti akan hatiku
lembayung disini pujian hanya topeng semata-mata tarian tintaku membuat banyak hati yang iri
iri dihati bidadari-bidadarimu..
wahai senja...
apakah bisa kau kembalikan aku ke rimba belantara... biarkan aku disana...
di rimba hijau menikmati ketenangan jiwaku
biarkan aku di sana...
di rimba redup menari dengan hati yang tenang dan damai
biarkan aku di sana ...
di rimba yang riang menari dengan iringan alunan irama alam
biarkan aku disana..
di rimba yang damai
menari menebar sariku di dedauan pohon-pohon hinggap jentayu..
di sana hatiku damai tak akan terguris lagi
disana tiada bidadari yang iri padaku lagi
di sana aku bisa terus menari tampa tersakit
Friday, 28 June 2013
NAMA-NAMA TENTERA-TENTERA ALLAH
Antara Tentera-tentera Allah
1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. -Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
3) MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.
4) HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy, ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak. Makhluk ALLAH yang paling besar. Sejarah Malaikat makhluk Allah yang besar:
-Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan Rasulullah kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.
a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunya 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap.
5) ABABIL iaitu burung dari neraka, apabila datangnya tentera itu dilangit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Surat Al-Fill menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.
Dihuraikan dari pendapat bahawa Tentera Ababil membawa 3 ketul batu terbakar, 1 di paruhnya dan 2 di kedua2 kakinya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu2 itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. -Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
3) MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.
4) HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy, ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak. Makhluk ALLAH yang paling besar. Sejarah Malaikat makhluk Allah yang besar:
-Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan Rasulullah kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.
a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunya 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap.
5) ABABIL iaitu burung dari neraka, apabila datangnya tentera itu dilangit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Surat Al-Fill menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.
Dihuraikan dari pendapat bahawa Tentera Ababil membawa 3 ketul batu terbakar, 1 di paruhnya dan 2 di kedua2 kakinya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu2 itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
COPY PASTE NIZAM AYOSH...
Thursday, 27 June 2013
FLORIA PUTRAJAYA 2013...
SUDAH BERKESEMPATAN KE FLORIA PUTRAJAYA? BARU-BARU INI SUDAH KE SANA BEBERAPA HARI LEPAS. TAPI TIDAK DAPAT KELUAR KERETA KERANA JEREBU YANG SARAT MENGGANGGU APA LAGI MEMBAWA ANAK-ANAK KECIL BERSAMA. RAMAI SEKALI PENGUNJUNGNYA. KERETA DAN KENDERAAN LAIN BERSESAK-SESAK MEMENUHI SETIAP RUANG....
SAMBIL BERKERETA HANYA DAPAT MENYAKSIKAN PERARAKAN BOT YANG BERHIAS CANTIK TAPI TIDAK DAPAT MELIHAT PAMERAN BUNGA-BUNGAAN NAMUN FOTO BUNGA-BUNGAAN FLORIA PUTRAJAYA DAPAT JUGA DIMUAT NAIK EHSAN GOOGLE...
KALAU BERHAJAT HENDAK MENYAKSIKAN FLORIA PUTRAJAYA SILAKANLAH...MASIH BERPELUANG LAGI KERANA TARIKH TAMAT FLORIA PADA 1 JULY NANTI....
SAMBIL BERKERETA HANYA DAPAT MENYAKSIKAN PERARAKAN BOT YANG BERHIAS CANTIK TAPI TIDAK DAPAT MELIHAT PAMERAN BUNGA-BUNGAAN NAMUN FOTO BUNGA-BUNGAAN FLORIA PUTRAJAYA DAPAT JUGA DIMUAT NAIK EHSAN GOOGLE...
KALAU BERHAJAT HENDAK MENYAKSIKAN FLORIA PUTRAJAYA SILAKANLAH...MASIH BERPELUANG LAGI KERANA TARIKH TAMAT FLORIA PADA 1 JULY NANTI....
Wednesday, 26 June 2013
SAKIT SUNGGUH...
TERLANJUR REPLY KOMEN KAWAN-KAWAN YANG MENGUNJUNGI LAMANKU DI LAMAN MEREKA LANGKAHKU TERUS MENYUSURI RUANG MAYA MENEMUI KENALAN BARU DI LAMAN ITU DAN SETERUSNYA.
KEBANYAKANNYA BLOG-BLOG INI DIPUNYAI IBU-IBU MUDA YANG MENGONGSI CERITA MEREKA BERSAMA ANAK-ANAK KESAYANGAN MEREKA. HATIKU TERHARU MELIHAT GAMBARAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI ANTARA IBU DAN ANAK.
PERASAAN KASIH SAYANG IBU/BAPA TERHADAP ANAK-ANAK SEBENARNYA JUSTERU ALLAH TELAH MENCAMPAKKANNYA KE DALAM HATI NUBARI MEREKA YANG BERGELAR IBU/BAPA KATA SEORANG USTAZ.
PABILA MUTAKHIR INI MEDIA-MEDIA MEMAPARKAN KEZALIMAN IBU ATAU ORANG DEWASA YANG SANGGUP MENYIKSA DAN MENDERA ANAK-ANAK KECIL HATI KITA TENTU TERSENTUH SEKALI DAN TERASA SEOLAH KITA YANG DISAKIT BEGITU TERUK SEKALI.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_03/Sanggup-si-ibu-biarkan-anak-menderita#ixzz2XIf3C23k
© Utusan Melayu (M) Bhd
APAKAH PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN TIDAK LANGSUNG MEMBEKAS DI HATI MEREKA YANG TERLIBAT MELAKUKAN KEKEJAMAN TERHADAP ANAK-ANAK KECIL YANG TENTUNYA TIDAK BERDOSA ITU?
AKU SENDIRI PERNAH MERASA KEHILANGAN KERANA TIDAK DAPAT MENJAGA, MENDIDIK, MEMBELAI, MEMESRAI, MENGASEHI ANAK-ANAKKU DENGAN SANGAT SEMPURNA TIKA MEREKA KECIL KERANA SAKIT LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.
ANAK-ANAKKU PERNAH BERSUNGUT; JIKALAU IBU TIDAK SAKIT TENTU KITA TIDAK BEGINI, SETIAP KALI CUTI IBU AKAN BAWA KITA JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN DAN MACAM-MACAM YANG KITA LAKUKAN BERSAMA. KINI IBU SAKIT DAN KITA TIDAK DAPAT SEPERTI DULU LAGI.
ITU CERITA DULU-DULU. ANAK-ANAK KECIL ITU KINI DEWASA SEADANYA SEPERTI MEREKA YANG MILIKI IBU/BAPA YANG NORMAL...NAMUN AKU SENTIASA MERASA KESAL KEHILANGAN YANG AMAT SANGAT KERNA TIDAK DAPAT MENCURAHKAN KASIH SAYANG MILIKKU TERHADAP ANAK-ANAK KESAYANGANKU TIKA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA...
KEBANYAKANNYA BLOG-BLOG INI DIPUNYAI IBU-IBU MUDA YANG MENGONGSI CERITA MEREKA BERSAMA ANAK-ANAK KESAYANGAN MEREKA. HATIKU TERHARU MELIHAT GAMBARAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI ANTARA IBU DAN ANAK.
PERASAAN KASIH SAYANG IBU/BAPA TERHADAP ANAK-ANAK SEBENARNYA JUSTERU ALLAH TELAH MENCAMPAKKANNYA KE DALAM HATI NUBARI MEREKA YANG BERGELAR IBU/BAPA KATA SEORANG USTAZ.
PABILA MUTAKHIR INI MEDIA-MEDIA MEMAPARKAN KEZALIMAN IBU ATAU ORANG DEWASA YANG SANGGUP MENYIKSA DAN MENDERA ANAK-ANAK KECIL HATI KITA TENTU TERSENTUH SEKALI DAN TERASA SEOLAH KITA YANG DISAKIT BEGITU TERUK SEKALI.
Sejak kebelakangan ini, trend teman lelaki mendera anak teman wanitanya, seorang ibu tunggal, makin menjadi-jadi. Penderaan itu membawa luka yang parah dan amat sakit untuk ditanggung oleh anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu dan kes yang lebih tragik membawa kepada kematian.
Terbaharu, seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mendera anak teman wanitanya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematian dan dikebumikan di kaki Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Kanak-kanak berkenaan dikatakan mati setelah mengalami lelah dan muntah akibat dipukul dengan kayu.
Semalam juga, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan sangat lemah kerana dibiarkan berlapar di dalam rumahnya di Taman Perumahan Gong Badak di Kuala Terengganu. Dia dipercayai menjadi mangsa dera bapa tirinya, yang baru 10 bulan berkahwin dengan ibunya. Dia bukan saja tidak diberi makan tetapi dipukul dan dicucuh puntung rokok. Banyak kesan lebam, bengkak, bernanah, melecur di bahagian perutnya.
Sebelum itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga berjaya diselamatkan atas aduan orang awam setelah dipercayai menjadi mangsa dera rakan lelaki ibunya di Bukit Chendering, Terengganu.
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan sebelah kakinya berwarna kehitam-hitaman dan berbau busuk dipercayai akibat terkena objek panas setelah seminggu dibiarkan begitu
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_03/Sanggup-si-ibu-biarkan-anak-menderita#ixzz2XIf3C23k
© Utusan Melayu (M) Bhd
APAKAH PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN TIDAK LANGSUNG MEMBEKAS DI HATI MEREKA YANG TERLIBAT MELAKUKAN KEKEJAMAN TERHADAP ANAK-ANAK KECIL YANG TENTUNYA TIDAK BERDOSA ITU?
AKU SENDIRI PERNAH MERASA KEHILANGAN KERANA TIDAK DAPAT MENJAGA, MENDIDIK, MEMBELAI, MEMESRAI, MENGASEHI ANAK-ANAKKU DENGAN SANGAT SEMPURNA TIKA MEREKA KECIL KERANA SAKIT LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.
ANAK-ANAKKU PERNAH BERSUNGUT; JIKALAU IBU TIDAK SAKIT TENTU KITA TIDAK BEGINI, SETIAP KALI CUTI IBU AKAN BAWA KITA JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN DAN MACAM-MACAM YANG KITA LAKUKAN BERSAMA. KINI IBU SAKIT DAN KITA TIDAK DAPAT SEPERTI DULU LAGI.
ITU CERITA DULU-DULU. ANAK-ANAK KECIL ITU KINI DEWASA SEADANYA SEPERTI MEREKA YANG MILIKI IBU/BAPA YANG NORMAL...NAMUN AKU SENTIASA MERASA KESAL KEHILANGAN YANG AMAT SANGAT KERNA TIDAK DAPAT MENCURAHKAN KASIH SAYANG MILIKKU TERHADAP ANAK-ANAK KESAYANGANKU TIKA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA...
Tuesday, 25 June 2013
SELIRATAN CINTA BAB 26...
Anita dan Sarina
sedang mempersiap diri untuk ke lokasi penggambaran. Sarina memasukan telefon
tangannya ke dalam beg galasnya. Telefon itu berdengut tiba-tiba. Melihat catatan nombor yang tertera di skrin
kecil itu dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Sarina bergegas ke biliknya untuk
menjawab panggilan itu.
“Siapa panggil
tu?” Tanya Anita.
“Ala budak production…suruh kita datang cepat.”
Balasnya pantas mengilas hakikat, menyembunyikan kebenarannya.
“Betul ke tu?”
Anita tetap sangsi dengan kenyataan yang didengarnya.
“Kenapa?... kau
tidak percaya aku?” Sarina berlagak jujur untuk menarik kepercayaan Anita. Aksi
klise.
“Kalau budak production yang call...selalunya kau jawab siap terpekik terlolong lagi. Ini tidak.
Masuk ke bilik pula, macam rahsianya besar sangat hendak di sembunyi.”
“Apalah kau ni.
Ada je salahnya aku ni di mata kau. Ok lah pasal semalam tu aku minta
maaf. Untuk menunjukan keikhlasan
aku…tengahari nanti aku belanja kau bila break
shooting. Lagi pun kita tidak terbabit dalam tiga scene selepas break
tengahari.” tutur Sarina dengan agendanya.
“Tidak payahlah kau
hendak belanja aku makan. Lagi pun aku rasa aku hendak bincang dengan abang
Johan tentang scene di pulau nanti.”
Sarina mulai kalut apabila Anita menolak ajakannya. Sesuatu yang terencana
disebalik pelawaan itu akan rosak tergendala tanpa kehadiran Anita kelak. Dia
mesti segera melakukan sesuatu.
Sarina menghampiri
Anita, memaut tubuhnya dengan mesra. Memicit-micit bahunya.
“Ala kau tu
merajuk lagilah tu. Kau kan suka makan tomyam. Di pulau tu nanti mana ada
tomyam. Jadi kau makanlah puas-puas di sini hari ni sebelum kita bertolak
esok.” Ujar Sarina dengan lembut memujuk.
Anita menepis
tangan Sarina. Dia merasakan mutakhir ini tingkah laku Sarina terhadapnya
sentiasa menyembunyikan maksud di sebaliknya.
Dia tidak mahu
peristiwa Sarina sengaja membawanya hendak mengenalkannya pada seorang Datuk
yang kini mengganggu kelancaran kehidupan normalnya berulang kembali.
“Boleh. Aku boleh
ikut kau pergi makan tomyam tapi kau ajaklah sekali pengarah kita tu supaya hotnya pada kau kembali stabil. Macam
mana?”
“Untuk kali ini
aku rasa tidak boleh sebab bajet yang aku ada cukup-cukup untuk kita berdua
saja.” Sarina memberi alasan. Dia yakin Anita akan menerima bohongnya itu
kerana dia seorang sentiasa prihatin dengan masalah kawannya.
“Kalau macam tu
tak payahlah belanja aku. Kau simpan sajalah bajet kau tu untuk diri kau
sendiri. Aku tak ralat jikalau tempat yang kita pergi tidak ada tomyam, tapi
aku rasa memang ada. Malah rasanya tentu lebih sedap sebab diperbuat dari
makanan laut yang segar. Bukankah tempat yang kita nak pergi tu sebuah pulau di
tengah laut. Tentulah mewah dengan makanan laut. ” Anita meninggalkan Sarina
yang terkapa-kapa kerana tidak berjaya memenuhi keinginannya sebagaimana
direncana.
Langkahnya menuju
ke arah Johan yang sedang membuat revisi skrip drama tulisan Fuziah Samad itu.
* * *
Shaari baru saja menyelesaikan tugasnya
menyemak data-data operasi syarikatnya yang berada di dalam dan di luar negara.
Kira-kira kewangan yang ditutup yang disediakan akauntannya menunjukan
peningkatan keuntungan sekali ganda kerana keaktifan kapal-kapalnya mengangkut
minyak sawit ke China dan Negara-negara Asia Tengah. Dia menarik nafas lega.
Ditolaknya ke tepi
dokumen-dokumen yang usai ditelitinya. Menyandarkan tubuhnya yang separa gempal
itu dengan santai di kerusi. Dia memejamkan matanya. Mulai mengalamun membina
istana impian. Tiba-tiba saja dahinya berkerut. Berkecai impiannya laksana
bunga-bunga kristal yang dihempas ke lantai simen.
Amin meluru ke
dalam biliknya. Dia tersentak. Menggenyeh-genyehkan matanya.
“Baru...baru…baru…panas…panas…panas!”
“Apa kau memekak
ni? Sudah hendak letak jawatan? Hendak jual goreng pisang panas pulak?”
Sergahnya keras. Ketenangannya yang terganggu dengan olah khadamnya itu.
“Aikk...lain macam
aje bunyinya. Kenapa perniagaan rugi banyak ke? Pagi-pagi ni tidak baik buat
muka monyok, nanti rezeki lari Datuk.” Datuk Shaari menerjah pandangannya ke
dalam anak mata Amin.
“Mulut tu jaga
sikit ya. Bercakap jangan sebarangan. Bab rugi…rugi jangan sebut. Untung,
untung, ong boleh sebut. Kau boleh
tolong aku tak?”
“No problem. Mana pernah saya cakap
‘tidak’ bila Datuk minta tolong.” Balas Amin menunggu-nunggu butiran
pertolongan yang dimahukan.
“Boleh tak kau
tolong diam…”
“Ala lawak Senario
le pulak. Datuk ni memang pandai buat lawak.” Amin terkekeh tertawa. Bulat mata
Datuk Shaari memandangnya dengan tajam.
“Maaflah
Datuk..apahalnya ni ...monyok je. Ceritalah kepada saya. Mungkin pembantu Datuk
yang amat setia ni boleh menolongnya.”
“Aku tidak dapat
pergi ke resort tu dengan Anita!” Datuk Shaari bersuara keras melepaskan
tekanan yang menghempap benaknya.
“Ish… apa ni
Datuk. Jangan meraung. Malu didengar staff lain nanti. Banyakkan bersabar.”
Ucap Amin cuba menenangkan perasaan gundah-gulana Datuk Shaari. Belakang
tuannya itu diurutnya lembut.
“Kenapa Datuk? Apa
masalahnya? Datin sudah tahu ke rancangan Datuk?” Bertalu-talu pertanyaan yang
terlontar dari bibirnya, terlalu ingin menjejaki permasalahan bosnya yang
ketara amat tertekan perasaannya itu kini.
“Bukan Datinlah.
Tapi anak aku. Rizal sudah jadikan resort tu territory dia!!” Amin
tercengang-cengang. Berat masalahnya ni, getus hatinya.
“Territory tu, amende Datuk”Tanya Amin
jujur. Pertanyaan Amin membuatkan Datuk Shaari tersenyum sekilas. Lagak Amin
yang lughu tapi tidak lurus bendol itu menawarkan sedikit kegeraman hatinya.
“Datuk kan tahu
bahasa Inggeris saya ni lemah sikit.” Sambungnya tanpa rasa malu mengakui
kelemahannya.
“Dia sudah duduk
di sana menggantikan tempat Azmi menjadi pengurus resort tu.” Masalah yang
membungkal di dadanya terluah juga, meski payah.
“Apa susah Datuk
panggil saja dia balik ke sini. Habis cerita. Pulau tu bukan ke Datuk yang
punya.” Ujar Amin dengan saranan yang bernas pada firasatnya. ‘Apalah Datuk ni
benda mudah macam tupun tak boleh nak fikir.’
“Kau ingat senang
hendak suruh dia balik. Dia pun macam aku juga, kalau dia kata dia hendak buat
sesuatu, dia akan buat. Jangan hendak dipaksa dia buat apa yang dia tidak
mahu.” Amin melongo. ‘Oh anak bapaklah ni… tapi nampaknya perangai bapaknya
sikit je yang diambilnya. Bagus…bagus…ambil yang baik-baik saja. Perangai bapak
yang teruk tu kau tolak tepi.’
“Lagi pun pulau tu
bukan aku yang punya. Tapi hak Datin. Warisan keturunannya.”
“Begitu pulak ya…”
Amin terangguk-angguk menyedari simpang perenang duduk perkara dan hala tuju
yang sukar ditentukan puncanya..
“Ala… sebulan je
Nita di sana. Dalam masa tu saya cari spare tyre satu untuk Datuk. Biar saya
call Sarina ajak dia makan tengah hari ni. Dapat juga jumpa Anita sebelum dia
pergi” Harapannya kegusaran hati Datuk Shaari segera mereda dengan bantuan yang
ingin dihulurkannya.
“Tidak payah. Aku
lagi cekap dari kau. Malam tadi aku call
dia. Dia kata pukul lapan pagi kena pergi shooting.
Jadi lepas subuh tadi aku call Sarina. Tengahari nanti aku ada lunch dengan dia orang.”
“Wah Datuk sudah
buat kerja saya ni. Nampaknya susahlah saya hendak cari makan lepas ni...”
“Hidup ni mesti Up to date. Tidak boleh lembab sangat.
Nanti kita ketinggalan.”
‘Up to date cara Datuk tu merugikan’
bidasnya dalam diam dengan sengihnya yang ketara.
“Kenapa kau
tersengih-sengih macam kerang busuk ni. Mesti dengan niat nak mengata akuni.”
Bebola matanya bulat terjegil memandang Amin.
“Tak adalah. Datuk
ni pandai saja nak serkap jarang. Takkanlah saya nak mengata bos sendiri.” Amin
berusaha menangkis telahan yang sememangnya mengena. Senyumnya semakin lebar.
Sunday, 23 June 2013
MALAM NISFU SYAABAN...JOM BANYAK-BANYAK BERDOA MOHON KEAMPUNAN DAN REDHA ALLAH....
copy paste
Malam Nisfu Sya'ban ialah malam 15 Sya'ban.
23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.
Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).
Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.
23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.
Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).
Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.
MALAM INI REMBULAN PURNAMA PENUH WALAU DISELIMUTI JEREBU TETAP MENYERLAHKAN SINARNYA AMAT INDAH, MALAH KATA SESEORANG YANG MENYAKSIKANNYA, REMBULAN KELIHATAN LEBIH BESAR DARIPADA KEBIASAANNYA. SEBENARNYA KITA SEDANG TERUJA MENATAPI KEBESARAN ILAHI SEMPENA MALAM NISFU SYA'ABAN INI SEOLAH ALLAH MENANTI MOHON DOA HAMBA-HAMBA-NYA SEBANYAK BANYAK-NYA UNTUK DIPERKENANKAN-NYA....SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH TIDAK PERNAH MUNGKIR....
Friday, 21 June 2013
PUTERI MAYANG MENGURAI...
KECANTIKAN GADIS/PUTRI PADA ZAMAN DULUKALA DILUKISKAN PERIWAYAT HIKAYAT LAMA ADALAH MENYELURUHI SEPERTI WAJAHNYA BERSINAR MENAWAN, SEPASANG MATA BAK KEJORA, PIPI MULUS BAK PAUH DILAYANG, HIDUNG MANCUNG BAK SELUDANG, GIGI PUTIH BAK SUSUNAN MUTIARA, ALIS LENTIK BAK BULAN SABIT, RAMBUT PANJANG BAK MAYANG MENGURAI, SUARA MERDU BAK BULUH PERINDU....DAN....DAN....
BARANGKALI SEMUA DESKRIPSI TENTANG GADIS/PUTRI DAHULU DAN SEKARANG TIDAKLAH BERBEZA MELAINKAN PELUKISAN BAHASANYA. TETAP DENGAN KEUNGGULAN PERIBADI YANG CANTIK JELITA MENAWAN. TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERAMBUT PANJANG IKAL MAYANG MENYERLAHKAN LAGI KEJELITAAN.
LEBIH SELESA BERAMBUT PENDEK UNTUK LEBIH PRAKTIKAL DAN CERGAS KE SANA SINI MELAKUKAN AKTIVITI DI DUNIA YANG SANGAT MENCABAR INI. LAGIPUN KINI KEBANYAKAN WANITA MUSLIM BERTUDUNG LITUP DAN KITA TIDAK PASTI SAMADA MEREKA BERAMBUT PANJANG ATAU PENDEK.
TETAPI SESEKALI KALA TERIMBAU CERITA PENGLIPUR LARA HIKAYAT LAMA KITA TERBAYANGKAN WAJAH-WAJAH AYU JELITAWAN NAN RUPAWAN BERAMBUT PANJANG MENGURAI...
BARANGKALI SEMUA DESKRIPSI TENTANG GADIS/PUTRI DAHULU DAN SEKARANG TIDAKLAH BERBEZA MELAINKAN PELUKISAN BAHASANYA. TETAP DENGAN KEUNGGULAN PERIBADI YANG CANTIK JELITA MENAWAN. TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERAMBUT PANJANG IKAL MAYANG MENYERLAHKAN LAGI KEJELITAAN.
LEBIH SELESA BERAMBUT PENDEK UNTUK LEBIH PRAKTIKAL DAN CERGAS KE SANA SINI MELAKUKAN AKTIVITI DI DUNIA YANG SANGAT MENCABAR INI. LAGIPUN KINI KEBANYAKAN WANITA MUSLIM BERTUDUNG LITUP DAN KITA TIDAK PASTI SAMADA MEREKA BERAMBUT PANJANG ATAU PENDEK.
TETAPI SESEKALI KALA TERIMBAU CERITA PENGLIPUR LARA HIKAYAT LAMA KITA TERBAYANGKAN WAJAH-WAJAH AYU JELITAWAN NAN RUPAWAN BERAMBUT PANJANG MENGURAI...
Thursday, 20 June 2013
ORKID-ORKID SARAWAK YANG CANTIK LAGI UNIK...
CANTIK SUNGGUH ORKID-ORKID SARAWAK INI. JARANG KITA TEMUI DI NURSERI NURSERI TANAMAN ORKID SEKITAR SINI. JIKALAU ADA TENTU SUDAH TERGANTUNG DI PONDOK ORKID YANG TERSEDIA DIHUNI ORKID-ORKID YANG MENJADI KOLEKSI SELAMA INI. TETAPI SEKADAR MELIHAT FOTO-FOTO ORKID SARAWAK GOOGLE OK JUGA...
Wednesday, 19 June 2013
SELIRATAN CINTA BAB 25...
Rizal mengeluarkan
beberapa helai pakaiannya dari begnya dan diletakannya di atas katil di sisi
Fareez.
“Kau pakai ni
besok.” Rizal menerima pandangan polos temannya.
“Maaf!! Aku nak
tarik diri. Surrender. Bahaya buat
kerja menyamar macam ni. Buatnya ayah dan mak kau datang, tidak ke naya aku.”
Fareez menolak gesaan temannya.
“Ah itu semua kau
serahkan pada aku. Bila tiba masanya tahulah aku apa yang hendak aku buat.”
Ujar Rizal masih mendesak dan meyakinkan Fareez agar melaksanakan saja
rencananya tanpa ragu-ragu..
“Aku tidak sukalah
buat kerja macam ni. Mana biasa aku jadi anak orang kaya. Bapak aku peneroka
je. Bukannya kaya raya macam bapa kau.aku ni orang biasa je Rizal. Tidak kaya
dan tidak juga miskin. ”
“Kita ni sama je
Fareez. Kau fikir aku tidak tahu ramai peneroka yang telah jadi jutawan
sekarang ni dan menjalankan perniagaan yang tidak semenggah pada mata kasar
orang ramai tetapi memberi pulangan yang lumayan. Kau pun pernah cakap ayah kau
sekarang mampu meraih pendapatan 5,000RM - + sebulan hanya dengan jualan sawit
saja. Itu belum lagi dikira dengan hasil dari projek lembu ternak lagi.
Sudahlah Fareez, jangan kau hendak merendah diri pulak. Sekarang ni bukan soal
siapa kaya siapa miskin. Tapi soal siapa lagi yang hendak menolong kawan kalau
tidak kawannya sendiri.” Rizal terdiam menatap wajah kawannya yang bungkam.
‘Aku sangat mengharapkan pertolongan kau
Fareez…hanya seorang sahabat yang baik mahu menolong kawannya. Aku mengangap
kau adalah sahabat yang sanggup berkongsi susah-senang yangku rasa. Seorang
kawan aku yang kini menjadi Pensyarah Phsykologi di sebuah maktab perguruan di
Ipoh mengatakan ‘persahabatan ibarat
tangan dan mata. Apabila mata menangis tangan akan menyapu air mata.’
Entah dari mana
Baharudin Ismail mengutip pepatah yang indah berseni itu. Barangkali dari
sumber bacaan yang banyak. Bukan senang seorang pensyarah hendak berinteraksi
dengan siswa-siswa yang bergeliga otaknya untuk memberi konsul dan bimbingan
sekiranya ilmu di dada hanya ‘setampuk pinang.’
“Tolonglah Fareez.
Aku sudah terdesak ni. Aku tidak mahu orang hormat aku sebab aku anak Datuk
Shaari. Aku rimas. Aku hendak rasa hidup macam orang-orang lain juga...macam
orang biasa.”Lirih anak matanya yang bening merenung temannya itu.
“Hairan sungguh
aku. Orang macam kau ni pun ada juga ya. Aku ingatkan hanya fiksyen rekaan
penulis saja. Selama ini aku ingatkan…” Rizal tidak memberi peluang Fareez
meneruskan dialognya, dicelahinya dengan pantas.
“Apa? Seronok
dengan kemewahan bapak dia orang? Kau silap Fareez. Sejak zaman dulukala lagi
ada anak orang kaya yang tidak suka dilahirkan di tengah-tengah keluarga kaya.”
“Susah…susah nak
percaya.” Sahut Fareez tergeleng-geleng menolak hakikat.
“Aku rasa kau
pernah baca buku The Prince and The Pauper.
Filem dia pun ada. Sudah banyak kali aku tengok filem tu…sejak aku sekolah
menengah lagi. Ataupun Filem Musang Berjanggut lakonan P. Ramlee. Aku selalu
bayangkan akulah watak yang dibawakan P Ramlee tu.” Fareez tersengih memandang
wajah Rizal yang bercerita dengan penuh perasaan.
“Oh kau berangan
hendak jumpa awek cun macam watak yang dibawakan Seniwati Saadiah tu ke?”
Fareez tertawa sebelum menyambung cakapnya semula.
“Nama je belajar
di New York tapi khayalan kau masih di Bollywood! sah pemuda Melayu sejati,
sentimental habis.” Fareez berterusan tertawa. Lucu sungguh hatinya menilik
perwatakan Rizal itu.
Sungguh pun begitu
dia mengagangap Rizal seorang yang berbudi mulia, unik sifatnya dan
berkeperibadian tinggi. Boleh jadi manusia sepertinya hanya satu dalam
berjuta-juta.
Memang segar bunga
yang mekar
Seroja kecil
banyak kelopak
Memang sukar
teramat sukar
Memilih yang baik
antara banyak.
“Ah! Sudahlah. Aku
dah mengantuk ni. Jangan lupa pakai baju aku tu besok. First impression is so very
important. Besok kau akan dikenalkan sebagai anak Datuk Shaari. Lepas tu
tak kisahlah kalau kau nak pakai baju ala anak peneroka tu!”
“Opps…jangan
menghina…aku tarik diri…haa… melopong kau. Kau jangan tak tahu ramai peneroka
yang dah jadi jutawan tau…tapi mereka tak adalah nak berlagak. Hidup selamba je
macam biasa. Cuma aku je anak peneroka yang bapanya belum jadi jutawan.” Rizal
memeluk bahu temannya dengan senyum yang lebar.
“Aikk...merajuk
pula hero kita ni. Maaflah! aku tu gurau je. Tidak bermaksud sampai ke situ.”
Fareez membaling
bantalnya ke arah Rizal seraya berkata. “Banyaklah kau punya maaf.” Rizal
tertawa melihat reaksi temannya itu.
“Tapi aku rasa
seorang pengurus tentu perlukan seorang pembantu kan. Nampaknya kau akan jadi assistant manager aku... er…kalau kau
tidak hendak aku pun…haa…”
“Oklah bos. Kau ni
macam budak-budak. Semua kerja perlu dibantu. Kuatlah sikit semangat tu.
Berdikari. Berminda glokal ikut TPM (Timbalan Perdana Menteri) cakap. Global
dan lokal. Ini tidak..” Lega hati Fareez mendengar pengakuan Rizal. Maknanya
dia tidak berseorangan melakukan tugasan yang amat asing baginya.
Dia mencapai
bantal dan meletakan kepalanya. Angin laut berhembus halus dan dingin. Kain
selimutnya ditarik sehingga berkelumbung menutupi kepalanya hingga ke hujung
kaki. Namun kedinginannya tetap terasa.
Malam semakin
berensut membawa pergi bersamanya catatan kisah manusia yang akan ditulis
malaikat pencatit Rakib dan Atib ke dalam kitab laporannya yang akan
dibentangkan di Padang Mahsyar di hadapan Allah Azzawajalla kelak.
Rizal dan Fareez
beradu dengan nyenyak dan hilang dari dunia fana menembusi dimensi baru. Mimpi.
* * *
Azmi sedang
memperkenal Fareez sebagai Rizal anak Datuk Shaari yang akan mengambil tugasnya
sebagai Pengurus Resort Sri Jelapang, menggantikannya. Dan Rizal akan dibantu
Fareez temannya. Fareez berbisik begitu kepada Azmi. Azmi memandang Rizal dan
Fareez silih berganti dan akhirnya dia terangguk-angguk.
Fareez berdebar
dan kekok dilayani sebagai seorang terhormat. Rizal memandangnya selamba. Ada
desas-desus yang berbisik di kalangan gadis-gadis petugas yang membandingkan
kedua-dua lelaki muda yang berada di hadapan mereka.
Kedua-duanya
memang sama tampan bergaya dan berpesonaliti yang menawan. Seorangnya nampak
sangat berkarisma sebagai seorang ketua sementara seorang lagi hanya selamba
bersahaja namun kelihatan berwibawa..
‘Kalaulah si
jejaka tampan itu jatuh hati kepadaku alangkah bertuahnya badan, seorang gadis
yang bertugas sebagai penyambut tetamu itu memasang angan-angan. Dimatanya
terbayangkan di saat-saat melewati waktu indah bersama jejaka idaman yang
menjadi pujaan.
‘Hoi...jangan
beranganlah. Sergah mindanya sedarnya. Dia kembali ke dunia fana dengan sabar
menunggu gilirannya untuk di perkenalkan kepada kedua-dua jejaka itu. Matanya
bersinar memberi fokus kepada keadaan yang melengkunginya.
Membuang masa
sahaja membayangkan perkara yang bukan-bukan dan sukar hendak dijadikan
kenyataan kata hatinya.
Tuesday, 18 June 2013
COOKIES2 ENAK RAZALELA ABD.RAHMAN....JOM ODER UNTUK RAYA...
NAMPAK SEDAP DAN CANTIK KUKIS-KUKIS YANG DISEDIAKAN RAZALELA UNTUK KITA SEBAGAI HIDANGAN RAYA NANTI. KALAU NAK DIBELI YANG DIJUAL DI PASARAYA ATAU KEDAI TENTU HATI TIDAK BERAPA YAKIN AKAN KEMURNIAN DAN KEHALALANNYA KERANA TIDAK PASTI SIAPA YANG MENGOLAHNYA . LAGI PULA UNTUK MEMBUATNYA SENDIRI ALASANNYA TENTU KEKANGAN MASA LANTARAN SIBUK DENGAN KERJAYA MASING-MASING. JADI ODER SAJALAH KUKIS-KUKIS ENAK RAZALELA, PASTI TIDAK MENGECEWAKAN....PM SAJA RAZALELA ABD.RAHMAN KAT FACEBOOK. MUDAH JER...
BISKUT TURAP
DAISY PETAL
BISKUT TERATAI LAYU
BISKUT SARANG SEMUT
ALMOND CHOC
BISKUT MAKMUR
ALMOND LONDON
DAISY PETAL
COCONUT SPRINKLE
3 minutes ago
salam akak...sesiapa nak odr bole call lela 0132437450...klu area kl lela biasanya buat penghantaran kat plaza low yat,alamanda,tesco ampang,tesco kajang..tq sis...
Monday, 17 June 2013
Sunday, 16 June 2013
CENGKERANG 230 JUTA TAHUN DI MERAPOH...
KUALA LIPIS 16 Jun - Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini.
Penemuan itu membuktikan hasil kajian fosil berkenaan lebih tua usianya berbanding fosil ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis berusia 230 juta tahun yang dibuat pada 2011.
Ahli Paleontologi IGM, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman pra-sejarah.
"Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaiktaraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu.
"Fosil itu terletak lapisan batu lumpur merupakan jenis Brakiopoda yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek," katanya kepada pemberita di Sungai Yu di sini hari ini.
Menurutnya, antara spesies Brakiopoda yang dapat dikenal pasti di kawasan sama iaitu Leptodus sp.,Transennatia sp. dan Spyridiophora sp.
Beliau yang juga penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, menerusi penyelidikan itu bahawa Merapoh berada di dasar lautan antara 250 hingga 260 juta tahun lampau dan menjadi habitat hidupan laut purba yang primitif.
"Haiwan primitif ini berenang bebas di lantai lautan yang relatifnya agak dalam dan beriklim panas. Kemudiannya, apabila mati akan tertimbus oleh enapan keladak kekal yang menjadi batu dalam tempoh beratus juta tahun lamanya," ujarnya.
Katanya, haiwan purba itu hidup pada zaman sebelum berlakunya kepupusan masa di muka bumi iaitu kira-kira 252 juta tahun lampau.
Menurut beliau, menerusi proses geologi dasar laut berkenaan timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang wujud di Merapoh.
Justeru, katanya, apabila terdapat projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya di sini, bumi yang menyimpan banyak rahsia alam akan terungkai menerusi penemuan fosil cengkerang di lokasi berkenaan.
"Berdasarkan kajian paleontologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 260 juta tahun lampau atau secara saintifiknya berada dalam tempoh zaman Lopingian dan Permian," jelasnya.
Katanya, kawasan Merapoh diumpamakan 'kitab sejarah bumi' yang memaparkan fenomena kehidupan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini kira-kira 200,000 tahun lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130617/dn_17/Cengkerang-260j-tahun-ditemui#ixzz2WQwQJDgi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)
MyBloglist
-
Gang Nasi Sejuk Sarapan Apa Minggu Ini? - Bismillahirrahmanirrahim. Gang Nasi Sejuk kadang-kadang tidak dapat makan serentak. Ada yang tiba-tiba ada tugas, dan ada yang dapat terus ke kantin. Ada ...4 hours ago
-
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi - Assalamualaikum wbt Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...13 hours ago
-
Osaka → Kansai Airport, Jepun: sayōnara Nihon! - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari *SINI*. akhirnya.... akhirnyaaaaa! tamatlah sudah cerita jalan-jalan ke Jepun😂 punyalah lamaaaa nak hab...15 hours ago
-
RESEPI KEK PISANG MUDAH - Assalamualaikum semua, Ini resepi pasti jadi, sukatan cawan untuk kek pisang. Aku suka kek pisang gini yang simple je.Dua hari berturut buat dan habis. ...16 hours ago
-
Tukar Cara Berdoa - INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, *The Power of Doa* ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah. [image: 🍀]FORMULA 1 ...19 hours ago
-
77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda - Lama sungguh saya tidak kemas kini blog ini meskipun aktiviti pembacaan buku saya belum lagi terhenti. Saya masih membaca buku tetapi dengan rentak yang ...1 day ago
-
Program PKNS Pilih Karnival Selangor Cyber Valley pada 23 Dan 24 November 2024 - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) m...1 day ago
-
Beli rumah lebih jimat dengan kempen Hartanah Bumiputera Matrix - Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix Concepts, ...1 day ago
-
Wordless Wednesday - Gojes - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Wordless Wednesday - Gojes.* Rasa macam dah lama tak buat post Wordless Wednesday....2 days ago
-
WW #40 : TH Hotel, Kelana Jaya - Kenangan lama...tempat pelepasan jemaah haji..dulu2.. perjumpaan wakil-wakil NGO2 days ago
-
JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA - * JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SENYAP. ENTAH PERGI KE MANA. Katanya nak c...4 days ago
-
Pekena Bihun Sup Daging pula dari Restoran Sri de Orkid, Perlis - Salam semua! 🙋🏻♀️✨ Sebelum ni, cheq dah pernah merasa *bihun sup ayam* dari restoran Sri de Orkid yang agak glamer kat Arau ni, kali ni cheq terpanggi...4 days ago
-
WWW - Kata sohor terkini - Assalamualaikum, Masa budget hari tu banyak bahasa dan ayat yang baru aku dengar tapi yang banyak ialah ketimbang. Asyik-asyik ketimbang apa le maknan...1 week ago
-
Buat Jalan Kebun - Salam bertani Masa musim panas baru-baru ni, wak ada upah orang buat jalan di dusun WP. Alhamdulillah dah siap jalan baharu tu. Mudahlah wak meronda dus...1 week ago
-
Pameran Seni Visual & Robotik Anjuran Panitia PSV Sesi 2024 - • *بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •* *Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.* Bertemu kembali diarena penulisan blog ini. Maaf ...2 weeks ago
-
PROJECT;EXIT [ Drama Review] - *PROJECT;EXIT* SENARAI PELAKON Shasha Abedul sebagai Jannah Mierul Aiman sebagai Hadi Naim Daniel sebagai Ucop Kimberly Chuah sebagai Amy Malia Baby seba...2 weeks ago
-
-
Antara Sifat 20 dan Tauhid 3 - Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024. Dan ora...3 weeks ago
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H. - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema* 'blackpink'. *Sebenarnya tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibu...5 weeks ago
-
Genereasi Z, Adakah Anak-anak Kita? Fahami Isunya! - بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمGenerasi Z, yang merujuk kepada individu yang dilahirkan antara pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an, kini menjad...5 weeks ago
-
PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN AL'ARD SEKALIGUS MEMBANTU PETANI PALESTIN - Hye korang. Assalamualaikum. Lama tak update, busy dengan urusan keluarga sementalah kami diuji dengan ujian yang sangat besar. Nanti-nantilah aku ceri...1 month ago
-
Selamat Bertunang... - Kerana lama sungguh tidak menulis dan mencatat dalam blog ini, rasanya agak payah untuk memulakannya kembali. Tapi kali ini mak gagahi juga untuk menulis...1 month ago
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...2 months ago
-
Alternatif Mendekatkan Jodoh , Semoga Allah permudahkan Jodohmu - ehsan google Assalamualaikum, Setiap orang pasti mempunyai cita-cita dan harapan untuk membina kehidupan yang bahagia terutama kepada mereka yang kian...3 months ago
-
Koleksi Testimoni ResV Shaklee - Assalamualaikum wbt, ResV adalah produk terunggul shaklee yang mengandungi ekstrak semulajadi dari anggur muscadine, knotweed Jepun, pati anggur, delima, c...4 months ago
-
Harap ada rezeki kali ni - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat peluang yang ke-...6 months ago
-
Google Adsense: Penambahan Hasil Dalam Kejatuhan Ringgit - Assalamualaikum. Google Adsense sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai salah satu platform menjana pendapatan bagi pemain dan penggiat digital. Platf...7 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...7 months ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...7 months ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......7 months ago
-
Ramadan ke 11 baru muncul entry ini - Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy...8 months ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...8 months ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*9 months ago
-
Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya - Adakah anda sedang mencari kedai komputer yang terbaik di Petaling Jaya? Sebaiknya anda mencari *kedai komputer* yang boleh dipercayai untuk *membaiki k...11 months ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...1 year ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...1 year ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...1 year ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...1 year ago
-
PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON - Assalamualaikum and Hi! Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis ten...1 year ago
-
Perubahan dunia blogging? - Salam. Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni; blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari lalu. ...1 year ago
-
Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak? - Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖 View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe Ya Allah!...1 year ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...3 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...3 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...3 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...3 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...3 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...3 years ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...3 years ago
-
JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...3 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...4 years ago
-
-
BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lep...4 years ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...4 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...4 years ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklum...5 years ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi ...5 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...6 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...6 years ago
-
mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...6 years ago
-
Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...6 years ago
-
Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memb...6 years ago
-
Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...6 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...6 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...7 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...7 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan y...7 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...7 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...8 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...8 years ago