Thursday, 11 September 2025

DIRGAHAYU MALAYSIA MERDEKA

 ASSALAMUALAIKUM



DIRGAHAYU MALAYSIA MERDEKA

SANAH HELWAH 

PROF DR  HJH SALMAH AMIR


Tunku Abdul Rahman lantang laung

Merdeka! Berulang tujuh kali

bonda sejati menahan raung

lafaz istighfar berselang-seli 


Puteri kecil manis rupawan

bagaikan takdir lakar sejarah

malam Merdeka tangis merawan

bonda lahirkan bertumpah darah


Anak Merdeka pasak negara

tarbiah kasih berulit sayang

berdoa ayah tiada jera

jiwa tiasa cekal berjuang


Beroleh nyaman hidup sempurna 

berbahagia tiasa aman

cita harapan niat laksana

insan solehah takwa beriman

.

Sanah helwah Salmah binti Amir

jururawat bergelaran doktor

ilmu dijulang gemilang takmir

iring Merdeka hayat diatur


Wednesday, 10 September 2025

HADIAH ISTIMEWA BLOGGER NOTIE

 ASSALAMUALAIKUM



ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH BANYAK BLOGGER NOTIE SUDI KIRIMKAN PI HADIAH ISTIMEWA SEPASANG TELEKUNG CANTIK BERSULAM INDAH...TERHARU DAN TERHUTANG BUDI....HADIAH SEMPENA SEGMEN ANJURAN NOTIE DI LAMAN BLOGNYA

https://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/ PI ANTARA PEMENANGNYA...NOTIE BERBUDI MULIA BAIK HATINYA SUKA MEMBERI HADIAH PADA PI...DIDOAKAN SEMOGA NOTIE AFIAT SEJAHTERA SENANTIASA.. DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PEKERJAAN DAN KEHIDUPANNYA DI DUNIA MENUJU AKHIRAT AAMIIN YRBA 

Tuesday, 9 September 2025

KELDAI TUA

 ASSALAMUALAIKUM

KELDAI TUA



Keldai sudah lama berkhidmat dengan tuannya iaitu Pak Dollah seorang peniaga di

pasar. Setiap hari dia akan membawa barang perniagaan tuannya yang diletakkan di

atas badannya. Walaupun terasa berat bebanan barang-barang dibawanya tapi dia

tidak pernah merungut. Dia tetap menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab

demi membantu tuannya. Dia merasa terhutang budi kerana tuannya telah menjaganya

dengan baik selama ini.

Suatu hari keldai jatuh sakit. Dia terbaring saja dalam kandangnya kerana tidak

berdaya hendak bangun berjalan. Dia merasa dirinya sudah tua. Dan tidak lagi kuat

seperti dahulu. Setiap kali dia mengangkut barang perniagaan tuannya ke pasar, dia

merasa badannya lenguh dan sakit. Tapi dia tidak menghiraukan kesakitannya.

Pak Dollah seperti kebiasaannya setiap pagi akan pergi ke pasar untuk berniaga.

Dia pun memasuki kandang Keldai untuk membawanya keluar dari situ. Tapi dia

melihat Keldai itu terbaring di atas rumputan sambil memandangnya dengan sayu.


Keldai merasa bersalah kerana tidak dapat menolong tuannya mengangkut barangan

perniagaan ke pasar.

“Kamu tidak sihatkah Keldai? Kamu berehatlah. Kamu tidak usah mengikut aku

ke pasar hari ini. Setelah kamu sihat sediakala bolehlah kamu menolong aku

mengangkut barang ke pasar seperti selalu.” Pak Dollah mengusap kepala Keldainya.

“Nanti aku belikan kamu ubat demam.” Pak Dollah pun berlalu dari situ. Dia

merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat berniaga barang dagangannya di pasar pada

hari ini. Kalau dia tidak berniaga tentulah dia akan menanggung kerugian. Tapi dia tidak

menyalahkan keuzuran keldainya kerana masalah yang dihadapinya. Dia duduk

termenung di atas tangga rumahnya, memikirkan apa yang akan dilakukannya pada

hari ini.

“Assalamualaikum.”Tiba-tiba seseorang memberi salam menyapanya.

“Wa’aalaikummusalam.” Balas Pak Dollah.

“Eh kamu rupanya! Kamu hendak ke mana Amin?” Pak Dollah bertanya.

“Aku hendak ke pasar menjual keldaiku ini.” Amin menunjukkan pada Pak Dollah

akan keldai itu. Dia memegang tali yang mengikat lehernya.

“Bukankah keldai ini menjadi tungganganmu selama ini. Tidak sayangkah

hendak menjualnya?” Amin tersenyum cuma. Dia seolah tidak mengerti apa yang

dimaksudkan tentang sayang pada haiwan peliharaan. Dia tidak pernah merasa begitu.

Lagipun keldai itu amat liar dan menyusahkannya untuk menjaganya. Dia ingin

menjualkan saja pada sesiapa yang berminat membelinya.

 

Pak Dollah memerhati keldai itu dengan teliti. Kelihatan masih muda. Tapi agak

kurus seolah kurang penjagaannya.

“Baiklah kamu jualkan saja pada aku. Bolehlah dia menjadi kawan pada

keldaiku.”

Setelah mereka berunding dan berlaku tawar-menawar berkenaannya, kedua-

duanya mempersetujuinya. Pak Dollah membayar harga keldai ditetapkan Amin dan

mengucapkan akad jual beli. Amin meninggalkan keldai itu pada Pak Dollah dan

beredar dari situ dengan membawa wang hasil jualan keldainya.

Pak Dollah membawa keldai itu ke dalam kandang.

“Inilah kandang barumu. Ini keldai yang telah berada bersamaku sekian lama.

Dia tidak berapa sihat. Kamu berkenalan dan berbuat baik dengannya. Dia lebih tua

dari kamu. Kamu mesti sesuaikan diri kamu di sini bersamanya.” Ujar Pak Dollah

kepada keldai yang baru dibelinya.

“Esok, kamu ikut aku membawa barang dagangan ke pasar.” Setelah berkata

begitu, Pak Dollah keluar dari situ.

“Kamu sakit sangatkah wahai keldai tua?” Keldai muda mengais-ngaiskan

kakinya seakan menolak Keldai tua untuk bangun.

“Apa yang kamu buat ini? Aku sedang sakit! Kamu tidak kasihankah padaku?

Kamu tidak ingatkah pesanan Tuan agar kita berbaik-baik?” Keldai muda ketawa

mengikih.



“Sebenarnya Tuan itu hanya berpura-pura di hadapan kamu. Tuan itu tidak

sayang lagi pada kamu. Sebab itu dia membeli aku. Dia akan menggantikan kamu

dengan aku. Kamu kan sudah tua. Sakit pula. Kamu tidak boleh lagi menolong Tuan

bekerja. Akulah akan menggantikan tempat kamu.”

“Kamu tidak baik menganggap Tuan begitu, aku sudah lama bersama Tuan. Dia

menyayangi aku.”

“Setelah aku ada di sini Tuan tidak menyayangi kamu lagi.” Keldai muda

bersuara menyakiti hati Keldai tua.

“Sudahlah kamu tidak usah banyak cakap lagi. Bangun saja kamu dari situ. Aku

hendak tidur di situ.” Keldai muda menolak dengan kasar Keldai tua yang sakit dengan

kakinya.

Tiba-tiba Pak Dollah masuk ke dalam kandang itu. Dia membawa sebuah batil

berisi air.

“Kamu minum air yang telah aku campurkan dengan ubat. Semoga kamu cepat

sembuh daripada sakitmu.” Pak Dollah memegang batil berisi air berubat sementara

Keldai tua minum sehingga habis. Keldai muda itu memandang dengan rasa cemburu

pada Keldai tua kerana Pak Dollah melayannya penuh kasih sayang. Selama hidupnya

bersama tuannya Amin, dia tidak merasa disayangi.

“Esok kamu akan ikut aku ke pasar, membawa barang daganganku. Bersedialah

kamu agar segar. Makan dengan banyak.” Kata Pak Dollah pada Keldai muda.

“Kamu berehat dulu dalam kandang sehingga kamu sihat semula.”

 


Setelah Pak Dollah berlalu dari situ, Keldai muda menghampiri Keldai tua.

“Kamu dengar apa kata Tuan tadi? Aku yang akan menggantikan tempat kamu.

Biarlah kamu terus sakit dan akhirnya mati, hih…hih!” Keldai muda ketawa terbahak-

bahak.

“Sungguh kurang ajar kamu ini.” Keldai tua menyatakan kemarahannya.

“Sudahlah! Usah nak mengata-ngata aku. Aku nak tidur sebab esok nak bekerja.

Kamu kan sudah tidak boleh lagi bekerja. Kamu tunggulah masa akhir kamu.” Balas

Keldai muda sinis..

Keesokannya Pak Dollah menyiapkan Keldai muda untuk dibawa ke pasar,

sebelum itu dia memeriksa dulu keadaan Keldai tua.

“Kamu belum sihat lagi. Kamu minum ubat ku bawakan ini.” Ujar Pak Dollah.

Keldai muda ditariknya perlahan-lahan ke jalan raya dengan membawa barang-barang

dagangan yang banyak di atas badannya.

Sebab terlalu banyak barang di atas badannya, dia tidak dapat mengimbangi

badannya. Dia tergelincir. Kakinya terasa ngilu. Pak dollah menurunkan barang

dagangannya setelah tiba di pasar. Dia menunggu Pak Dollah menjual barang

dagangannya sehingga habis. Setelah itu mereka pulang. Dia memasuki kandang

dengan menyeret kakinya yang sakit. Lalu berbaring di atas rumputan. Keldai tua

memerhati keadaan Keldai muda penuh tanda tanya.

“Kenapa dengan kamu, sakitkah? Nampak kaki kamu terluka.” Keldai muda

berdiam saja menahan kesakitan.

 

“Kamu tentu sangat keletihan kerana bekerja berat tadi. Kamu berehatlah dulu.

Aku akan mencari daun-daun yang boleh dijadikan ubat untuk mengubati luka di kaki

kamu.” Keldai tua menemui beberapa helai daun lalu mengunyahnya. Dan dia

meletakkan pada kaki Keldai muda. Kemudian dia menolak batil berisi ubat yang

dibawa Tuannya pada pagi tadi.

“Kamu minumlah air berubat ini. Semoga kesihatan kamu akan segera pulih

sediakala.” Keldai muda amat terharu akan kebaikan Keldai tua terhadapnya. Dia

menyesali perbuatan buruknya terhadap Keldai tua dahulu. Dia meminta maaf

kesilapan yang telah dilakukannya.

 

Tamat 

Monday, 8 September 2025

SARJAN HASSAN

 ASALAMUALAIKUM

SARJAN HASSAN
.



Filem Sarjan Hassan merupakan sebuah karya agung yang terus diminati ramai sejak ditayangkan pada tahun 1958 hingga kini. Seniman ulung Tanah Air, P. Ramlee, memegang watak utama sebagai Sarjan Hassan.
Menurut seorang kurator Muzium Negeri Sembilan dalam sebuah vlog, filem tersebut diinspirasikan daripada kisah benar perjuangan Sarjan Hassan bin Othman menentang musuh negara. Sarjan Hassan mendapat pendidikan awal di sekolah agama sebelum menyertai tentera dan menjalani latihan rekrut di Rejimen Askar Melayu, Depoh Port Dickson pada tahun 1946. Beliau terdorong menyertai angkatan tentera setelah anak, isteri, dan ibu mentuanya dibunuh oleh gerombolan Komunis yang merampas makanan di kampung.
Sebagai seorang anggota tentera, beliau berkhidmat dengan penuh keberanian dan berjaya menewaskan 11 anggota Komunis. Atas jasa dan pengorbanannya, Ratu Elizabeth II menganugerahkan beliau pingat Military Medal pada 1 September 1952, disampaikan melalui Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray.
Sarjan Hassan turut menulis pengalamannya menentang Komunis, yang dijadikan skrip persembahan di pelbagai majlis. Ketika Sarjan Hassan bersama kumpulannya membuat persembahan drama di Ipoh, P Ramlee turut menontonnya. Tertarik dengan kisah perjuangan itu, P. Ramlee meminta Sarjan Hassan menulis skrip. Beliau menerima bayaran sebanyak 10 ribu ringgit hasil penulisannya. Namun, skrip asal yang menekankan penentangan pasukan tentera terhadap Komunis dipinda oleh pihak penerbit untuk disesuaikan dengan suasana ketika itu yang menekankan keharmonian hidup berbilang kaum.
Menjelang 10 hari sebelum pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, Sarjan Hassan sekali lagi mencatat jasa besar antara tentera terlibat berjaya menggagalkan cubaan sabotaj oleh kira-kira 500 anggota Komunis di Waterfall Estate, Rawang.
.

Hari Tentera –
Sarjan Hassan Bin Othman
sentuhan wira

Sunday, 7 September 2025

PUJANGGA SYAIR

 ASSALAMUALAIKUM


 


PUJANGGA SYAIR
Genre: Syair
Penulis: Abdullah Abd Rahman / Tabir Alam
Penerbit: SPTA
Nombor ISBN: 789-672-994565 (Sastera Puisi)
Bilangan Muka Surat: 114
Tahun Terbitan: 2025
Harga: RM20
Pengulas: Paridah Ishak

Naskhah PUJANGGA SYAIR menghimpunkan 26 buah syair karya Abdullah Abd Rahman yang menggunakan nama pena Tabir Alam. Beliau merupakan seorang penulis yang telah lama berkecimpung dalam penulisan puisi tradisi syair. Banyak karyanya diterbitkan dalam pelbagai antologi terbitan SPTA dan penerbitan lain, selain hadir dalam bentuk buku persendirian. Majalah seperti Dewan Sastera, Dewan Agama dan Falsafah, Jendela Utara DBP, serta Buletin Karya BeTA turut menyiarkan syair beliau. Lebih membanggakan, beliau pernah meraih tempat pertama dalam Pertandingan Mencipta Syair Figura Sastera Klasik Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pemilihan judul Pujangga Syair amat bertepatan kerana penulis benar-benar arif dan tekun mengangkat genre klasik ini.

Syair merupakan puisi tradisi yang berasal dari Parsi, tersusun dalam empat larik serangkap, dengan jumlah suku kata tidak melebihi tiga belas, dan rima akhirnya seragam. Temanya pelbagai  kisah sejarah, mitos, tokoh, praja, kerohanian, hingga acara tertentu.

Dalam naskhah ini, syair bertema sejarah seperti Darul Ridzuan, Lagenda Mat Kilau, Negeri Melaka, Razia Sultan, dan Tun Teja pasti menarik perhatian pembaca. Manakala syair bertema mitos seperti Ikan Terubuk, Ikan Koi, Memdam Berahi Bahtera Agung, serta Memdam Berahi Lupa Daratan Kerana Cinta pula naratifnya mengujakan.

Tema patriotik turut diketengahkan melalui syair bertajuk Tuju Merdeka, Malaya Merdeka, dan Bunga Raya. Tidak ketinggalan syair bertemakan acara dengan judul Majlis Nikah Kahwin serta Penutup Seminar.

Selain itu, penulis juga memberi apresiasi kepada tokoh-tokoh penting seperti Bapa Malaysia, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Fithri, Sharifah Aini, dan Aminah Assilimi. Meskipun ruang lingkup bahasa syair agak terhad, penulis tetap berjaya menyampaikan fakta sebenar dalam bentuk puisi yang indah. Untuk tema praja pula, beliau mengangkat kisah Kuala Kangsar dan Ipoh.

Aspek kerohanian tidak ketinggalan, dengan syair seperti Sepuluh Zulhijah, Kembara Malam Isra’ Mikraj, Nabi Shuaib, dan Nabi Syamwil yang sarat dengan pengajaran bermanfaat.

Diksi yang digunakan penulis indah, puitis, dan tepat pada maksud. Susunan rima hujungnya pula kemas dan serasi. Lebih penting, penulis merujuk pelbagai sumber sebelum menggubah setiap syair, agar fakta yang diketengahkan benar-benar sahih.

Tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya melahirkan naskhah ini dengan penuh kesungguhan. Kehadiran PUJANGGA SYAIR bukan sahaja memperkayakan khazanah sastera puisi tradisi, malah wajar dimiliki setiap pencinta sastera tanah air.


Friday, 5 September 2025

SALAM MAULIDUR RASUL

 ASSALAMUALAIKUM



NAZAM  MAULIDUR RASUL



Ya Allah Tuhan kami Yang Maha Esa

harap diampun akan segala dosa


Bismillah wadahku yang membuka karangan

selawat dan salam rasul dijunjungan


Malidur Rasul ingatan kasih umat

hari sejarah lahir nabi Muhammad


Menjunjung rahmat-Nya ke alam dunia

beserta segala limpahan kurnia


Tegar semangat juang bukan kepalang

syiar nur Islam menerangi alam cemerlang


Nabi Muhammad Rasulullah insan budiman

pada umat  tarbiah ilmu pedoman


Sentuhan baginda laksana sempurna

tinggalkan umatnya cinta nan bermakna


Selawat dan salam lidahku berzikir

hamba yang marhaen teramatnya fakir



Karangan nazamku berakhirlah sudah,

kumohon maafkan coretan menggundah.

.

Ya Allah Tuhan kami Yang Maha Esa,

harap diampun akan segala dosa


Thursday, 4 September 2025

SULTAN PERAK

 ASSALAMUALAIKUM



SULTAN PERAK

.

Rakyat  kasih

kekal masih

sultan Perak

meski jarak

 

Langkah gaya 

penuh daya

kacak segak

gagah tegak

.

Sinar  aura

gilang citra

daulat sultan

limpah watan

.

Ingin  dekat

wajar sekat

bimbang tulah

lesu alah

 

SIHIR KATA

 

Bagai  pedang

tajam sundang

rodok rasa

tular bisa

.

Lalut  mulut

cetus kalut

leka hiris

luka tiris

.

Simbah  sasar

resah gusar

tambah bingung

lugu tongong

.

Insan  daif

amat naif

telan kata

cerca nista

 

HATI-HATI

 

Wajar  mesti

hati-hati

sukar duga

apa juga

.

Kadang-kadang

kena hadang

terus jatuh

asa runtuh

.

Ruang   terang

tega serang

asbab gila

undang bala

.

Wajib  awas

elak tewas

andai alpa

malang sapa


Wednesday, 3 September 2025

SULTAN BADLISHAH


ASSALAMUALAIKUM...

 

SULTAN BADLISHAH DAN MALAYAN UNION

 


pic google images(c)

Sultan Badlishah ialah sultan Kedah ketika British hendak menubuhkan Malayan Union pada 1947. Baginda turut berperanan menentang penubuhannya bersama sultan Melayu dan rakyat. British telah memaksa semua sultan di Tanah Melayu untuk menandatangani persetujuannya setelah tamat perang dunia kedua. British berhasrat meletakkan Tanah Melayu sebagai jajahannya. Melalui gagasan Malayan Union negeri di Tanah Melayu disatukan. Dan semua asset negeri akan diambil British. Kewarnegaraan imigran akan diberi dan mendapat hak yang sama. Sultan Melayu hanya diberi hak dan kuasa terhad. Harold Mac Michael yang berada di Palestin pun tiba untuk tujuan itu pada 1945. Sultan yang tidak setuju akan diturunkan dari takhta dan dituduh menyokong Jepun. Terpaksalah semua sultan mendatanganinya walaupun tidak bersetuju pada dasarnya. Sultan Badlishah berunding dengan Yang Di Pertuan Negeri Sembilan dan sultan Tanah Melayu yang lain. Baginda telah menghantar surat pada perdana menteri British, pihak pembangkang house of common dan pada media di Britain. Baginda juga melantik peguam di sana untuk menentang pembentukan Malayan Union mewakili semua sultan di Tanah Melayu. Akhirnya gagasan Malayan Union gagal. Manuskrip sejarah hasil kajian Prof Muati

 

 

padi menguning –

Sultan Negeri Kedah

surat sejarah


Tuesday, 2 September 2025

SERIGALA BERBULU KAMBING

 ASSALAMUALAIKUM



 SERIGALA BERBULU KAMBING


Serigala memerhati dari jauh sekumpulan kambing biri-biri sedang meragut rumput.

Anak-anak kambing biri-biri bermain-main dengan riang di samping induknya.

“Kamu jangan bermain jauh dari ibu anakku. Mungkin kamu akan ditimpa masalah jika

kamu tidak bersama ibu. Tentu ibu tidak dapat menolong kamu nanti.” Ujar ibu kambing

biri-biri pada anaknya.

“Baik ibu ! Saya akan ingat pesanan ibu.” Sahut anak kambing biri-biri itu. Anak

kambing biri-biri pun berloncatan bersama kawan-kawannya. Mereka hanya bermain

berdekatan induk masing-masing sambil meragut rumput.

“Nampak di situ rumputnya lebih segar menghijau. Ayuh kita ke sana!” kawannya

mengajaknya.

“Kita makan rumput di sini saja. Usah kita berjauhan dengan ibu kita.” Balas

anak kambing biri-biri pada kawannya.

 

“Tempatnya dekat saja dengan sini. Ibu kita semua masih dapat memerhati kita.”

Kata kawannya lagi.

“Aku tidak mahu melanggar pesanan ibuku.” Anak kambing biri-biri memberi

jawapannya dengan tegas

“Kalau kamu tidak mahu ikut, biar aku pergi dahulu.” Kawan anak kambing biri-

biri masih juga tetap dengan keputusannya.

“Baiklah! Tapi berhati-hati menjaga diri. Setelah kamu makan segera pulang ke

sini.” Pesan anak biri-biri pada kawannya. Kawan anak kambing biri-biri segera menuju

arah tujuannya.

Di sebalik pohon besar di dalam hutan berdekatan padang rumput itu, Serigala

bersembunyi. Dia terlihat anak biri-biri sedang leka meragut rumput. Serigala merasa

tergiur hendak merasa daging anak kambing biri-biri itu. . Dia mendekati dengan

perlahan anak kambing biri-biri itu dan cuba menangkapnya.. Gembala yang sedang

berada di situ menyedari keadaan itu. Dia bertindak pantas dengan menembak

Serigala itu. Tembakannya tidak mengenai sasarannya, Serigala itu pantas berlari

menyelamatkan dirinya ke dalam hutan.

“Gagal usahaku kali ini. Tapi aku tidak boleh berputus asa. Aku akan dapatkan

juga anak kambing biri-biri sebagai makananku. Lain kali aku akan mencuba lagi.”

Serigala menggumam sendirian.

“Mujur kamu berada berhampiran ibu. Kalau kamu jauh dari ibu seperti kawan

kamu itu pasti dengan mudah serigala menangkapnya. Nasib kawan kamu masih baik

 

kerana Gembala menyedari kehadiran serigala. Dan segera menembaknya. Kamu

mesti berhati-hati selalu menjaga diri..” Ibu anak kambing biri-biri mengingatkan

anaknya itu.

“Baiklah ibu. Saya tidak lupa pesanan ibu.”

Hari semakin petang. Gembala mengarahkan kawanan kambing biri-biri itu memasuki

kandangnya. Dan pintu kandang biri-biri itu ditutup rapat. Gembala sentiasa menjaga

keselamatan kambing-kambingnya daripada sebarang gangguan. Terutama

serigala.yang sentiasa mencari peluang kerana kelalaiannya.

Suatu hari Serigala berjalan-jalan sekitar padang rumput itu. Dia menemui kulit

biri-biri yang kosong dan usang terletak di situ. Lalu mengambilnya. Dia menyarungkan

kulit biri-biri itu pada badannya.

“Rupaku tidak ubah seperti anak kambing biri-biri. Tentu Gembala tidak dapat

mengenali aku adalah serigala sekiranya aku memakai begini. Dengan ini mudahlah

aku menyelinap di tengah kawanan kambing biri-biri dan memperdaya mereka

mengikutiku ke dalam hutan. Sampai saja dalam hutan, aku akan jadikannya

makananku.” Dia yakin akan mencapai kejayaannya.. Tapi dengan memakai kulit

kambing biri-biri itu Serigala kelihatan besar dan gemuk berbanding anak kambing biri-

biri yang lain.



Pada suatu pagi gembala mengembala kawanan kambingnya ke padang rumput

seperti kebiasaannya. Serigala pun turut berada dalam kawanan kambing biri-biri itu

tanpa disedari Gembala. Serigala berpura-pura meragut rumput juga cuba meniru

semua perbuatan kambing biri-biri agar kehadirannya tidak disedari Gembala. . Dia

 

berkawan dengan anak kambing biri biri. Dan segera mengajak anak kambing biri-biri

itu mengikutinya meragut rumput di tepi hutan.

“Di situ rumputnya lebih segar dan sedap berbanding dengan rumput di sini.

Ayuh ikut aku ke sana.” Serigala mengumpan dengan kata-kata yang mengujakan..

“Aku tidak mahu kerana ibuku tidak membenarkan aku berjauhan darinya.”

Tukas anak kambing biri-biri. Serigala merasa kecewa kerana usahanya telah gagal.

Dia berpaling pada rakan anak kambing biri-biri yang lain.

“Benar katamu di sana rumputnya lebih segar dan sedap. Tapi di sana

tempatnya berdekatan dengan hutan. Serigala tinggal di situ. Aku pernah diserang

serigala itu ketika aku sedang makan rumput di sana.” Rakan anak kambing biri-biri

menceritakan pengalamannya yang sangat mengerikannya. Serigala tersengih

mendengarnya. Anak kambing biri-biri itu tidak tahu bahawa dia sedang berbicara

dengan serigala yang pernah cuba menyerangnya dahulu.

“Oh begitu kisahnya. Tapi aku selalu ke situ. Tidak pernah pula serigala

menggangguku. Aku dengar khabar, serigala itu telah berpindah ke tempat lain. Dia

tidak lagi tinggal di dalam hutan itu.” Serigala bertutur lembut, membohongi kenyataan

sebenarnya. Dia cuba meyakinkan kawan anak kambing biri-biri bahawa tiada bahaya

yang akan dihadapi kelak.

“Ayuhlah kita makan rumput di sana. Serigala tidak akan mengganggu kita.”

Serigala masih cuba memujuk anak kambing biri-biri itu. Dia pasti anak kambing biri-biri

yang pernah cuba ditangkap dahulu telah termakan pujukannya.

 

“Usahlah kawan-kawanku makan rumput di sana. Nanti kalau apa-apa terjadi

pada kamu tiada siapa boleh menolong kamu.” Anak kambing biri-biri cuba

menegahnya. Dia tidak mahu kawan-kawannya menjadi mangsa serangan serigala.

“Sekiranya serigala itu muncul tentu kami boleh melawannya. Sebab kami

berdua.” Ujar Serigala. Dia masih berusaha hendak menipu kawan anak kambing biri-

biri itu.

“Aku sudah memperingatkan kamu berdua akan bahayanya jika berada jauh dari

sini.” Kata anak kambing biri-biri lagi.

“Mari kita segera makan rumput di sana. Kalau sudah tengah hari rumputnya

akan liat. Dan tidak sedap lagi. Susah pula hendak meragutnya. Usah kau pedulikan

kata-katanya. Biarkan dia meragut rumput di sini.” Serigala dan anak kambing biri-biri

melangkah beriringan menghampiri hutan.

Gembala memerhati kawanan kambing biri itu dari bawah pokok. Dia sedang

berehat di situ. Dia bercadang hendak menyembelih anak biri-biri sebagai hidangan

makan malam bersama anak isterinya. Anak-anaknya yang sedang belajar di bandar

juga telah pulang. Jadi dia ingin menjamu semua ahli keluarganya dengan hidangan

istimewa.

 

Dia mendapati seekor anak kambing biri-biri yang kelihatan lebih gemuk

berbanding dengan anak kambing biri-biri yang lain. Anak kambing biri-biri yang gemuk

itu akan jadi pilihannya. Dia mengambil senapang yang disandarkan pada pohon itu.



Senapang itu disandang di bahunya. Dia melihat anak kambing biri-biri yang

gemuk itu bersama anak kambing biri-biri yang agak kecil sedang berjalan menuju

hutan.

Gembala menghalakan senapang arah sasarannya. Dan melepaskan

tembakan. Peluru senapangnya tepat mengenai sasarannya. Gembala segera berlari

untuk menyembelihnya. Dia terkejut mendapati anak kambing biri-biri yang

ditembaknya adalah serigala setelah melihat mulutnya ternganga dengan giginya yang

tajam.. Gembala telah menyelamatkan anak kambing biri-birinya daripada menjadi

mangsa serigala yang menyamar itu.

“Walau berusaha menyamar diri untuk menipuku, akhirnya perbuatan itu akan

diketahui dan menerima akibatnya.” Kata Gembala dalam hatinya.


MyBloglist