ASSALAMUALAIKUM
PI BERKONGSI STATUS FB YANG DITULIS SDR YATIM SEORANG PENULIS SABAH JUGA EDITOR AKHBAR NST YANG MASIH BERCUTI EKORAN STATUS FB PI TENTANG BUKU-BUKU YANG MENERBITKAN KARYA PI SEPANJANG 2018.
SELANGKAH MENUTUP PINTU 2018
PENULIS yang berjaya ialah yang memiliki dokumentasi untuk karyanya, tidak kira atologi atau kumpulan karya. Dan kerana itu kita berbangga kepada
Paridah Ishak atas usahanya menyertai pelbagai terbitan antologi dari persatuan penulis atau kumpulan penerbit.
Parida di statusnya, berkata Disember 2018 perlahan-perlahan mengansur diri meninggalkan catatan kenangannya dalam lipatan memori. Dalam tempoh setahun, Kakpidah hasilkan beberapa antologi antaranyanya SPTA - Sifu Tabir Alam, Yatim Ahmad (Jom sastera), Dato Radzuan Ibrahim (Penyair Malaysia), Karyawan Pk, BeTA: Ilhami Hisham (BeTA), Roslan Madun (Perpustakaan Negeri Pahang),
Md Share Abd Ghani/
TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar (Bahtera Publishing),
Tati Sitaim(Iris Publishing & Distributors) dan E-Sastera Malaysia oleh Prof Irwan Abu Bakar.
"Terima kasih banyak kepada semua editor penyelenggara atas kesudian menyertakan karya kak Pidah dalam antologi berkenaan," kata Parida.
Berdasarkann perkembangan sastera, terbitan antologi karya begini tidak pernah dinikmati oleh mana-mana penulis sebelum dunia memasuki Abad ke-21. Ini kerana waktu itu penerbitan sangat menitik beratkan kualiti karya (pemilih) serta hanya menumpu personal yang dikenali sahaja semata-mata mahu menjaga 'standard' terbitan mereka, wal hal seperti mana-mana bidang, memerlukan pemula yang perlu diberikansuntikan semangat.
Bagaimanapun, apabila Abad ke-21 memasuki fasa pertama suku tahun pada 2010 iaitu persamaan pembentukan banyak persatuan dan kelab penulis alam maya, industri perbukuan mula berubah apabila mereka memulakan terbitan buku untuk ahli. Kita lebih terbuka dan toleran kepada semua pihak tanpa mengkelaskan mereka.
Kumpulan sastera maya seperti Rakan Sastera (Sabah) memulakan langkah membukukan ahlinya pada hingga hasilkan Antologi Puisi Kelarai diselenggarakan oleh Kathirina
Tati Sitaim. Kelab penulis ini saya tubuhkan pada 2011, walaupun tidak lagi aktif, tetapi beberapa ahlinya terus menulis dan hasilkan buku.
Begitu apabila saya menubuhkan Ikosas, kami menerbitkan antologi puisi, sebelum menubuhkan Jom sastera, bukan sahaja buku malah majalah. Langkah menerbitkan karya ahli persatuan dan kelab penulis alam maya semakin pesat sejak dua tiga tahun lalu.
Kesedaran mendokumentasikan karya penulis ini telah memecahkan monopoli penerbitan buku oleh penerbit arus perdana dan berikan saingan dari segi pembelian buku-buku sastera.
Selain puisi, penerbit maya juga hasilkan antologi cerpen dan ini berikan peluang mengasah bakat kepada penulis maya. Persoalan kualiti tidak timbul, walaupun menerima banyak ritikan, namun akhirnya kita pasti menuju kematanagn berkarya, cepat atau lambat. Kematangan dan kualiti akan datang sendiri apabila kita berikan peluang kepada semua penulis untuk ikut sertakan antologi.
Budaya terbitan buku sastera maya ini secara tidak langsung hasilkan 'keusahawan' penulis apabila mereka mengeluarkan kos terbitan bersama-sama, selain menjual antologi kepada awam. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penulis sebelum sastera siber meledak kerana sebelum itu, promosi dan penjualan buku dilakukan oleh pihak penerbit. Dalam skala yang terhad, tanpa bantuan, pemasaran buku ketika itu amat terhad.
Sebelum sastera siber berkembang, penulis bagaikan raja kepada penerbit. Walaupun dibayar royalti dan buku terus dicetak, namun penulis bagaikan tidak boleh diganggu gugat kerana tiada sesiapa boleh hasilkan buku dan ini menyebabkan segelintir penulis dan tokoh sasterawan seperti anak emas kepada penerbit berkenaan menyebabkan wujudnya kelompok feudal dan eletis sastera yang lupa bahawa masyarakat adalah faktor utama menentukan bidang itu bertahan atau tidak.
Namun, apabila persatuan dan kelab penulis alam maya tumbuh seperti cendawan di musim hujan, cici-ciri memasyarakatkan sastera pun turut berkembang, tetapi usaha ini tiba ketika industri buku pula merundum berikutan peralatan lebih canggih seperti telefon pintar menyebarkan pelbagai maklumat.
Begitulah. Walaupun perkembangan semasa sastera begitu maju, tetapi hadapi kesan kejatuhan sejak setahun lalu- antaranya syarikat penerbitan tutup, buku dilelongkan atau dibuang, tetapi pengamal sastera maya mampu menjadi tonggak kekuatan infrastruktur yang hampir roboh itu menerusi budaya keusahawan penulis.
Setidaknya, sesama kita menerbitkan buku dan membeli akan terus wujudkan persekitaran sastera kalangan masyarakat.
Semoga semua penulis terus komited hasilkan karya dan dibukukan, selain kita berusaha untuk keluar dari kepompong berkelompok ke kawasan umum untuk menjual produk sastera sambil mengadakan acara deklamasi puisi.
KIta juga perlu menggalakan agar semua persatuan penulis dan kelab sastera maya agar membuat perancangan ke sekolah-sekolah untuk memastikan kita dapat membentuk pelapis muda sastera selain mendorong mereka membeli dan membaca buku sastera.
Tahniah kepada Parida dan semua rakan-rakan yang mendokumentasikan karya. Semangat bekerjasama ini perlu terus dipertahankan dan semoga akan ada karya besar dihasilkan oleh penulis alam maya suatu masa nanti.
Untuk memastikan struktur sastera ini tidak roboh, semua pihak harus berada di belakang pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan menyokong semua program pihak berkanun itu agar dapat membentuk program bersepadu. Begitu kita kena usahakan bagaimana ITBM terus berikan khidmat kepada penulis dan masyarakat keseluruhannya.
Semoga semua maju jaya
Ketua Satu