Monday, 31 August 2015

NASI AYAM TOMATO...

ASSALAMUALAIKUM...



Nasi Tomato Ayam Wangi
Hidangan nasi tomato tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan sajian lain. Mempunyai keenakan rasa tersendiri di samping lauk pauk yang pelbagai dan amat sesuai disajikan kepada tetamu. Jika kena dengan gayanya tetamu pasti akan tersenyum lebar menikmati hidangan hebat  yang disajikan. Selamat mencuba!

NASI TOMATO ISTIMEWA

Bahan-bahan :

2 cawan beras
1 tin susu cair
1 camca besar marjerin
3 camca besar minyak sapi
3 ulas bawang merah  - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih  -  ditumbuk halus
2 sm halia - ditumbuk halus
4 camca besar tomato puri atau sos tomato
3 biji buah pelaga - rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga lawang -  rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga cengkih -  rempah 4 sekawan
2 sm kayu manis - rempah 4 sekawan
Sedikit air
Sedikit  garam secukupnya

Cara-cara membuat :

  1. Panaskan minyak sapi dan marjerin, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
  2. Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan.
  3. Tumis sehingga naik bau dan barulah dimasukkan air, tomato puri, susu cair serta garam.
  4. Setelah mendidih barulah dimasukkan beras yang telah dicuci bersih.
  5. Biar sehingga masak dan siap dihidangkan bersama lauk-pauk.


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :

500 gm ayam – dipotong sederhana
100 gm cili kering  } dikisar halus
2 batang serai        } dikisar halus
2 cm lengkuas        }  dikisar halus
2 ulas bawang merah } dikisar halus
2 ulas bawang putih   } dikisar halus
2 biji buah pelaga } rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga lawang } rempah 4 sekawan
3 kuntum bunga cengkih     } rempah 4 sekawan
2 sm kayu manis     } rempah 4 sekawan
¼ tin susu cair
3 camca besar minyak masak
3 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puri
Garam & gula secukupnya

Cara-cara membuat :

  • Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan dan kacau rata.
  • Seterusnya masukkan susu cair, sos cili, tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau rata dan biarkan sehingga empuk serta kuah menjadi pekat. Seterusnya siap untuk dihidangkan.

RESEPI MINGGUAN WANITA.



JALUR GEMILANG BAHTERA MERDEKA....

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM KEMERDEKAAN TANAH AIR KE 58


Jalur Gemilang di bahtera merdeka

Berkibaran megah ia menyonsong angin
Bersama bahtera merdeka membelah samudera  jagat raya
masih girang warna tidak sirna
tidak koyak
tidak rabak

Kadang panas kering kadang sejuk dingin
namun elayaran berterusan membawa bebanan berat ringan
meskipun payah mengendalinya bukan mudah

Nakhoda berganti-gantian berjanji-janjian memelihara kemasyhlahatan
Menimbun kemakmuran yang didambakan.
Tiada keluhan tiada sesalan tiada bantahan

Berbilang kemahuan beragam kerenah
Ditatang diampu agar jangan punah
jangan berderai berkecai relai
diusap dibelai lembut gemalai.

Moga sengketa tidak beronak beranjau mereba
merosak aman menyebab luka

Bahtera merdeka belayar laju bersama waktu
melintas lautan berombak biru kuning merah hijau ungu

Dilepasi satu persatu tanpa ragu hanya mahu
Masihkah gagah bahtera merdeka?
Dengan kibaran jalur gemilang pengeras rasa waja
Sedang angin menderu-deru gelora mula melanda

Yang menumpanginya mensia-sia keteguhannya
Terulit dengan mewahnya pesta-pesta kemakmuran
Yang mengundang tikus-tikus berkeliaran
Justeru terlalu banyak rezeki bersepahan
Di lantainya di sudutnya bertaburan merata

Gigi-gigi  geraham perkasa lagi tajam
Sentiasa mengintai peluang menjahanamkan mengaramkan
Menundanya kemana saja menurut kehendak

Nakhoda yang bijak tidak berganjak
Bulat total madahnya jangan digertak

Bahtera merdeka warisan nenek moyang kita
Selamanya untuk kita bukan sesiapa
Bukan persona.


Dirgahayu tanah airku.



Sunday, 30 August 2015

30 OGOS YANG DIRAI...

ASSALAMUALAIKUM....

AWAL SEHARI MERAIKAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KITA YANG KE 58 TERMAKTUB TARIKHNYA KEESOKANNYA.

HARI YANG PUNYAI INSIDENNYA YANG TERSENDIRI TERPAUT MANIS DALAM MEMORI MEREKA YANG ALAMI.

RAMAI KAWAN-KAWAN KITA VIEWERS DAN BLOGGERS YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PADA HARI INI. SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA SENTIASA BERBAHAGIA, SIHAT SEJAHTERA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH ALLAH BERSAMA KELUARGA TERCINTA, DIMURAHI REZEKI, DIPANJANGKAN USIA...

UCAPAN PI INI TIDAK LUPA BUAT BLOGGER NOHAS....KAWAN BLOGGER SEJAK KENALI ALAM BLOG SELAIN KJEE, IRFA DAN KESUMA ANGSANA.
HAPPY BIRTHDAY NOHAS.

http://al-pakri.blogspot.com/
My Photo

CUCU PI ABQORI JUGA MERAIKAN HARI ULANG TAHUNNYA YANG KEDUA BERKONGSI TARIKHNYA DENGAN NOHAS DAN RAMAI YANG LAIN LAGI.

SEMAKIN BIJAK DAN KELETAH, RAMAH PULA BERKATA-KATA...TELATAHNYA MENYUKAKAN HATI SENTIASA, MENGHIBUR SUNYI LARA MAKTOKNYA APALAGI MAMA PAPA DAN ABANG-ABANG YANG AMAT MENGASEHINYA.




Friday, 28 August 2015

AKIBAT TAK DENGAR NASIHAT..

ASSALAMUALAIKUM...

KAN DAH TERJATUH DALAM LONGKANG...AKIBAT LEKA SANGAT BERWHATSAPP DAN ASYIK BERSELFILAH TU... ORANG DAH PESAN BANYAK KALI TAK MAHU DENGAR JUGA...KAN DAH TERIMA PADAHNYA... MENYUSAHKAN KELUARGA DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA SAJA..HEH..HEH..



PIC ZUL AMIR.

POJOK TANPA NOKTAH TANPA SUDAH...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

TULISLAH APA SAJA YANG DIMINATI SESUAI DENGAN KEPAKARAN DIRI DAN TERBITKANNYA MELALUI PROJEK ALTERNATIF KARANGKRAF.COM
MENULIS JUGA ADALAH IBADAH YANG MULIA....NAMUN PILIHLAH KARYA PENULISAN YANG MEMENAFAATKAN PEMBACANYA DAN PAHALANYA BERKEKALAN SELAGI ILMU YANG DITULIS DITERBITKAN DAN DIGUNAKAN PENGAMALNYA...INSYA ALLAH.




BUKU POJOK - Penulisan Tanpa Noktah. Perjuangan Tanpa Sudah
Mohon untuk share di fb, instagram, blog, twitter masing-masing. Kita mahu mendapatkan banyak manuskrip baru yang bermutu. Idea yang mantap dan tulisan yang pantas.
Kita mahu bahan bacaan yang boleh membina tribe dan merangsang fikiran pembaca masakini.
.
_________________________________________________________
BUKU POJOK - Penulisan Tanpa Noktah. Perjuangan Tanpa Sudah
Genre baru penulisan alternatif.
Platform luahan idea yang berani.
Anda tidak perlu menjadi hebat untuk hasilkan buku. Tidak perlu anugerah untuk menjadi penulis hebat. Tidak perlu masuk universiti untuk dapat passport menjadi penulis. Yang penting otak kanan dan otak kiri yang superb. Berani bersuara. Yakin dan mantap dengan idea baru. Tulisan yang jarang orang tulis.
Genre | Bebas, travelog, agama, motivasi, kisah benar, human interest, anekdot, buletin, pengakuan, novelet
Bahasa | Mudah, ringkas, sempoi, straight forward, luar biasa, mampu membina evolusi dan beri impak kepada kepada masyarakat
- Kami suka hendak terbitkan karya anda.
- Kami juga akan bantu anda terbitkan karya dan semua orang boleh baca tulisan itu.
Mari kita bincang:
Emel kami: projekalternatif@karangkraf.com.my
Klik like fb Buku Pojok: https://www.facebook.com/bukupojok?fref=ts


Bahasa pantun

ASSALAMUALAIKUM..

Kelapa sebatang tepi perigi
     kudup mengkudu di ujung dahan
Kenapa datang kenapa pergi
    menyimpul rindu tak kesudahan.


Riang ria ke sana sini
    patah rusuk apa jadinya
riang ria hari ini
    entah esok apa jadinya.

Hendak dilurut duri selasih
    kayu jati dibuat alang
hendakku turut hati sedih
    walang hati bukan kepalang.

Kudup ini kelopak tengah
    belum penuh air tempayan
hidup ini baru setengah..
     belum penuh seperti bulan

Inginku tebang pohon kedondong
    anak rerama sedang merayap
Inginku terbang seperti burung
    apakan daya tidak bersayap.

Wednesday, 26 August 2015

PANTANG MINUM NESCAFE?

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES SEKADAR HIASAN..

KENAPA PERLU PANTANG MINUM NESCAFE?...APA PULA MASALAHNYA? ...NESCAFE KAN SEDAP DIJADIKAN MINUMAN PAGI PETANG SAMAADA BERCAMPUR SUSU ATAU KOSONG SEMATA....BAGI YANG ALAH KEPADA MINUMAN BERCAFEIN BEGITULAH SEPERTI PI.

SEMENJAK ALAMI PATAH TULANG PINGGUL PI TERPAKSA BERPANTANG BANYAK JENIS MAKANAN DAN MINUMAN...APA NAK BUAT KAN...KALAU TAK BERPANTANG ALAMATNYA KAKI AKAN KEKEJANGAN...CRAMP....SAKIT SANGAT KAKI YANG KEJANG MACAM TARIK MENGKARUNG TU...MENGADOILAH JAWABNYA.

PI SENTIASA MENGELAK KEJANG DARIPADA TERJADI DAN SUDAH LAMA TIDAK MERASAINYA ...TUP! TUP! ITULAH YANG TERJADI....MENGADOI SAKAN PI MEMBUATKAN ANAK-ANAK SIBUK MELUMUR KAKI DENGAN MINYAK PANAS YANG SUDAH LAMA TIDAK DIGUNAKAN....TAK BAIK JUGA...SETELAH MENELAN DUA BIJI PIL DEMAM BARULAH LEGA SIKIT....BOLEHLAH MENAIP ENTRY PENDEK SEPERTI SELALU.

MENYESAL PULAK MINUM SEGELAS NESCAFE SUSU TADI...SAJA-SAJA NAK CARI PENYAKIT.

PENGALAMAN PI ...PANTANG BUAT MEREKA YANG ALAMI PATAH TULANG INI TIDAK BOLEH TERDEDAH HAWA SEJUK, SAYUR YANG BANYAK ANGIN SEPERTI TERUNG KANGKUNG TIMUN...DLL.BUAH ANGGUR PUN PANTANG ....PULUT DURIAN JUGA...DAGING PUN TAK BOLEH DIMAKAN...AYAM OK.
MINUMAN BERCAFEIN TOLAK TEPI... KECUALI AIR SEJUK ATAU SUSU..

TAK BERPANTANG SENGSARALAH BADAN DITARIK KEKEJANGAN...SAKIT WOO..

KALAU TAK ADA DUIT JANGAN BERANGAN NAK MATI...wordless wednesday

ASSALAMUALAIKUM...

TAPI KALAU TAK DIBERITAHU TENTU TAK TAHU...KOS HIDUP DAN MATI PERLU DIFIKIRKAN.

Tuesday, 25 August 2015

CANDY KELAPA...

ASSALAMUALAIKUM....

BAHAN UTAMANYA CUMA KELAPA, SUSU, GULA, GHEE/MENTEGA SAJA...PERISANYA BOLEH DIPILIH IKUT KESUKAAN...PI SUKA CANDY KELAPA COKLAT...YANG WARNA-WARNI TAK BERAPA GEMAR SANGAT...MEMASAKNYA PUN TAK LAMA...KACAU-KACAU SAJA DI DALAM KUALI DI ATAS API DAH SIAP...



CANDY KELAPA
500 gm kelapa parut putih
500 gm susu pekat (1 tin)
350 gm gula
2 sudu makan ghee atau pun mentega
1 sudu makan vanilla
Warna secukup nya
Tray size 11 x 8 inci di sapu dengan ghee
Masukkan kelapa,gula dan susu pekat dalam kuali kacau hingga mendidh dan seterusnya hingga pekat. Masuk warna dan terus kacau hingga pekat lagi.
Masuk ghee dan vanilla kacau hingga adunan tidak melekat kepada kuali dan bila di tekan dengan pisau plastic tak melekat( ini kena pandai kalau tidak tak keras).
Masukkan ke dalam tray dan ratakan sampai padat. Bila sejuk boleh dipotong.

Monday, 24 August 2015

TERAS TERHUNJAM GUBAL MELAYANG TERTINTING BERTAMPI TERAS GUBAL MELAYANG TERAS TINGGAL....

Assalamualaikum...

PANTUN-PANTUN PERIBAHASA PAK ENGKU

KE LAUT DALAM BERPERAHU PAYANG,
LAUT CHERATING BEROMBAK GANAS,PERAHU PAYANG KEMUDI TERTANGGAL;
TERAS TERHUNJAM GUBAL MELAYANG,
TERTINTING BERTAMPI TERAS,
GUBAL MELAYANG TERAS TINGGAL.

Peribahasa : Teras terhunjam gubal melayang, tertinting bertampi teras,
gubal melayang teras tinggal.
Maksudnya : Orang yang berdarjat atau bangsawan, walaupun miskin
tetap dimuliakan.

TANAM HALIA SAMA PERIA,
TANAH BERKEPAL BERBUNGKAH-BUNGKAH,
TANAM SEBARIS DI KEBUN BARUH;
TIMUN DI DIA PISAU DI DIA,
HIRIS TEBAL TAK SIAPA MENEGAH,
HIRIS NIPIS TAK SIAPA MENYURUH.
Peribahasa :Timun pada dia, pisau pada dia, hiris tebal tiada siapa
menegah, hiris nipis tiada siapa menyuruh.
Maksudnya : Seseorang yang mempunyai kuasa penuh atau hak ke atas
seorang yang lain yang berada di bawah kuasanya.

BERJALAN SI KITUL KE INDERAGIRI,
BELI TERENDAK DI PEKAN SARI;
BELUM BETUL MEMBILANG JARI,
SUDAH HENDAK BANGKIT BERDIRI.
Peribahasa : Belum betul membilang jari, sudah hendak bangkit berdiri.
Maksudnya : Hendak berlagak menunjukkan pandai seperti orang tua
sedangkan diri belum berpengalaman.

BERKATI-KATI DIJUAL REBUNG,
DIJUAL RUNCIT DI PASAR BORONG;
JANGAN SEPERTI SI BUNTAL KEMBUNG,
PERUT BUNCIT DI DALAM KOSONG.
Peribahasa : Laksana buntal kembung, perut buncit di dalam kosong.
Maksudnya :Orang yang bodoh dan sombong tetapi sering bercakap besar.

KE PULAU JAWA PANGLIMA AGUNG,
HENDAK MEMBELI KERIS PANDAK;
JANGAN DIBAWA RESMI JAGUNG,
SEMAKIN BERISI SEMAKIN TEGAK.
Peribahasa : Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.
Maksudnya : Makin dia berilmu atau kaya, semakin bongkak dan sombong.

DIPAKAI TEMAN BAJU BATIK,
BAJU BERSULAM BABA DAN NYONYA;
MATILAH KUMAN KENA PELANTIK,
SEKALIAN ALAM LIMPAH DARAHNYA.
Peribahasa : Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam limpah darah-
nya.
Maksudnya : Orang biasa atau kebanyakkan kalau berkahwin dengan
golongan bangsawan atau berdarjat akan menjadi buah
orang ramai.

MATI TEHIMPIT ANAK NAPUH,
DI PERDU SAGA MATI TERBUJUR,
KALAU SEMPIT SAMA BERTIMPUH,
KALAU LEGA SAMA BERLUNJUR.
Peribahasa : Sempit bertimpuh, lega berlunjur.
Maksudnya : Jika mendapat rezeki yang sedikit, bersabar dan berjimat-
cermatlah, apabila telah mendapat pendapatan yang lebih,
barulah bersenang-lenang.

KENA JELATANG TERASA SAKIT,
KENA KETIKA PERGI KE HUTAN;
TUAH DATANG SEBESAR BUKIT,
SAYANG CELAKA MENIMPA BADAN.
Peribahasa : Tuah sebesar bukit, celaka menimpa badan.
Maksudnya : Orang yang ada ilmu pengetahuan tetapi hidup susah
kerana tidak tetap mata pencarian.

BURUNG GEREJA BURUNG TEMPUA,
BURUNG BIASA MEMAKAN PADI;
PENAT SAJA TUKANG MENEMPA,
BESI BINASA SENJATA TAK JADI.
Peribahasa : Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.
Maksudnya : Banyak wang dan tenaga yang habis tetapi hasilnya tiada
atau tidak mendatangkan faedah.

TINGGI SUNGGUH TERBANG KEDIDI,
TERBANG MENYUSUR PERLAHAN-LAHAN;
KERJA BERTANGGUH TIDAK MENJADI,
KERJA BERANSUR TIDAK BERTAHAN.
Peribahasa : Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan.
Maksudnya : Kerja yang ditangguh-tangguhkan pasti tidak akan siap
tetapi kalau dibuat secara beransur-ansur pasti akan
sudah akhirnya.

IKAN BELIDA GULAI TEMPOYAK,
KUNING WARNA RENCAHNYA BENDI;
KALAU TIADA EMAS SEPIAK,
KERJA MANA BOLEH MENJADI.
Peribahasa : Kalau tiada emas sepiak, kerja mana boleh menjadi.
Maksudnya : Jikalau kita lemah dan miskin, sudah tentulah segala apa
yang kita hajati tidak akan berhasil.

DIGULAI HENDAK SI IKAN MAYUNG,
IKAN DIMAKAN SEDAP RASANYA;
JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG,
DI MANA AKAN DAPAT SAGUNYA.
Peribahasa : Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksudnya : Apa juga cita-cita kita tidak mungkin akan berhasil jikalau
kita tidak berusaha dengan gigih.
SEKIAN. 
   

TIPS ELAK STRES

ASSALAMUALAIKUM....

BERMULALAH HARI ISNIN SETELAH AHAD DAN KELMARINNYA SABTU DENGAN RUTIN KEBIASAANYA KADANG STRES MENJEMUKAN....TERASA NAK BERHENTI DARIPADA MELAKUKAN APA SAJA KERJA YANG DITENTUKAN TUNTUTANYA MENURUT KETEPATAN MASA DAN HARI SEBELUM MEMPEROLEHI IMBALAN YANG DIJANJI... .

DAH JANGAN LAYU JANGAN MOYOK SERIKAN WAJAH DARIPADA KESUGULAN...TARIK NAFAS BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN RASULULAH SAW ...MENGUCAP TASBIH ZIKIR SERAYA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH AZZAWAJALLA YANG MENAFASKAN KITA LAGI UNTUK MENGAIH REZEKI DI DUNIA FANA INI DAN MENUKARNYA MENJADI BEKALAN DI AKHIRAT ALAM BAQA.

URUT DADA MELAMPIASKAN KEKAGUMAN TERHADAP KEINDAHAN CIPTAAN-NYA YANG SATU INI...

APATU?
APALAGI BUNGA ORKIDLAH..
KAN PI SUKA ORKID HEH..HEH..


PIC KELAB ORKID KELANTAN

SEMUA PIC NANA MUS FB.





Sunday, 23 August 2015

SAMBAL ITAM PAHANG ILLA MEWAH ..

ASSALAMUALAIKUM...

KALAU RAJIN ADA KEMAHUAN SAMBAL ITAM PAHANG YANG ENAK  INI BOLEH SAJA DIBUAT SENDIRI.
YANG AMAT MUDAHPUN CARA DAN RESEPI MEMBUATNYA KADANG TAK TERBUAT JUGA... LANTARAN BANYAK LAGI URUSAN SEHARIAN YANG PERLU DIUTAMAKAN...

SELERA TEKAK YANG TERINGIN MEMENUHI HAJAT TIDAK BOLEH DIABAIKAN JUGA...
TAKUT KEMPUNAN HEH..HEH...TAK SUSAHPUN KAN...SAMBAL ITAM BANYAK DI PASARAN...TERUTAMA DI PAHANG....BOLEH DIBELI SAJA.

ADIK PI YANG SUDAH LAMA BERGIAT DALAM BISNIS CAFE MAKANAN DI BANDAR BENTONG JUGA MEMULAKAN LANGKAH MEMPRODUKSI SAMBAL ITAM PAHANG NI.

TUGAS KAKAK HANYALAH TOLONG MEMPROMOSIKAN SAJA....BIASALAH ADIKBERADIK MESTILAH SALING TOLONG MENOLONG SETAKAT KEMAMPUANNYA.

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG INGIN MERASAINYA BOLEHLAH MENGODERNYA DENGAN MENELEFON PENGUSAHANYA...



Pengenalan heart emoticon Sambal Hitam Mewah heart emoticon
Ramuan:
Ikan Bilis,
Bawang Besar,
Cili Padi,
Bahan utama kalau takde bahan ni maka tiadala jadinye sambal hitam pahang tu iaitu BELIMBING BULUH yang direbus..
no garam,no perasa, no asam keping/asam jawa & dimasak dengan kasih sayang air tangan seorang ibu








HARGANYA 6RM SAJA DENGAN BERAT 100GM.

DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS PUN AMAT MENYELERAKAN.

LAUT BERAIR MASIN BERTEMU LAUT BERAIR TAWAR TAPI TIDAK BERCAMPUR...MASYA ALLAH!

ASSALAMUALAIKUM....

NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?




Bismillah,,
Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu video yg bagus tentang masalah dua lautan yg tak pernah menyatu akhirnya saya mendptkan kiriman video yg bagus tentang kebenaran firman Allah Swt dlm surat Ar-Rahman ayat 19,20 & 21...

▶Video ini membuktikan kebenaran Surat Ar-Rahman ayat 19, 20, dan 21 yg berbunyi:
“Dia membiark
an dua lautan mengalir yg keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tIdak dilampaui masing-masing. 

Maka nikmat Tuhan kamu manakah yg kamu dustakan??"
(Q.S. Ar-Rahman:19-21)
"Dan Dialah yg membiarkan 2 laut yg mengalir (berdampingan); yg ini tawar lagi segar & yg lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi" 

(QS. 25:53)
Inilah video tersebut, yg memperlihatkan aliran dua lautan yg tidak pernah bercampur, seolah-olah ada sekat atau dinding yg memisahkannya.

Masya Allah, Maha Besar Allah Yang Maha Agung. Ternyata air laut yang tidak bercampur itu benar-benar ada.

Dua lautan yang tidak bercampur itu terletak di Selat Gibraltar, selat yg memisahkan benua Afrika & Eropa, tepatnya antara negera Moroko & Sepanyol.
Semoga bermanfaat untuk bahan tadabbur qur'an
.

Saturday, 22 August 2015

CHALET KAMPUNG LANGSAT..

ASSALAMUALAIKUM...

PETANG SEMALAM KELUARGA PI BERGERAK KE SEKUDAI JOHOR SEKALI LAGI. .....KALAU DULU BERARAK BEROMBONGAN MENGIRING ANAK SAUDARA MENYEMPURNAKAN  PERTUNANGANNYA KINI DENGAN SEBAB UNTUK SAMA-SAMA MENYAKSIKAN DAN TURUT MERAIKAN PERNIKAHANNYA PULA.

SEMOGA PERNIKAHAN ANAK SAUDARA PI ZULHUSNI HASSANI BERSAMA PASANGAN PILIHANNYA KEKAL BERBAHAGIA...TERABADI JALENAN IKATANNYA SELAMANYA HINGGA MENUJU DISTINASI AKHIRNYA.

SEDIKIT MENGENAI ZULHUSNI HASSANI.

LULUSAN UUM INI...SEORANG YANG KUAT BERSUKAN PERNAH  MEWAKILI FELDA UNITED DALAM PERLAWANAN BOLA SEPAK ...MERUPAKAN ANAK KEDUA DARIPADA LIMA BERADIK YANG EMPATNYA PEREMPUAN. ....SEORANG ABANG DAN ADIK YANG SANGAT BERTANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGANYA....PENGUAT SEMANGAT IBUNYA YANG KEHILANGAN TEMPAT BERGANTUNG SETELAH AYAHNYA MENINGGAL DUNIA DI DALAM KECELAKAAN JALANRAYA.

KETIKA ITU USIANYA KAKAK DAN ADIK-ADIKNYA MASIH TERAMAT MENTAH DAN BELUM LAGI KESEMUANYA MASUK SEKOLAH RENDAH...ADIKNYA YANG KECIL MASIH BAYI.

DENGAN BANTUAN SAUDARA-MARA SEBELAH IBU DAN SEBELAH AYAHNYA ZULHUSNI KAKAK DAN ADIK-ADIKNYA MEMBESAR DENGAN KEHIDUPAN SEADANYA DAN IBUNYA YANG BERSEMANGAT TEGAR BERJAYA MEMBERIKAN ANAK-ANAKNYA DIDIKAN/PELAJARAN HINGGA KE MENARA GADING....IMPIAN SEORANG IBU DI DESA YANG MENGGELUTI MASALAH KEMISKINAN SENTIASA TIDAK PERNAH MEMUDARKAN NIAT MURNI IBUNYA YANG INGINKAN KESEMUA ANAK-ANAKNYA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

SALAH SILAH KETURUNAN ANAK SAUDARA PI INI BERASAL DARI JOHOR JUGA. PAKTOKNYA ORANG JOHOR DAN MENETAP DI PAHANG SETELAH PERSARAANNYA....PAKTOKNYA SEORANG SARJAN ASKAR DAN PERNAH BERLAKON DALAM FILEM SARJAN HASAN BERSAMA P.RAMLEE DULU-DULU....TENTULAH TIADA YANG TAHUPUN KECUALI ANAK CUCUNYA....MAKTOKNYA PULA BERASAL DARI KELANTAN....KEDUA-DUA KINI SUDAH ALLAHYARHAM...ALFATIHAH..

ALLAHYARHAM ATOKNYA TENTU AMAT BERBANGGA SEKALI KERANA SEORANG CUCU KESAYANGANYA MENAUT KEMBALI JURAI KETURUNANNYA YANG ASLI.

TAHNIAH ZULHUSNI....SEORANG ANAK SAUDARA YANG AMAT RAPAT DENGAN PI DAN SERINGKALI MENOLONG KESUSAHAN IBU SAUDARANYA YANG OKU INI...



SEMASA DI SANA KELUARGA PI MENGINAP DI CHALET KAMPUNG LANGSAT.
DAMAI DAN INDAH SEKALI PERSEKITARANNYA...AMAT SELESA DIHUNI BERSAMA KELUARGA TIKA BERCUTI.








MyBloglist