Sunday, 13 April 2025

BUAH NONA

 ASSALAMUALAIKUM


 


BUAH NONA

 

Anakku menanam pokok nona sisi halaman rumahnya. Elok tumbuh segar. Menghijau dedadaunnya. Berlalu masa, pokok nona itu mengeluarkan bunga dan berbuah beberapa tangkai. Aku pos gambarnya di laman blogku. Komen seorang sahabat Blogger dari Indonesia, buah itu namanya serikaya. Begitulah nama nona diberi mengikut negara di mana ia hidup  Serangga perosak tidak mengganggunya sehingga masak dan anakku menuainya.  Dapatlah aku merasainya. Walau usiaku sudah 66 tahun, tidak pernah pun aku makan buah nona.  Ada saja di jual di pasaran. Tapi aku tidak berminat nak beli.  Sebab aku anggap buah ini masam rasanya. Rupanya anggapanku tersasar. Buah nona ini tidak masam. Rasa manisnya bersahaja, yakni tidak terlalu manis. Sesuai dengan cita rasaku

 

halaman rumah –

setangkai buah nona

tuaian rasa


Saturday, 12 April 2025

SENANDUNG SEMALAM

 ASSALAMUALAIKUM



SENANDUNG SEMALAM

 

Suara  sukmaku senandung syahdu sendu

senada seirama sayu

simpulan sunyi selirat

sepi sendiri

senyumanku sinis

serinya sirna

.

Siapakah  sudi

sanggup singgah sisiku

sampingku sama-sama  saling sa\ndar susah

sepantun sayang seikhlasnya

santun sedihku senantiasa

.

Sepoi  semilir sapa

sehelai syukur sujud sejadah 

seiringan sesal singkir sipi

segalanya sudah suratan


Friday, 11 April 2025

SASTERAWAN ILHAMI HISHAM KENANGAN ABADI

ASSALAMUALAIKUM 



KENANGAN ABADI

SASTERAWAN ILHAMI HISHAM
Penulis berkenalan dengan sasterawan mapan anak kelahiran Derang, Kedah, Ustaz Ilhami Hisham tika Penulis mulai menulis semula setelah meninggalkannya sekian lama. Penulis tertarik membaca hantaran beliau berkenaan penerbitan beberapa antologi selenggaraannya selaku penerbit BeTA. Penulis pun join beberapa antologi iaitu Puisi Nikah Kahwin, antologi puisi Hijrah Merdeka dan C2N Rajaqna. Beliau memberi bimbingan pada penulis pemula yang menyertai projek penulisan antologi selenggaraan beliau.
Penulis berpeluang bertemu Ustaz Ilhami Hisham dan isterinya Puan Mazlinda dua kali. Pada kali pertama di majlis pelancaran buku Hijrah Merdeka dan CN2 Rajaqna di Shah Alam. Kali kedua bertemu lagi tika beliau dan isteri menghantar hadiah yang dimenangi dalam sayembara puisi Hijrah Merdeka juga sejumlah antologi terbitan BeTA justeru Penulis adalah antara penyumbang karya dalam antologi
berkenaan.
Rentetan pertemuan itu beliau menulis tentang Penulis di wall facebook beliau. Penulis merasa sungguh terharu dan amat berbesar hati,
.
. Catatan Ustaz Ilhami Hisham dalam wall fb beliau 16 November 2016 yang ditag kepada Penulis abadi dalam memori. Sebak rasa menerima penghargaan daripada penulis ternama ini.
"Beliau insan hebat. Anugerah-Nya.
Itu tiga kalimat yang kusangkutkan di siling hatiku sendiri. Banyak ilmu, maklumat dan pengalaman dapat kukutip ketika menziarahinya tadi petang. Kami temui di kediaman beliau di Selayang Utama.
Kak Paridah Ishak menerima kedatangan kami yang tidak disangka-sangka itu dengan kuntuman senyum yang manis. Kemesraannya jelas ketika beramah-mesra. Meskipun tidak banyak perkataan yang mampu diungkapkan, namun kami amat memahami isi hatinya.
Menurut anak perempuannya, seorang guru Sains, kemalangan melibatkan semua anggota keluarga mereka itu berlaku pada 1987.
"Ketika itu, saya berusia tujuh tahun," tukasnya.
Dalam hati, aku membayangkan bagaimana Kak Paridah membesarkan anak-anaknya dalam keadaan begitu.
Kini, beliau terus-menerus menulis. Meskipun dengan sebelah tangan cuma.
Namun karyanya amat hebat dan bernilai. Boleh dikatakan karyanya terdapat di dalam semua lapan buku projek BeTA sehingga ini.
Tidak banyak kesilapan ejaan, tanda baca dan ketata-bahasaan dalam nukilan beliau. Membuktikan beliau berkarya dengan penuh ketelitian.
Hasilnya, sajak beliau telah mendapat salah satu daripada tempat utama dalam Sayembara Menulis Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA pada bulan Ogos lalu."
Ilhami Hisham
Kami masih saling berhubungan via media sosial walau di mana saja beliau berada. Beliau sering mendorong Penulis agar terus menulis walaupun beliau tahu keupayaan Penulis amat terbatas.Tika dia jatuh sakit dan tidak boleh berjalan kemudiannya kembali pulih sediakala katanya padaku; “menerap kekuatan semangat Kak Pidah ni!” Masya-Allah! Sebak rasa tak terkata. Penulis doakan kesejahteraan kesihatannya senantiasa.
Kini Penulis telah ketiadaan sahabat sejati yang memahami dan khalayak sastera telah kehilangan tokoh sasterawan yang giat menulis sehingga akhir hayatnya.
Salam takziah kepada keluarga ustaz Ilhami terutama anak-anak telah yang telah yatim piatu kehilangan rimbun kasih ayah dan ummi yang menaungi kehidupan .lantaran kedua-duanya telah melangkah jauh menuruti takdir-Nya yang tersurat. Didoakan semoga roh Allahyarham Ismail Hashim/Ilhami Hashim dan zaujatinya Mazlinda dicucuri rahmat-Nya dan berada di kalangan para solehin di sisi Kekasih abadi sejati.
Innallillah hiwaiina ilaihirojiun. Al-fatihah.
ISMAIL HASHIM
I-lhami Hisham nama penanya
S-asterawan aktif menulis karya
M-embimbing penulis pemula
A-neka genre minat pilihan
I-lmu kongsikan tanpa berkira
L-unak bicara budi bahasa
H-adirnya bawa peranan
A-llah tentukan tika berlaku
S-emoga dicucuri rahmat rohnya
H-antaran doa iring bersama
I-nsan beriman samping solehin
M-eninggalkan fana jejak bertanda
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
17/1/025
s

Tuesday, 8 April 2025

GINGER BALIK KAMPUNG

 ASSALAMUALAIKUM


 






GINGER BALIK KAMPUNG

 

Pertama  kali Ginger berjalan

naik kereta lalu pengkalan

didokong Mia

meragam dia

akhir dikurung diam terkilan

.

Menjerit  dia dalam kurungan

celah jeriji keluar tangan

terkapai-kapai

hendak mencapai

tergesel-gesel tersangkut lengan

.

Setelah  lama tenanglah diri

di tepi tingkap kucing berdiri

renung sekitar

roda berputar

jemulah sungguh tak dapat lari

.

Ketika Mia sibuk beraya

busana cantik sakan bergaya

Ginger  dikurung

dilanda murung

makan tak lalu lemahlah daya


Sunday, 6 April 2025

ELEGI JELANG LEBARAN

 ASSALAMUALAIKUM






Salam Ahad selamat berhujung minggu.
Alhamdulillah puisi kuatrin; ELEGI JELANG LEBARAN karya PI disiar SUARA SARAWAK 6 Apr 2025 ....terima kasih banyak kesudian Editor...terima kasih banyak dik Eiza Nashwa @GRUP ALUMNI ASN berkongsi info....tahniah cikgu Nazim Mohd Subari dan penulis tertera turut berkongsi ruang karya



ELEGI JELANG LEBARAN


Jelang lebaran menghulur salam

bergenang tangis ketara basah

senja berakhir bermula malam

kala begini nyata berpisah


Tautan tangan terlerai sudah

melepaskanmu berat sekali

renungan sayu tiada madah

takdir tersurat sejak azali


Berladung sayu menghiris sukma

gerimis duka luruh merenyai

sekian musim telah bersama

dibungkus hiba segala lunyai


Cinta Ilahi amat sempurna

hamba yang soleh undang bertamu

ke alam barzah tinggalkan fana

tiba waktunya bisa ketemu


Genggam  iltizam  semangat bawa

pertemuan jua perpisahan

hadap ujian tarbiah jiwa

seka tangisan perlahan-lahan


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

14/3/025

Friday, 4 April 2025

WISATA RAYA

 ASSALAMUALAIKUM

PI BALIK BERAYA DI TERENGGANI ......MERIAH SEKALI SUASANANYA...SAUDARA MARA BERKUMPUL MENJAMU SELERA DENGAN JUADAH ISTIMEWA SAMBIL MENYAMBUT TETAMU YG BERKUNJUNG SILIH GANTI........HARI RAYA KEDUA PI IKUT ANAK CUCU KE PENGKALAN CHEPA KELANTAN MENGHADIRI RUMAH TERBUKA BOS TEMPAT KERJA ANAK N SINGGAH BERAYA DI TANAH MERAH RUMAH ANAK YG MENETAP DI SANA...ALHAMDULILLAH ALLAH KURNIAKAN PI ANAK CUCU YG RAMAI...BALIK DARI SANA KE UJ ZIARAH ADIK N JIRAN2 PI DI SANA SEPINTAS LALU...MAKLUM HARI BERANSUR PETANG...BERGEGAS PULANG KE SERENDAH SEBAB BIMBANG TERPERANGKAP DALAM JAMMED DI LEBUH RAYA...........ALHAMDULILLAH SELAMAT TIBA DI SERENDAH JAM 12 MALAM


GINGER PUN BALIK KAMPUNG















ARIF QORI IQBAL AQIL MANCING DI QURATA BEACH RESORT DAPAT JUGA BEBERAPA EKOR IKAN PADA PETANG SYAWAL PERTAMA






MyBloglist