ASSALAMUALAIKUM
Hari Wilayah -
binaan Putrajaya
nusa merdeka
seni binaan
fatamorgana –
oasis Kalahari
pesona bayang
cahaya neon -
kabut bulan mengambang
teman serambi
Hari Thaipusam –
arca atas pedati
lebuh sendiri
ASSALAMUALAIKUM
Hari Wilayah -
binaan Putrajaya
nusa merdeka
seni binaan
fatamorgana –
oasis Kalahari
pesona bayang
cahaya neon -
kabut bulan mengambang
teman serambi
Hari Thaipusam –
arca atas pedati
lebuh sendiri
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
ASSALAMUALAIKUM
bulan pertama -
susunan duit kertas
poket berisi
kulintangan zink -
rumah buluh Tobilung
budaya etnik
penari ngajat –
Gawai Ngemali Umai
lenggokan wira
langit membiru –
sampan tengah segara
tamu pengkalan
sebutir benih
mempelam harum manis -
dalam talian
kelapa sawit
lot kebun peneroka –
akaun satu
ASSALAMUALAIKUM
WUJUD
Wujud
itu ada
bukan
tiada
tidak
jelas
citranya
.
Menolak
bersungguh
koronavirus
arus
angin
menghembus
.
Meneka
gerangan
tertanya-tanya
sampai
kapan
musykilnya
Halimunan
namun
mampu
dikesan
keujudan
menggugat
ASSALAMUALAIKUM
CAWAN
PAPA
Ariff,
mama dan papanya sedang nikmati hidangan minum petang yang disediakan mamanya.
Ada sepinggan pisang tanduk yang digoreng turut terhidang bersama setekoh teh
panas.
Sambil
meneguk air teh di dalam cawannya yang sudah mulai suam panasnya Arif bersuara;
“Papa
guna cawan macam mana dulu ya?” papanya tersengih. Tidak menjawab pertanyaan
anaknya yang mulai belajar sejarah di sekolah dan paparan skrin you tube itu.
“Arif
ingat papa Arif tu lahir zaman purbakah? Sela mamanya.
“Papa,
mama, atuk, nenek semua guna cawan pinggan, periuk ginilah juga.” Tambah mamanya.
Agaknya apa info yang diterima Arif menyebabkan dia berfikir orang-orang dewasa disekelilingnya teramat kuno dan keringgalan zaman heh..heh
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
BANJIR YANG MELANDA PAHANG BARU-BARU NI RAMAI MANGSA YANG TERLIBAT...RUMAH PI PUN TIDAK TERKECUALI...PI BERADA DI SELANGOR TERPERANGKAP DALAM PKP DAN TIDAK DAPAT PULANG KE KAMPUNG UJ BERSAMA ANAK-ANAK UTUK MEMBERSIHKAN KOTORAN YANG DIBAWA BANJIR...KASIHAN RUMAH PI TERPERAP MASAM.
ADIK PI SAADIAH MENDAYA USAHA MENOLONG PI MEMBERSIHKAN RUMAH PI DENGAN DIBANTU TEAM FISABILLILLAH DUN KUALA SENTUL...KRT FELDA ULU JEMPOL..PENGERUSI KRT...PENGERUSI KOPERASI...PENGERUSI PDM...PROFIGS JENGKA.
ASSALAMUALAIKUM
sepatu putih
awal persekolahan
bertukar hitam
panggung Capitol
Seniman Bujang Lapok
demam semalam
selendang satin
gadis berbaju biru
sendiri lagi
kotak makanan
penunggang motor kapcai
pesanan jauh
api pelita
angin berhembus halus
gelap gelita
ASSALAMUALAIKUM
Ulam kelisa bawa ke
sini,
usahlah ragu begitu
lama;
budaya bangsa amalan
murni,
bagaikan lagu dengan
irama.
Kuih berpulut makanan
sihat,
ambil belebat letak di
tepi;
berbuih mulut beri
nasihat,
tanggung akibat
memandang sepi.
Harapkan lulus sedia
rapi,
masakan bubur apa
dipinta;
jiwa nan halus mencita
mimpi,
memandang kabur apa
yang nyata.
Bunga semalu di atas
batu,
di tepi tasik mekarnya
cantik;
masa berlalu berdetik
waktu,
Radio Klasik menggamit
asyik.
Adik berlari ke pekan
sari,
di sana bonda sedang
belanja;
cantik berseri mawar
berduri,
pesona minda sambil
berkerja.
Kayu gaharu letak di
peran,
simpan bercermat elak
gelupas;
tahun baharu mula
lembaran,
bersyukur amat masih
bernafas,
Indah pelangi
berkali-kali,
ralit perhati dalam
perahu;
harum mewangi aroma
asli,
pilihan hati siapa
tahu
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
ALHAMDULILLAH PI MENERIMA KIRIMAN BLOGGER ANIES...MEMANG SELALU ANIES KIRIMKAN PI HADIAH SEJAK PI KENALI BLOGGER MUDA LAGI CANTIK YG SUKA TRAVEL DAN MENGULAS MOVIE TERBARU DALAM N3 TERBITANNYA...BELIAU JUGA SERING MENOLONG PI MENUKAR TEMPLATE BLOG PI BEBERAPA KALI...TERIMA KASIH BANYAK ANIES BUDIMU DIKENANG ABADI...SEMOGA TIASA SIHAT SEJAHTERA...MURAH REZEKI...SUKSES DUNIA AKHIRAT...APA YG PI TAHU ANIES SEORANG EDITOR KANAN SEBUAH SYARIKAT PENERBITAN.
JOM SINGGAH BLOG BELIAU MENGUTIP ILMU YANG DIKONGSIKAN. @ http://aniesandyou.blogspot.com/
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
ASSALAMUALAIKUM
SYAIR
7 PUTERI IDA ISHAK
Kanmain
lagi tajuk artikel yang dipilih ya. Siapalah IDA ISHAK tu? Apa pula kena
mengenanya dengan SYAIR 7 PUTERI? Sebenarnya IDA ISHAK itu ialah nama pena
pilihanku tika menghantar sebuah sajak ke majalah DEWAN SASTERA pada Disember
1979. Alhamdulillah sajakku berjudul PERKAHWINAN disiar. Dan kuterima majalah
DEWAN SASTERA yang menyelit karyaku daripada DBP. Majalah itu entah kemana
hilangnya. Akhirnya kutemui majalah itu tersimpan kemas dalam lemari buku
penulis mapan Noorlaila Ghafar di Jerteh, Terengganu tika aku berkunjunjung ke
rumahnya. Sahabatku itu dan suaminya penyajak terkenal Nawawee Mohamad memang
banyak menulis sajak dalam DEWAN SASTERA sekian lama. Dan semua majalah yang
menyiarkan karya disimpan rapi. Norlaila
gemar menggunakan nama IDA kala menulis kepadaku via SMS, WASAPP dll medsos
dari sejak mula berkenalan. Aku tidak pula mahu menggunakan nama penaku dalam
setiap karyaku kini.
Tapi
tika aku menghantar manuskrip SYAIR PUTERI kepada penerbitan SANTAI ILMU editornya
meminta nama penaku pula. Lalu muncullah nama IDA ISHAK pada muka hadapan buku
SYAIR 7 PUTERI. Sebab aku obsess sangat dengan puisi syair setelah mendapat
ilmunya daripada sifu TABIR ALAM maka adalah sedikit keyakinan diri untuk
menghantar karyaku pada pihak penerbitan. Terima kasih banyak sifu tanpa jemu
mencurah ilmu tentang penulisan pelbagai genre dan akan dimanfaatkan dengan
sebaiknya. Budi baik sifu ternyata tidak terdaya dibalas. Hanya Allah sahaja
yang layak mengurniakan rahmat ganjaran mulia kepada sifu.
Sekadar
perkongsian setengah penerbit membayar tunai kepada pengkarya dan memegang
hakcipta. Setengahnya membayar royalty daripada setiap buku yang terjual. Dan
ada penerbit buku membayar karya penulis dengan buku juga. Jikalau dihantar
karya kepada penerbit ini akan bertimbun buku yang akan kuterima. Woih mana aku
nak sumbat tu! Hendak menjualnya ke mana-mana memang tak reti. Kalau terjual
pun mungkin satu dua buku.
Dengan penerbitan SANTAI ILMU kita mendapat lima buah buku percuma dan hakcipta tidak dipegang. Boleh saja memberitahu pada penerbit karya kita itu hendak ditarik daripada penerbitan itu
Sekiranya ada yang berminat miliki buku karya PI perseorangan tahun 21 boleh hubungi penerbitnya SANTAI ILMU / SYIHABUDIN PRESS atau oder melalui shoppee dan lazada, Amat sesuai untuk bacaan keluarga. Tambah musim PKP. PKPD, PKPB, PKPP ni.
ASSALAMUALAIKUM
Terima kasih prof Irwan Abu Bakar, antologi cerpen TULAH selenggaraan prof terbitan e Sastera GAKSA telah diterima. Buku ini memuat karya cerpenis Malaysia dan Indonesia. PI macam biasa menyibuk saja. Dan menyertakan cerprn SRLUANG MELAUT. Sekiranya berminat menikmati cerpen2 terbaikgandingan penulis nusantara boleh hubungi prof Irwan ya
ASSALAMUALAIKUM
PONDOK
TALIPON
Aku
sedang duduk di pondok perhentian bas menunggu bas yang akan kunaiki ke Kuantan
setelah pulang bercuti selama dua hari bersama keluargaku di sini, Pengangkutan
utama penduduk kampungku ini kalau hendak keluar ke bandar Maran menuju hingga
ke Kuantan hanya dengan menaiki bas Leng Huat yang akan masuk ke sini mengikut
masa yang di tentukan sahaja. Tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan
petang. Mesti bersedia tepati masa jika berhajat hendak menaikinya ke mana-mana
destinasi yang dilaluinya sepanjang jalan ke Kuantan.
Aku
mulai menaiki bas ini sejak aku bersekolah di Maran dan tinggal di asrama. Dan
kemudian bersekolah di Kuantan pula.
Selalunya
aku akan terpacak di pondok menunggu bas pada jam 12.00 tengah hari. Sedang
keseorangan di atas bangku tiba-tiba talipon berdering. Aku biarkan saja.
Pondok talipon itu terdiri berdekatan dengan tempat aku duduk ini. Sekali berdering
lagi. Aku bukan pernah menggunakan
talipon awam pun. Maklum orang ulu. Walau tinggal di bandar tapi tidak tahu
hendak menggunakan alat telekomunikasi terkini. Tika itulah, pertengahan 70-an.
Teruja
juga nak pegang talipon ni. Aku melangkah perlahan membuka pintu pondok talipon
dan mengangkat talipon hitam itu daripada gagangnya. Suara hello menerjah deria
dengar. Aku pun membalas hellonya selamba
“Hendak
ke mana?” siapalah yang menalipon ini. Aku tertanya-tanya
“Hendak
pergi kerja kilang.” Balasku. Membohong.
Bas
yag dinantikan kehadirannya telah muncul. Kuletakkan talipon ke gagangnya. Segera berlari menaiki
tangga bas. Kalau terlewat sedikit saja pemandu bas keturunan Singh itu akan
menggerakkan bas itu. Naya kalau tertinggal. Tak sampailah aku ke Kuantan.
Di
dalam bas, aku masih teringatkan panggilan talipon yang kuterima tadi. Siapalah
yang menalipon ya. Baru aku perasan bahawa tempat menunggu bas dan pondok
talipon, letaknya bersentangan dengan pejabat felda. Jaraknya hanya dipisahkan
jalan beraspal.
Aku
mengagak ini mesti kerja staff di pejabat itu sekadar hendak mengusik
menyapaku.
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
Jom join & support blogger cantik manis kesayangan ramai ni... Mudah sangat cara penyertaannya. Klik kat banner di atas tu dan join di sana.
ASSALAMUALAIKUM
BANJIR
Tahun
70 tercatat banjir besar melanda negara, tika itu aku tinggal bersama tok dan
tokwan di Kedah. Aku tidak tahu sangat kisahnya. Cuma aku teringat bersama
kawan baikku Niah mengharung air yang melimpahi tebing sungai sambil menjinjing
kasut sekolah yang diisi ke dalam plastik menuju ke sekolah. Bukan main
bersemangat hendak menuntut ilmu di sekolah walau terpaksa meredah banjir.
Tinggi airnya separas betis juga.
Tahun
77 aku berpeluang mengikuti kursus penulisan DPMP di Temerloh. Aku bertanya
pada seorang kawan sekursus pengalamannya menghadapii banjir ketika itu.
Katanya dia dan keluarganya termasuk ayam, itik, kucing, kambing peliharaan
terpaksa berada di atas bumbung rumah sehingga air surut. Mengerikan sungguh memandang segala tilam dan
kelengkapan rumah hanyut semua.
Setelah
berkahwin aku tinggal di sebuah rumah felda UJ, Pahang berhampiran sungai
kecil. Berpuluh tahun di sini tidak
pernah rumah yang dihuni dinaiki air kerana banjir. Mulai 2004 tahun tragedy
tsunami bermula kejadian terpaksa hadapi banjir kilat setiap kali hujan turun
dengan lebat. Letih sungguh terpaksa mencuci rumah yang dipenuhi selut bawaan
air banjir. Lantaran itu jiran-jiranku menambak tanah untuk meninggikan rumah
masing-masing. Aku cuma merancang. Belum
sempat melaksanakannya aku terjatuh patah dan tidak mampu berjalan lagi. Hasrat
tidak kesampaian.
Rumah
yang sering dilanda banjir kilat terpaksa ditinggalkan kerana tiada siapa yang
mampu menguruskannya lantaran semua anak-anakku bermukim di Selangor membawa
aku bersama mereka.
Kadangkala
balik juga menjengok rumah untuk mengemas dan membersihkan kawasan
persekitaran. 2020 sebab covid 19 dan pelbagai peraturan PKP, PKPP, PKPD, tak merasa hendak balik kampung lagi. Hanya
berharap rumah yang ditinggalkan elok-elok. Dan banjir kilat tidak menerjah
kerana sungai kecil di belakang rumah telah diperdalamkan pihak pengurusan kampung
felda.
Tapi
berita via wassapp yang dikirim jiranku mengejutkan juga. Masing-masing
kelihatan berada di atas katil yang dipenuhi air segenap ruang rumahnya. Masih
juga banjir menerjah masuk walau rumah itu dibina agak tinggi untuk mengelak
banjir.
Dalam
doaku semoga saudara-saudaraku yang terlibat banjir di mana sahaja selamat
semuanya dan sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
Tabah hadapi ujian-Nya pelbagai sudut.
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA