Wednesday, 8 October 2025

KARYA DBP

 ASSALAMUALAIKUM

PI ADA JUGA MENULIS KARYA DALAM MAJALAH DBP DAN MENERIMA HONORNYA ....TERIMA KASIH BANYAK DBP...ALHAMDULILLAH REZEKI ANUGERAH-NYA....HANYA SEBUAH NOVEL PI DAN ANTOLOGI DITERBITKAN DBP...DAN PI CUBA LAGI HANTAR DUA MANUSKRIP LAGI...MOGA SEGERA DBP TERBIT...DOAKAN YA







Tuesday, 7 October 2025

WANGIAN CINTA BUAT PERTIWI

 Assalamualaikum

.



Alhamdulillah tiga naskhah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Cikgu Nazim Mohd Subari. Terima kasih banyak cikgu sudi hadiahkan kak karya istimewa. Baik budi cikgu moga Allah membalasnya dengan ganjaran sempurna. Kak doakan tiasa afiat sejahtera, murah rezeki dan sukses dunia akhirat, rajin berkarya.
Naskhah tersebut ialah GURINDAM NURANI INSAN, RAHSIA SAHABAT, WANGIAN CINTA BUAT PERTIWI.
GURINDAM INSANI merupakan himpunan 88 puisi tradisi genre gurindam karya penulis pemula dan sahabat penulis antaranya, Yahti Hayati, Pak Ngah, Salmah Amir Hamimah Ibrahim Sabarah Nor Salleh, Pena Permai, Nazrey Nazim, Mustafa Siraj.
Dan gurindam kakpidah berjudul Budi Bahasa juga turut terselit. Tahniah Cikgu Nazim Mohd Subari dan Ustazah Aida Norjumilah Abdullah selaku penyelenggara dan penerbitnya SYFE.
WANGIAN CINTA BUAT PERTIWI naskhah genre puisi sajak himpunan70 sajak indah bermakna karya Nazim MS. Penulis ini telah menerima hadiah Tokoh Puisi Negeri Johor 2025. Sajak Cikgu Nazim MS juga tiasa jadi pilihan deklamator untuk deklamasi dalam pelbagai acara puisi. Tahniah Cikgu Nazim Mohd Subari dan penerbitnya PENA PADU.
Naskhah RAHSIA SAHABAT genre sastera kanak-kanak merupakan kumpulan empat belas cerpen pelbagai tema. Amat menarik kisahnya ditelusuri hingga usai. Mengandungi ibrah santunan minda karya Cikgu Nazim Mohd Subari. Tahniah cikgu dan penerbitnya SNE.
Sekiranya ingin memiliki naskhah sastera istimewa ini sila hubungi penulisnya @facebook. Harganya sederhana dan mampu milik.

WANGIAN CINTA BUAT PERTIWI

Genre: Puisi Moden
Penulis: Nazim Mohd Subari
Penerbit: PENA PADU
ISBN: 789672 994588 (Sastera Puisi)
Bilangan Muka Surat: 86
Harga: RM25
Tahun Terbitan: 2025
Pengulas: Paridah Ishak

WANGIAN CINTA BUAT PERTIWI ialah sebuah antologi puisi moden yang menghimpunkan 70 sajak indah dan sarat makna karya penulis yang menggunakan nama pena Nazim MS. Beliau merupakan seorang pesara guru yang berpengalaman luas dalam penulisan pelbagai genre sastera. Pada tahun 2025, beliau telah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Puisi Negeri Johor. Sajak-sajak beliau turut menjadi pilihan para deklamator dalam pelbagai majlis dan acara puisi.

Keseluruhan sajak dalam naskhah ini berteraskan tema patriotik. Penulis berjaya menyemarakkan semangat kecintaan kepada tanah air melalui pemilihan diksi yang jelas dan mudah difahami. Struktur rangkapnya tidak seragam; kebanyakannya panjang dan berbentuk prosa sajak. Walaupun tidak sarat dengan metafora atau simbolisme yang kompleks, keindahan bahasa tetap menyerlah dan mesej yang ingin disampaikan sampai dengan berkesan sesuai dengan tajuk dan intipatinya.

Berikut petikan daripada sebuah sajak berjudul “Cinta Tanah Air” dalam naskhah ini:

CINTA TANAH AIR
Tanah airku, bumimu yang permai
sedamai wajah kasihku
berlagu cinta padu
janji teguh hanya untukmu

Tanah airku, budimu yang harum
sewangi rela jiwaku
berbunga bakti jitu
di dada waktu bersemi selalu

Tanah airku, setiap musim berganti
akanku selusuri jejak berliku
di situ ada kerlipan lampu
sejarah silam menyinari kalbu

Tanah airku, makmur dan syukur
seiring langkah citaku
membenteng dada menghampar rindu
demi kasihku padamu

Syabas diucapkan kepada Cikgu Nazim Mohd Subari dan penerbitnya, PENA PADU, atas penerbitan naskhah bermakna ini.


Monday, 6 October 2025

GLOBAL SUMUD FLOTILLA - PROF DR IRWAN ABU BAKAR

 ASSALAMUALAIKUM

SAJAK INDAH BERMAKNA KARYA PROF DR IRWAN ABU BAKAR PENDIRI ESASTERA GAKSA - ASEAN...TERIMA KASIH BANYAK IZIN BERKONGSI PUISI TERBAIK.



Puisi

GLOBAL SUMUD FLOTILLA


Misi kemanusiaan sedunia GSF

melibatkan 497 aktivis, 23 daripadanya rakyat Malaysia

berlayar membawa simpati ke Gaza

dinaiki mereka 45 kapal

termasuk kapal pemerhati dan pengiring.

 

Rejim zionis memintas

tentera laut Israel menyerbu kelompok aktivis GSF

lebih 300 ditahan, termasuk 12 dari Malaysia.

katanya akan dihantar ke Eropah.


Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg

berada di kapal Madleen

Ahli Parlimen Eropah, Emma Fourreau

di kapal Alma adanya

termasuk mereka dua tokoh yang ditahan.


IRWAN ABU BAKAR

Kuala Lumpur, Malaysia, 3.10.2025.

Sunday, 5 October 2025

LORONG KOTA

 ASSALAMUALAIKUM

SYUKUR NIKMAT RAHMAT

.


Kasih  sayang Allah

pada hamba-Nya

liput ampuh

semua

.

Apakah  nikmat-Nya

dapat kau dusta

salah satu

antara?

.

Wajib  kenang rahmah

melimpah-ruah

anugerah

Ilahi

.

Tidak  pernah putus

reda bersyukur

akan tambah

rezeki


LORONG KOTA
.
Gelap lorong kota
sarat cerita
sedih pilu
derita
.
Selak tabir lindung
wajah kemelut
anak bangsa
bergelut
.
Duduk tanpa rumah
letih mengharap
gelandangan
melara
.
Sedang tanah air
mewah segala
ramai pula
jutawan

Saturday, 4 October 2025

FARDU KIFAYAH

 ASSALAMUALAIKUM





FARDU KIFAYAH
.
Jelaslah hukum fardu kifayah
walau semua tidak mengena
namun anggapan tiasa payah
.
Dalam ibadah kala laksana
gugur melerai hukuman Allah
kerana aral rintang persona
.
Menuntut ilmu dakwah risalah
beroleh jaya saling membantu
daya usaha usai masalah
.
Nasib suratan sudah tertentu
namun berbeza sapa siapa
tiba takdir-Nya mengetuk pintu
.
Jatuh sengsara terkapa-kapa
merenung murung runsing membelit
malanglah diri bertimpa-timpa
.
Pandangan Allah liput semua
susah dan senang berkait jua

Thursday, 2 October 2025

CABARAN GETIR

 ASSALAMUALAIKUM



GLOBAL SUMUD FLOTILLA
.
G-abungan nusa empati
L-ayar kapal bersama
O-mbak lautan sanggar harap
B-erani tempuh bahaya
A-zam gapai matlamat
L-aksana hasrat murni
S-erah bantuan manusiawi
U-ntuk warga malang dizalimi
M-embantu sedaya upaya
U-kir lakar senyuman Gaza
D-oa selamat Allah pelihara
.
F-ajar menyingsing sinar
L-uas samudera lintas
O-rganisasi rakyat dunia
T-erjah laut hampir sisi
I-mtimidasi Zionis tindak
L-upakan bantahan tegah
L-uar biasa legal langgar
A-llah selamatkan hamba-Mu!

MyBloglist