ASSALAMUALAIKUM
PUTIH GINGGER OYEN
Setelah Mektam dijemput Izrail kembali ke syurga, anakku membawa
sepasang anak kucing berwarna jingga untuk perminan anak-anaknya. Semua
anak-anaknya memang sukakan kucing dan menyayanginya. Terutama Damia. Kucing
dua beradik sewarna itu kelihatannya amat berdisiplin. Mereka tidak buang najis
merata-rata kecuali di tempat yang disediakan.
Sebelum kehadiran kucing dua beradik itu, rumah anakku sering
didatangi Putih iaitu kucing dimiliki jiran sebelah rumahku. Pada mulanya tiada
apa yang berlaku antara mereka. Mutakhir ini Putih menunjukkan garangnya. Dia
bersengketa dengan Gingger dan Oyen. Setiap kali dia bertemu kucing dua beradik
sama ada di dalam rumah atau di luar rumah dia akan mengejar dan menyerang
mereka.
Ginger lebih pantas berlari dan menyorok untuk menyelamatkan
dirinya. Oyen agak lembab sedikit langkahnya. Dia menjadi mangsa terkaman Putih.
Kasihan Oyen. Luka tubuhnya dicakar Putih. Kalau aku melihat Putih mengejar
Oyen aku akan cuba menghalaunya dengan penyapu. Tapi kalau Putih bergelut dengan
Putih di luar rumah tidak dapatlah aku hendak menolongnya lantaran keuzuranku.
Suatu malam Oyen tidak pulang ke rumah. Ginger mengiau-ngiau
memanggil abangnya.
“Nanti papa cari abang kamu ya!” kata anakku sambil membelai
Gingger.
Keesokannya anakku mencari Oyen di sekitar rumah. Dia menemui Oyen
terjatuh dalam longkang. Anakku berusaha mengambilnya dari situ. Longkang itu
agak dalam juga. Oyen kelihatan amat lemah. Tapi masih bernafas. Dia
mengodek-ngodekkan ekornya. Akhirnya Oyen mengikuti langkah Mektam juga.
Tinggal Gingger sendirian. Tiada lagi Oyen yang sering tidur di atas katilku.
ganas betul Putih, kena jaga Ginger baik2...kesian Oyen..
ReplyDeletetksh nohas ya xfaham masalah kucing ni
DeleteAllahuakbar, kesiannya Oyen, kesian Gingger kehilangan abang
ReplyDeletetksh fuzy sian ginggr kan hlg dah abangnya
DeleteDi rumah saya dulu, banyak juga kucing.. Tapi sekarang tinggal 2 ekor sahaja. Oreo dan Tiger.
ReplyDeletetksh fairus ada dua ok juga sepasang
DeleteAlahaii kesian nya... macam mana boleh jatuh dlm tu.. rasa sbb kena kejar dgn putih tu...
ReplyDeletetksh dik putih kalau jumpa oyen mmg dikejarnya terpaksa lari rata
Deleteinna lilahi wa inna ilaihi rojiun..
ReplyDeletetksh pha is begitulah akhirnya
DeleteSedihnya 😭. Saya macam terasa ke hati kalo baca kucing yg berpulang. Langsung terbayang anak2 bulu kesayangan saya di rumah. Tak terbayang kalo sampai mereka pergi nanti 😭.
ReplyDeleteSemoga ginger sehat2 selalu dan nanti bisa dapat teman yg baru yg kak 🤗
tksh fanny ya sedih sgtkan
Delete