ASSALAMUALAIKUM...
PI SETIAP PAGI ISNIN DAN KHAMIS JAM 8.00 SUKA JUGA MEMBALAS PANTUN DJ RADIO KLASIK BERSAMA RAMAI YANG LAIN...PI TIDAK KISAH SAMADA DIBACAKAN DJ DI RADIO ATAU TIDAK....YANG PENTING MENCERNA MINDA SESUKA RASA...SEKALI BILA DIKUMPUL BANYAK JUGA JUMLAHNYA..
PIC SIFU TABIR ALAM, PENULIS YAHTI HAYATI DAN PUAN ZURAIDA MOHD NOR PENERBIT RADIO KLASIK DI BENGKEL PENULISAN ADILA IPG ULU KINTA.... KREDIT INSTGRAM
PANTUN D’KLASIK
TEMA: KASIH SAYANG
Sayur keladi ulam raja,
masakan bonda sedap sekali;
kasih dan budi tulus sahaja,
tidak bersenda demi Ilahi.
Berpada-pada cari kelisa,
ikan gelama simpan di kolah;
apa yang ada sama dirasa,
milik bersama rezeki Allah.
Kalau
berakit saudara berlima,
Penuhkan muatan pisang berikat;
Ada sedikit kongsi bersama,
Besarnya nikmat membawa berkat
Kalau ke Rengit terus ke Larkin,
singgah Segamat membeli pasu;
menongkat langit masakan mungkin,
lelah teramat raga pun lesu..
PANTUN
D’KLASIK
Tema : Hanya Di Radio
Meraut
lidi hingga leka,
tidak sedar jauh berangan;
radio jadi
penghibur duka,
memori segar gamit kenangan.
Titis embun di hujung kota,
Angin selatan bertiup kencang;
Puitis madah bersulam dusta,
Manis di depan menikam belakang.
Berkain kasa sehingga senja,
hendak ke kota membeli gamat;
manis bahasa di bibir saja,
hati berdusta sarat kesumat
PERPADUAN
Memikat burung di Lembah Beriah,
kicau si pipit hinggap di tepian;
usah
bermurung biar meriah,
sama
berhimpit rai perayaan..
PANTUN D’KLASIK
Hendak mengalih pindah tempatnya,
susun bejana harga sepeser;
makan dipilih tinggi nilainya,
sihat sempurna jauhi kanser.
Tema : ‘Beli Barangan Malaysia’
Gerimis pagi bawa ke petang,
Semilir angin sejuk terasa;
alangkah rugi tidak terbentang
memandang
dingin barangan bangsa.
Tanam sejajar mawar berduri,
indah mekarnya harum teramat;
masa dikejar cepat berlari,
manfaatkannya setiap saat.
Joran buluh bertali tangsi,
Mengail ketutu di dalam sumur;
Putaran masa tetap berpaksi,
Sedetik waktu tidak berundur.
TEMA: MEDIA SOSIAL
Rapat rapat tumbuh keladi,
tumbuh dicelah pohon kelapa;
usah melompat tular tragedi,
bimbang tersalah mungkin
terlupa.
Bunga pedada gugur di rawa,
Jauh berdepa darilah sawah;
Bergurau senda senyum ketawa,
Bertegur sapa erat ukhuwah.
Corak berseni batek lepas,
Elok disarung sicantik nyonya;
Ambil sari buang ampas,
Jelek ditinggal manfaat semua.
Kenari sanya
mengiring belas,
lepas mengambus
kedidi raja;
sari
pastinya disaring jelas,
ampas
dikompos menjadi baja…………
TEMA : Budi Bahasa Budaya Kita
Merah merah buah delima,
bawa belayar ke Pulau Pandan;
rendamlah marah indah bersama,
bahasa biar kilau didandan.
Senangin lembut tumpat dibekal, ,
sepeti dadih bersama tauhu;
angin dan ribut dapat disangkal,
hati nan sedih siapa tahu.
Pantun D'Klasik
Lepas berela
lesap di dusun,
menggantung
kasa redup angsana;
nafas dihela
asap beracun,
jantung
tersiksa hidup merana.
Mari meniti jambatan gantung,
Bawa ragi di dalam raga;
Asap beracun merosak jantung,
Sayangi diri, kasihi keluarga.
PANTUN D’KLASIK
(Tema KASIH SAYANG)
Pagi hari memetik bunga,
bunga mawar bunga teratai;
kala
sendiri berdetik duka
terasa
tawar kasih terabai.
•••
Sepohon geti pucuk direngguh,
berbekal tapai makan di bangsal;
berazam mesti tegar bersungguh,
biar tercapai tidak menyesal.
Tebu bergoyang ditahan rawa,
pangkal keladi gelam berangan;
ibu tersayang belahan jiwa,
kekal abadi dalam kenangan.
Jauh belayar ke Kuala Langat,
Hajat mencari buah cempedak;
Ingin berazam penuh semangat,
Separuh jalan harapnya tidak
Jati sepuntung tepi perigi,
dekat madrasah pokoknya perah;
hari dihitung berlalu pergi,
tercatat kisah dalam sejarah.