Monday, 7 October 2024

DESA PINGITAN

 ASSALAMUALAIKUM



DESA PINGITAN

 

Novel Desa Pingitan tulisan sasterawan Ibrahim Omar setelah membacanya menarik minatku untuk menulis kisah seumpamanya. Aku berhasrat menulis novel  persis itu kelak. Tapi berbeza kisahnya. Entah bila akan terhasil tidaklah aku pasti. Sekadar berangan-angan saja. Aku tiasa sibuk saja dengan rutin seharian. Tiba-tiba takdir mengubah norma hidupku. Ketika usia senja aku terpaksa menulis setiap hari kerana itu saja keupayaanku. Dan terhasillah novelku yang pertama berjudul Kelarai Impian terbitan DBP pada tahun 2020. 

 

horizon senja –

novel “Desa Pingitan”

ilham kreatif

 

BUNGA EMAS

 

Aku dan kawan-kawan di sekolah Dulang Kecil mengikuti lawatan sambil ke Alor Star. Banyak tempat menarik dilawati. Antaranya istana Anak Bukit, masjid Dzahir, makam diraja Langgar, Muzium Kedah dll. Melawat muzium menjadi kesukaanku. Pada tahun 70 bangunan muzium ini sederhana saja. Sisi bangunan muzium dihiasi dengan tanaman pohon  mawar merah. Bunganya sedang mekar mengharum.  Berpusing-pusing sekejap sudah selesai setiap ruang pameran dilawati. Khazanah sejarah lama bernilai seperti manuskrip silam, bahan-bahan berupa artifak dipamerkan. Aku tersilau pesona “Bunga Mas” menurut catatan sejarah sebagai hadiah daripada kerajaan Kedah pada kerajaan Siam pada suatu ketika dahulu. Tersangatlah cantik sen ukirannya.  Walau hanya sebuah replika.

 

Muzium Kedah –

jajaran pohon mawar

mekar sejarah


4 comments:

  1. Waah kak PI ada terbit novel juga, hebaaat 👍👍. Naah kalo novel saya memang tertarik utk baca. Tentang apa kelerai impian ini kak?

    ReplyDelete
  2. Novel desa pingitan tu tebal sis. Saya baca zaman dolu2 tak ingat macamana ada kat rumah sampai habis ceritanya saya baca. Memang best, Sejak itu memang suka baca novel, Cari lagi kut novel tersebut ada di terbitkan lagi tapi jenuh cari tak jumpa. Kalau sis ada terjumpa di jual ke atau dibuat baru bagi tahu saya ye.

    ReplyDelete
  3. Tahniah ye sis semuga lagi banyak novel dapat di terbitkan.

    ReplyDelete
  4. Wah tahniah kak moga terus maju jaya untuk berkarya lagi dan lagi

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist