Thursday, 31 December 2020

BUKIT TASEK SERENDAH...

 ASSALAMUALAIKUM


SERENDAH KINI MENJADI TUMPUAN PENGUNJUNG MENYANTUNI ALAM, SEMULA JADI NAN INDAH...LETAKNYA PUN TIDAK JAUH DARI KL... SAMBIL BEREKREASI BOLEH  CAMPING BERAKIT MENDAKI BUKIT DLL..KALAU HENDAK BERKELAH JOM KE AIR TERJUN SERENDAH DAN DALAM PERJALANANNYA AKAN MELALUI PERKAMPUNGAN ORANG ASAL YANG TIADA BEZANYA DENGAN KAMPUNG TRADISI YANG LAIN.. .MAILAH KE SERENDAH MENGHABISKAN CUTI AKHIR TAHUN....BOLEH JUMPA PI...















Wednesday, 30 December 2020

KARTEL DAGING IMPORT..

 ASSALAMUALAIKUM


BERHATI-HATI MEMILIH SANTAPAN HALAL



PIC KELAB CHEDET (C)


Monday, 28 December 2020

KARYA ECERAN 2020









 ASSALAMUALAIKUM


DISEMBER 2020 AKAN MENINGGALKAN KITA SEHARI DUA LAGI...HENDAK DITAHAN PEMERGIANNYA MASAKAN TERDAYA...PAHIT MANIS BERSAMANYA TERCATAT DALAM LIPATAN KENANGAN ALHAMDULILLAH...

DALAM MURAM SUASANA DENGAN PELBAGAI TRAGEDI YANG DIDEPANI PI HANYA MAMPU MENULIS BEBERAPA KARYA ECERAN YANG DISIAR AKHBAR DAN MAJALAH TEMPATAN...TERIMA KASIH BANYAK EDITOR;

DEWAN SASTERA

PELITA BAHASA

DEWAN PELAJAR

DEWAN BUDAYA

MINGGUAN MALAYSIA

NEW SABAH TIMES

RADIO KLASIK

GEMA KARYAWAN Pk.













Sunday, 27 December 2020

MENGIRA...

 ASSALAMUALAIKUM



MENGIRA

.

Eka hanya Dia

Allahhurobbi

tidak dwi

berbilang

.

Panca solat takwa

amalan wajib

tulus seni

berjiwa

.

Usahlah mengira

berapa saja

anugerah

Ilahi

.

Sebagai hamba-Nya

ternyata kerdil

sering kalah

berdosa



PARIDAH ISHAK

DMS

27/12/20

Friday, 25 December 2020

TAFSIR SURAH 98: AL BAYYINAH (BUKTI YANG NYATA)

ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



 PERKONGSIAAN ILMU.

TAFSIR SURAH 98: AL BAYYINAH (BUKTI YANG NYATA)
MUKA SURAT: 598
(8 AYAT)
PENGENALAN:
Bayyinah itu ialah Wahyu (al Quran) dan Nabi Muhammad saw sebagai bukti yang nyata. Dakwa surah ini (isi penting) ialah celaan (jajrun) dan ancaman akhirat (takhwif ukhrawi). Allah SWT mencela kedegilan Musyrikin Mekah dan ahli-ahli kitab Yahudi serta Nasoro. Mereka membantah TAUHID dan kandungan kitab al Quran.
Ayat 1: Keingkaran orang-orang yang cintakan dunia. Orang-orang Musyrikin Mekah dan ahli-ahli kitab tidak akan meninggalkan amalan dan fahaman mereka. Selagi tidak sampai kebenaran kepada mereka. Tetapi apabila telah mendapat wahyu yang jelas (al Quran) mereka tetap degil dan dalam kekafiran. Mereka minta bukti mukjizat daripada Nabi Muhammad saw hanya alasan. Ahli-ahli kiatab Injil dan Taurat telah mengetahui kedatangan nabi akhir zaman.
Ayat 2: Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad saw. Baginda membacakan wahyu iaitu al AQuran. Mengandungi 114 surah yang sangat bernilai tersusun rapi. Memahaminya untuk membawa kita ke syurga yang kekal. Baginda tidak tahu membaca tetapi boleh membaca setelah mendapat wahyu daripada Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril. Malaikat Jibril bacakan kepada baginda sedikit demi sedikit selama 23 tahun.
Ayat 3: Dalam al Quran terdapat hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT. Undang-undang yang wajib ditaati. Surah-surah yang tinggi nilainya. Surah Panjang atau pendek, semua ada kelebihan- kelebihannya.
Ayat 4: Apabila telah sampai kebenaran kepada ahli-ahli kitab ada yang beriman dan ada yang ingkar. Sepatutnya mereka terima Nabi Muhammad saw, nabi akhir zaman. Sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab mereka Taurat dan Injil. Mereka degil, berpecah- belah kerana dengki.
Ayat 5: Dengan bukti-bukti yang nyata, mereka diperintahkan;
a. Menyembah Allah SWT dengan ikhlas. Menerima aqidah TAUHID.
b. Mentaati dan menuruti yang haq.
c. Mendirikan solat dan membayar zakat. Solat ibadah hubungan dengan Allah SWT. Zakat ibadah hubungan dengan manusia.
Ayat 6: Takhwif Ukhrawi (Ancaman Akhirat). Orang-orang Musyrikin Mekah, ahli-ahli kitab Israel (Yahudi) dan Nasoro (Kristian) seburuk-buruk makhluk. Balasan kepada mereka, neraka Jahannam kekal di dalamnya.
Ayat 7: Tabshir (Berita Gembira). Orang-orang yang beriman dan beramal soleh sebaik-baik makhluk. Iaitu imannya sempurna, akidah tauhid dan tidak melakukan syirik. Contoh iman tak sempurna: Percaya kepada Allah, dirikan solat tetapi dalam masa yang sama minta tolong kepada bomoh dan lain-lain. Amal soleh amalan ikut al Quran dan sunnah. Iaitu dalil sahih daripada amalan nabi dan sahabat.
Ayat 8: Mereka redha kepada Allah SWT kerana rasa takut kepada Allah. Rasa bahagia beriman kepada Allah SWT. Yakin dan tawakkal, walau tak nampak balasan. Mereka Bahagia di dunia dan di akhirat. Mereka mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Fitrah manusia suka air. Kelak di dalamnya. Motivasi daripada Allah SWT.
PENUTUP:
Manusia berbeza-beza dalam hati mereka.
Yang beriman – percaya kepada BAIYYINAH. Taat kepada Allah SWT.
Tidak beriman – ingkar kepada Allah SWT.

Thursday, 24 December 2020

GIGI PELESU

 ASSALAMUALAIKUM



GIGI PELESU
Akibat eksiden 1987 kesemua gigi di mulutku berterabur jatuh di lebuh raya entah ke mana. Bayangkan betapa kuatnya hentaman lori ayam yang melanggar kereta yang kutumpangi. Siksa bertahun terbaring merenung siling siang malam akhirnya terbangun pula. Insya-Allah syukur karunia-Nya. Alhmdulillah .
Mula berfikir untuk memperbaiki sedikit kerosakan diri dengan menempah gigi palsu di klinik pergigian berdekatan. Letak klinik itu di tingkat dua masih daya kunaiki .perlahan-lahan. Kekuatan tenaga diri yang kumiliki teramat sedikit. Siap juga gigi palsu itu dan memenuhi gusiku elok sempurna. Dapatlah digunakan mengunyah makanan walau tidak sebaik gigi asal.
Suatu pagi tika hendak mengambil wuduk gigi dibuka dan diletakkan di atas mangkuk tandas. Ingatkan mangkuk tandas itu tertutup seperti selalu. Rupanya terbuka.. siapalah yang menggunakannya dan tidak menutupnya semula. Hish musykil betul! Maka terjatuhlah gigiku itu ke dalam tandas. Hendak mengambilnya dan memasukkan semula ke mulut memang tidaklah.
Setelah itu terpaksalah makan makanan yang mampu dikunyah gusi sahaja. Kadangkala tertelan saja macam ular sawa. Hendak membuat gigi palsu yang baru memang masalah tika ini. Sebab PKPD di Selangor kerana penularan wabak Covid 19 menyukarkan urusan apa pun. Lagipun takut juga terjangkit Covid jika terdedah dengan persekitaran luar. Mohon dijauhkan Allah.
Tapi terpaksa tabahkan hati jua meminta anak-anak menghantar ke klinik gigi.
Appointment dibuat di klinik Gombak. Sedang dalam perjalanan berkereta pihak klinik telefon kensel temujanji kerana doktornya ada hal lain. Sudah berada dalam kereta anak-anak pun membawa ronda-ronda ke bandar Rawang. Disamping mencari-cari
Kot ada klinik gigi yang masih beroperasi tika ini. Hari pun sudah awal malam. Ada rezeki bertemu jua sebuah. Klinik gigi ini menjalankan niaga pada hari Ahad juga. Alhamdulillah memudahkan anak-anak menghatarkanku ke sini kerana mereka bercuti pada hari Ahad.
Nampaknya setiap Ahad aku akan kelinik ini sehingga 'gigi pelesu' itu siap. Klinik ini berada di tingkat bawah. Senang anak-anak menolak kerusi roda ke dalam klinik. Doktor yang memeriksaku seorang doctor perempuan yang masih muda berbangsa Cina dibantu dua orang perawat perempuan Melayu juga masih muda. Harga rawatan dan gigi mengejutkan juga. Mahal pepaleh. 1600 RM. Klinik di Gombak menetapkan 1800 rm..bezanya 200 RM. Selamat juga 200 RM. Jadilah.
Gigiku yang terjatuh dalam tandas tu kutempah dulu di Bandar Jengka 500 RM saja.



Wednesday, 23 December 2020

INDAH BAHASA

 ASSALAMUALAIKUM



INDAH BAHASA BANGSA MULIA

Lafaz bismillah syair bermula,
mengarang kata indah segala,
tentang bahasa diperi pula,
pendek sahaja tidak berjela.
.
Bahasa kita amatlah mudah,
susun katanya teramat indah,
andai belajar diambil endah,
banyak sekali tiada sudah.
.
.Jikalau rajin mempelajari,
makna bahasa ditelusuri,
mampu mengungkap apa dicari,
ilmu ditulis karya bestari.
.
Bahasa kita bahasa ilmu,
tutur bicara tiada jemu,
ukhuwah mesra kala bertemu,
sopan dan santun sambut tetamu.
.
Andai teringin meluah rasa.
lunak sekali peribahasa,
walaupun hati tidak selesa,
kawal emosi senantiasa.
.
Unjur nasihat apa terkilan,
diukir madah berperbidalan,
perumpamaan seiring jalan,
terlerai makna akan simpulan.
.
Bahasa kita ditulis jawi,
tidak semata hal duniawi,
menyangkut juga soal ukhrowi,
demi maslahat tanah pertiwi.
.
Indah bahasa bangsa mulia,
pesan ilmuan para aulia,
amalan hati tanpa selia,
waima yang tua atau belia
.
Negara kita berbilang bangsa.
wajar menutur satu bahasa,
sudah termaktub berdasawarsa,
aman harmoni damai selesa.
.
Syair dikarang ringkas sahaja,
sebelum hari berakhir senja,
bahasa kita perkasa waja,
tidaklah kita sedih mendurja.
.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
21/9/020



Monday, 21 December 2020

GELAGAT PENULIS SPTA

 

ASSALAMUALAIKUM

 

Terharu amat PI menatap pic kiriman sahabat penulis SPTA Saniah Masri ini. Kemesraan penulis di ruang maya menjadi reality pada pertemuan. Penulis SPTA kebanyakannya berasal dari Johor dan juga berada di seluruh Malaysia. Sabah dan Sarawak  tidak ketinggalan. Juga melewati sempadan hingga Indonesia, Brunei, Thailand, London. Maklum jaringan internet memudahkan komunikasi via medsos pilihan.

 

Sahabat penulis SPTA di Johor melakukan kunjungan ke rumah penulis Saniah Masri di felda Selancar 2.Muazam Pahang.  Kan main gembira Saniah menyambut kunjungan tetamunya dan meraikan mereka. Ketara jelas keriangan di wajah masing masing kerana hajat bertemu Allah kabulkan.

 

Setahu PI  penulis-penulis ini merupakan pesara jabatan kerajaan. Norazizah Idris/norais penulis mapan pesara guru. Issey miyaki pesara juruterbang TUDM pernah jadi dj Radio Singapura dan pengurus pementasan bergerak FELDA, Seti Zaleha pesara matron KKM, ustazah Ana pesara guru yang sering disiarkan karya pantun dan ADILA Radio Klasik.

 

Dan mereka bercadang hendak ke Serendah  bertemu PI pula. Semoga Allah permudahkan niat suci mereka  mengeratkan ukhuwah persahabatan. PI pun tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan sahabat yang cuma dikenali lewat maya selama ini.








SIFU TABIR ALAM TURUT MENULIS SEBUAH HAIGA INDAH
SEMPENA PERTEMUAN ANAK2 MURID DIDIKNYA
YANG DEWASA EMAS



MyBloglist