Sekiranya boleh laksana angin
tentu mudah meresapi
setiap alur nadi
dan
menolak segenap kerikil
yang menghalangi laluannya...
Sekiranya boleh laksana ombak
yang bergerak dan berolak
setiap yang melintas
pasti dipintas....
Sekiranya dapat laksana burung
pasti akan terbang ke langit
meninggalkan bebanan duka
di celah awan gemawan
dan
bibir kembali mengorak senyuman
justeru telah terlerai olah hidup
yang sangat perih...
Apa Itu Lelaki Dad Bod?
-
*Kenali Dad Bod: Bila Lelaki Semakin Matang, Badan Pun Ikut Berubah*
Oleh: Abe Kie
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat blogger yang...
46 minutes ago



