HAPPY BIRTHDAY ABQORY...
KEDUA-DUANYA AKAN MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PADA 30 OGOS HARI INI BERSERTA RAMAI YANG LAIN JUGA SEBELUM MENJELANG HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KEESOKANNYA.
AWAL SEHARI KAN...
NOHAS ADALAH KAWAN BLOG PI YANG SUDAH LAMA DIKENALI SELAIN IRFA DAN KESUMA ANGSANA TIKA PI MULA BLOGGING.
BELIAU RAJIN SEKALI MENEMANI PI DENGAN KOMEN-KOMENNYA YANG MENYUKAKAN HATI PI. TIDAKLAH PI MENGOMEL SORANG DIRI SAJA DI BLOG KAN.
BESAR SEKALI SUMBANGAN KAWAN-KAWAN YANG RAJIN BW NI DAN BERPAHALA JUGA JUSTERU MENJALIN UKHWAH SECARA MAYA WALAU TAK MENGENALI SECARA DEKAT. TERIMA KASIH BANYAK KEPADA KAWAN LAMA DAN KAWAN BARU PI DARI MALAYSIA DAN INDONESIA YANG SUDI BERZIARAH DAN MENEGUR PI DI BLOG KARYAKU.
TEMUILAH NOHAS YANG RAMAH DAN GEMAR MENULIS TENTANG SENIBINA DI BLOGNYA
DAN INILAH ABQORY....
CUCU PI INI LAHIR 30 OGOS TAHUN LEPAS. DAH GENAP SETAHUN USIANYA. KINI SUDAH BOLEH BERJALAN JATUH...
WAJAH COMELNYA DAN KELETAH MANJANYA MENYEBABKAN SEISI KELUARGA TERSENYUM RIANG GEMBIRA, BERBAHAGIA SENTIASA WALAU KELETIHAN DENGAN RUTIN KEHIDUPAN SEHARIAN.
DEMIKIANLAH KELAHIRAN CINTA DI BUMI MALAYSIA YANG BAKAL MELESTARIKAN KEJAYAAN NEGARA BERWARISAN. KEPADA PUTRA PUTRINYA, ANAK CUCU PI JUGA NENEK MOYANG YANG LAIN YANG MENGHARAPKAN KESEJAHTERAAN, KEDAMAIAN, KEBAHAGIAAN, KEJAYAAN, KEKAYAAN NEGARA TERPELIHARA BERTERUSAN.
CINTAILAH NEGARA SEPERTIMANA KITA MENCINTAI SESUATU YANG PATUT DICINTAI SESUNGGUH HATI.
HANYA DI SINI TANAH AIR YANG KITA MILIKI DI DUNIA INI.
APALAH NASIB KITA JIKA TIADA BERNEGARA...
DAPAT BAYANGKANNYA?