Saturday, 28 February 2015

CARA BEKAL AIR KEPADA TANAMAN TIKA TINGGALKANNYA.

ASSALAMUALAIKUM...

TANAMSENDIRI.COM

Bekalan Air di Musim Cuti

Satu kelemahan aktiviti berkebun tepi rumah ialah apabila cuti tahap kerunsingan meningkat.  Aktiviti tersebut sepatutnnya menyihatkan dan mengurangkan stress, tetapi bila ada musim cuti perayaan stress rakan-rakan bertanam meningkat terutamanya mereka yang berhijrah.

Sebab itulah kita kena berbaik dengan semua orang, 1Malaysia kan. Saya pernah tinggal di kawasan kejiranan dari pelbagai etnik.  Bila cuti raya, langsung tak risau kalau-kalau kucing kelaparan atau tanaman kekeringan.  Apa yang saya buat ialah serahkan kunci pada jiran yang rapat yang berlainan agama.  Bila kembali ke rumah selepas raya, kucing terkam bukan kerana kelaparan tapi kerana rindu kemana tuannya menghilang seminggu.  Pokok segar seperti biasa.

Ok, berbalik kepada isu air ketika keluar balik kampung.  Jadi ini penyelesaiannya.

1. Minta bantuan jiran yang boleh dipercayai yang tidak pulang beraya.  

2. Pasangkan sistem drip yang menggunakan timer dengan kuasa bateri. Timer tersebut mengandungi injap untuk mengawal aliran air.  Waktu siraman serta jangka masa air mengalir boleh dikawal menggunakan timer tersebut.  Tapi kena pastikan sistem tersebut tersorok kerana timer yang mahal harganya mmungkin mennarik minat sipanjang tangan.

Timer yang digunakan untuk mengawal injap aliran air.
 3. Gunakan gel kristal penyimpan air.  Gel ini ada dijual di kedai nurseri, DIY atau di bahagian Gardening di Pasaraya.  Ada gel yang dijual mempunyai warna yang menarik.  Ada yang tanpa warna.  Saya gunakan gel keluaran Trio, yang dinamakan Growmate Smart Water.  Gel tersebut mampu menyerap lebihan air ketika menyiram.  Apabila tanah kering tidak disiram, air dalam gel akan meresap masuk ke dalam tanah.  Jika anda tinggalkan rumah untuk cuti raya, InsyaAllah pokok tidak akan kekeringan.

Bekas gel kristal keluaran Syarikat Trio.

Gel kristal mampu menyerap dan menyimpan air sehingga 20 kali isipadu asal gel tersebut.

Jangan tabur gel kristal di atas permukaan tanah.  Buat lubang dengan diameter 3 cm sedalam 4 inci atau separas dengan hujung akar tanaman.  Isikan 1 sudu teh gel kristel ke dalam lubang.  Kemudian siram seperti biasa.  Gel kristal akan mengembang memenuhi lubang.  
Cara meletakkan gel kristal.


4. Cara lain adalah dengan menggunakan botol minuman plastik.  Seeloknya gunakan botol 1.5 liter untuk satu bekas atau satu tanaman. Begini caranya.  Rakan-rakan perlukan botol air minuman seeloknya saiz 1.5 liter.  Penebuk atau paku untuk membuat liang diameter 2 mm pada botol.

Buka tutup botol dan simpan. Jika gunakan botol air minuman bergas, tannggalkan bahagian tapak.  Tebuk dua liang di bahagian bawah sisi botol .  Jarak antara liang 2.5 cm (1 inci).




Sistem titis menggunakan botol air minuman.

Isikan air ke dalam botol sehingga penuh dan tutup botol dengan penutup.  Ini akan perlahankan aliran air tetapi cukup untuk membekalkan air yang berterusan selama 3 hingga 5 hari.

Tanam botol sebagaimana rajah di bawah.  Laraskan liang pada botol supaya separas dengan hujung akar pokok.
Tanam botol minuman sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci).

5.  Setelah dilakukan mana-mana kaedah di atas, tutup permukan tanah atau bekas dengan daun kering yang telah dibasahkah sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci).  Daun kering akan mengelakkan air dari dalam tanam hilang melalui sejatan di permukaan tanah.  Ia juga mengurangkan suhu permukaan tanah hasil daripada sejatan air daripada daun kering yang dibasahkan tersebut.

InsyaAllah bila pulang dari kampung, pokok masih subur.  Saya yakin rakan-rakan ada idea lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.  Kalau boleh kita kongsikan 


di sini supaya semua dapat manfaatkannya.

Friday, 27 February 2015

ORKID-ORKID BORNEO ISTIMEWA CANTIKNYA...

ASSALAMUALAIKUM...


Bunga Plastik
i.
di atas meja di botol kaca
bunga plastik begitu angkuh
menjeling anggerik rimba
ii.
kupu-kupu hinggap di kelopak anggerik
menikmati madu menebarkan debunga
nyamuk tertidur di kelopak palsu
memalitkan darah beku
FAZIZ AR..
FB.

CANTIK SUNGGUH ORKID-ORKID BORNEO NI...RUPANYA PUN LAIN SEKALI.









CINTA SEJATI ABADI...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YG MULIA...


JAMILAH PWCK FB.

emasa ziarah muzium di Istana Topkapi, Turki, ada beberapa orang menangis melihat barang peninggalan Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu anhu.. Pelancong mat/minah saleh hairan kenapa ada yang menangis & mereka cuba membaca info yg ada di luar kaca barang pameran. Yg ada ditulis di situ hanya "Rambut Rasulullah".. Pelik! Kenapa menangis?
Inilah beza antara kenal dan tidak kenal.. Yg menangis tu kenal Rasulullah & para sahabat tapi pelancong lain tidak.. Saya teringat kisah Ustaz Wan Asrul, beliau lazimnya membaca kitab Syamail Muhammadiyah untuk isteri dan anak-anaknya sebelum tidur. Satu malam, anak dia diam lepas ayahnya membaca kitab tersebut. Ustaz Wan Asrul & zaujahnya pelik dgn perangai anak mereka. Biasanya tak reti berhenti bercakap.
Ustaz Wan & zaujahnya pun bertanya "adik kenapa? Sakit ke" jawapan dia "tak lah ummi".. "Habis tu kenapa diam je malam ni?
Jawapan anaknya yg belum bersekolah itu ialah :
"adik rindu dengan Rasulullah"
Allahu Allah. Mak ayah mana yg tak terharu mendengar jawapan begini?
Sebab itu ulama syorkan kita baca kitab Hayatus Sahabah (kehidupan para sahabat) dan tambahannya lagi, kitab Syamail Muhammadiyah (Kesempurnaan Rasulullah) sebelum kita dan ahli keluarga tidur supaya Rasulullah salallahu alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu anhum sentiasa hidup dalam hati kita. Wallahua'lam
Hayyun fi qulubina
Ustaz Uthman
1001 SIRAH NABI MUHAMMAD FB.

Thursday, 26 February 2015

INDAHNYA NYANYIAN ADAWIYAH...

ASSALAMUALAIKUM..


NYANYIAN ADAWIYAH...

Solehahmu tinggi di puncak sirah
takwamu teguh memaku ummah
zuhurmu memancar luhur mukminat
imanmu menjana tawaduk
makammu di puncak mulia.

Cintamu luar biasa kepada-Nya
tiada cinta lelaki
tiada cinta suami
tiada cinta duniawi.
Engkau wanita berani
menolak lamaran sekalipun raja
menolak mewah istana
menolak kilau emas permata
menolak menjadi permaisuri penguasa
kerana telah kau miliki singgahsana cinta
kerana telah kau pakai mahkota anugerah-Nya,
maka mustahil kau tinggalkan
anugerah abadi mustahil kau gantikan
mewah dunia sementara cuma
bila-bila akan binasa.

Malammu hanya qiamulail
dan siangmu untuk berpuasa
Bagaimana mahu menjadi ister?
Bagaimana mahu menjadi ibu?

Doa Adawiyah menyalam rasa
Doa berlindung kepada- Nya
daripada segala yang menyibukan
untuk sujud kepada-Nya
daripada segala yang merenggangkan
hubungan dengan-Nya.
seluruh waktumu pengabadian kepada-Nya
seluruh waktumu menzikir cinta abadi
kau ajak umat menikmati
manisnya cinta sedang kau alami,
kau ajak umat mencintainya
lebih daripada segala-gala.

Kau hulur cinta hakikimu kepada-Nya
dengan mempertaruhkan hidup dan mati
Hatimu terganung di langit
kau biarkan terbang meninggal alam duniawi
hingga cintamu abadi di alam tinggi.
istikharahmu mu menunjuk jalan
istikharahmu memantap yakin.

Cintamu dibawa sayap merindukan
dan alirah darahmu turut sujud dan bertasbih
memuja-memujikan-Nya.

Allah dicintai Kekasih abadimu
Allah dirindui kau tatapi
sanubarimu dilimpahi alam malakut
dan dipenuhi rahsia uluhiyyah
maka mustahil dilalaikan dunia
mustahil disusupi benang syaitan.

Adawiyah abid bertakwa
Adawiyah zuhud warak
mendengar merdu sayu
suara alam memuji kebesaran-Nya
merdu terkukur berdoa
berzikir kepada-Nya
desiran dedaun dihembus bayu
bertasbih kepada-Nya
angin menghembus seluruh alam
mendekatkan diri kepada-Nya
teriak guruh berdentum
menangis takut akan-Nya.

Istikharahmu petunjuk jalan
Istikharahmu memantap yakin
Kau nyanyikan lagu rindu.
Kau tiupkan seruling cinta.
Rindu dan cintamu bersatu
rindu dan cinta akan yang satu.
Serulingmu merendah diri kepada-Nya
sari kata lagumu iungkapan doa
rohmu berenang di lautan cinta
rohmu menghirup nikmat cinta.

NOORLAILA GHAFAR.

Tanjung Karang
Disember 2009.

KUMPULAN PUISI NYANYIAN MURABBI.



Wednesday, 25 February 2015

BERTANI MENGHIBUR HATI SUNYI...

ASSALAMUALAIKUM....

PI MEMANG GEMAR BERCUCUK TANAM WALAU DIRI AGAK UZUR UNTUK DIBAWA BERAKTIVITI LASAK. SELAGI BADAN MAMPU DIGERAKAN DENGAN APA CARA JUA PI TETAP MENANAM BENIH KE TANAH

TENAGA SEBELAH TANGAN YANG KANAN YANG KUAT SEDIKIT MAMPU MENGHAYUNKAN CANGKUL YANG AGAK RINGAN MEMBONGKAR TANAH MENANAM HARAPAN.
..
ADA YANG TUMBUH MEMBESAR SEHINGGA MENGELUARKAN HASIL. ADA YANG MATI...ADA YANG JADI MANGSA RAGUTAN LEMBU....PI TAK KISAH SEMUA TU ...YANG PENTING TANAM DULU.

DAN APA YANG KITA SEMAI DI BUMI ALLAH INI BERPAHALA BESAR WALAU HASIL KERJA KITA ITU TIDAK DAPAT KITA NIKMATI TETAPI LEBIH AWAL MENJADI REZEKI KEPADA MAKHLUK ALLAH YANG LAIN.

JIKA TANAMAN KITA HIDUP SUBUR PULA DAN SENTIASA MENJADI KEGUNAAN KEPADA YANG LAIN WALAU KITA TELAH MATI SEKALIPUN AKAN TETAP ALLAH SALURKAN PAHALANYA KEPADA KIT
A INSYA ALLAH. HEH..HEH..BUKAN KATA PI TU TAPI KATA USTAZ...





LIMAU NIPIS SUDAH MULA BERBUAH. SENANG NAK DIPETIK BUAT KISAR IKAN/MENGHILANGKAN HANYIR IKAN, JUS, SAMBAL BELACAN JUGA PERUBATAN. TAPI LIMAU NIPIS NI TIDAK PANJANG LAMA UMURNYA. DUA TIGA KALI BERBUAH SUDAH MULA KERING POKOKNYA.




LIMAU KASTURI MEMANG RAJIN BERBUAH POKOKNYA PUN TAHAN LAMA MAKSUDNYA TIDAK MUDAH MATI. LIMAU KASTURI HARUM BAUNYA DAN SEDAP DIBUAT JUS.

NAMPAK ADA TEBU HITAM DI BELAKANGNYA. TEBU HITAM NI SANGAT MANIS DAN SENTIASA DICARI PENIAGA-PENIAGA AIR TEBU APALAGI TATKALA RAMADAN. DULU-DULU BANYAK JUGA YANG PI TANAM TAPI LA NI SUDAH TINGGAL BEBERAPA RUMPUN SAJA UNTUK DIJADIKAN BENIH DAN DIBUAT UBAT. TEBU HITAM NI DIGUNAKAN JUGA DALAM PERAWATAN ALTERNATIF MENGHALAU HANTU...TAK CAYA? TERPULANGLAH....





WAH LEBAT SUNGGUH BELIMBING BULUH NI...JIKALAU RASANYA MANIS TENTU TIDAK LAMA KEKAL DI POHON...INI MASAM. TAPI SEDAP SANGAT DIRAMPAIKAN DALAM MASAKAN GULAI LEMAK KUNING, DIBUAT SAMBAL BELACAN, DIKERINGKAN UNTUK MASAKAN ACAR

 DAN YANG PALING DISUKAI ORANG PAHANG DIJADIKAN SAMBAL HITAM. SAMBAL HITAM PAHANG SANGAT TERKENAL WALAU BAHAN UTAMANYA BELIMBING BULUH, CILI API DAN IKAN BILIS SAJA.

ORANG KEDAH PULA SUKA MEMBUAT HALWA BELIMBING DENGAN MENCUCUK BELIMBING MNGGUNAKAN JARUM SEBELUM MERENDAMNYA DALAM AIR GULA.

PI TANAM POKOK NI SETELAH BOLEH BANGUN DAN BERJALAN PELAN-PELAN AKIBAT LUMPUH SEPARA SELAMA TIGA TAHUN DAN HANYA BERBARING SAJA MENATAP SILING. REZEKI PI POKOK NI HIDUP BERBUAH DAN MEMBERI REZEKI KEPADA PENGGEMAR-PENGGEMARNYA HINGGA KINI...

Tuesday, 24 February 2015

KENAPA LANGIT DAPAT DILUKIS...SUDUT RAMBUT DISERAYAKAN...

ASSALAMUALAIKUM...


CORAT-CORET PAK ENGKU.
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.


KEMANA RAKAN BERSAMA RAKAN,
MATAHARI TERIK TIDAK HIRAUKAN,
MEMASANG LUKAH DI TEPI KALI;
SALAH MAKAN MEMUNTAHKAN,
SALAH TARIK MENGEMBALIKAN,
SALAH LANGKAH SURUT KEMBALI.
Perbidalan: Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan.
salah langkah undur kembali.
Makdudnya: Kesilapan dalam sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera.
TERBANG RENDAH BURUNG KETILANG,
TERBANG TAPTIBAU SENJA MENJELANG;
ANTAN PATAH LESUNG HILANG,
BEGITULAH KALAU NASIB DAH MALANG.
Perbidalan: Antan patah lesung hilang.
Maksudnya: Tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (ksusahan).
SIAPA MENGANGGUR SI POKOK ANGGUR,
POKOK DIANGGUR KE TEPI PUNGGUR,
BUNGA GUGUR PUTIK PUN GUGUR,
TUA GUGUR MASAK PUN GUGUR.
Perbidalan: Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur.
Maksudnya: Setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua).
Erti perkataan: 1) Anggur - buah anggur
2) Anggur - keratan cabang atau batang untuk ditanam
ditempat lain.
3) Menganggur – mengalih, menganjak (tanaman dan lain-lain).
TIDAKLAH TINGGI TIDAK RENDAH,
POKOK PALA DI TEPI TELAGA;
SEDANGKAN GIGI DENGAN LIDAH,
ADA KALA TERGIGIT JUGA.
Perbidalan: Gigi dengan lidah ada kala tergigit juga.
Maksudnya: Suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah).
BELIKAN KIKIR DI PEKAN SEMARANG,
GUNAKAN KIKIR MELICINKAN PARANG;
LANGIT BERKELIKIR BUMI BERTEMBERANG,
TERSALAH FIKIR DIHAMBAKAN ORANG.
Perbidalan: Langit berkelilkir bumi bertemberang, salah-salah fakir jadi hamba
orang.
Maksudnya: Fikiran yang mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kepada
kehinaan.
SUNGAI RENGIT TEBING TERHAKIS,
TANAH LEMBUT AIR MENGHANYUTKAN;
KENAPA LANGIT DAPAT DILUKIS,
SUDUT KAMBUT DISERAYAKAN?
Perbidalan: Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.
Maksudnya: Kesalahan orang lain walaupun kecil tampak tetapi kesalahan
sendiri tidak.
Erti perkataan: 1) Kambut – sejenis kampit (bakul) yang dianyam daripada
daun mengkuang dan lain-lain.
2) Diserayakan – meminta pertolongan atau bantuan (untuk
mengerjakan sesuatu).
DI MANA TUMBUH SI POKO LEBAN,
DI TEPI TEBAT TEMPATNYA REDUP;
LANGIT RUNTUH BUMILAH TERBAN.
HILANGLAH TEMPAT BERGANTUNG HIDUP.
Perbidalan: Langit runtuh bumilah terban.
Maksudnya: Kehilangan tempat menumpang hidup.
Erti perkataan: Terban – roboh.
BELAYAR LAMBAT DI LAUT TEDUH,
ANGIN BERSIRU SI ANGIN SAKAL;
DARI BERSAHABAT DENGAN YANG BODOH,
BAIK BERSETERU ORANG BERAKAL.
Perbidalan: Dari bersahabat dengan orang yang bodoh, baik berseteru dengan
orang yang berakal.
Maksudnya: Tidak berfaedah bersahabat dengan orang yang bodoh.
Erti perkataan; 1) Bersiru - berputar (angin), beralih haluan.
2) Angin sakal – angin yang bertiup dari haluan perahu.
PAK LURAH PERGI BERNIAGA,
KAIN BATIK JUAL BERKODI;
YANG MERAH ADALAH SAGA,
YANG KURIK ADALAH KUNDI.
Perbidalan: Yang merah saga yang kurik kundi.
Maksudnya: Yang indah dan yang baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa.
HIDUP SEMPIT SI ANAK DAGANG,
DIRI MISKIN SELAMA-LAMA;
BURUNG PIPIT SAMA ENGGANG,
MANA MUNGKIN TERBANG BERSAMA.
Perbidalan: Burung pipit sama enggang.
Maksudnya: Jodoh yang tidak sepadan.
SEKIAN.

MINI GA NINA + ANIES.

ASSALAMUALAIKUM...




HMM PI NAK TAG...

http://sudais-sudais.blogspot.com/ SUD@IS

http://harumankasehvee.blogspot.com  QASEH VEE.

Monday, 23 February 2015

SELIRATAN CINTA BAB 15...

ASSALAMUALAIKUM...

Kontrak perjanjian untuk berlakon di dalam sebuah drama terbaru terbitan syarikat Drama Kita sedang ditandatangani Anita dan Sarina. Anita begitu teruja bila membaca sekali imbas skrip drama yang mencatatkan lokasi penggambarannya akan diadakan di sebuah pulau yang indah di Pahang.
“Bila kami semua hendak berangkat ke sana Encik Rosli?” Tanya Anita.
“Sehari dua lagi. Pengurus Produksi saya masih di sana uruskan lokasi dan juga tempat penginapan semua yang terlibat di sana.” Anak matanya membalas pandangan Anita sebentar berkalih pula melihat Sarina yang keterujaan kerana kegembiraan yang dirasakan.
Sesekali melakukan penggambaran di lokasi yang agak jauh dari KL tentu dapat bertukar angin dan sungguh menyeronokannya. Banyak berjalan luas pandangan kata hati Sarina bertepatan dengan kesesuaian citarasanya.
“Wow shooting di pulau…seronoknya.” sela Sarina. Terseringai Sarina dengan sengihnya yang memperlihatkan barisan giginya yang putih bersih.
“Encik Rosli pun ikut sekali juga?” Tanya Anita kepada produser drama itu.
“Saya fikir tidak. Isteri saya tidak berapa sihat. Kenapa? Awak nak saya ikut sama ke?” lelaki itu melirik wajah Anita dengan senyum. Sebuah wajah yang memiliki keperibadian yang sangat dikaguminya. Luhur dan ikhlas.
Jikalau dia belum lagi menikahi isterinya dia yakin cintanya akan berkalih kepada Anita pula. Selama ini ramai artis wanita yang cantik molek keluar-masuk produksinya tetapi langsung tidak diambil hirau. Kecuali yang ini. Tetapi terlambat pula mengenalinya setelah status bertukar daripada bujang kepada sudah berkahwin. Ralat juga hatinya. Namun pasrah pada ketentuanNya.
“Tidaklah. Kehadiran Encik Rosli di sisi isteri saya rasa lebih penting. Puan sakit apa Encik Rosli?” Rosli tersenyum menerima pertanyaan itu. Dia terkenangkan isterinya yang memesannya membeli buah-buahan yang masam untuk mengatasi selera pahit yang menguasai tekaknya. 
“Dia berbadan dua.” Perempuan yang hamil ini sangat banyak tingkahnya sehingga sukar lelaki sepertinya hendak memahaminya. Isterinya itu seorang yang indipenden. Tidak suka mengharapkan sesiapa membantunya dalam melakukan apa-apa perkara. Tetapi semenjak dia disahkan mengandung dan sentiasa loya-loya sikap ketidak-bergantungan kepada sesiapa telah berubah.
Dia sentiasa mengharapkan suaminya berada di sisinya selalu untuk memenuhi segenap permintaannya. Walaupun untuk mengambil segelas minuman untuk dirinya sendiri.
Kadang-kadang dia menganggapkan kerenah isterinya itu sengaja mengada-ngada. Tetapi kaum keluarga dan sahabat-handainya mengatakan elok diturutkan sahaja kehendak isteri yang hamil muda itu kerana biasanya bukan sifat semulajadinya tapi pembawaan bayi yang dikandungnya.
“Oh… tahniah. Tak lama lagi nak jadi ayah. Tentu seronok hendak menimang cahaya mata yang sulung.”
“Terima kasih.” Balasnya masih tersenyum manis. Wajah isteri yang sering mengingatkannya jangan terlalu rapat berhubungan dengan artis-artis di produksinya terbayang-bayang di kelopak matanya.
Cemburu seorang isteri yang menggambar cinta kasihnya yang terlalu, sekukuh tugu terhadap suaminya yang meranapkan semua harapan lain berpuing-puing menjadi debu-debu berterbangan. Hilang sudah ‘Anitanya’ dari imiginasi kabur.
Johan masuk melepasi Lela yang tersenyum kepadanya. Dia menunjukan kepada Lela majalah yang sedang ditatangnya. Lela ingin merebut majalah itu dari tangannya kerana terpandangkan gadis manis yang dikenalinya menjadi penghias muka hadapan kulitnya.
‘Nanti dulu. Aku hendak ke dalam menunjukannya pada produser dulu.’ Barangkali itu maksud kata isyarat mata yang diberikan pada tafsiran Lela.
‘Masuklah ke dalam, Encik Rosli pun ada tu.’ Demikian bisik hati Lela.
“Amboi…hari tu bukan main banyak alasan awak, tidak mahu pergi sesi penggambaran hari tu. Tapi Encik Rosli tengoklah gambar-gambar dia. Bukan main posing lagi. Mengancam habis.” Sarina dan Anita segera menghampiri Johan, tidak sabar lagi hendak melihat wajah kedua-duanya yang terpapar di majalah.
Sarina sibuk mengerling mencari wajahnya di ruangan itu. Tetapi tidak ada. Dia berharap aksinya akan tertera di ruangan sebaliknya.
“Nita tidak mahu pose begitu tapi jurugambar tu yang lebih-lebih. Itu pun banyak lagi pose yang Nita tolak.” Anita menceritakan perihal sebenarnya.
Ala macam mana hendak himpun peminat kalau setakat posing macam ni pun takut. Dan terkial-kial. Tak bergaya langsung. Tidak layak jadi artis kalau setakat posing biasa macam ni.” Sarina melepaskan sindiran pedasnya.
Anita terasa darah menyirap ke muka. Wajahnya bera. Rosli dan Johan saling pandang memandang. Kedua-duanya memang tidak hairan kerana pergeseran sesama artis, bersinggit hati antara satu sama lain memang perkara lumrah. Sentiasa saja berlaku di persada seni yang kecil ini.
Kadang-kadang sehingga sanggup membawanya ke mahkamah untuk mendapat pengadilan. Dan diberi liputan besar-besaran seperti kes yang melibatkan S. Aini dan S. Nurhaliza hanya kerana angkara mulut. Siapa yang salah, siapa yang benar, mahkamahpun tidak dapat memutuskannya. Kesnya hanya tergantung disitu dan akhirnya bakal dibuang dari fail ke dalam bakul sampah.           
Rosli melirik ke arah Anita yang terdiam tidak membalas. Dia faham hati Anita terguris. Dia dapat merasakan kedua-dua dramatis yang sering membintangi drama terbitan syarikatnya memang memiliki dua personaliti yang jauh berbeza.
Seorangnya begitu lepas laku dan seakan hanyut dengan dunia glamor yang tidak berpijak di bumi nyata. Sentiasa berada di awang-awangan dan merasakan dunia ini hanya statik di situ tidak berpusing-pusing membawa usia mengikut masa.
Sementara seorang lagi sentiasa menjaga adab dan tata susila seorang gadis yang tertib dan sopan walaupun berada di dalam dunia yang mengangap semua itu tidak relevan lagi.
Tapi kedua-dua sifat itu adalah gandingan serasi yang sensasi untuk menarik khalayak memilihnya. Ada pro dan kontranya. Sifat negatif dan positif itu sentiasa mewarnai kehidupan beriring-iringan seperti yang sering terpapar dalam setiap drama di TV. Ada watak protogonis dan antagonis.
“Jo jangan lupa bawa kamera ya. Saya perlukan still photos penggambaran di pulau nanti untuk diedarkan kepada media.”
“Jangan lupa gambar saya Encik Rosli.” Sarina tidak malu-malu menuturkan pesanan. Dia mengharapkan juga gambar cantiknya akan terpapar di merata media utama kerana pembambitannya dalam drama itu. Peranannya sebagai pelakon pembantu pun besar juga peranannya.
“Sudah tentu..."

Sunday, 22 February 2015

MIRACLE GARDEN... BUNGA-BUNGA DI PADANG PASIR...@ DUBAI.1 SUBHANALLAH...

ASSALAMUALAIKUM...

PERNAH KE DUBAI? DUBAI TU KAT MANA YA? DI EMERIAH ARAB BERSATU RUPANYA. DUBAI BANDAR YANG KEDUA TERBESAR SELEPAS ABU DHABI IBU KOTA NEGARA TERSEBUT. SEBUAH BANDAR MODEN YANG MAJU DI TANAH ARAB.

PI MEMANG TIDAK PERNAH KESANA WALAU DALAM MIMPI. NAMUN RAMAI YANG TELAH KESANA SAMADA BELAJAR, BERKERJA ATAU MELANCONG JALAN-JALAN.

BARU-BARU INI SAHABAT PI, ROSNAHBI MUTALIB TELAH TRAVEL KE SANA DAN PI DIKIRIMKAN FOTO-FOTO MENARIK BANDAR DUBAI YANG AMAT MENGAGUMKAN UNTUK TATAPAN KITA BERSAMA. TERIMA KASIH BANYAK CIKGU.
UNTUK ENTRY PERTAMA LAWATAN CIKGU ROSNAHBI KE DUBAI PI FOKUSKAN PADA BUNGA-BUNGA INDAH YANG SUBUR MEWARNAI DAN MENGHIASI MIRACLE GARDEN. SIAPA SANGKA DI TANAH PASIR YANG GERSANG DAN TANDUS DENGAN TEKNOLOGI PERTANIAN TERKINI MAMPU MENUMBUHKAN BUNGA-BUNGA INDAH DAN POHON-POHON YANG MENGHIJAU SEPERTI TEMPAT KITA YANG BERIKLIM KHATULISTIWA INI.

SESUAI SEKALI NAMANYA MIRACLE GARDEN YANG MENGGAMBARKAN KEAJAIBAN YANG DIIZINKAN ALLAH.
MASJID SHEIKH ZIYAD.


MASJID YANG INDAH INI PENTING DISINGGAHI UNTUK SOLAT SEBELUM MELANGKAH LEBIH JAUH MENEROKAI DUBAI.


TAMAN BUNGA YANG INDAH DAN SENTIASA MENJADI KUNJUNGAN PELANCONG KERANA BUNGA-BUNGANYA YANG CANTIK SUBUR DAN UNIK SUSUNANNYA. SELURUH BANGUNAN HINGGA KE BUMBUNG DILIPUTI BUNGA-BUNGA ANEKA JENISNYA. MENGAGUMKAN.





POSING CIKGU ROSNAHBIE SECANTIK BUNGA-BUNGA YANG MELATARINYA.






















Wednesday, 18 February 2015

RAWATAN SAKIT DI MALAYSIA...

ASSALAMUALAIKUM...





RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT DIMALAYSIA
Saya baru balik dari mendapatkan rawatan.
Saya sempat merakamkan perbualan beberapa orang pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapat rawatan. Saya hanya tersenyum setiap kali mendengar hujah yang disampaikan.
Sahabat 1: Penyakit saya ni, boleh dirawat sebenarnya, tetapi saya telah terlupa pantang makan jenis makanan yang ditegah. Saya makan dengan keinginan yang amat sangat, inilah akibatnya, bengkak segala sendi. Tak tahan menahan sakit.
Sahabat 2: Saya pula, bukan sahaja makan makanan yang ditegah, makan kuahnya pun sudah menjadikan sendi saya bengkak. Aduh sakitnya ni.
Sahabat 3: Saya lagilah teruk, tengok gambar makanan yang saya pantang, sakit saya datang tiba-tiba.
Saya: (Senyum) … saya dengar cerita sahabat semua, lagilah tak dapat nak tahan sakit … sakit perut …
Sahabat 1, 2 dan 3: Macamana tu?
Saya: Sakit perut geli hati nak ketawa….
CATATAN NORADABI ROSDI.

Tuesday, 17 February 2015

Di bumi ini akar kita bererambut...

ASSALAMUALAIKUM...

DI BUMI INI AKAR KITA BERERAMBUT..


Pilihan kita sudah pasti
untuk mengisi hidup ini
tidak susah hendak dicari
sudah tersedia dipusakai

Ketuanan kita istimewa
hak kita segala-galanya
dijaga dipelihara sebaiknya
jangan mudah ambil lewa

Dari Perlis hingga ke Sabah
tanah kita terbentang indah
hak yang termaktub sudah
berani pertikai terima padah

Tanah kita saujana juga
samudera luas mengelilinginya
gunung ganang menunjanginya
bukit bukau memasakinya

Susah juga menjaganya
apalagi mengurus khazanahnya
emas perak mutiara-mutiara
mentadbir dengan bijaknya

Sudah tentu ramai tersilau
harta pusaka kilau kemilau
ingin miliki tanpa berkalau
tipu auta tak siapa hirau

Memang susah mengatur siasah
agar tiada olah masalah
jangan tak kena asyik berbalah
menuntut pusaka bumi bertuah

Sukar pula nak berbahagi
tanah ini hanya satu
langitnya juga satu
selain berkongsi tanpa ragu
demi memelihara amanah
untuk anak anak bangsa juga
cucu cucu

SIAPA KITA MAHU MENILAI ORANG..


ASSALAMUALAIKUM...




SAYA ADA SEORANG SAHABAT PONDAN YANG BAIK HATINYA.

TAHUN LEPAS DIA TEGUR SAYA " HI YOU..." AGAK KEGELIAN DI SITU.

TAPI TAHUN INI DIA TEGUR SAYA LAIN SEDIKIT. "ASSALAMUALAIKUM SAHABAT.."




TAHUN LEPAS DIA PERNAH JUGA KATA DEKAT SAYA..."SAHABAT ...SAYA TERINGIN NAK BERUBAH!"

TAHUN INI DIA SUDAH KEMBALI KEPADA FITRAH, BERKOPIAH DAN BERJUBAH.




DAN DIA TANYA SAYA BAGAIMANA HENDAK ISTIQAMAH..SEDIH PULA RASA HATI...ALLAH.

SAYA SENGAJA USIK DIA DAN AJAK DIA PERGI KELAB MALAM..DIA TAK MARAH CUMA DIA KATA ADA USRAH....HAA AMIK KENA SEBIJI...

SAYA TANYA LAGI APA RAHSIA HIJRAH?
JAWAPANNYA MUDAH.."MAN JADDA..KEPADA SESIAPA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH PASTI BERHASIL". DIA SENYUM.

"LAST SEKALI SAYA TANYA DIA..."APA YANG KAU RASA SEKARANG?"
"ENTAH...AKU RASA CUMA NAK JADI ANAK YANG SOLEH..."

DAN SEKARANG SAYA MASIH TERSENYUM MENGENANGKAN SEORANG LELAKI YANG SELAMA INI MEMAKAI PAKAIAN PEREMPUAN BERUSAHA MENGGAPAI CINTA ILAHI DAN ALLAH MENYAMBUT CINTANYA...SUBHANALLAH...HIDAYAH MILIK ALLAH.



Monday, 16 February 2015

SENI PULUT KUNING...

ASSALAMUALAIKUM...

PULUT KUNING SENTIASA MENDAPAT TEMPAT DALAM SETIAP MAJLIS ORANG-ORANG MELAYU. ADAT LAMA YANG DIWARISI SEJAK LAMA TIDAK PERNAH DIKETEPIKAN. SEDAP SEKALI BERSILA MAKAN PULUT KUNING BERSAMA GULAI DAGING ATAU RENDANG JUGA APA SAJA LAUK-LAUK YANG DISUKAI.

MENGHIAS PULUT KUNING DENGAN CANTIK BERSENI BEGINI BIASANYA KALAU PULUT KUNING DIJADIKAN PENYERI SESUATU MAJLIS SEPERTI PERTUNANGAN, PERKAHWINAN, HARIJADI ATAU APA SAJA MAJLIS KERAIAN YANG BESAR.

CNY TIDAK LAMA LAGI PASTI KITA DAPAT MENIKMATI PULUT KUNING YANG DISEDIAKAN DI KENDURI-KENDURI PERKAHWINAN YANG DILAKUKAN PADA MUSIM CUTI CHINESSE NEW YEAR YANG AGAK PANJANG TIDAK LAMA LAGI. SEKOLAH PUN DAH MULA CUTI CNY ESOK.





SEMUA PIC GOOGLE.

RESEPI...DAPUR TANPA SEMPADAN TIFFINBIRU.COM

PULUT KUNING.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg beras pulut (che mat guna pulut susu)
2 camca besar serbuk kunyit (Adabi)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
1 camca besar penuh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Rendang ayam atau daging (resipi boleh rujuk sini dan sini)
Sambal tumis sotong (resipi boleh rujuk sini)
Serunding, jika suka
Telur rebus, jika suka

pulot kuning3
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air secukupnya (hingga pulut tenggelam), tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian toskan dalam tapis dan keluarkan asam gelugor. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan. Ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang2 kukus, dan tudung periuk dalam keadaan terbalik (seperti dalam gambar di atas).
  3. Letak sebatang senduk kayu di dalam kukus (seperti dalam gambar). Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam kukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Ada sedikit baki2 pulut atas tudung periuk, anda kaut dan masukkan dalam kukus, tutup dan kukus 25 minit.
  4. Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Keluarkan senduk kayu tadi. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata2. Buat hingga santan habis. 
  5. Masukkan kembali pulut dalam kukus (kali ni tak perlu letak senduk kayu). Dan sambung kukus selama 25 - 30 minit atau sampai pulut masak dan lembut. Boleh alihkan dari kukus. Hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau kari ayam/daging..
CATATAN MAT GEBU:- Tujuan meletak sebatang senduk kayu pada tengah2 kukus sebelum pulut dituang, kebarangkalian ialah untuk memudahkan pulut dikeluarkan dari kukus sebelum proses menggaul dengan santan pekat....



Sunday, 15 February 2015

SELIRATAN CINTA BAB 14...

ASSALAMUALAIKUM...


Rizal telah membuat satu keputusan yang berat hendak dilaksanakannya. Tetapi dia merasanya seperti sudah tidak ada sebarang pilihan. Hanya itulah sahaja sepatutnya dilakukannya.
Dia tidak ingin melalui rentak kehidupan yang sedang ditandak ayahnya dan suku-sakatnya. Sekiranya masih di sini dia tentu akan terpaksa menerajui syarikat perniagaan ayahnya dan bergelumang dengan kegiatan sosial yang tidak digemarinya. Seperti ayahnya juga. Ayahnya pasti berkata, lakukanlah semua itu demi kepentingan syarikat. Untuk kemajuan bisnis supaya beroleh keuntungan yang berlipat ganda.
Rizal ingin menjalani kehidupan yang tenang sebagai muslimin yang baik dan bersih dari sebarang maksiat yang akan menodai kesuciannya.
Dia tidak berpendapat bahawa cara hidup yang diyakini ayahnya itu tidak sempurna dan menyalahi. Tetapi perlu dibaiki. Berniaga itu sunnah Rasullullah. Rezekinya amat luas. 9/10 dari sumber rezeki yang lain. Tetapi perlu berada di landasan yang betul menurut syariat yang sebenarnya.
Jadikanlah perniagaan itu sebagai amal ibadah yang mulia dan tidak dicemari dengan elemen-elemen kemaksiatan. Lakukanlah perubahan yang bermanafaat. Bukankah hidup ini sentiasa perlu berubah? Dan menuntut perubahan yang lebih baik. Hari demi hari.
Hari esok mestilah lebih baik daripada hari ini dari segenap aspek pencapaian.
Demikian yang sering dianjurkan para alim-ulama dan cendiakiawan terbilang. Rizal ingin mengadaptasikannya ke dalam hidupnya seterusnya. Sebagai manusia yang cemerlang dengan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Kehidupannya di US, sendirian di rantau orang sangat memeritkan. Dia sentiasa pasrah kepadaNya. Bersungguh-sungguh hati. Berada di tengah suasananya yang tegar dan perlukan benteng pertahanan diri dan iman yang teguh untuk menghadapi sebarang dugaan dan godaan.
 Hanya berlindung kepadaNya. Mengharapkan rahmatNya untuk memelihara keselamatan dari anasir-anasir yang tidak diingini. Sentimen masyarakat New York selepas tragedi 11 September terhadap muslimin dan pendatang luar ketara amat kebenciannya. Tragedi yang sangat mengejutkan dunia itu meranapkan bangunan tinggi World Trade Center dan mengorbankan ribuan nyawa mangsa.
Gara-gara angkara muslimin Osama Bin Laden dan kuncu-kuncunya. Begitu sumber pertahanan US menyebutnya. Kenyataannya tidak pula terbukti secara sahih.
Setelah itu, barangkali semuanya beranggapan kesemua muslimin yang berjubah dan menutup kepala itu menyembunyikan serangkaian bom yang akan meledak di mana-mana saja, samaada di pasaraya di bangunan tinggi waima di gereja tempat pemujaan Tuhan.
Ketakutan yang membelenggu ekoran tragedi itu membungkus perasaan prasangka yang kejap terhadap muslimin adalah total teroris. Dan para teroris perlu dipanah untuk menjatuhkannya.
Seperti Serb Bosnia yang berusaha melakukan pemusnahan ethnik Islam Bosnia dengan membunuhnya tidak mengira jantina dan umurnya. Andai sahaja Islam perlu dimusuhi dan dihapuskan kewujudannya..
Ketika itu dia baru saja tiba di situ untuk memulakan pengajiannya.
Ketakutan yang menyelubunginya seakan diekori jejak hantu ke mana saja berpergian. Apa lagi dalam keadaan pertama kali berada di rantau orang. Tanpa mama dan ayahnya di sisi untuk memberinya perlindungan.
Mamanya sering menaliponnya memberinya semangat dan kekuatan untuk meneruskan pengajian yang telah dimulakannya.
Kata mamanya berdoalah sentiasa memohon perlindungan dariNya kerana Dia yang maha berkuasa ke atas segala-galanya. Jangan lalai menunaikan solat fardu atau solat sunat. Mohonlah keampunan dan keredaannya, nescaya hidupmu berkah dan terlindung dari mara-bahaya. Sesuatu apa pun tidak akan terjadi, tanpa izin dariNya.
Mamanya menitipkan pelbagai pesanan yang diikutinya untuk menjadi pendinding dirinya menghadapi pandangan serong mat saleh tempatan terhadapnya yang memiliki wajah iras-iras orang-orang Asia Barat. Salah-silah jurai keturunannya yang terdahulu sememangnya berasal dari situ.
Pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawanya kerana dibelasah remaja tempatan yang menyangkanya bersangkut-paut dengan tragedi 11 September kerana rupa Arabnya itu tidak akan dilupakannya. Ketakutan yang mengerikan menjadi trauma.
Mujur ada dua orang rakannya, warga tempatan yang menyelamatkannya. Masih ada insan berhati mulia ditengah keboborokan manusia di sini. Memang Dia Maha Berkuasa. Jika tidak diingini sesuatu itu berlaku maka ianya tidak akan berlaku. Dia mengucap berbanyak syukur.
Apa yang dilaluinya mengajarnya jangan terlalu remeh dengan hidup yang singkat ini. Mesti di isi dengan amalan-amalan yang tidak merugikan untuk dibawa menemuiNya kelak. Faktor usia samada tua atau muda bukan penentu masa sesaorang akan meninggalkan mayapada ke alam hakiki.
Dia ingin mencari sesuatu yang menenangkan jiwanya. Tidak ditemuinya di sini. Mungkin ada di tempat lain, dia menduga-duga. Dan dia perlu ke situ.
“Rizal berkemas-kemas ni hendak ke mana?” Dahi mamanya berkerut-merut melihat perlakuan anaknya itu. Dia duduk di sisi anaknya di atas katil.
“Entahlah mama…memang susah Rizal hendak buat keputusan.” Sahut suaranya yang kedengaran tersekat-sekat di tenggorokan. Pandanganya menyeluruhi pakaiannya yang berserakan di atas katil. Sebentar lagi dia akan mengemaskannya kembali.
“Janganlah jadikan peristiwa semalam tu sebagai penentu pandangan Rizal terhadap ayah. Ayah seorang yang baik. Dia ingin mendekatkan dirinya dengan Rizal. Mungkin caranya saja yang tidak kena. Sejak dulu memang demikian cara sosialnya. Walau bagaimana pun dirinya,  dia amat sayangkan Rizal.” Suara lirih mamanya yang memujuk itu tidak mampu melembutkan hatinya. Dia berpaling mengadap mamanya.
“Mama ni kenapa? Biarkan saja ayah begitu. Rizal hairan mengapa selama ini mama diamkan diri. Mama biarkan ayah hanyut dalam dunianya. Kenapa mama tidak tuntut hak mama.” Dia mendengus keras. Jari jemarinya diremas-remas. Wajahnya tegang.
Ada wanita lain yang lebih teruk kehidupan mereka daripada mama. Kita harus kenal erti kesyukuran.” Ujar wanita tabah dan banyak bersabar di atas ujianNya itu.
“Sebab itulah Rizal hendak pergi dari sini. Rizal tidak sanggup melihat mama menderita di dalam senyap. Menangis di dalam diam. Rizal juga ingin mencari ketenangan jiwa yang akan memberi ilham untuk menjalani hidup seterusnya.” Wajah polos anaknya yang rusuh kerana bersiponggang dengan liku-liku ketentuan yang menyulitkannya membuat keputusan itu ditatapnya hiba.
“Kalau Rizal sayangkan mama, Rizal pergilah ke resort kita tu. Mama akan lebih tenteram jikalau Rizal ada di sana. Mama sudah yakin anak mama selamat di sana.” Mamanya merenungnya dengan kedua-dua bola matanya yang jernih bersinar tetapi tetap terkandung kesayuan yang biru di situ.
Anaknya itu sekali lagi akan berpisah dengannya. Kali ini dia ingin pastikan anaknya berada di tempat yang terjamin keselamatannya. Dan tidak meragukan apa-apa lagi tentangnya.
“Mama akan beritahu ayah, jika Rizal ke sana nanti?” Mencerlang anak matanya menerjah kristal mata mamanya mengisi pertanyaannya.
“Kenapa? Rizal hendak mama rahsiakan?” Tanya mamanya
“Rizal tidak mahu ayah ke sana dan pujuk Rizal pulang...” Seketika dia diam.
Ayatnya tergantung dan bersambung kembali.
“Ayah dah bangun ke?” Majmin pasti suaminya belum lagi bangun dari tidur. Masih terbungkang di atas katil. Barangkali kerana terlalu letih turut berpesta meraikan majlis temannya dan pulangnya pula hampir dinihari.
“Baguslah. Rizal hendak keluar sebelum ayah bangun.” Rizal memandang mamanya yang tidak berdaya menahan sebak. Titislah air jernih dari kedua-dua kelopak matanya. Buli-buli darah yang menukarkannya kepada rupa sifat air yang jernih berkaca.
Hatinya dirobek dengan kesayuan kerana akan berpisah dengan cahaya mata kesayangan nan seorang. Sukarnya perasaannya hendak melepaskan anak yang dikasihi daripada melangkah pergi meninggalkannya.
“Rizal tidak akan pergi selama-lamanya. Suatu hari nanti Rizal pasti pulang. Mungkin membawa sinar baru yang akan memberi kebahagian kepada kita sekeluarga.” Rizal memeluk mamanya. Menyeka titik air yang membasahi pipi mamanya.
Majmin mendakap erat anaknya itu. Seperti tidak mahu di lepaskannya.
Rizal melangkah membawa sebuah beg yang sarat dengan pakaiannya keluar dari banglo putih yang tersergam itu menunggu teksi yang ditempahnya dari syarikat teksi ibu kota yang akan datang membawanya pergi ke destinasi pilihannya..


                                                      

BAGAI MENANTI ARA HANYUT.....ENTAH BILA AKAN SAMPAINYA

ASSALAMUALAIKUM...



CORAT-CORET PAK ENGKU.
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.
KE MANA LARI PERGI MENYURUK.
ANAK LANDAK SAMA MEMBERANG;
LARI TEGAK KE RAWA HALANYA;
DIRI SENDIRI BERKELAKUAN BURUK,
JANGAN HENDAK SALAHKAN ORANG,
HITAM GAGAK TAK SIAPA MENCELUPNYA.
Perbidalan: Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya.
Maksudnya: Orang yang berlaku jahat dengan kemahuannya sendiri.
SAWAH SEBATAS BARU BERLULUK,
DI HUJUNG SAWAH MEMASANG JERAT,
SERING SINGGAH BURUNG TERBANG;
IBARAT KE ATAS TIDAK BERPUCUK,
KALAU KE BAWAH TIDAK BERURAT,
DI TENGAH-TENGAH DIGEREK KUMBANG.
Perbidalan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah
digerek kumbang.
Maksudnya: Jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.
HENDAK MENGGALAH SI BUAH JAMBU,
DIGALAH SENANG KEBUN SEBERANG;
KALAU KALAH MENJADI ABU,
KALAU MENANG MENJADI ARANG.
Perbidalan: Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Maksudnya: Kalah atau menang sama-sama akibatnya (akan menanggung rugi).
DI DAHAN GETI LOTONG BERGAYUT,
PATAH PULA AKAN DAHANNYA,
BAGAI MENANTI ARA HANYUT,
ENTAH BILA AKAN SAMPAINYA.
Perbidalan: Bagai menanti ara hanyut.
Maksudnya: Menanti sesuatu yang mungkin dating tetapi lambat atau pun yang
tidak datang-datang.
DI MANA MEMENCIL GADIS RUPAWAN,
DUDUK MEYESAR BERHATI RAWAN;
API YANG KECIL MENJADI KAWAN,
APABILA BESAR MENJADI LAWAN.
Perbidalan: Api itu pada tatkala kecil jadi kawan, apabila besar jadi lawan.
Maksudnya: Kejahatan yang kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum
berbahaya.
DAPAT DITANGGUK ANAK IKAN,
ANAK SELUANG DI AIR DALAM;
LANG PUNGGUK LANG BERIKAN,
TIDUR SIANG BERJAGA MALAM.
Perbidalan: Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.
Maksudnya: Orang jahat (pencuri) yang tidur siang dan berjaga malam.
BUAH BERANGAN BUAH RAMBUTAN,
BUAH BERBAGAI DI DALAM RAGA;
MUKA BERPANDANGAN BUDI KEDAPATAN,
KASIH BAGAI SELAMA JUGA.
Perbidalan: Muka berpandangan budi berkedapatan, kasih bagai selama juga.
Maksudnya: Kejahatan yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain
sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan.
DURIAN TUNGGAL DI TEPI LURAH,
BERBUAH JUA DILUAR MUSIM;
GIGI TANGGAL RAWAN MURAH,
AWAK TUA GADIS BERMUSIM.
Perbidalan: Gigi tanggal rawan murah, awak tua gadis bermusim.
Maksudnya: Keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi.
JAUH DI SANA NAMPAK BERBALAM,
DI DAHAN KERAYUNG KERA BERGAYUT;
MALU BERTANYA SESAT JALAN,
MALAS BERDAYUNG PERAHU HANYUT.
Perbidalan: 1) Malu bertanya sesat jalan.
2) Malas berdayung perahu hanyut.
Maksudnya: Kedua-dua perbidalan ini maksudnya sama iaitu “Kalau tidak mahu
berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan".
POKOK NENAS LIMAU KESTURI,
TUMBUH TERPISAH DI TEMPAT REDUP;
HUJAN PANAS PERMAINAN HARI,
SENANG SUSAH PERMAINAN HIDUP.
Perbidalan: Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.
Maksudnya: Telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya
senang dan ada ketikanya susah.

Saturday, 14 February 2015

ORKID-ORKID BORNEO YANG UNIK....

ASSALAMUALAIKUM...


ORKID-ORKID INI DARIPADA JENIS ORKID HUTAN BORNEO YANG TERNYATA LAIN BENTUK DAN WARNANYA DENGAN ORKID-ORKID YANG SERING KITA TEMUI DI NURSERI DI TEMPAT KITA...CANTIK SUNGGUH KAN.













LIKE PAGE ORKID BORNEO.

MyBloglist