ASSALAMUALAIKUM
PUISI TRADISIONAL
-----
Puisi tradisional adalah salah satu cabang puisi selain dari puisi moden di bawah entiti puisi. Ianya merupakan puisi terikat dan tertakluk kepada peraturan dan syarat dalam penulisannya dalam kesusasteraan Melayu. Disebabkan puisi tradisional ini agak remeh untuk dihasilkan, justeru ramai penulis Melayu mengasingkan diri dari menghasilkan puisi tradisional, dan cenderung kepada penulisan puisi sajak yang mudah.
Terdapat banyak jenis puisi tradisional dalam dunia pengkaryaan, sama ada yang benar-benar berasal dari nusantara Melayu seperti pantun, atau yang diserapkan dari susastera luar di zaman pengaruh mereka di bumi Melayu. Antaranya seperti nzam, syair, seloka, masnawi dan lain-lain.
Kita sebagai pemuisi hanya perlu buka mata dan minda untuk mengenali akan keberadaan puisi-puisi tradisional tersebut. Kenapa tidak kita lestarikan dan semarakkan lagi dunia kepuisian?
-----
[1] PANTUN
Pantun telah diiktirafkan sebagai 'Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Malaysia" oelh UNESCO. Projek penulisan pantun pertama dalam antologi bertajuk "SEMANDARASA" (SPTA, 2016) menghimpunkan 360 rangkap pantun daripada 28 orang pemantun. Contoh rangkap pantun oleh Seti Zaleha:
Balar di kandang pintas kurungan,
susup ke kebun lenduh kepala;
jalar kesidang atas junjungan,
redup merimbun teduh pergola.
-----
{2] PANTUN KANAK-KANAK
Pantun Kanak-Kanak adalah sub-genre kepada genre pantun yang dikhusukan penciptaannya bagi tujuan didikan kepada kanak-kanak. Antologi "PANTUN KANAK-KANAK" (SPTA. 2020) menghimpunkan 408 rangkap pantun daripada 34 orang pemantun. Contoh rangkap pantun oleh Sabariah Nor Salleh:
Rehat petang-petang,
betik satu talam;
lihat bintang-bintang,
cantik waktu malam.
-----
[3] PANTUN BERKAIT
Pantun berkait juga sub-genre kepada genre pantun yang memerlukan prkaitan dalam penulisan rangkap pantun dari serangkap pantun ke rangkap yang seterusnya. Antologi "PANTUN BERKAIT" (SPTA, 2018) menghimpunkan 480 rangkap pantun berkait daripada 25 orang pemantun, Contoh pantun berkait oleh Kamarsinah Sarkam:
Joran diikat lewa diangkat,
redup begini dara ke sumur;
jiran sepakat membawa berkat,
hidup harmoni negara makmur.
Redup begini dara ke sumur,
tersisip joran keliling jeti;
hidup harmoni negara makmur,
prinsip berjiran saling hormati.
-----
[4] PANTUN EKARIMA
Pantun ekarima juga salah satu sub-genre kepada genre pantun. Penulisannya tidak mengikut aturan rima a-b-a-b, tetapi a-a-a-a dan berbeza dari puisi syair kerana penggunaan sampiran dalam rangkap pantun. Antologi "KESUMA" (SPTA, 2021) menghimpunkan 560 rangkap pantun daripada 28 orang pemantun. Contoh pantun ekarima oleh Ahmad Noh:
Jerami mati dekat selasih,
beluru lata lalu dibersih;
fahami hati pengikat kasih,
cemburu buta perlu disisih.
-----
[5] PANTUN JENAKA
Pantun jenaka juga merupakan salah satu sub-genre kepada genre pantun yang mengandungi unsur-unsur mencuit hati. Antologi "PANTUN JENAKA" (SPTA, 2020) menghimpunkan 375 rangkap pantun daripada 25 orang pemantun. Contoh rangkap pantun jenaka oleh Masriyah Misni:
Tairu dicari umbut diramu,
selain serai jamu diberi;
baru berdiri menyambut tamu,
kain terburai tetamu lari.
-----
[6] SELOKA
Seloka adalah sejenis puisi tradisional yang berasal dari bahasa Sanskrit shloka atau sloka yang bermaksud berjenaka. Pengaruh dari susastera Hindu antaranya kitab Mahabarata dan Ramayana. Antologi "CENGKERAMA" (SPTA, 2017) menghimpunkan 936 rangkap seloka dua baris daripada 29 orang pemuisi. Contoh rangkap seloka oleh Yahti Hayati:
Rajin bekerja mentua suka,
terlupa puji tersentap muka.
-----
[7] KARMINA
Karmina adalah istilah untuk pantun dua kerat, masih menggunakan wajah sampiran dan maksud. Antologi "KARMINA" (SPTA, 2019) menghimpunkan 972 rangkap karmina daripada 35 orang pemantun. Contoh rangkap karmina oleh Fadziah Fauziah Md Zakaria:
Separa guni rami meruah;
negara ini bumi bertuah.
-----
[8] REJANG
Puisi rejang mula dikesan menerusi dunia perdagangan di Melaka dan beberapa tempat lain di Tanah Melayu. Puisi perbilangan dangan dan lambang bagi menyampaikan maksud tujuan dalam perhubungan. Antologi "REJANG" (SPTA, 2020) menghimpunkan 510 rangkap rejang lima baris daripada 17 orang penyair. Contoh rangkap rejang oleh Sabariah Nor Salleh:
Empat hari bulan rejangnya kucing...
kucing mengganggu masa berjamu,
ke atas meja melompat naik;
berkorban masa menimba ilmu,
jadilah insan yang lebih baik.
-----
[9] GURINDAM
Gurindam merupaka puisi tradisiona dua baris serangkap yang berisikan pengajaran atau nasihat. Antologi "GURINDAM HATI" menghimpunkan 896 rangkap gurindam daripada 28 orang pemuisi. Contoh rangkap gurindam oleh Nazim Mohd Subari:
Andai berazam ingin berubah
taubat nasuha bermuhasabah
-----
[10] SYAIR
Syair adalah salah satu genre puisi tradisional berasal dari Persia, dikarang keseluruhannya dari empat baris serangkap dengan akhiran bersajak mengisahkan cerita, dongeng, nasihat, mahupun tentang permasalahan hidup. Antologi "MENDAM BERAHI" (SPTA, 2024) menghimpunkan 575 rangkap syair dari 25 buah syair karangan 25 orang penyair. Contoh rangkap syair oleh Syidah Ida:
Mendam Berahi banyak cerita,
kapal dibina hasrat berserta,
Sultan Melaka terpaut cinta,
sudah termakbul hajat tercipta.
-----
[11] TALIBUN
Talibun adalah nama lain bagi puisi tradisional pantun yang melebihi empat kerat, dan rangkapnya boleh menjangkau 12 baris atau lebih. Antologi puisi "PARADIGMA" (SPTA 2022) memuatkan sebuah puisi talibun yang dikarang oleh Bonda Zalina Amat Rosman seperti contoh rangkap berikut:
Delima batu merah mencelah,
masak merekah banyak belaka,
remia, duku merendang lebat;
sama bersatu usah berbalah,
mengorak langkah anak merdeka,
Malaysiaku gemilang hebat.
-----
[12] IKATAN BERIRAMA
Puisi ikatan berirama merupakan puisi tradisiona yang tidak terikat namun mematuhi rima akhir. Antologi puisi "MELODI PUISI" (SPTA 2023) memuatkan sebuah puisi ikatan berirama yang dikarang oleh Bayu Pagi seperti contoh rangkap berikut:
Kita ini orang berbangsa
orang berbangsa kerap disanjung
kerap disanjung berbagai bangsa
berbagai bangsa adab dijunjung
-----
[12] NAZAM
Nazam merupakan sejenis puisi tradisional dua baris serangkap yang tidak terlalu terikat dengan rima terdapat dalam Taj Us-Salatin. Antologi puisi "ANTARA DUA RAYA" (SPTA 2024) memuatkan sebuah nzam karangan Lanz Linked seperti contoh rangkap berikut:
Takbir raya terdengar sayu alun bersama,
hati tenang rasa bersyukur nikmat agama.
-----
[13] MADAH
Madah merupakan salah satu dari cabang puisi tradisional. Antologi puisi "MELODI PUISI" (SPTA 2023) memuatkan sebuah madah yang dikarang oleh Jalimah Jaudin seperti contoh rangkap berikut:
Sesungguhnya kita takkan merasa bahagia
hingga mampu menikmati, mensyukuri,
menghargai dan menjaga segala kurniaan-Nya
-----
[14] MANTERA
Mantera ialah ungkapan atau ayat yang apabila diucapkan boleh menimbulkan kuasa ghaib. Perkataan matera berasal dari bahasa Sanskrit 'mantr' atau 'mantra' bermaksud ungkapan mistik atau jampi serapah bagi tujuan pesona, perubatan atau perbomohan. Buku "KELARAI KENCANA" (SPTA 2024) memuatkan sebuah mantera karangan Paridah Ishak Ishak seperti contoh sebahagian rangkap berikut:
serlah gemilang aur bulan purnama
sinar kerlipan bintang kejora
semilir sepoi menyongsong dingin
menguliti ke urat nadi
menyergarkan jiwa lemah
kembali perkasa
air dari tujuh masjid
air dari tujuh lata
air dari tujuh sumur
air dari tujuh sungai
air dari tujuh mata air
tujuh titis embun pagi Jumaat
berkesan kerongkong menelan
seluruh tubuh bersiram
bersatu harum tujuh bunga
diseru semangat pulang
-----
[15] MASNAWI
Masnawi merupakan sejenis puisi tradisional terikat dua baris serangkap yang diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari dalam karanganya Taj Us-Salatin. Antologi puisi "PERSADA" (SPTA 2021) memuatkan sebuah masnawi karangan Tabir Alam seperti contoh rangkap berikut:
Bukan engkau yang merinduinya
hanya mangsa bidalan kiranya
-----
[16] TEROMBA
Teromba merupakan sejenis puisi tradisiona yang dikenali sebagai penyataan adat khususnya di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri Sembilan. Berikut contoh teromba karangan Tabir Alam tersiar dalam majalah Dewan Budaya, terbitan Dewan Bahasa dan Pustka tahun 2022.
Sandiwara Nag Manohra
mekmulung berlainan cara
Narathiwat asal Menara
Kelantan jarahan Chakri
pakaian raja manik bersilang
kecopong menara sejunjung
bertelinga subang berbulu
sepiring lilin menyala api
sirih pinang dimantera
gerak tari sembah guru
buka tari, tanduk kerbau
dua belas gaya gerak
kuku lentik sepuluh jari
bungkah geduk kulit kambing
gedombak berkulit sebelah
sepasang cerek buluh diraut
pi nai sebatang mengawal lagu
sepasang canang bering-bering
kesi tembaga bertapak kayu
adat Melayu kekal terjaga
Sifu Tabir Alam
Salam kak PI, Lama sungguh saya tak kemari menjenguk blog akak ni.... semakin rancak berkarya nampaknya sekarang.
ReplyDeletewsalam dik tksh sudi singgah biasala blog kak sarat karya sastera ja
Deletesemuanya bijak2 mengolah bahasa smpi berseni jadinya
ReplyDeletetksh anies sifu membimbing penulisnya berkarya puisi dgn tepat
DeleteSaya pernah ambil kursus Puisi Melayu Tradisional sewaktu belajar di UM. Kami rujuk buku penyelidikan Harun Mat Piah. Ada 44 jenis Puisi Melayu Tradisional yang dikaji.
ReplyDeletetksh amie alhamdulillah banyak kan puisi tradisi kak bljr sikit ja
DeleteTk perkongsian ilmu.
ReplyDeletetksh wp sudi baca
DeleteSemua jenis2 puisi tradisional di atas saya ada pelajari saat high school di sekolah. Dalam subject bahasa Indonesia.
ReplyDeleteSampai peniiiing nak hapal semuanya dan perbedaan di antara itu 😅😅.
Dulu saya sempat ingat, tp sekarang dah lupa sangat2. Saya lebih suka belajar sastra prosa daripada Satra puisi. Mungkin Krn sastra berbentuk novel LBH mudah dipahami Krn ada ceritanya 😅
Dulu saat tiba membahas sastra THN 1920an, saya paling semangat. Baca buku Marah Rusli, merari Siregar, Muhammad Yamin etc, saya lahap semua. Bahkan msh ingat ceritanya. Beda dengan puisi. Saya hrs buka buku lagi untuk bisa ingat 😅