ASSALAMUALAIKUM
NISFU
SYAABAN
Bulan
pun mengambang
suluh
gelita
bintang
malam
menghilang
.
Lembar
surat baru
terbuka
putih
tanpa
tinta
dicoret
.
Wajah
maghrib hening
catatan
lama
Rakib
Atid
menyimpan
Langit
lazuardi
mengirim
tanda
esok
lusa
Ramadan
ASSALAMUALAIKUM
NISFU
SYAABAN
Bulan
pun mengambang
suluh
gelita
bintang
malam
menghilang
.
Lembar
surat baru
terbuka
putih
tanpa
tinta
dicoret
.
Wajah
maghrib hening
catatan
lama
Rakib
Atid
menyimpan
Langit
lazuardi
mengirim
tanda
esok
lusa
Ramadan
ASSAALAMUALAIKUM
SEJARAH
Pena
telah lama
menulis swakarya
sejarah diri sendiri
mapan
.
Tidak
Tinggal walau
sezarah debu nan
halus tercoret kisahnya
pasti
.
Demi
detak masa
pena masih rancak
menulis sejarah tidak
henti
.
Renung
sesuatu
yang telah berlaku
sebagai kenangan silam
mahal
PARIDAH ISHAK
DMS
30/3/021
ASSALAUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU VIEWERS N BLOGGERS YANG DIKASIHI
NOVEL ATUK
Aqil Hariss menyapa atuknya
yang sedang ralit menulis karya. Atuknya terdongak memandang wajah cucunya,
tertanya-tanya.
“Atuk ada novel yang atuk
tulis? Cikgu suruh baca sebuah novel sebelum masuk sekolah April ni.”
Atuknya menyuruhnya
mencarinya di atas rak buku yang dipenuhi timbunan buku pelbagai tajuk yang
bersepah tidak tersusun. Selama berada di rumah dalam tempoh PKP,PKPP,PKPD dan
segala macam P norma baharu lantaran covid-19 dia sibuk dengan PdPR dan game
komputer saja. Ini sudah dekat nak masuk sekolah esok lusa baru teringat
pesanan gurunya supaya membaca sebuah novel. Mujurlah atuknya seorang penulis
novel juga. Penulis sendu yang baru saja menulis karya secara suka-suka mengisi
masa.
Tidak sia-sia atuknya menulis
novel KELARAI IMPIAN terbitan DBP 2020. Dapat juga cucunya memanfaatkannya
sebagai wadah pembelajaran sastera peringkat menengah rendah. Aqil Hariss masih
dalam tingkatan dua di sekolah berasrama penuh sekitar sini.
Sesekali fikir nak ketawa
juga....rupanya aku ni novelis ya…heh..heh..
ASSALAMUALAIKUM
TEKA TEKI
Tajin yang enak usang
menghijau,
suka lemaknya lain
mendingin;
rajin si anak memasang
ranjau,
leka emaknya bermain
angin.
Menggayung cia kalanya
senja,
memandak alan pudak
berbaki;
berpayung dia bukannya
raja,
hendak berjalan tidak
berkaki.
Tumbuh di tasik
hairannya sakan,
menepi terbul
hairannya biul;
tubuh bersisik
bukannya ikan,
tapi berjambul
bukannya siul
Pergi sekali
merewang-rewang,
tersentuh kawah jerang
kerambil;
tinggi sekali di awang-awang,
jatuh ke bawah sarang
diambil
Ukirnya panda hiaskan
renda,
pingit di rantang
ditanda sentang;
airnya ada ikan tiada,
langit terbentang
tiada bintang.
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MENIKMATI SAAT INDAHNYA BERSAMA FAMILI TERCINTA.
ALHAMDULILLAH ANTOLOGI HIMPUNAN PUISI DAN SAJAK PENDEK TERBITAN TINTA KARYA SELENGGARAAN PENULIS MAPAN CIKGU MOHD NOH DAN HAI ROZZAMAN JALAL TELAH PI TERIMA....SAJAK DAN PUISI KARYA RAMAI PENULIS BARU DAN LAMA...PI BIASALA MEMCELAH SELALU DENGAN BEBERAPA PUISI....TERIMA KASIH PENYELENGGARA BUDIMAN SUDI SERTAKAN KARYA PI YANG SEADANYA SAJA,
ASSALAMUALAIKUM
Andai menjadi sesumpah tentu kewujudan tidak disedari.
Namun ada yang menyampah dan menyumpah kerana mengelirukan kewujudan diri.
Terlalu banyak bertanya akan ketara kebodohannya. Tapi
malu bertanya tentu mengekalkan kebodohan selamanya.
Sering mengucapkan kalimat sabar kepada seseorang kala
ujian menimpanya tapi jangan pula terlupa kalimat hikmat itu tika diri sendiri
diuji pula.
Yakinlah kebaikanmu akan memayungi kesusahanmu.
Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana
permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi
tidak diuji.
Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya
dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.
Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan
cita-cita dikuasai pesimis.
Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak
menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri
akan lebih membantu.
Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak
dengan pelbagai sebab. Tetapi jika sebab
yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.
Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam
lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain..
ASSALAMUALAIKUM
Kuplet untuk pantun pula berima a b a b untuk klausa sampiran dan
maksud untuk sebuah stanza pantun genre biasa. Tidak seperti kuplet untuk puisi
soneta.
Bait “Cempaka Biru gagah berani,” ialah baris maksud kepada
perawakan personifikasi “Cempaka Biru” yang menjadi seseorang yang gagah
berani.
Bait 2,“melawan musuh berpalit dosa.” Dengan maksud perjuangan
mengatasi perbuatan mereka yang mungkar
“Cempaka Biru” ialah kata nama khas kepada seseorang. Dan bukan
kata nama umum untuk bunga cempaka biru.
Kuplet menyimpulkan maksud pantun biasanya berdasarkan tema pantun
pilihan. Merujuk kepada beberapa web medsos maksud yang dikemukakan ini
berdasarkan filem CEMPAKA BIRU
Filem Cempaka Biru merupakan sebuah filem Melayu
klasik yang diterbitkan pada tahun 1963.
Filem
Cempaka Biru dilakonkan.Ghazali Sumantri, Suraya Haron, Rose Yatimah, Yem dan
ramai lagi.
Snopsis
filem ini; mengisahkan puteri Cempaka Biru yang menyamar sebagai Hidayat dan
bekerja dengan pembesar istana yang tamak kuasa. Cempaka Biru sebenarnya ialah
pewaris raja yang telah hilang ketika raja dan permaisurinya sedang belayar dan
diserang lanun. Permaisuri melahirkan seorang putera ketika itu. Putera itu
jatuh ke laut. Pembesar yang menemui putera itu menyelamatkannya menjadikannya
anak angkat. Tapi mendidiknya menjadikan lanun pula. Raja kerajaan itu yang
telah mangkat ingin digantikan dengan anaknya. Akhir cerita geliga sakti
warisan raja menunjukkan bahawa Dipak anak anglat kepada pembesar dan Cempaka
Biru ialah anak kepada raja dan adinda kepada Cempaka Biru. Cempaka Biru
memutuskan Dipak menaiki takhta kerajaan.
Relasi
kisah dengan baris maksud yang kedua; “melawan musuh berpalit dosa” amat
ternyata.
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA DENGAN AKTIVITI YANG DISENANGI....KAK PI SANTAI SAJA DUK BELEK 4 NASKAH GEMA KARYAWAN Pk KIRIMAN SIFU TABIR ALAM BEBERAPA HARI LALU....SETIAP LEMBARAN MENGISI AKTIVITI PENULIS YANG MENGANGGOTAI BADAN PENULISAN INI...KEBANYAKANNYA PENULIS PERAK YANG TERSOHOR DALAM BIDANG PENULISAN SEKIAN LAMA....PI BIASALA MENYIBUK SELALU.
SELAIN BERITA KEGIATAN PENULIS TURUT JUGA DISIARKAN BEBERAPA PUISI KARYA AHLI ANTARANYA;
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
Pantun
memiliki struktur yang terdiri atas sampiran dan isi. Sampiran berfungsi
menyiapkan rima dan irama yang dapat membantu pendengar memahami isi pantun.
Pada umumnya sampiran tidak memiliki hubungan dengan isi, tetapi terkadang
sampiran dapat memberi bayangan terhadap isi pantun. Isi merupakan bahgian penting
pantun yang berisi maksud atau yang akan
disampaikan penukil pantun.
Menurut Sutan Takdir Alisjahbana, fungsi sampiran adalah menyiapkan rima
dan irama agar pendengar dapat memahami isi pantun dengan mudah. Ini dapat
difahami kerana pada dasarnya, pantun merupakan sastra lisan. Pola rima dan irama
pada pantun secara eksplisit menegaskan sifat kelisanan pantun pada budaya
Melayu dulu.
Definasi pantun sebagai jenis puisi lama yang terdiri
atas 4 larik dengan rima akhir a/b/a/b. sukukata ditetapkan ialah 8, 10 dan 12
sukukata untuk pantun biasa, empat baris serangkap. Setiap larik biasanya
terdiri atas 4 kata, larik 1-2 merupakan sampiran, larik 3-4 merupakan isi atau
maksud.
-
Rujukan Wikipedia Indonesia
Air yang dalam bertambah
dalam
hujan di hulu belum lagi
teduh
hati dendam bertambah
dendam
dendam dahulu belum lagi
sembuh
Sampiran ialah kata kiasan yang akan membentuk maksud sebenarnya. Seharusnya dipilih unsur alam sebagai bait pembayang.
Radio klasik telah menyediakan sampiran pantun “Kerjaya jururawat bukanlah mudah,
Tugas mulia lagi diberkati.” Dan meminta pemantun menyambungkan dengan maksud bertepatan sempena meraikan HARI JURURAWAT SEDUNIA 2020.
Sekiranya disambung begini; contoh pantun Yahti Hayati yang disiarkan Radio Klasik;
Kredit Yahti Hayati;
“Kerjaya jururawat bukanlah mudah,
tugas mulia lagi diberkati.
andai terlewat terima padah,
tabahnya ia mencurah bakti.”
Stanza yang lengkap empat baris. Rima pantun a b a b di tengah dan hujung juga ada. Format pantun masih ada walau sudah berimej puisi kuatrin. Puisi kuatrin kadensa lunak 10 sukukata. Menukilnya seperti wajah pantun iaitu 4 baris serangkap dan rima akhir sahaja a b a b. Puisi ini tidak memerlukan sampiran seperti pantun. Baris satu hingga empat maksudnya bersambung.
Pemantun tiada pilihan untuk menyambung sampiran pantun yang diberi Radio Klasik dengan dua baris maksud yang selari dengan sampiran seperti puisi kuatrin.
Pantun yang disiarkan radio klasik ini masih ada sedikit wakah pantun dan boleh diklasifikasikan sebagai pantun kreatif moden yang bebas dan tidak terikat dengan nilai pantun Melayu tradisi.
Sampiran pantun yang dikemukakan untuk menduga pemantun menyerlahkan kreativiti mengolah sampiran bertepatan dengan maksud sepatutnya mungkin begini;
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
kerjaya jururawat bukanlah mudah,
tugas mulia lagi diberkati.
ASSALAMUALAIKUM
ISRAK
MIKRAJ
Nabi
yang mulia berdukacita
Ummul
mukminin wafatlah sudah
Siti
Khadijah suri tercinta
hibanya
sungguh berladung gundah
Nabi
Muhammad terkenang-kenang
walang
hatinya dilitup mendung
wajah
terbayang senantiasa
ngilunya
kalbu perih terluka
27
Rejab tahun ke 12
Allah
turunkan Jibril ke bumi fana
membawa
nabi jauh kembara
mengubat
luka menyapu lara
mengadap
Allah Yang Maha Esa
Bersama
buraq terbang ke langit lazuardi
malam
gelita cerlang gemilang
tujuh
petala berlapis-lapis
lintasi
bulan bintang gentayang
Cakerawala
sarat cerita
Surah
Al-Israa’ ayat 1
Surah
An-Najm: 53;13-18
selak
dan baca satu persatu
beriman
teguh umat Muhammad
kembara
jiwa rohani murni
PARIDAH
ISHAK
DMS
1103/021
ASSALAMUALAIKUM
anggerik desa –
rekahan dahan tua
tumpangan kekal
gelas tembikar –
air kelapa muda
bahang mendingin
Melayu Cocos
keropok kerak nasi –
kudapan pulau
gugusan bunga
rambutan jarum emas -
rezeki musim
pucuk keledek
sayur bening bertumis -
selera desa
ASSALAMUALAIKUM
MARHAEN
Rakyat jelata desa dan kota
diberi janji pasti di kota
hidup teratur
giat dicatur
diabai kata lelah derita
Pilihan penting jadi penentu
bukannya dua hanyalah satu
takut tersalah
tersilap olah
tanggung akibat resah menghantu
Apa terjadi sudah berlaku
hasil pilihan sudah diaku
mesti terima
bersabar cuma
termenung pula dagu dipangku
ASSALAMUALAIKUM
WAYANG - Antologi
Cerpen
Tahniah kepada
semua cerpenis yang terpilih dalam penerbitan antologi cerpen berjudul
"WAYANG - Antologi Cerpen" ini.
Antologi ini memuatkan
18 buah cerpen daripada 18 orang cerpenis. Antologi ini merupakan terbitan SPTA
yang kelima bagi tahun 2021, alhamdulillah. Senarai penulis terlibat;
PI MENULIS CERPEN PESONA COVID 19 MENGANGANGKAT PENGALAMAN BLOGGER WARISAN PETANI UNTUK DIJADIKAN KARYA...IZINKAN YA WP...TERIMA KASIH....MAAF TULIS DULU BARU MINTA IZIN HEH..HEH..NAMPAKNYA SIFU TA MENYUKAI TULISAN PI DAN MEMBERI KOMENTAR POSITIF....ALHAMDULILLAH.
ASSALAMUALAIKUM
MENGGILAP
POTENSI DIRI
Maksud
potensi ialah kemampuan mencapai sesuatu menurut rujukan PRPM. Tajuknya bagai
hendak memperkatakan isu motivasi pula. Sedangkan yang menulisnya bukanlah
motivator atau sesiapa pun. Tapi menulis lantaran teruja mengikuti kemajuan
penulis grup GRAHA yang menyerlah namanya dalam arena penulisan berkat rajin
berkarya sastera dalam pelbagai genre.
Antaranya
penulis Sujata Wee, Nizam Mohd Subari, Gabriel Kim Juan, Addyra Azzahra, Aloy
Indera, Noorizam, Anamatara, Faridah Ida Rasul, Annur, Qurniaan Jiwa, Abd Aziz,
Amir Hamzah, Sarji dll. Karya
penulis-penulis ini sering saja disiar menghiasi akhbar dan majalah tempatan.
Dan kerap pula memenangi sayembara penulisan anjuran penganjur. Tahniah!
Yahti
Hayati, Zuraida Dewi, Syidah Ida Sabariah Nur Salleh antaranya pemenang sayembara. Saniah Masri,
Ustazah Ana, Russ Asan, Wahidah Ahmad sering disiar karyanya di Radio Klasik
dalam slot pantun, ADILA dll karya kreatif. Tahniah!
Salmah
Amir Jamal A Majid, Pak Ngah, Hamimah,
Iris Suzanis,Oui Sai, penulis-penulis berketrampilan dengan cara karya berbeza
namun sangat berkualiti tinggi. Tahniah!
Bayu
Pagi dan Pak Engku dalam kluster istimewa kerana kedua-duanya miliki pesona
tersendiri dalam penghasilan karya.
Bakat
yang ada anugerah Ilahi digilap sebaiknya dengan gigih berkarya dan menghantar
setiap karya yang dihasilkan kepada penerbit. Sikap penulis-penulis ini memang
terbaik dicontohi. Seperti kata sifu TA mesti berani mencuba. Selagi tidak
berani mencuba masakan tahu hasilnya. Lalu kita terpegun memandang tiga cerpen
karya seorang penulis ini disiar tiga akhbar arus perdana; Mingguan Malaysia, Berita
Harian, Harian Ekspress Sabah, Ahad 28 Feb semalam. Hebat sungguh NURIMAS ini.
Tahniah! Nurimas SN atau Samiron Rahmat pernah menulis cerpen dalam antologi
SENJAKALA terbitan SPTA. Beliau baru saja bersara sebagai guru kanan pada tahun
lalu. Pada pemerhatianku secara peribadi beliau ini seorang yang sangat rajin
berkarya sejak lama. Jika ingin berjaya dalam bidang penulisan ini paling utama
mesti rajin berkarya pelbagai genre sastera. Terasa jemu berpuisi, menulis esei
atau cerpen pula. Sebelum hendak menulis apa pun kenalah cari serba sedikit
info berkenaannya.
SPTA
kendalian admin sifu Tabir Alam tidak lokek berkongsi ilmu sastera kepada yang
berminat menyantuninya tidak mengira siapa. Tahap pengajian standard tertinggi
tidak mampu dipertikai. Alhamdulillah merasa juga menuntut ilmu sastera secara
lebih sempurna walau semata dalam talian secara santai mengisi luang masa.
Semoga
potensi diri PUJANGGA SPTA memancar-mancar sinarnya justeru sifu TA telah
menggilap kesuramannya. Terima kasih banyak sifu. Budi dan jasa sifu tidak
ternilai harganya. Dikenang abadi selamanya. Semoga tiasa dilindungi Allah
sihat sejahtera dengan rezeki melimpah sukses dunia akhirat amiin.