ASSALAMUALAIKUM
CERITA POKOK DOKONG
Di belakang rumahku tumbuh pokok dokong meninggi dan subur. Sepokok
saja pun. Bukan aku yang menanamnya. Tapi hasil daya bapaku. Sudah
bertahun-tahun usianya tidak pula berbuah. Aku hanya menanti hendak menikmati
hasilnya entah bila. Kini aku bermastautin di Serendah pula. Adikku yang
tinggal di kampung mengirim whatsApp bergambar memberitahu pokok dokong itu
telah berbuah lebat dan meminta aku pulang menuainya. Alhamdulillah. Anak-anakku pulang ke kampung. Anakku Tuan Uzaini, menurunkan gugusan buah dokong daripada pokoknya menggunakan
tangga. Dapatlah aku merasanya. Amat manis bersari. Sebab buahnya terlalu lebat
tidaklah diambil semua. Ditinggalkan menjadi rezeki pada sesiapa yang berminar
di situ.
Tuan Uzaini –
gugusan buah dokong
tangga rezeki
Alhamdulillah
ReplyDeletePahala yang sentiasa mengalir untuk orang yang menanamnya
amiin tksp wp insya-Allah pahala kekal
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteBuah dokong memang sedap dan manis.
Rezeki untuk insan terpilih.
amiin tksh amie ya manis sgt kak makan sikit ja
DeleteBest nyer.. lebat sungguh buah nya.. rezeki.. dan pahala utk ayah yg menanam.. :D
ReplyDeleteSukanya buah duku . Sekali makan susah nak berhenti ๐๐
ReplyDeletesedapnyaaaa dokong... fav sy berbanding duku or langsat
ReplyDelete