ASSALAMUALAIKUM
JOM JOIN GA ANIES NI CARANYA:
ASSALAMUALAIKUM
JOM JOIN GA ANIES NI CARANYA:
ASSALAMUALAIKUM
JOM CUBA2 BERPANTUN @KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA...MANATAHU ADA REZEKI INSYA-ALLAH.
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
SAHABAT PENA
Sahabat pena
zaman dahulu
cari kawan
dalam surat khabar
pilihan wajah
kacak selalu
balasan surat
menunggu sabar
.
Terlalu ramai
sahabat pena
warkah dikirim
salah alamat
sudahnya
malang nasib terkena
marah sahabat
riuhnya gamat
.
Hanya sahabat
bukan kekasih
anggapan pula
berlain makna
mudah tindakan
asih menyisih
makin dilayan
mungkin merana
.
Era kini kawan
alam maya
elak setuju
dengan melulu
walapun lagak
segak bergaya
kadang penipu
tiada malu
.
Lebih bersikap berhati-hati
simpan dulu
permintaan teman
biar sahaja
ternanti-nanti
saring dahulu
penular kuman
ASSALAMUALAIKUM
ISRAK MIKRAJ
Penghujung Rejab rasul pilihan
bersama Jibril menunggang
buraq
terbang di langit arah
jauhan
.
Dari Baitullah bermula israk
ke Baitulmukaddis detak masa
sepantas kilat walau
berjarak
.
Nabi solat di Masjidil-Aqsa
petala langit sinar
gemintang
mikraj mengadap Allah Yang
Esa
.
Cakerawala luas terbentang
kursi tertinggi Sidratul Muntaha
perintah solat akur menatang
.
Nabi Muhammad daya usaha
demi umatnya rela berkorban
sujud beriman segala maha
.
Israk mikraj perjalanan
malam
kembara Rasul ke puncak alam
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
Cuti sekolah telah bermula ...sebelum itu pelbagai majlis diadakan di sekolah...ada majlis murid tahun 6 yang akan berpindah ke sekolah menengah dan di sekolah menengah pula ada majlis konvo pelajar tingkatan lima yang akan meninggal sekolah ke IPT atau meneroka bidang kerjaya.
Ariff berpeluang berkonvo di sekolah kebangsaan Intan Baiduri Selayang.
ASSALAMUALAIKUM
HANDAI
TAULAN
Kawan-kawan
hibur
rawan
alam
maya
riang
ria
.
Tegur
sapa
manis
rupa
belum pasti
apa
erti
.
Jujur
ikhlas
raut
jelas
buruk
sangka
kadang
reka
.
Hulur
salam
tulis
kalam
sembang-sembang
topik
rambang
ASSALAMUALAIKUM
PE salah seorang penulis SPTA merupakan antara seorang sahabat baik PI...beliau seringkali membantu PI dalam berkarya. Dalam blog karyaku PI sediakan ruang yang memaparkan pantun karyanya dan manuskrip lama coretan ayahandanya...budi baiknya sentiasa dalam kenangan abadi...semalam PE telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Seremban NS. PI amat berdukacita kehilangan seorang sahabat maya walau tidak pernah bersua. Hanya doa mampu dititipkan semoga PE diampuni dosanya, bahgia sejahtera di sana bersama para solehin di sisi-Nya amiin
ASSALAMUALAIKUM
Antologi Tuk Suji Bilang terbitan
Perpustakaan Negeri Pahang selenggaraan penyair Roslan Madun menghimpunkan
karya syair penulis Malaysia antaranya SN Dato Zurinah Hassan, Norlaila Ghafar,
Sujata Wee, CT Nurza dan beberapa orang lagi penulis mapan telah sampai ke
perpustakaan Leneiken, Moscow, Rusia dibawa sasterawan Dr Victor Pogadaev.
Karyaku ‘Syair Pahang’ turut juga disertakan
penyelenggara sasterawan Roslan Madun dalam antologi ini. Syairku mengisahkan
keindahan negeri Pahang dari Bentong hingga Telok Chempedak di mana
keindahannya termasyhur diketahui ramai
salji berintik –
syair Tuk Suji Bilang
pustaka Moscow
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU JOM JALAN2 KE TAMAN MILENIUM KUALA KUBU BHARU...CANTIK TEMPATNYA SESUAI BERIADAH SANTAI.
ASSALAMUALAIKUM
JEM RAMBUTAN MASAM
Rambutan masam/telan biasanya tidak dipedulikan kerana
rasanya yang masam sedikit, tidak longkah dan buahnya agak kecil daripada
rambutan yang lekang.
Hanya menjadi santapan burung-burung, tupai,
keluang, monyet dll mergastua. .
Tapi rambutan jenis ni dibuat jem memang
sedap.
Cara hendak membuatnya mudah saja.
Cuma buang kulitnya dan masukan dalam peruk..
Panaskan dengan api perlahan sambil
mengacaunya. biji rambutan akan tertanggal daripada isinya dan bolehlah
dikeluarkan daripada periuk.
Kemudian masukan gula ikut keperluannya. Kalau
banyak gulanya tahannya lebih lama. Gula kan pengawet makanan tapi jangan
berlebihan.
Dikacau sehingga agak kering dan warnanya keperangan. Resepi tradisi ini diwarisi sejak
turun-temurun lagi.
Dan bolehlah dimakan bersama roti atau biskut.
Rasanya sedap. Pada aku lebih sedap daripada jem yang dibeli di kedai. Aku suka
juga membuat jem rambutan masam ini. Di belakang rumahku banyakku tanam pokok
rambutan pelbagai jenis yang terpilih. Entah macam mana rambutan masam ini
terselit antaranya. Kala musimnya berbuah kelihatan meriah dusun kecilku
berwarna merah dan kuning.
rambutan masam -
resepi jem tradisi
ganding santapan
ASSALAMUALAIKUM
DARI SUNGAI
BESAR, SELANGOR KE MELAKA
Suatu hari ke Sungai Besar
dari Serendah
tidaklah jauh
arah menghala
tidak tersasar
sepanjang jalan
merendang pauh
.
Menguning padi
di tengah sawah
terhampar luas
saujana pandang
di langit biru
melayang sewah
indah sekali
damai terundang
.
Sampailah sudah
tempat tujuan
di Parit Dua
makan kenduri
majlis meriah
jadi tumpuan
usai segala
beransur diri
Tuju Melaka
dirancang awal
sebelum petang
menjelang senja
tiba di hotel
ada pengawal
ronda sekitar
sungguh teruja
.
Esok pagi ke Parit
Melana
restoran tular
pun dikunjungi
sedia air
herba bejana
pelbagai jenis
ruap mewangi