Saturday, 31 May 2014

UITM DAN ANAK-ANAK KITA..

ASSALAMUALAIKUM...


FLOWERS OF LIFE 2


ASSALAMUALAIKUM..





ALLAH MENGINDAHKAN ALAM DUNIA UNTUK HAMBA-HAMBANYA DENGAN ANEKA JENIS BUNGA-BUNGAAN DAN TUMBUH-AN YANG PELBAGAI. LANGSUNG TIDAK ADA PERSAMAANNYA WALAU ANTARA SEHELAI KELOPAK ATAU DAUNNYA. LALU SYUKURILAH NIKMAT ALLAH YANG TERLALU BANYAK DAN BUKAN SEKADAR INI ATAU APA YANG KITA SUKAI. JANGAN SESEKALI MENDUSTAINYA....








Friday, 30 May 2014

HARAM HALAL SAMA-SAMA FIKIRKAN..

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT YANG MULIA...
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.
Mari fikir-fikirkan.

PIC GOOGLE


"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.


Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. 


Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.


Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.


Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".
KEBERKATAN YANG DICARI


6 cara utk mendapat pahala setelah mati:


1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya mkan darinya.
6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.
Waallahu'alam

Thursday, 29 May 2014

UBAT PENGASIH PALING MUJARAB....TAK CAYA?...

ASSALAMUALAIKUM...

UBAT PENGASIH INI BUKANLAH MINYAK SENYONYONG ATAU MINYAK GUNA GUNA DAN SEGALA JENIS MINYAK YANG RELEVEN DENGANNYA. PENGGUNAANNYA TAK PERLU NAK MENCOLEK ATAU CURI-CURI SAPU KEPADA MANGSA YANG HENDAK DIKENAKANNYA.

HIDUP KITA KAN PERLU BERADAB SOPAN SEBAIKNYA DAN PERBUATAN SYIRIK YANG MENYALAHI HUKUM ITU PERLU DIHINDARI.

KITA MEMANG DITUNTUT HIDUP DALAM SUASANA HARMONI DAN BERKASIH SAYANG ANTARANYA. DAN NILAI-NILAI MURNI ITU BOLEH DITERAPKAN DENGAN AMALAN YANG SANGAT MUDAH.

SEKIRANYA INGIN DI SAYANGI IBU BAPA, SUAMI/ISTERI, ANAK-ANAK, ADIK KAKAK ABANG, JIRAN-JIRAN, KAWAN-KAWAN ,BACALAH;


DAN HADIAHKANLAH KEPADA MEREKA YANG BERKENAAN.

BACA PULA;



SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. 


HADIAHKANLAH KEPADA MEREKA YANG DISAYANGI. INSYA  ALLAH ANDA JUGA PASTI DISAYANGI..

JIKALAU MEMILIKI ANAK-ANAK YANG DEGIL DAN TIDAK MENDENGAR KATA JANGANLAH ANAK ITU DIMARAHI, DIDERA SEHINGGA CEDERA PARAH  DAN MUNGKIN MENYEBABKAN KEMATIAN SEPERTI BERITA YANG TERSEBAR DI MEDIA KINI. SEBAK DAN SEDIH MEMBACANYA KAN...PERKARA SETRAGIS INI SEPATUTNYA DIELAKAN DARIPADA BERLAKU.

BERSABARLAH. AMALKAN TANPA JEMU TASBIH ZIKIR DI ATAS DAN HADIAHKAN KEPADA ANAK-ANAK AGAR LUNAK HATINYA DAN MENDENGAR KATA.

.AMALKANLAH KALAU NAK TAHU HASILNYA..

Sumber Radio Pahang FM.


Wednesday, 28 May 2014

KEMANGKATAN DYMM SULTAN PERAK...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM TAKZIAH DARIPADA SELURUH HAMBA RAKYAT...


ALFATIHAH. Semoga Allah subhanahuwataala menempatkan roh DYMM Sultan Azlan bersama para syuhadah dan solehin.Aameen. Dalam hayatnya,bagindalah seorang Raja yang paling berkebolehan memberi rumusan dan pencerahan isu-isu dan persoalan-persoalan undang-undang dengan bijaksana dan berilmiah.Malah pakar undang-undang se-antero dunia khususnya didalam negara-negara "Commonwealth" yang berlunaskan "the common law of England", mengikhtiraf ketinggian taraf atau mutu ketangkasan baginda memberi hujah dan menghuraikan pendapat didalam kes-kes yang menjadi rujukan mercu-tanda (landmark references) dalam beberapa bidang ilmu undang-undang.



Alhamdulillah,baginda telah meninggalkan kesan yang begitu dihargai sebagai contoh yang disegani untuk menjadi seorang hakim yang sangat bijaksana dan adil.Dengan sendirinya baginda telah melonjakkan semangat juang buat anak-anak sebangsa seagama atau senegaranya didalam mendalami ilmu undang-undang,falsafah dan kemahiran berfikir secara bijak-pandai munasabah dan adil.Kita tetap akan sentiasa merindui Tuanku.AlFatihah.


CATATAN DATO' IDRIS BUANG.





PIC NORADABI ROSDI FACEBOOK.

Tuesday, 27 May 2014

SAMBAL JERING RAMPAI DIKNA.

ASSALAMUALAIKUM....

PI MEMANG SUKA MENGEMUKAKAN RESEPI DARIPADA DIKNA KERANA MASAKANNYA BERASASKAN SUMBER TUMBUHAN YANG BERADA DISEKELILING ALAM SEKITAR KITA.
TERIMA KASIH YA DIKNA SELALU MAHU BERKONGSI RESEPI TRADISI PAHANG YANG ENAK.

RESEPI TRADISI PAHANG YANG TERNYATA LAZATNYA DAN ADA KELAINAN RASANYA.
RAMAI JUGA YANG LANGSUNG TIDAK TAU TERDAPAT RESEPI MUDAH DAN SEDERHANA SEKALI  TAPI SENANG MEMASAKNYA.

BAHAN-BAHANNYA.
10 BIJI JERING TUA...
SEDIKIT IKAN BILIS
SEDIKIT IKAN TALANG KERING DIPOTONG KECIL.
1 BIJI KELAPA.


UNTUK TUMISAN..

SEDIKITT KUNYIT HIDUP DITUMBUK HALUS.
5 BUTIR BAWANG MERAH
5 ULAS BAWANG
LADA KECIL IKUT SUKA KEPEDASANNYA.
SEDIKIT IKAN TALANG KERING DIPOTONG KECIL.
1 BIJI KELAPA.

BAHAN DITABUR DALAM MASAKAN.

2 BATANG HIRISAN SERAI.
BEBERAPA HELAI DAUN LIMAU PURUT
DAUN SERAI KAYU/ DAUN SALAM
2 BUTIR BAWANG BESAR.
SEDIKIT BELACAN
ASAM KEPING.

CARANYA.

TUMIS BAHAN YG PATUT DITUMIS. MASUKAN SANTAN CAIR DAN JERING YANG DIHIRIS NIPIS JUGA ASAM KEPING DAN BELACAN. SETELAH ITU MASUKAN IKAN TALANG MASIN DAN BILIS.

PABILA JERING DAN YANG LAINLAIN DAH MASAK BARU MASUKAN SANTAN PEKAT DAN TABUR DAUN DAUN DAN BAHAN TABUR. GARAM DAN GULA ISILAH SECUKUP RASA. IKAN TALANG DAN BILIS BIASANYA DAH MASIN. TAK DIMASUKAN GARAM PUN TAK MENGAPA.
IKUT SELERALAH YA.







SALAM ISRAK MIKRAJ..

ASSALAMUALAIKUM...



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam,

dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Sunday, 25 May 2014

SUNGGUH MENYAYAT HATI..

ASSALAMUALAIKUM...

TANJUNG MALIM 24 Mei - Wajah sayu lima beradik yang kematian ibu bapa mereka dalam nahas ngeri di ibu negara semalam cukup meruntun hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Mungkin anak bongsu pasangan itu yang baru berusia tiga tahun, Nur Auni Safia tidak mengerti apa-apa namun kakak dan abangnya sudah faham bahawa mereka kini tiada lagi tempat bermanja dan kasih sayang.

Ahli keluarga dan saudara mara terdekat yang mengunjungi rumah keluarga pasangan itu, Allahyarham Jefri Mohd. Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai dekat sini hari ini tidak dapat menahan sebak setiap kali menatap wajah kelima-lima anak mereka yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata.

Bagi memastikan hubungan lima beradik itu tidak terputus, ahli keluarga mangsa yang kini menjadi waris kanak-kanak itu bertekad untuk tidak memisahkan kesemua mereka.
Waris Allahyarham menyifatkan, walau apa cara sekali pun, mereka akan menjaga adik beradik berkenaan supaya dapat membesar bersama-sama.

Zainah Mohd. Zain, 44, adik kepada Allahyarham Jefri berkata, dia tidak rela melihat anak-anak arwah abangnya dipisahkan seperti dihantar ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan.
Katanya, mereka akan berbincang untuk menentukan siapa yang akan menjaga adik-beradik itu, juga sama ada terus tinggal di Cheras atau berpindah ke kampung asal keluarga mereka di Sungkai.

"Buat masa ini kami belum membuat keputusan siapa yang akan menjaga mereka. Selepas selesai majlis kenduri dan tahlil arwah abang saya, baru kami akan berbincang mengenainya.
"Kami juga perlu berbincang dengan keluarga arwah kakak ipar saya yang tinggal di Tanjung Malim. Mungkin kelima-lima mereka akan terus menetap di Cheras kerana arwah bapa mereka sudah pun memiliki rumah di sana, lagipun mereka bersekolah di sana," katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat hari ini.

Allahyarham Jefri, seorang juruteknik syarikat swasta bersama Noorsalawati maut setelah digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir dalam nahas ngeri di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam.

Selain Nur Auni Safia, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat lagi anak iaitu Mohd. Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd. Aidil, 10, dan Norshamini, 4.
Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat selepas solat Isyak semalam.

Zainah memberitahu, arwah abangnya adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan adik beradiknya.

Menurutnya, hubungan arwah abangnya yang mesra dengan panggilan 'Yob' dengan adik-beradik begitu erat apatah lagi rumah mereka di Cheras terletak berdekatan.

"Hubungan saya dengan anak-anak arwah abang saya juga begitu erat. Saya tidak tergamak untuk memisahkan mereka. Mereka begitu rapat terutama Norshamini dan Nor Auni Safia yang tidak boleh berenggang.

"Selepas ketiadaan abang sulung kami, saya sebagai anak yang paling tua daripada enam beradik yang masih tinggal akan menjadi pengganti kepada arwah dalam urusan keluarga kami," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Saturday, 24 May 2014

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...











SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN INI JEMPUTLAH NIKMATI HIDANGAN YANG TERSEDIA SEADANYA INI, PILIH APA SAJA YANG MENGAIT SELERA ANDA...GURAU JER, JUST PIC UNTUK MENYUKAKAN HATI SENDIRI....










SUMBANGAN TRAFFIC KE BLOG KARYAKU...TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...

ASSALAMUALAIKUM..


SEMENJAK PI MULA BLOGGING JUN 12 LALU  YANG PALING BANYAK MEMBANTU MEMBERI SUMBANGAN TRAFFIC KE BLOG KARYAKU ADALAH DARIPADA BLOG FAUZIAH SAMAD.COM ATAU DAPUR KJEE INI. SELAIN ITU DARIPADA GOOGLE DAN FB. MUTAKHIR INI BILA DAH JOIN GOOGLE FRIEND NAMPAKNYA GOOGLE YANG BANYAK MEMBANTU MENINGKATKAN VIEWERS DARIPADA SELURUH DUNIA. TERKEJUT JUGA MELIHAT BLOG KITA YANG PICISAN INI DIINTAI SERATA DUNIA JUGA KAN...

TERIMA KASIH KEPADA PELAYAR-PELAYAR INTERNET YANG SUDI SINGGAH SEKEJAP ATAU LAMA DI BLOG KARYAKU, MUDAH-MUDAHAN ANDA MENEMUI APA YANG DICARI.

TERIMA KASIH BANYAK PADA JEE/FAUZIAH SAMAD YANG SUDI MELETAKAN BLOG SIL-NYA DALAM BLOGLISTNYA YANG TERPILIH SAJA DAN SENTIASA MENYUMBANGKAN TRAFFIC YANG TIDAK HENTI-HENTI.

WALAUPUN TAK RIBU-RIBAN PENGUNJUNGNYA PER HARI TAPI BLOG KARYAKU TAKLAH SUNYI SEPI..



http://www.dapurkakjee.com/

FauziahSamad.com

DAN BLOG KAWAN-KAWAN DI BAWAH  INI TURUT JUGA MEMBAWA PERANAN TERSEBUT. TERIMA KASIH BANYAK YA.

http://kakitravelkhairuddin.blogspot.comKaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin


http://happyirfa.blogspot.com/


Happy Irfa

http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/

Krik Krik Krik

http://yopekidey.blogspot.com/
Anak Kuala

http://www.akupenghibur.com/


Jom Senyum Bersama Aku Penghibur

Friday, 23 May 2014

ATASI KETAKUTAN PABILA SENDIRIAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Kadangkala kita sendirian. Dan kesunyian memerangkap kita dengan ketakutan melampau. Normallah tu. bukan aneh pun. Namun sudah tentu kita perlukan sesuatu untuk mendinding gangguan jiwa daripada serangan unsur-unsur yang nyata/jenayah manusia atau halus/iblis.

Amalan-amalan mudah ini insyaAllah amat membantu:

PENDINDING DIRI

1. Ibaratkan rumah kita sebagai sebuah kotak empat persegi dan tuliskan huruf yasin dengan hujung jari menggayakannya pada setiap penjuru. Tulis huruf ya dan sin. mestilah ditulis dengan huruf jawi. Bukannya roman/rumi



PIC GOOGLE.

2. Selepas solat bacalah surah yasin hingga tamat. bukan setakat baca ya dan sin saja.

3. Sebelum tidur berwuduklah dahulu. Memang sunat pun tidur dengan ada wuduk.


4. Tika sedang berbaring bacalah ayat kursi dan hembus di ujung kepala. Baca lagi dan hembus ujung kaki. hembus kiri, hembus kanan dengan menyelesaikan bacaan ayat kursi.

5; Baca pula tiga qul..ikhlas...alfalak...alnnas.

6. Baca lagi ayat kursi sehingga terlelap.

InsyaAllah tidak akan ada sebarang gangguan walau anda sendirian.

MyBloglist