daun kasturi sarang kelulut
daun selasih bawa ke laut
salam diberi harap bersambut
tanda kasih mesra bertaut
tepak sirih yang dihulur
segeralah sambut sepiak dua pemerah mulut
mari bergobek sirih pinang secalit kapur secubit gambir
sambil berperi seloka sambil berdendang
melupakan cerita walang tetap berulang tak kunjung padam
barangkali
sambil berbeka
bercerita gurau canda
semakin kita lupa
seolah semalam tiada duka
yang ada cuma ceria gembira...
masyaAllah...subhanaAllah...
sebenarnya memangnya kita terlupa
jiwa kita adalah jiwa qabil dan habil...
Segmen Gempak Melukis Dan Mewarna Poster Sempena Bulan Kebangsaan 2025 Blog
Pesona Etuza.
-
*Banner Segmen Gempak Melukis & Mewarna Poster Bulan Kebangsaan 2025.*
*Klik vedio ringkas ANIMASI SEGMEN.*
*Boleh klik Full Skrin..*
Tepat Jam 8.17 min...
8 hours ago