ASSALAMUALAIKUM
TABUNG HAJI
jelang Hari Merdeka
audit luaran
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
.
Ruang sastera kecil saja. Media maya pula menjadikannya terasa semakin sempit kerana segala maklumat mudah dicapai hanya dengan sentuhan jari. Membaca pelbagai perkhabaran di alam maya kadangkala menimbulkan rasa terkejut dan sukar dipercayai. Tersebar kisah seorang sasterawan ternama yang didakwa mengganggu seorang penulis muda melalui kiriman emoji dan ayat-ayat berbaur godaan. Penulis muda itu dikhabarkan telah membuat laporan polis berhubung gangguan yang dialaminya.
Belum pun reda cerita tersebut, timbul pula berita lain yang lebih menghairankan. Seorang penulis dikhabarkan telah meninggal dunia berdasarkan status yang dimuat naik di media sosial. Anehnya, tidak lama kemudian akaun Facebook yang sama masih aktif mempromosikan dan menjual buku-bukunya. Ramai yang tertanya-tanya, malah mempersoalkan kesahihan berita itu. Benarkah penulis tersebut telah tiada atau sekadar menjadi mangsa kekeliruan di alam maya?
Begitulah gelanggang sastera sarat dengan pelbagai cerita yang adakalanya sukar dijangka. Di sebalik keanehan dan keriuhannya, ada juga sisi yang mencuit hati, hingga tanpa sedar menghiburkan sunyiku. Aku sekadar tersenyum.
.
kalam penulis -
catatan awal Ogos
kejutan maya
SKRIP
DRAMA
Seorang
sahabat maya yang proaktif menulis skrip drama teater, radio bertanya padaku
peluang menulis karya itu untuk diterbitkan di mana-mana platform. Aku hanya
mengatakan akan cuba bertanya pada penerbit dan drama di radio klasik kerana
pernah juga skrip olahanku di siar di situ. Pabila kutanyakan perkara itu pada
yang berkenaan, jawapannya slot drama dan purbawara telah dihentikan kerana
bajetnya tiada. Sejak sekian lama penulis yang menambah sedikit pendapatan
dengan karya penulisan terputus hasilannya. Begitu gawat sekali masalah
kehidupan kini kurasakan justeru dahan tempat bergantung telah patah. Aku hanya
mampu mendoakan sahabatku tambah menjalani kehidupannya sebagai penulis OKU
kerana satu pintu rezeki tertutup ada lagi pintu rezeki Allah buka.
awan
kelabu –
penulis
skrip drama
daya usaha
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI ASYURA
ASSALAMUALAIKUM
ESEI CAHAYA IMAN
Aku menyertai program Uji Minda, iaitu latihan menulis esei ringkas berdasarkan foto paparan yang dianjurkan oleh Sifu Tabir Alam (SPTA) bersama beberapa sahabat penulis yang turut berminat. Terima kasih kepada sifu yang sudi membimbing, mengasah bakat penulis SPTA serta membetulkan kelemahan dan kesilapan dalam penulisan kami.
Bagi mendapatkan maklumat yang tepat, aku merujuk pelbagai sumber seperti Google, ChatGPT, serta sahabat-sahabat penulis, Yahti Hayati dan Lela. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu memudahkan aku menulis esei berasaskan fakta mengikut tajuk yang diberikan.
Setelah esei dihantar ke kumpulan Uji Minda dan keputusan diketahui, sama ada lulus atau sebaliknya, aku akan menyimpannya dalam blog karya sebagai rekod penulisan. Setiap hari aku meneliti jumlah pelayar yang singgah ke blog tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mendapati trafik bagi esei bertajuk Cahaya Iman melonjak sehingga mencecah 50 ribu kunjungan.
Perasaan teruja mendorong aku menyelidiki dari mana datangnya para pelayar itu. Rupa-rupanya mereka berasal dari pelbagai negara seperti Brazil, Perancis, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Tunisia, Ukraine, Singapura, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Syukur, karya kecil yang lahir daripada usaha menimba ilmu itu mampu merentasi sempadan negara dan bahasa.
Uji Minda Jun —
esei Cahaya Iman
pesona fana
TERIMA KASIH VIEWRS SUDI SINGGAH KARYAKU
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUAIKUM
SELAMAT HARI JURURAWAT
.
Kawan baikku, Zainab Long, memilih kerjaya sebagai jururawat sebaik tamat persekolahan. Hubungan ukhuwah kami terjalin erat hingga kini. Walau jarak memisahkan, beliau tetap sudi mengunjungiku.
Ketika aku berada dalam Akademi SPTA di Facebook, aku turut bersahabat dengan Salmah Amir, Seti Zaleha, Kamarsinah Sarkam dan Hamimah Ibrahim yang juga mantan jururawat. Aku sering merujuk kepada mereka apabila berdepan masalah kesihatan. Maklumlah, aku sendiri kurang sihat dan agak sukar untuk kerap menemui doktor.
Terima kasih sahabat-sahabatku yang sentiasa prihatin dan tidak pernah jemu membantu. Sempena Hari Jururawat, aku titipkan penghargaan buat semua jururawat yang melaksanakan tugas mulia dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang dalam merawat pesakit. Semoga segala pengorbanan kalian dikurniai rahmat serta ganjaran-Nya yang tidak terhingga.
.
12 Mei —
sahabat jururawat
penuh prihatin
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
SAHABAT GRAHA
Sejak aku jatuh dan patah
tulang pinggul bertambah sukar pergerakanku. Aku tidak boleh lagi membaca
sambil mengiring ke kiri. Kalau kulakukan juga kesakitannya amat terasa.
Menyusahkanku pula untuk beralih sebelah kanan. Kualami derita itu bukan sehari
dua atau sebulan dua. Tapi sudah empat belas tahun. Masa cepat berlalu namun
kesakitan tidak juga lalu meninggalkanku. Rutin hidup tetap diteruskan. Melupakan
semua kemusykilan dengan melakukan kemahuanku sesuai upayaku seadanya.
Baru-baru ini sahabat Graha
penulis Dr Salmah Amir bersama suaminya YM Raja Zakaria singgah menziarahiku
sambil beraya dalam perjalanannya ke Beruas, Perak.
Rupanya beliau bukan sekadar
menziarahiku semata. Tapi berniat merawat sakitku juga justeru beliau juga
seorang jururawat. Beliau membawa alat canggih untuk merawat kesakitanku. Katanya
beliau meminjamnya daripada sahabatnya Dr Badrul.
Alat itu menggunakan eletrik
dan menghembuskan angin panas pada bahagian tubuh dihalakan. Haba panasnya
sederhanana saja tidaklah sampai membakar kulit. Terima kasih sahabatku
berusaha dating dari jauh untuk merawatku. Budi baik yang tidak mampuku balaas
selamanya.
.
penghujung Syawal -
lantera jururawat
Salmah Amir
TELATAH GINGER
Ginger mungkin merasa sunyi
sendirian di rumah. Lalu dia membawa seekor ibu kucing berserta empat anaknya
ke rumah. Damia pun teruja mengambil gambar tetamu Ginger itu dengan hpku lalu
menghantarnya pada papa dan mamanya via wasap. Ketika itu mama dan papanya
berada di Bentong menziarahi abang-abang Mia. Talian Wasapku ada hubungan
dengan computer. Jadi setiapkali cucuku itu menulis wasap pada papanya
ditelefonku akan masuk juga dalam komputeri. Dia menulis telatah Ginger, ibu
kucing dan anak-anaknya. Papanya pula rajin respons. Tergelak aku membacanya.
Aku merasa Damia memiliki bakat sebagai penulis.
.
wartawan sambilan –
kucing beranak empat
Damia Maisara